29 November 2011

Selamat Tahun Baru Islam - 1433H

Diambil dari petikan utusan

Harapan Tahun Baru Hijrah

* PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH, pendakwah "Setiap kali tibanya 1 Muharam setiap tahun Hijrah, saya adalah insan yang paling gembira menyambutnya.

"Ini kerana bulan Muharam dengan sejarah besar penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para pengikut baginda ke Yathrib adalah sebagaimana besarnya penghijrahan saya meninggalkan agama asal kepada Islam.

"Tetapi itu merupakan satu penghijrahan yang melibatkan soal akidah yang membuatkan saya kini semakin dekat kepada Islam dan melihat realiti umat Islam hari ini.

"Saya tidak pernah kesal apabila agama yang saya pilih ini tetapi umat Islam yang ada hari ini dalam keadaan tidak bersatu, berpecah-belah, keruntuhan akhlak, keruntuhan rumah tangga sehingga timbul pelbagai puak dan fahaman.

"Ini menunjukkan bahawa umat Islam masih tidak memahami konsep Hijrah dan setiap kali ketibaan bulan Muharam itu tidak memberikan makna dan erti kepada mereka.

"Sedangkan setiap kali tiba tahun baru, kita mesti mempunyai azam, tekad dan usaha untuk menjadikan kehidupan yang sebelum ini kurang baik ke arah yang lebih baik, yang baik bertambah baik. Itu sepatutnya!

"Dalam politik yang sepatutnya menjadi satu wadah untuk kita amanah dan bertanggungjawab dengan kuasa yang diberi telah menjadi sebaliknya.

"Kita tidak boleh mengharamkan berpolitik kerana ia ada peranan pentingnya dalam Islam.

"Saya amat berharap agar Tahun Baru Hijrah 1433 ini akan menjanjikan satu senario umat Islam yang lebih baik, lebih bersatu padu bagi menjana kekuatan ummah."

p/s: terharu membaca..semoga kita semakin sejahtera. jgn fikir mudah mendapat syurga..kerana Rasullah juga mengharungi pelbagai ujian dari Allah. Padahal Dia telah tetapkan syurga untuk Muhammad SAW..kita yang tidak dijanjikan apa2 ini sedarlah..

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers