21 June 2015

Ramadhan

ENT 

Alhamdulillah dipertemukan ramadhan kali ini. Hari pertama puasa aku MC kerana temujanji dengan doktor pakar ENT. Sebelum ni aku batuk dan selsema lama, bila sudah baik, baru perasan yang takde deria bau. Bila kritikalnya aku tau ialah masa ada jamuan durian di pejabat. Boleh pulak aku tak bau, semua orang kecoh sebab bau. Inila namanya nikmat deria bau telah di tarik oleh Allah. Baru rasa macam mana seriknya bila tiada deria bau. Petang tu juga aku buat temujanji dengan pakar. Punya la risau. Gila kau orang lain boleh bau,aku buat deq je..takde perasaan.

1 ramadhan terus aku jumpe doktor pakar ENT. Bila di lihat ada mikus dan lendir serta bengkak di dalam hidung. Bahagian atas nak ke deria bau. baru aku tau di mana letaknya deria bau..setelah alat hidung dimasukan ke dalam hidung, sepatutnya tak sakit. Tapi setelah dokto check aku terus sakit2 kepala dan tengkuk. mungkn tempat tu telah di usik.

Terbang duit syukur juga malam tu juga selepas makan ubat antibiotik,alahan dan anti radang serta spray terus ada rasa bau2..hihi..

Itula puncanya bila batuk teruk berbulan2 aku jumoe dokto biasa. bila dapat ubat je makan antibiotik elok kejap..dalam hati dah berkata kata kene jumpe ENT juga ni, aku buat deq je..akhirnya takde deria bau. hah kau kelam kabut aku carik doktor pakar ENT..

Alhamdulillah selesai masalah keluar kan duit juga untuk berubat. baru baik..

Ubat wajib makan


Lampu Rumah Pr1mA

Selesai jumpe doktor dapat MC terus ke NIlai 3 cari lampu rumah. ini la masanya,walaupun tak sihat redah juga. kalau tidak bila nak pi beli. masuk satu kedai terus je beli,tanpa fikir panjang kami terus beli.. Dapat la lampu ruang tamu 2 dan kipas ruang tamu. Lampu bilik tido anak2 dan segalanya lampu dah siap..lega...

lampu dan kipas di Nilai 3


Baju Raya

Selepas balik Nilai, aku terus jemput anak2 dan afy awal2 ramadhan nak baju raya. Terus pergi IOI Mall cari baju raya.. Alhamdulillah tak lama sampai2 terus masuk butik satu tu nama TUCZ. Masuk nak tengok2 je terus grab..sebab dah penat dari pagi tak berhenti. So dapat color tema kami terus bayar...awal puasa banyak lagi saiz. Jadikan pengajaran raya sebelum2 ni takut takde saiz dan takde kudrat. Kami decide beli saja...simple je...takde pilih2 sangat..

Siap Baju Raya Family

Alis tambah baju dress pink. Pembelian rm400 dapat beg kuning tu besar..

Ok selesai cerita 1 ramadhan...

Malamnya kepenatan..Jumaat MC lepak umah...

19 June 2015

Sambutan Ulangtahun Perkahwinan kami

   




Sambutan anniversary di pospondkan atas sebab kerja luar. So kek dah tempah awal, terpaksa call bakery tu bgtau yang tak jadi nak buat..tapi kami proced di rumah balik dari Miri..simple je tak dan pi kedai. Lagipun masa ini mak ayah dan adik ipar di umah aku tunggu nak bersalin..

Kek sedap dan licin..red velvet la apa lagi..hihi..semoga kita berbahagia dan selamat dunia dan akhirat..sekian dah penat...huhu...sekali update ko!! amikk..haha

18 June 2015

Sukan Abim

Tahun lepas kami tak dapat join sukan tahunan Abim,sebab apa aku pun dah lupa. Ini la masalah ingatan aku, cepat pelupa..aku tanya farmasi, memang ubat bius bila bersalin or apa2 operation, memang efect neuro kita..otak kita. tapi tak lama, yang pasti ikut kekuatan badan anda. Aku yakin jika kita ingat pasti semua yang bersalin akan trauma untuk bersalin. sebab tu Allah bagi kita lupa itula kebaikannya. masakan orang dulu2 boleh beranak ramai..hihi

Semasa acara sukan ni kami tak sempat sarapan, ingatkan ada sarapan sebelum sukan tetapi hanya kuih seketul dan cup cake saja serta air. memang pedih perutla..nasib kami dah minum protien pagi2. itula kebaikan protien bila minum perut rasa kenyang dan elekkan grastrik.

Oke  berbaloi tunggu lama2, dapat KFC abim kasi setiap family. berbaloi lagi afy menang acara yang dia sertai..so kami suport menjerit2 la aku jadi pom pom girl!! mummykan, mesti suport jerit lagi..abi siap tggu kat garisan penamat..memang havoc giler..hahaha.

insyaAllah tahun depan aku cuba tukar sekolah lain lagipun dah pindah umah dah jauh dari sekolah lama..tu la aku belum ada kesempatan nak riki2 sekolah..

Sebab afy tak suka sekolah..setiap hari tak mau sekolah..pening kepala aku tau!!kene spend yuran baru la nampak gayanya..emmm

hadiah yang dimenangi

selesai je terus nab..sblm tu dia mmg batuk...so terus nab sebab ada bunyi dada

sebelum bermula

tgh beratur


rumah kuning

mumy dan alis

Anak sedara baru

Tahniah adik ku , kerana telah menjadi babah..Semoga kelahiran baby ini menambahkan kegembiraan anda sekeluarga..Finas telah bersalin pada 1 Jun 2015, Di Hospital Pakar Az Zahra Bangi. Alhamdulillah kelahiran secara Normal. Syukur..gembira dengar orang yang bersalin normal..aku tiada rezeki bersalin normal,aku percaya rezeki aku dengan perkara yang lain..amin..

Kami la yang paling havoc dengan kelahiran baby ni..kami datang az zahra mesti kecoh hihi..Nama baby ni Miesya Umairah binti Nas Dhuha..cantik nama secantik mumy dan sehensom babah...

tgk si ainun tu...ayah takde merayap ikut cik atoi ye...pink ni anak kepada adik aku sekarang adik aku training PTD di Intan

kecoh



Kerja Di Miri

lama sudah aku tak update blog ini, kesibukan harian menyebabkan aku tidak ada masa untuk update. Kerja pejabat, demo sana demo sini, jaga downline2 dan hal urusan rumahtangga + rumah PR1MA.. InsyaAllah setiap gerak langkah aku susun sebaik mungkin untuk masa depan keluarga aku.

Bulan lepas aku diarahkan ke MIRI untuk kerja di Hospital Miri. Untuk pertama kalinya aku Oustation jauh jauh. Dalam kepala berligat memikirkan urusan anak anak. Setiap kebuntuan aku akan meeting dengan huby, dan memohon Allah agar urusan kerja ini dapat diseimbangkan. Ini kerana anak aku alis masih meyusu badan. Aku pernah oustation johor dan perak aku tinggalkan anak2 dgn huby pergi sendiri, tidak ada masalah,tetapi dada aku sakit sbb susu tak boleh perah, aku still bawa pum masih tak boleh mengilangkan kesakitan bengkak susu.

Akhirnya ke Miri aku terpaksa bawa alis dan huby untuk mengatasi masalah bengkak susu. Sudah lama niat berhentikan tetapi alis masih tidak boleh bila ada aku. Bila aku takde dia ok je. Cuma bengkak susu akan buatkan aku lagi stress dan sakit berpanjangan.. inila masalah jika ibu yang bekerjaya untuk kerja luar daerah..

Memohon agar Allah memberhentikan susu sikit demi sikit dan mudahan menjelang 2016 alis stop terus. amin..

Bandar Miri biasa saja. Segalanya mahal di sana. Kebanyakan yg ada semua kerja kapal dan bisness. Kalau korang macam aku biasa duduk bandar, bagi aku Miri sama saja harga macam KL. Bezanya KL kita bnyk pilihan boleh kemana2 untuk dapatkan yg murah. Miri dekat dengan Brunei aku pun sampai ke sempadan brunei..mmg dekat sangat. cumanya kami takde pospot untuk meneruskan perjalanan..hihi..alhamdulillah dengan kerja ni byk juga tempat yang aku terokai..

Tapi kerja ini penat sebab jarang duduk opis. claim pun tak balik modal...cuma aku harap bos aku yg menghantar aku ke Unit ini nampak aku..kau yg suka hantar aku ke unit ni,aku harap kau gembira!!dan ada hikmahnya aku percaya pada Qadak Qadar..

Sekarang aku bahagia seorang diri dan aku harap ada harapan aku untuk kerja di unit lain yg tak memerlukan oustation. itu saja..untuk dua tahun ni aku cuab sebaiknya,jika aku sudah tidak mampu,aku akan mintak tukar unit lain atau tukar jbtn or kementerian lain..

Rezeki,aku jumpe kawan aku di MIRI...kawan semasa kecik2...lama dah tak jumpe...inila hikmahnya,dapat merapatkan silaturahim sesama kawan lama...aku juga memperkenalkan dia dgn suami aku. Bujang2 dulu kwn2 ramai lelaki..sebab tu aku ada jiwa kental sikit je...hati masih jiwa wanita..hihi..

Hotel Anjang Miri

Hapy alis dapat ikut naik kapal terbang

aku n Noor

atas bukit,melihat pemendangan Miri

me huby alis

Miri dari atas bukit,dekat dengan Laut

Sebelum balik kami ke Tower Lapangan Terbang Miri Tempat my fren kerja..

aku alis dan Mohd Noor. Dia kerja sebagai Penolong Pegawai Trafic Udara.

Pemandangan dari atas Tower

 Lapangan Terbang Miri dari atas Tower






Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers