19 December 2008

gambar kenangan makan di puchong








kami beramai-ramai pergi makan ayam kampung di puchong.yang belanja siapa lagi puan dira lor...sedap betul...lembut...jom kita tengok aksi2 makan.

18 December 2008

Makan Ayam Kampung

wah22..kami hari ini pergi lunch kat Puchong dalam 4 kereta penuh...kami pi makan di restauran ayam kampung di punchong..best..aku mkn 3ketul hehheeh..dasyat...ayamla katakan..apap2 ayam aku balun...senang kata,aku ni senang di bawa makan apa aje,...semua aku telan..sbb tu la badan aku dah naik skrg...adui22.....semenjak duk kje gov ni aku melantak jer...bukan ayam kg jer ada..mcm2 ada..aku suka dapat mkn udang harimau lagi...ala yg comel2 tu...nanatila aku upload gambar2nya ek...

hari ni aku bz buat portal EA dan minit mesyuarat...aku paling tak suka minit mesyuarat..huhu..bosan tu nak buat ayat...

skrg tiap2 hari kat opis aku ada buat tarian...tarian alal2 tadika...
chicken dance...wawawwaa

17 December 2008

Resepi

1.ETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta
maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a
mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur
bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa
menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu
berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang
tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama
dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh
orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

15 December 2008

Gambar Raya 2008

Gambar kenangan Raya 2008


Gambar kenangan family belah suami aku...

Kenduri kawin sepupu di bangi

aku seharian tak pi mana sabtu sbb laki aku keje..pastu blk keje laki aku blk umah mak dia..aku tak bole nak ikut sbb dah janji ngan mama aku nak pi kat umah sedara kat bangi...tak lama tak jumpe sadara kat bangi,...sbrnya mama aku asal bangi..pastu atuk aku keje n kawin kat gemas..so smpi skrgla mama aku stay sana sbb keje n buat umah sana..bila jumpa pakcik2 kat sana ingat arwah atuk aku...sbb muka mrk sma jer...aku n kak long rapat ngan arwah...sbb arwah saYANG CUCUNYA...rindula...gambar aku tak attch sbb kat dlm hp adik aku...

12 December 2008

Taip laju

maaf ya sbb byk kesalahan ejaan...biasala menaip laju na...tapi itula pemandangan umah aku yang tak la mcm hotel tapi gaya2 mcm nak buat hotel but tak jadi..bajet ciput...

uamhku orenkan????

umah aku


sini aku paparkan pemendangan dlm umah aku yg tak seberapa ni...aku mmg minat dgn sentuhan ala2 hotel...ala hotel 3 bintang jer...anggapla umah aku ni mcm hotel...aparment hotel...aku menghias dan deko mengikut bajet gak..laki aku pun suka,...laki aku suka puji aku...aku jer suka kutuk dia hehehehehhehe...gurau manja jer...yg penting aku minat ala2 hotel...

Cicakman

disebabkan aku ni peminat filem melayu dan penyokong filem tempatan..aku pi ajak hubby aku tgk cicakman..mmg teruja sgt...kami pi tgk 9.15mlm...mmg dah lama tak tgk wayang...bila dat stat mmg teruja lagi nak tgk...best mula...tgk montaj n awal2nya mmg membanggakan...aku tabikla yusry KRU ni..nak tau aku mmg peminat dia dari awal kemunculan dia..pantang if org mengata yusry ni..huhu...
nak tau pasal ciocakman...mmg la yg pertama the best....yg kedua ni aku siap boleh tido lagi kat wayang..mn taknya skrip nya membosankan..jln citer mcm tak faham...tapi yg aku kagum CGI jerla...aku ucap tahniahla kat yusry KRU ni..dia mmg hebat...disebabkan kehebatan dia filem ni menjadi bosan aku tak tau nama yg aku rasa la sbb skripnya tak faham...korang tgkla sbgai menyokong filem tempatan..aku mmg pantang kalu org mengutuk filem malaysia...sbb pertama baik jgn jadi rakyat malaysia..sbb ke2 korang blh bikin filem ker...sbb ke3 org malaysia ni kuat mengomen..asyik2 nak komen...apa la sgt filem luar yg sah2 menipu lagi menghentam islam..skurang2 filem tempatan tak menghina Islam...Faham!!!!aku mmg tak leh stop bab2 mcmni...nasibla...

nenek gemas kat spital

sian nenek aku sowang ni...dia mmg selalu kuar masuk spital..masa raya haji tu kami buat bbq..mkn mcm2...nnek aku ni suka la sbb dpt berkumpul ramai2...nenek aku nak suh makcik aku yg duk sbn ni msk mee bandung...biasala nak manja2...anak jarang balik...sib baik anak2 smua pandai mask....ini dari didikn arwah atukla...arwah atuk belah gemas mmg pandai msk...
aku rindukan atuk aku tu....

sabtu ni aku dah siap buek kojo umah

hari sabtul paling best..sbb dpt duk umah...siap aku pi pasar,kemas umah,mop,jemur kain dan masak..aku mengadap pc..bukak internet...ni nak story...dah dkt 1bln umah ade internet...yang hampeh nya..aku ni tak pandai na nak buak apo ngn tenet ni..abis2 aku tulis blog,email dan baca paper online..kata keje dlm bidang It,tapi tolol gak nak guna dunia tanpa sempadan ni...huhu...bkn apo aku ni tak explore...mmg maleh...azam tahun 2009 ni aku nak duk jer explore dengan'Dunia tanpa sepadan ni'(tenet la apa lagi...aku nak upgrade blog aku yg tak apa2 ni..tak menarikan kwn2...

11 December 2008

Luahan Hati

tak de apa yang nak diveritakan..aku saja menaip untuk memenuhi masa...dalam eberapa jam lagi kwn2 yang hadiri TeamBuilding sesi 2 akan balik..aku tak sabar nak dengar cerita mrk...hehehe...sure gelak sakan...
pagi ini aku takde la buat apa sagat,..balik dari teambuilding keje aku takde sagta...myb lepas kak fida pindah aku akan menjadi seorang yang bz sgt..sbb keje ka fida byk...aku tak taula boleh kah aku lakukan atau tidak...sebab ia melibatkan hospital2 dalam malaysia...entahla aku harap aku dapat handle....
aku rasa diri akau makin malas..aku bukan nak jadi begini...bkn aku tak mau belajar tapi aku tak tau apa yg perlu aku lakukan..otak aku tak berfungsi untuk mendekali apa yang perlu aku pelajari...lagipun sini takde sumber rujukan...masing2 bz bt keje masing2...keje masing2 semua berlainan....Ramai sataf masuk keluar dari KKm ni...kebanyakan tak berminat duk disini...aku pun dah mula rasa tak bersemangat disini...entahla...aku sedaya upaya untuk bersemangat bekerja dan kaut semangat tapi mcm sepi...berlalu bergitu saja...apa yg aku merepek ni...

10 December 2008

Sup Gear Box




Nenek aku belah abah aku ni mmg teringin sgt nak mkn sup Gear box tapi tak penah dpt..masa raya korban dia raya di gemas..so rezki menyebelahi nenek aku akhirnya dapat meratah Gear Box ...ala lutut lembu..huhu..tgkla aksi2nya tu...

mama tgh setelkan daging korban


Korban


09 December 2008

Nita





my fren ini dia salah bilik..bantai dia bercakap2 jer..pastu main redah jer bilik org..hahahahha..kami sergah dia baru dia malu...tgkla aksi2nya...

Bilik Air

bilik Tido

Dapur

gmbr di dlm apartment kami...


cantik tak?simple but aku suka sbb ia warna oren...

Pandangan di dalam Apartment



mmg cun sangat dan rasa tenang....aku suka gaya2 hotel ni....

aktiviti last sblm hujan turun...




bagus betul kwn2 ni..berani...kami semua tak sempat sbb hujan dah turun...
aku antara org yg menyelamatkan kwn2 dari tenggelam..huhu

main dlm air...



seronok dan mencabar mental tau..telinga aku masuk air..hehehee

aku...




kak ina sempat ambil gmbr aku yg tgh deal baik punya nagn k.shery..hehehehe

aku tgh tido

gambar2 kenangan


TeamBuilding Best2!!!!!

Kami bermula pada 3hb-5hb..iaitu 3hari 2mlm...mmg mula2 nak gerak tu aku tak berapa nak suka sbb aku dah bosan sgt pi kem2 motivasi2 ni...tapi aku still mcm ni jer..actly ikut individula...ada yg ok dan ada yg teruk pas kene motivasi..aku plk yg jenis cpt membangkang...ada aja yg nak aku pertikaikan..aku ni jenis cerewet la..senang ckp..tapi dlm cerewet aku ni suka dengan aktiviti permainan..tak kisahla apa asal kuar peluh...aku rasa tak tenang kamu tak kuar peluh sehari..

berbalik pada aktiviti ni ..aku tak sangka ia membuatkan diri aku ni teringat2 akan kem ini..mmg seronot..hanya org yg faham dan suka kan cabaran jer akan merasai nikmat ini..heheheh...

mcm2 aktivit yg kami lalui disini...semua yg tak dijangka...

dari belajar dlm kelas,motivasi,perbincangan,acara masuk dlm hutan swg2, bwk belon dlm air dan persembahan..semua kami lalui dengan bijaksana dan lancar...sbb kami ada perasaan kasih sayang...nak tlg 1 sama lain.

makanan semua best2..naik gemuk aku duk sanam..mau tembam aku kalu lama2 ...heheheh


kesimpulannya: semua bestla...dan kita perlu menerima hakikat yg kita hidup dimuka bumi memerlukan pasangan,kwn2 dan memerlukan keredhaan Allah utmanya..kalu tak kita akan terumbang ambing dan bosan...


di sini aku poskna gambr2 yg aku dpt...nnti aku akan pos kan lagi gmbr g lain...

Pertunangan sepupu

Semalam kami pi Muar..ada majlis pertunangan sepupu belah suami aku...sepupu kami jgk la...apap2 pun aku puji masakan mrk..sedap sgt...lagipun aku mmg suka masak asam peadas...aku dah lama tak mkn..kalu ada masakan asam pun tak la best mcm ni..sbb org melaka terkenal ngan masak asam...muar ni paling dkt ngn melaka...
bakal pengantin akan menerima hantaran rm9500...mahal tu...mrk ni belajar degree kat UTM skudai...ok la dua2 keje bagus...tapi muda lagi...sempat ke mrk save duit sbb baru keje...but mak ayah mrk ada bole bantu...time aku dulu...siap sound tu tak boleh lebih 5k..so kami mmg tak kisah tapi jgnla sound..kami ni berperikemanusian sbb family aku sian ngan suami aku idup sendirian ms muda2...susah senang aku jer tau...suami aku mmg seorang yg cekal...dia mempunyai mental yg kuat..sbb tu dia bole berada di dlm mn2 keadaan...

08 December 2008

Hari Raya AidilAdha

seronok betul raya kat haji kali ni..kami buat BBQ dan makan jer2..mkn jerrrrrrrrrrr...mcm mkn..hahaha...semua adik beradik mak aku di jemput...but ada yang tak dtg sbb sibuk ngan family masing2...aku jadi tukang kipas satey dan ikan bakar...seronok sgt...lagi pulak raya ni rumah nenek baru...so mmg serba baru la...
yang sedih2 jgk sbb runtuhan tanah berlaku di KL..byk nyawa yg terkorban dan byk harta benda musnah sekelip mata...e2la kalu cabaran dan dugaan yg Allah turun kan mmg cepat..so kita sebagai manusia kene selalu berhati2...dan berwaspada...semua ini berlaku adalah akibat kerakusan manusia juga...yg amat penting keuntungan...sudah diberi amaran dan sudah beritahu tetapi ia pembangunan terus di jalankan.

aku yg geram...

05 December 2008

aku baru blk dari Teambuilding

sonotnya tak terkata pi sana...
nanti aku upload gmbr kat situ..
rugi sapa tak sahut cabaran di sana!!!

hadiah tuk oya....lampu dari Romantika

01 December 2008

poskad....

Atuk yg nikah kan aku...hehhee

lina & adik Syamsul....

lina n puja

Rumah Gemas

korang tgk tak umah mak ayah aku tu...macam takde serikan???aku geram jer nak renovate jer semua...kalu bikin umah tu surely lah cantik dan cun giler..ialah design dah best,but tak cantik sbb mak ayah aku bkn tak suka bikin,cuma mrk ni baik sgt,mrk jimat tau!!!..mmg jimat...aku tgk mrk ni mmg nak hidupkan anak2 bagi belajar tinggi2..sanggup tak kuar duit utk diri sendiri..ini la pengorbanan mrk terhadap anak2...tapi aku ni rimas...aku suka tgk umah kemas...sbb aku jenis yg cepat serabut..so penting kebersihan dan keteraturan dalam hidup aku...aku kalu ade duit mmg la nak bikin bagi cun umah gemas tue...umah banglo ni mmg lawa...lagi lawa kalu buat hiasan laman...mcm umah2 kat bandar2 besar...

30 November 2008

kawan karib...

ahad mggu lepas kau pi kenduri umah kwin kwn aku ni yg paling last utk tahun ni...
dia sahabat aku dari kecik2 samapi la ni...kami mmg close...kami dah mcm adik beradik...abis sudah kwn2 yg kawin...dia ni last la..sbb umaur dia bwh kami...dlm ramai2 dia paling bungso...so mmg meriah lagu vogue dia kwin...anak tunggal gurl dan cucu yg disayangi oleh famili dia...sini aku postkan gambar2 dia...

mama aku kene deman Chikungunya

kesina mama aku sbb kenen deman tu...teruk gak kene ek..selama ini aku tak ambil port hal2 ni...bila kene pada family dan tgk sendiri baru tau penyakit tu berbahaya...kalu budak2 kene mmg tak tahan...org tua kene pun tak tahan...aku balik hari khamis tu gak...aku EL jumaat...
nnti aku post kan gmbr mama aku kene deman tu...

26 November 2008

Hari ini membosankan...

aku kat opis hari ni tak la byk keje...aku tgh belajar pasal sistem SPPD...aku ada la belajar dan diajar oleh akak fida..aku belajar mcm mn nak create user baru,mcm mn nak compile file,nak FTP dan buat backup...abis jer belajar aku rehat jap...pastu tghari aku alamanda..biasala bila waktu gaji je mmg lajula aku pi alamanda...hehehehe..bukan beli apa pun..nak beli brg2 dapur tggu laki aku la...dia tu bz memanjang...nak beli brg dapur pun tak sempat...tapi takpe..karang ingt nak pi beli..aku nak beli hadiah tuk kwn karib aku ni tapi tak tau nak beli apa...tlggggggggggg...............aku bosan sbb apa pun aku tak tau...heheheh

21 November 2008

Java

tamatla sudah training java...mmg best...dan mmg susah java ni...aku teringin sgt nak power java,tapi myb lum dpt tangkap konsep yg sebnrnya...aku cuba sedaya upaya untuk memahami java ini..seronok gak koding nya dari yg lain..aku akan study blk utk aku asah dlm otak aku ni...
sini aku ada tjkkan sijik dan T-shirt yg dpt...
cikgu2 best...

20 November 2008

kat genting hghland

woo mmg letih giler kat genting masa tu akau dan sepul jadi urusetia....peh!! ingat leh la lepak sikit..tapi non stop beb buat keje..hahhaha..padan muka ida...tapi bila kenangkan semula best jugak presure mcmtu....mmg satu pengalaman yg berharga...
biasala aku kat sana ke layan pegawai2 ni....aku tak kisah..tapi yg aku letih tu dan kisah sgt sbb pihak genting tak take care kami pun...lepas tangan jer...kami yg hulu hilir minta bantuan..but it'ok beb!!!

kat situ sejuk sgt...pakai baju sejuk berlapis2 pun tak ok lagi...disebabkan terlalu letih,aku terjatuh masa pi cafe anta pegawai mkn...bengkak lutut aku,.,.,bilik byk kosong tapi aku tak bole bw hubby sbb dia BZ keje..dia mmg nak naik genting tapi aku tak bagi...sbb aku bkn leh layan dia pun sbb aku bz kat atas...

pegawai2 lain ada bwk famili dtg...ok latu samapi pi bengkel leh bercuti...kan???

nnti aku letak gamabr aku kat genting...

23 October 2008

anak kocing comel sgt...

smlm mlm blk keje...sepupu aku wan dia bgtau yg dia ternmpak si bunting angkat angknye ke blkg almari luar..so aku n laki aku cepat2la pi tgk..mmg btl ade kat blkg almari baik je dia duduk situ..
yg aku geram tu ank kuing tu mengamuk..sbb ia tak penah tgk org..so ia pun mengamukla..bila nak angkat jer ank kucing tu bunyi "angau2" ia mencakar2..kami pun takutla...yg aku pelik aku bg ibu nya pun takut dan tak mau anak tu..skrg aku risaula ank kucing tu tak mkn2..tak minum susu...ciannya dia...aku bg susu tapi tak reti lagi nak minum..ni aku sgt risau...tkt dia mati kelaparan..sygla ia comel dan bulunya gebu sgt...

14 October 2008

Koset

kwn2..aku kan amway distributor..so sapa2 yg berminat nak beli brg amway belila ngan aku soport aku...skurang2nya aku org melayu yang nak maju mcm golongan cina...heheheh
kat amway ade produk baru..iaitu koset...koset ni lain dari lain..lain dr pasaran yg korang selalu tgk...keterangan lanjut bole hubungi aku...di talian 012-2742491...bole byr ansuran..aku pun menggunakannya...bkn sj utk org gemuk/bdn bsr..tapi utk org kurus mcm aku pun bole..aku beli sbb nak hilangkan sakit blkg..sbb aku ade masalah sakit blkg...

13 October 2008

umah bocor...

penat raya tak abis lagi..aku penat lagi nak mengemas umah aku ni yg bocor sana sini...mcm duk setinggan...geram betul aku..kami dah byk kuar duit mcm2 da...tapi ade je masalah nye..ni yg menyebabkan aku trauma nak beli rumah...tak samapi brp thn dah masalah...tapi ini mmg la dah teruk dah 25 thn beli...lagi 1thn lagi ade waranty..tu yg aku n laki aku pi PKNS dan MPK buat aduan..buat ansuran bil tertunggak..ni semua bkn masalah kami..tapi bapak laki aku tak bayar..sbb dia mmg tak ambil tau masalah umah tu...yg dia tau dpt duit sewa jer...kiranya kami ni nak kuar dr masalah duit..dah masuk kandang rimau yg menunggu mangsa jer...pening aku..ngan masalah keje lagi..adui..mcm mn la aku nak mengandung kalu otak berserabut....pasrah jer la...

beraya sampai penat.......

hari cuti sabtu ahad tu aku n laki aku ikut mak mertua aku pi beraya umah tok2 sedara...tu la penat aku mengikut../tak ikut tak blh plk...aku umah nenek sendiri pun tak pegi2..aku nak jumpe nnk aku pun tak sempat..faham2 jerla ikut mak mertua aku ni kuat na nak merayau..sbb mmg dia takde apa nak buat..kalu nampk laki aku free sikit mmg terus ajak jln..yg aku sbgi bini kene la ikut laki pi mn2...beraya umah org tua2 taula lamanya...penat aku..aku ni jenis cpt boring...akhhr sekali aku pi umah kwn karib aku lina..blk jer naik keter aku tido..laki aku dah mengantuk tak ingat dunia dah tido mati sampai umah...

07 October 2008

perut meragam....

hari ni dan smlm perut aku meragam jer...myb mkn byk sgt time raya ni...k.long n arap tido umah smlm....aku rasa beter mrk yg duk bangi..sennag...laki pi KL..k.long pi sbn..tak la jauh na..bangi kan tgh2...hehehhe..betul tak???

06 October 2008

cuti raya punye pasal arrrr.....

raya punye pasal sampai malas nak pi keje.......keje la ida...jgn malas...7hari cuti...hehehheh..raya pi rumah kwn2 yg dah lama tak jumpe...smlm aku blk lalu hghwy...jem tau..sbb ade lori terbalik lebih muatan..bwk balak...mai aiii besar2 balak..smapai jem teruk...geram btl ngan pemandu tu...dah tau bawk benda berat lalu plk lorong laju...mmgla...laju dia bwk..sampai balak tergolek jatuh..sib baik tak de kereta atau org hancur kene balak...hui takut btl....

28 September 2008

kerja...........

hari ni aku kerja seblm bercuti utk beraya...berkobar2 nak raya..sbb 1st raya umha hubby....setiap tahun unmh yg sama...so bila dah kawin..br terasa bila tak blk raya umah sendiri....kalu setiap thn dr kecik samapi umur 27 aku jer yg paling sibuk di rumh mama..aku buat langsir,pansang langsir,lap tingkap sapu sawang dan mcm2 lagi aku buat...yg paling penting aku kerah adik2 aku la...heheheh...mn larat bt swg...
Smlm hubby aku yg demam teruk..sian dia...smlm pi klinik dpt MC...tp dia keje gak..sbb dia mmg tak blh duk umah lelama...dia mmg workerholic...smlm seharian kami pi service keter dan buat mcm2 kat keter..ialah keter pun nak raya gak...sng ckp mmg raya sakan la thn ni!!!
aku pi keje hari ni untk siapkan ekpi puye prensentation...

22 September 2008

belajar guna xoops

pagi2 aku baca email...aku dpt email dr pn.fariza suh aku banu dan kak miza utk bt wen sindiri dan present kan hari rabu..aku dpt jer terus kaget..mn taknye aku tak tau mcm mn nak bt..aku bnyk sgt tanye sana sini..aku byk bljr ngan adik praktikal tula...dia tu yg bg aku faham apa tu xoops..kak pah ajar aku yg detial2 lagi...sepul ajar kjp sbb dia pun tak tau nak bt guana..hahah..tp takpe la dia ade niat nak membantu...

aku explore smpai blk...sabtu ahad aku punye otak dah pk hal xoops ni...aku mmg mcmni kalu dpt sesuatu tugasan baru akan kalut gak...entahla tak leh nak relex na..sbb aku mmg pesen mcmni...

isnin tb jer waktu keje..aku pg2 buta dah stat buat xoops...stat isnin smlm la..aku bt dr pagi samapi ptg..aku yg paling lewat kuar opis..yg lain dah blk buka puasa...aku lewat pun sbb aku tggu laki aku...

akhirnya selasa aku dpt gak menyaipkan laman web aku sendiri..lepas ni aku akan jd mahir guna xoops sekiranya aku btl2 bt homepage milik aku..mmg niat aku dah lama nak bt...insyAllah aku akan praktikan xoops ni...

18 September 2008

lemah badan....

pagi2 ni mmg mengantuk sgt...mlm tadi aku tak rehat ngan suami..sbb almari dan kabinet tv baru sampai..aku penat sgt smlm sampai tertido2 kat luar blm mandi lgi...nak tak nak aku n suami kene kemas..sbb umah dah bersepah2 sgt..nak tido pun tak bole ti...disebabkan kemas,smapi aku tak sempat n tak larat nak msk tuk sahur...mlm buta plk kami kuar cari burger dan nasi goreng tuk sahur..bila sahur mkn yaAllah tak sedap langsung...aku tak mkn sahur btl..aku minum susu jer..tension tul..samapi opis mengantuk giler..mkn daily pun tak lot...okl a nak sambung bt keje..byk ni nak buat presentation...

17 September 2008

cian kami......tp hapy...

smlm sehari suntuk aku dan suami deman selsema,batuk dan tak bermaya da...ingat nak buka..tp tak pyhla sbb kalu buka pun bkn bole mkn kannn kat opis payah...yg teruk laki aku la...samapi pagi ni tak elok.......
mcm2hal..smlm blk kje air plk takde..geram btl dah kerap kali air takde..smpaikan aku tak tido tggu air...tepat kul 12mlm air dah ade..cepat aku pi basuh kain...dan tadah air..laki aku dah tido da..sbb dia tak sihat lagi..berdengkur2..hahaha...aku basuh kain dan sahur aku sidai...nasib pagi ni ade air lagi...ssh kalu takde air kat flat ni..duk flat tau2 la..nak angkat air dr mn...

dlm takde air tu..pas magrib kami kuar pi kajang...kami pi beli almari baju dan tmpt letak tv...bayangkanla slma ni 1thn lebih takde almari..abis baju komot2 aku letak dlm beg..almari kain laki aku pun dah nak roboh..hahahah...akhirnya smlm kami dpt gak almari baju yg moden dan besar..ade ofer plk..menjelang raya....kedai yg sama kami beli perabot..sbb layanan tauke tu baik...tak mcm tauke melayu..kami mula2 pi kedai melayu pastu kedekut na..so kami pila kedai cina tu..dpt murah lagi...syukur ..skrg umah kami dah lengkap...

skrg kami tgh usaha dan berdoa agar cpt dpt anak pula...semua kami ade,kasih sayang cinta kami cuma anak jer blm ade..so kami hrp sgt dianugerahkan anak cpt...ia akan mengeratkan hubungan kami lagi sehingga akhir hayat...we lovely couple...

3-4ptg

aku ade sesi TOT...meaning Transfer Of Technology....dlm tu aku batuk selsema sejuk...mcm dah deman jer..aku tak buka sbb aku sayang kalau tak pose...blk ni aku mmg kene tdo awal dan rehat..badan aku dah sejuk2 sgt..tak tahan dengan opis kau yg sejuk giler....ms sesi TOT tu pun aku tak brp clear sbb aku tahan sakit..

16 September 2008

Sejukkkkk........

hari ni aku pi kerja tak selesa...sbb aku kene selsema dan batuk..aku sakit tekak..aku nak mc tp aku tak berani..sbb aku baru kerja..aku tkt effect...selagi aku terlarat aku pi kerjala..lgpun ptg ni ade meting tot..aku keje dgr....aku br pas pi beli biskut raya...biskut raya yg peveret akuler...tat nanas,almond dan suji...
Opis ni sejuk tau..aku tak taula samapi bila nak sejuk mcm ni...dlm ms yg sama aku serabutla skrg..entahla..mana aku nak buat keje,mn aku stat keje baru,nak tot,nak buat nota serah tugas..semua aku baru lalui keje ni...org ingt keje govtn senang ker....mmg senang..tapi ia leceh sbb berprosedur dan dikelilingi ngan undang2...aku layan jer..aku buat mn termampu......
ti sambung lagi........buka ni nak masak apa ek...samabung lagi.............tak aku beli luar...sbb laki aku blk lewat..so mmg tak sempat nak mask...aku msk utk sahur jher...adui sakitnye idung aku..pedih rasanya.....

Kursus OpenOffice kat Cyberjaya

pada 15 dan 16hb sep...aku pi kursus OpenOffice kat OSCC Cyberjaya...aku sgt seronot..sbb aku suka bljr benda yg baru...aku minat sgt nak tau apa itu OpenOffice....aku pi sana dengan Puan Anne..aku dpt gak naik keter idaman laki aku..iaitu keter Honda Accord yg baru..pehh!!! empuknye sit keter tu...sgt luas dlm keter tu...best giler naik...aku ni gayatla..sbb aku takpenah naik....sampaikan laki aku jeles sbb aku dpt naik dulu dr dia...oppssss!!! knp aku citer psl keter plk..hahahah..aku hapyla namanye...



citer psl kursus plk..OpenOffice yelah sama atau lebih kurang gambaran mcm microsoft office...tapi OpenOffice ni guna Open Source jer..so takla kene bayar bila guna aplikasinye...skrgkan microsoft nak adekan lesen..so krjn nak kurangkan kos..so kenela guna OpenOffice...so traning diberila...ade faham?.....



masa bljr tu aku sgt semangat tau...yg aku geram tu psl trainer tula...mula2 dia kenalkan diri...then cakpla..dia suh bgtau kalau dia ajar laju tlg bgtau....problem skrg...mmg dia ajar laju..dia buget kita ni tak tau psl ni semua...padahal kami ni baru jer tgk apa tu OpenOffice...cthla..bila kita minta dia ulang..dia ulang...eeeeeeee...aku takdptla nak terangkan trainer tu...geram sgt...bila kau tertinggal dia suh slow2....senang ckp dia ajar mcm SYOK SENDIRI!!!!fhm tak.. dia jer faham,...kami semua tak faham...pegawai2 lain blh ikut....tapi mcm aku..aku ni slow gak...mmg dr sekolah dulu gini....slow2 aku pun aku exam past cemerlang....aku ni kene step by step...br la aku leh ikut.......then faham.....



tapi alhamdullillah aku setel gak kursus tu...wlpun geram ngan traner tu..mengajar syok sendiri....aku harap pasni aku kursus dpt trainer yang bertanggunjawab dan faham kehendak student2....ajar aku smapai aku puas hati......aku akan study blk guna OpenOffice...tak ssh sgt..cuma nak kene tau penggunaan icon2jer......

12 September 2008

1st time create

salam...aku baru pertama kali buat blog ni...aku cuba2la...aku bkn minat sgt benda2 mcmni...tapi takpe...aku kene jgk cuba..moga dengan permulaan ni akan membuahkan minat saya utk bloger2 ni...hahahaha...hari ni aku tak sihat sagat..aku selsema dan batuk teruk...aku masih puase lagi...aku tak taula cuaca sini tak menentu skrg..lagi plk opis ni yang sejuk giler...sampai bila la nak sejuk ni...nak berpikir pun aku tak dpt...sbb menahan sejuk...keadaan ni yg buat aku tertekan..keje kat opis yang mcm2 nak aku kene sentuh...taula aku baru 5bln kje..aku tak dpt lgi suaikan diri kat sini...mcm2 prosedur...nak buat ini itu,tak tau mn nak mula dulu....

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers