18 June 2015

Kerja Di Miri

lama sudah aku tak update blog ini, kesibukan harian menyebabkan aku tidak ada masa untuk update. Kerja pejabat, demo sana demo sini, jaga downline2 dan hal urusan rumahtangga + rumah PR1MA.. InsyaAllah setiap gerak langkah aku susun sebaik mungkin untuk masa depan keluarga aku.

Bulan lepas aku diarahkan ke MIRI untuk kerja di Hospital Miri. Untuk pertama kalinya aku Oustation jauh jauh. Dalam kepala berligat memikirkan urusan anak anak. Setiap kebuntuan aku akan meeting dengan huby, dan memohon Allah agar urusan kerja ini dapat diseimbangkan. Ini kerana anak aku alis masih meyusu badan. Aku pernah oustation johor dan perak aku tinggalkan anak2 dgn huby pergi sendiri, tidak ada masalah,tetapi dada aku sakit sbb susu tak boleh perah, aku still bawa pum masih tak boleh mengilangkan kesakitan bengkak susu.

Akhirnya ke Miri aku terpaksa bawa alis dan huby untuk mengatasi masalah bengkak susu. Sudah lama niat berhentikan tetapi alis masih tidak boleh bila ada aku. Bila aku takde dia ok je. Cuma bengkak susu akan buatkan aku lagi stress dan sakit berpanjangan.. inila masalah jika ibu yang bekerjaya untuk kerja luar daerah..

Memohon agar Allah memberhentikan susu sikit demi sikit dan mudahan menjelang 2016 alis stop terus. amin..

Bandar Miri biasa saja. Segalanya mahal di sana. Kebanyakan yg ada semua kerja kapal dan bisness. Kalau korang macam aku biasa duduk bandar, bagi aku Miri sama saja harga macam KL. Bezanya KL kita bnyk pilihan boleh kemana2 untuk dapatkan yg murah. Miri dekat dengan Brunei aku pun sampai ke sempadan brunei..mmg dekat sangat. cumanya kami takde pospot untuk meneruskan perjalanan..hihi..alhamdulillah dengan kerja ni byk juga tempat yang aku terokai..

Tapi kerja ini penat sebab jarang duduk opis. claim pun tak balik modal...cuma aku harap bos aku yg menghantar aku ke Unit ini nampak aku..kau yg suka hantar aku ke unit ni,aku harap kau gembira!!dan ada hikmahnya aku percaya pada Qadak Qadar..

Sekarang aku bahagia seorang diri dan aku harap ada harapan aku untuk kerja di unit lain yg tak memerlukan oustation. itu saja..untuk dua tahun ni aku cuab sebaiknya,jika aku sudah tidak mampu,aku akan mintak tukar unit lain atau tukar jbtn or kementerian lain..

Rezeki,aku jumpe kawan aku di MIRI...kawan semasa kecik2...lama dah tak jumpe...inila hikmahnya,dapat merapatkan silaturahim sesama kawan lama...aku juga memperkenalkan dia dgn suami aku. Bujang2 dulu kwn2 ramai lelaki..sebab tu aku ada jiwa kental sikit je...hati masih jiwa wanita..hihi..

Hotel Anjang Miri

Hapy alis dapat ikut naik kapal terbang

aku n Noor

atas bukit,melihat pemendangan Miri

me huby alis

Miri dari atas bukit,dekat dengan Laut

Sebelum balik kami ke Tower Lapangan Terbang Miri Tempat my fren kerja..

aku alis dan Mohd Noor. Dia kerja sebagai Penolong Pegawai Trafic Udara.

Pemandangan dari atas Tower

 Lapangan Terbang Miri dari atas Tower






No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers