01 February 2017

Reward Diri Sempena Birthday

Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi dan dipertemukan lagi tahun 2017. Syukur yang tidak terhingga aku masih bernafas dan melihat dunia. Ku panjatkan doa untuk terus berjaya dalam bidang yang aku ceburi sekaligus merubah persepsi orang keliling terhadap diri ini. Aku memohon untuk lebih berjaya dari tahun-tahun sebelum ni.

Syukur kehidupan keluarga semakin stabil dan kami bersama2 berusaha ke arah yang baik. Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja bersunguh2 untuk masa depan kami sekeluarga.

Sempena ulangtahun ku ini, aku telah membeli sebuah kereta kecil untuk kegunaan sendiri seperti amik anak2 sekolah dan bekerja. Hasrat ni telah lama tetapi banyak kekangan yang menyebabkan selalu tertunda.

Memang jodoh dengan proton gak, so pilihan aku ialah IRIZ 1.6 EXE. Aku telah memilih kedua fullspec. Aku sangat puas hati dan aku rasa pilihan tepat. Memang banyak kata2 negetif  tentang proton, hopefully itu sementara saja. Lagipun dah biasa dulu naik wira.

Alhamdulillah tambah hutang lagi selepas rumah. Awal2 kerja beli motor,kemudian rumah dan last kereta iriz...(Iriz Income from Amway)jadila dapat kereta kecik yang sesuai dengan tubuh badanku.

Beli di Proton Bangi

Pandangan Sisi dan depan

kereta kami

Terus buat niaga..Muat bawak Board

Puas hati Iriz. Nampak macam SUV laks..hihi kecil2 cili padi...


Persekolahan Dini Hafiy SKPP 11(2)


Sambil2 iklan,Beg Sekolah ini..Jenama Impact

Sangat Bagus!!

Disebabkan dapat pegang blog terus la update pasal anak bujang sorang ni.. Alhamdulillah besar anak ku ni,,,dulu menjaga masa kecil macam2 masalah yang dihadapi seperti tukar pengasuh berkali2 dan asik keluar masuk klinik dan wad. 

Tak sangka akhirya segala masalah dapat diatasi dan syukur anak semakin besar semakin baik keadaannya...

Bila dikenang semasa sakit selepas bersalin tak dapat bayangkan....

Dia la abg dan protector aku. Segalanya apa yang aku lakukan untuk keluarga ini dan khususnya utk anak2.

walaupun selalu kene marah dan geram2, tapi ini semua untuk kebaikan. Dalam masa sama aku biar dia salah sikit2 untuk dia tahu dan belajar  dari kesilapan. Ibu bapa moden samala macam aku, aku juga tidak terlepas dengan gajet dan protect lebih2, HP mmg berhad.. seminggu 2x saja main..dan aku juga kdg2 ada kesalahan sendiri menegah itu tak boleh ini tak boleh sepatutnya aku biar jer...ini la ibu bapa moden...sejak tahun lepas aku hadkan pengunaan HP nampaknya banyak perubahan. Dia tidak terlalu agrasif dan boleh kawal diri..Kalau dia main game di HP mesti sangat aktif dan degil!! itu sebabnya aku terus pangkah dia main game di HP. Aku cuab bagi dia aktiviti..

Berbalik kisah di sekolah, afy sekarang selesai boleh membaca, mengira yg susah2 dan boleh faham bahasa arab dan syukur ingat solat..kadang2 dia lupa aku biar jer...supaya dia ingat sendiri tanggunjawab. Lagipun dia kanak2. Dia kata di sekolah dia boleh dan faham apa yang cikgu ajar..dan balik dia ceritakan kepada aku.

Memang dipermulaan sekolah agak kelam kabut..5 hari aku cuti macam2 berlaku...mungkin dia terkejut sebab sekolah sangat bebas..lama kelamaan kelasakan dia bertambah kurang dan boleh ikut peraturan...pagi memang aku yang hantar,tengahari ada Wak ambik hantar rumah transit utk mandi , makan dan Wak hantar semula ke KAFA P9.

Walaupun suami aku takde di sini, syukur aku dipermudahkan dan segala yang aku fikir negetif atau susah itu ini, telah dapat aku atasi sendiri..

Sesi Orientasi Tahun 1

Dini Hafiy

Gathering Sekolah Rendah 1988 di Kelantan

Selamat Tahun Baru, Baru ada kesempatan untuk menulis blog ini. Todak terlambat juga untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 dan Selamat Tahun Baru Cina...Mengikut kepercayaan Agama Budha, Tahun ini adalah tahun Ayam Jantan. Secara kebetulan juga tahun Ayam ini merupakan tahun kelahiran kami 1981. Sesuai sangat dengan gathering2 ini.

Pertemuan yang singkat ini adalah hasil perbincangan beberapa orang antara kami yang mahu membuat surprise kepada kawan kami yang telah 28 tahun tidak berjumpe, Syukur sangat2 dapat ditemukan ini la namanya rezeki yang tidak diduga. Macam percaya dan tidak percaya plan tiba2 ini menjadi,,syukur sangat. Hasil usaha dan sepakat ini la yang membawa berkat..cewah!!!

28Tahun tau tak jumpe...LAst jumpe darjah 2...Kenapa Kelantan? kerana Nik Anita Nik Ahmad yang 28tahun tidak kami temui...Sykur ada FB..Bamyak kebaikan dengan FB ini. Aku sangat sukakan sosial media seperti FB selain wsup, yang jauh2 dapat kita temui walupun di alam maya...syukur!!

Kami jumpe di Machang Kelantan. Aku antara yang tidak pernah ke Kelantan. Dulu kecik2 adalah tapi takde kenangan yang nak diingati..lagipun pergi KB je pastu ikut orang2 tua jalan2,masa tu kita kecik lagi,,,so macam takde apa2 pun...

KAli ini anak2 dan suami tinggal. Yang hadir 3 kereta family dan 6 org naik flight..

Masing2 berusaha sebaiknya utk buat surprise ini..Memang betul surprise kepada Nik Anita..Dia sangat terharu dan sedih.

Ini la detik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan pada awal tahun 2017...NIk seorang pengawas masa darjah 2, dia pindah ke KL mengikut ayahnya..sampai la kesudah kami tak tahu..akhirnya dengan FB menemukan semua rakan2 lama dan akhirnya kami kembali bersatu di dalam satu group wasup dan FB group...mungkin akan ada lagi untuk reunion secara besar..Alhamdulillah reunion kecilan ni menjadi...

pertemuan antara kami

menangis2 la sedih

Add caption






Tidak Sah kalau tidak membeli belah. Disebabkan kelantan banjir tidak la kami kemana2 selain beli-beli yang berdekatan saja.



21 November 2016

Tiada lagi nenek kandung di dunia ini






Al Fatihah kepada nenek semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang beriman. 

Sejak nenek jatuh ditandas tahun lepas Mei 2015, sejak itu arwah nenek tidak dibenarkan guna tongkat dan disuruh guna pempes utuk kencing. Sejak itula keadaan mama abah aku bertukar tidak ke mana2 menjaga dan bergilir2 dengan adik beradik yang sudi. Setelah sekian lama kedaan semakin bertambah rumit, mama terpaksa menjaga seorang diri dan mengangkat nenek dari wilchair ke tandas dan ke katil. Manusia mmg ada turun naik emosi, kadang2 mak aku mmg bergaduh bercakap sebab peel arwah dalam keadaan tidak menentu. Sekejap itu sekejap ini...Semua tak mampu jaga dengan baik dan melayan. Sejak dia diserang strok kecil arwah nenek tidak boleh bercakap dengan jelas dan hanya memanggil nama ranah dan hasan saja.. Semua nama dia tidak ingat dan kami cucu2 pun dipanggil adeq adeq..itu saja..dengan ayah aku juga dia panggil adeq..bila kedaan baik, arwah nenek akan panggil ayah aku dengan matnor..hanya 3 nama saja dia boleh ingat.

Keadaan bertambah parah tahun ini 2016, awal tahun sehingga saat nazak, mak aku la paling penat.
Dio kalau nak rehat mesti dtg umh anak2. Kalau di gemas dia tak leh rehat..

Semakin lama semakin bertambah sukar menjaga arwah nenek..nenek semakin nyanyok sejak akhir2 sebelum kematian.

Anak2 arwah ada yang endah tak endah. Masing2 macam membiarkan saja nenek. Akhirnya cucu yang mahu menjaga nenek sebab kesempitan duit. Menjaga Arwah nenek sehingga ke ahir hayat. Aku pun tidak mampu memberikan perkhidmatan terkahir kpd nenek. Alangkah rugi tetapi apakan daya, aku takut salah jaga dan aku perlu seharian bekerja. 

Semua macm menolak dari menjaga Arwah nenek. Menantu2 semua membiarkan saja dan memandang saja.

Satu2 satu Allah tarik nikmat, saat akhir nenek tidak lagi boleh memakan seperti normal. Arwah nenek kene mengunakan tiub saat akhir.. Aku dan suami serta anak2 dapat juga berjumpe di hospital semasa itu aku sendiri tidak mampu lihat keadaan nenek begitu. Aku sedih sangat!!kerana tak sanggup tgk merananya arwah diperlakukan dengan tiub makanan masuk hidung. adui seksa...dalam hati Yalllah permudahkan urusan nenek didunia dan berkati la dia di dunia ni.

Arwah mengerang kesakitan yg amat sampaikan pempes yg ditukar lencun...akibat sakit sangat apabila nurse masukkan tiub di hidung. 

Ramai sangat cucu tetapi takde pun melawat.. yg ada adik beradik kami dan mak long familysaja..lain hanya bertanya kabar dari wasup..

Semasa kematian,nenek pergi semasa semua tido. Mungkin tidak mahu semua tahu. Sewaktu ramai orang yg ada, nenek nazak saja..

Akhirnya nenek menghembuskan nafas dalam 6 pagi pada 14hb november 2016.

Bersemadila Arwah nenek di Tanah perkuburan kampung ladang bersebelahan kubur Anaknya iaitu arwah mak long kami. 

Tamatla kisah dan suka duka kami semua. 

Sekarang mama yg demam dan mungkin dia masih teringatkan arwah maknya yg dijaga sejak kematian atuk 28thn lepas.

Arwah nenek meninggal akibat sakit tua. 

Al fatihah Nenek.

Nota: kami la yg melihat keadaan arwah nenek dari gemok sampai kurus kering...betul2 menjadi iktibar apabila dah tua tak tahu bahagian kita dilayan macam mana...semoga yg baik baik saja dan dipermudahkan..


17 November 2016

Demam Denggi


Cerita ini kisahnya awal Oktober, aku tidak sangka diserang demam denggi. Selama ini aku tidak ambik maklum sangat iklan,maksud bukan tak kisah sangat,ada gak aku elakkan kan air bertakung dan elakkan dengan guna ubat nyamuk lingkaran. Rupanya aku kene juga demam denggi.

Mula - mula kene jumaat ptg balik kerja, masa tu aku rasa sakit kaki..lenguh sangat bahagian kaki,aku takde la makan ubat apa2.

Malam nya tu aku tak masak apa2 utk anak2. Aku baring saja...Aku call bagitau hubby, dia kata tido awal dan makan ubat. Aku still kuatkan diri dengan tak makan ubat. Aku minum Pytho Powder Vitamin C saja..

Malam aku tak tido langsung, aku bangun2 dan aku call suami.

Keesokkan demam aku naik, suami aku terus balik sabtu pagi. Ubat aku minta jiran sebelah. Panadol pula aku tak jumpe.

Sabtu tu aku pk anak2 tak makan sebab aku tak dapat bangun masak,terus balik gemas. Sebab aku perlukan mak aku masak utk anak2.

Malam tu makan pill panadol,still tak jalan. Kepala sakitttttnyaaaaaa macam nak pecah!!

Aku memang 1st time rasa sakit teramat bahagian kepala ni. Selama ni demam makan panadol sihat..kali ni ubat panadol tak jalan. Ingatkan kene migrain..

isnin terus ambik darah,disahkan aku kene denggi..Aku waded dan terus down platelet aku

lemah badan dengar kene denggi

Selama kene waded, dekat 10 botol kene drip, semakin nak sembuh, ruam penuh area kaki. Aku perasan nyamuk gigit di area kaki.

Sebab tu bahagian kaki aku teruk dan aku tak dapat berjalan. Betul2 sakit rasa denggi dengan kepala mencucuk..Syukur akhirnya aku sembuh dan semakin pulih.

Orang cakap minum air jus betik, tapi bagi aku platelet naik setelah kita drip berbotol dan ikut imunisasi badan seseorang...aku minum separuh botol je jus betik tak lalu...

Aku dapat rasa badan aku sembuh cepat sebab aku minum protien dan vitamin sebelum sakit..Ia terbujkti, apabila badan diserang sakit, kita tetap kene sakit tetapi tidak merana...itu yg penting.

Keluar dari hospital aku teruskan amal vitamin dan protien untuk bentuk kan semula darah baru dan menguatkan imunisasi badan..

Kene ingat jgn sudah sakit baru makan vitamin, salah tu anda kene sihat dan makan vitamin. Apabila sakit menyerang anda, anda tidak merana..

Minta jauh la dari kene denggi...

22 September 2016

Belum Tido

Tah apa2 tajuk..Sekarang jam menunjukkan 12.30 malam. Aku masih tidak dapat lelapkan mata lagi kerana, aku punyai planning for last fighting....hampir akhir bulan, betul2 struggle untuk amway bulan ini. Semua sedia maklum, this tahun pertama untuk 2017, so aku mesti dan wajib buat yg terbaik for my future in biz!!

Betul2 susun strategi untuk abis kan bulan ini. 

Memang aku punyai ramai downline, tetapi aku tak boleh harapkan mereka utk terus maju. Mereka dengan cara mereka. Bagi aku, yg nak berjaya adalah aku.

Setiap hari mesti buat sharing dan demo..Nothing easy but It can be done!! Apa yg aku buat adalah memang berbaloi. 

Setiap perjalanan aku dalam bisness ini, org2 bawah aku belum ada yg seperti aku lagi. Tetapi oneday surely i got it!! i'm leader by example...buat betul2 skrg..aku akan rehat selepas ini dan ajar orang saja.

Malam2 begini banyak ilham masuk ..so how i make it!!must action action action!!

Aku akan buat yg terbaik bulan ini!!mereka tak nak, aku jalan terus...

ok cau

Boleh layari cerita bizz di sini: http://mybisnessamway.blogspot.my/
 

15 September 2016

Cabutan Bertuah

Alhamdulillah hajat datang untuk memeriahkan majlis saja. Kalau aku tak turun, memang aku tak bersosial la dengan penduduk PR1MA..Iklan ni dah lama, berkenaan Perjumpaan Penduduk bersama YB Tengku Adnan. Kawan pejabat aku nama kak maria yang beria2 ajak aku turun. Ikutkan hati malas juga kalau suami takde. Tapi bila di fikir kan balik,mmm sampai bila nak tunggu suami saja.. Aku kata dengan kawan pejabat, In Sha Allah aku turun nnt. Dalam masa sama pula balik sekolah afy cakap dia demam, mmm aku cakap tak jadi la turun, aku pun masak la. Pastu aku bagi afy makan vitamin C terus, nampak afy cepat sembuh..

Terus aku bgtau kak maria, aku jadi turun tapi kalau anakanak aku lasak aku naik la cepat. Aku just nk meramaikan kehadiran jer. Nak makan beratur panjang, nasib aku tdah siap bagi makan.

Betul la, kalau rezeki tak kemana. Semasa majlis berlangsung aku lepak di Taman permainan saja. Jaga anak2 aku. Siapa nak jaga. Kang hilang apa lagi menangis tak berlaku. Aku ada la dengar Tengku Nan berucap dari jauh. Tapi tak jelas..

Tepat jam 10 aku tgk anak2 aku dah berpeluh sangat..Aku pk naikla. bgtau kak maria, kalau nama nombo rumah aku naik bgtau la..(cakap saja bukan ada niat,tetapi aku dapat rasa kuat yg aku dapat..hemper ke macamtula..bukan basikal!!)

Baru je naik, telefon berbunyi!!Nama Kak Maria!!terus aku cakap aku dapat ke!!dia cakap dapat!!

Aku dpat hadiah Utama.. Ini betul2 bertuah..ada 5 basikal..antara 5 basikal hadiah utama aku dapat!!Memang berlari aku turun semula...

Ini la dikatakan lucky!! Bertuah diantara yg bertuah!! syukur sgtt2

Dengan PR1MA ni semua aku bertuah..syukur sgt22..nombor rumah pun bertuah...ini buat aku sayang ketat2 dgn umah ni...kelima2 basikal tu dari Tengku Nan..personal..


semasa majlis berlangsung

baju kemeja kuning tu Tengku Nan

tengok hadiah cabutan bertuah atas tu

ramai sungguh penduduk yg hadir. AKu duduk tepi longkang je sorang2..

cara susun meja macam ni memang tak dapat la nak duduk


berkejar turun amik hadiah

sangat puas hati

berbaloi hadir diri


kak maria dan anak2

macam tau2 je dlm hati niat nak beli tapi tak beli pk kan umh kecik mana nak taruk.

terkejut suami dapat tahu aku dapat basikal

baju merah tu pun dapat basikal
Taraaaa

bawa naik lift semua cakap wah dapat basikal..




Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers