29 August 2016

Ayer8 Putrajaya

Ulangtahun kelahiran mama kami, kami buat dinner di Ayer8 Putrajaya. Memang dah niat nak belanja dinner, disebabkan nak bagi mak kami rehat dari masak, aku ajak datang Putrajaya. Kalau celebrate di Gemas, mama memang tak suka makan luar. Dia lebih rela masak!!dari dia penat suruh abah bawak mama dtg Putrajaya. So kami adik beradik yg berdekatan mudah datang sini. Putrajaya memang banyak tempat menarik. Aku sangat sangat sangat!!! bersyukur memiliki aset di sini. walaupun kecik ia milik aku...okla...ada rezeki lebih boleh cari lagi rumah lain. Memang impian nak rumah tanah. Tetapi apa yg ada sekarang grab dulu. 

Berbalik cerita di celebrate, di Ayer8 sangat sesuai. Ia tempat havoc di putrajaya. Aku dah booking awal kedai makan tomyam di situ. So dtg terus duduk dan oder. Makanan dtg lewat sikit sebab masa tu bukan hari gaji tetapi ramai pula dinner bersama family..Dapat makan terus makan. Tiada Kek, hnya makan untuk lelepak jer...takde la kenyang mana sebab masing2 sibuk dengan anak2.

sampai makan tak sempat nak sanp dah bedal hihihihi..lapar la katakan.

Selepas makan kami bersia2 di ayer8..seronok ada beca, so kita naik beca dan that nice place tak perlu nak bersesak2..muka masing2 happy dan we are enjoy that moment!! kita tak perlu bagi hadiah mahal,hanya aku suka bagi kenangan yg boleh diingat sampai bila2. HAdiah kalau ada bgus, tetapi aku hanya belanja makan dan main beca..sebab aku buat peruntukan dan aku rasa zaman ni tak perlu nk membazir..

Semoga mama sihat walafiat dan panjang umur .. semoga mama kuat menjaga nenek yg semakin uzur..kami adik beradik tidak bersedia lagi jika tiada mama. kami belum puas lagi!!

we are so close!! setiap baik ada buruk..lidah lagikan tergigit, ini kan pula adik beradik..biasa gaduh dan kami gaduh tak lama...kita hanya merancang selebihnya Allah yg tentukan...semoga kami kekal bersama selamanya..amin



gambar mkn2 tak snap..dah lapar hihi

Naik beca

seronok memasing!!kalau korang naik boleh pilih beca. Setiap beca lain2 harga..pusing2 tasik 30 minit mmg lenguh

kanak2 duk depan sekali sonok depa

mainan ni pun ada..aku main snap je..lawak benda ni haha

afy sibuk nak main kereta ni

Kelab Tasik Putrajaya

Kami ke sana, kerana ada jamuan perpisahan untuk Puan Hariaty. Dia akan sambung belajar PHD dan cuti bergaji penuh. Tahniah diucapkan. Semoga Puan berjaya dan lulus cemerlang. Dalam team kami Puan Yati seorang bos/staff yg fokus dalam pekerjaan. Tidak mustahil dia akan terus berjaya dalam mengejar cita cita nya. Dia juga mengalakan orang bawah dia sambung belajar, masing2 ada impian, dan aku punya impian bukan menjadi pegawai. Impian aku menjadi usahawan yg berjaya yg boleh membantu org luar sana lebih berjaya dan kaya..

Aku akan sambung belajar, jika aku yakin yg aku dapat keja pegawai. Kalau tiada nampak bayang aku tak akan buat. itu aku..aku akan buat kalau aku nmpk hasil akan terjadi depan mata!! bukan menilik, tetapi aku tak rasa aku dapat jawatan pegawai. So aku proced benda lain.

Umur 35thn ni aku tak perlukan degree dalam akademik, tetapi perlu degree dalam kehidupan iaitu berjaya mempunyai kewangan yg kukuh dan makin boleh bantu org luar sana yg ingin berjaya juga.

Berbalik pada Majlis ini. Puan akan mengakhirkan jawatan dan kerja di BPM KKM pada end of September...

Aku suka kerja dengan dia, dia banyak tunjuk yg cara kerja yang betul dari yang tah apa2. Kebanyakan cara yg dia ajar adalah betul, dan dia sgt menitikberatkan pembelajaran dalam pekerjaan. Tetapi aku la masalahnya, bukan tak suka bertanya dia, dia sangat sibuk. Kalau aku tanya aku byk fikir takut ganggu kerja dia. sebab tu aku buat berdasarkan arahan dia dan bos satu lagi. Di awal projek memang aku sangat sibuk, tetapi diakhir2 projek aku byk rehat dipejabat. Kalau pun kerja hanay di cyberjaya. Situ mmg kerja betul..


Tahun depan tak tau aku dalam tema mana. harap2 dapatla team yg boleh bagi aku kerja dan percayakan aku..

Dalam team phis ni, bos semua percaya kan kami. Dan kami juga tidak ambik kesempatan,kami tidak akan sesuka hati keluar dan kalau kami tiada kerja kami akn duduk opis. Bos dah percayakan kita, takkan kita nk ambik kesempatan..so ini la yg berlaku dlm team kami.

Okla panjang lebar, sedap sungguh makanan di sini. korang boleh la buat majlis di sini...memang berbaloi...

note sendiri: berangan juga best kalau bwk downline2 aku yg berjaya belanja mrk mkn sini.. 
Sesi penyampaian hadiah

Team yg kuat!!

Bersama2 bos..aku ni respect mrk...sebab tu aku segan dgn mereka...







22 August 2016

Telefon sampai heng Kau!!


Ini cerita basi la..saja...merah tu dah hampir 2 bulan aku guna...yang putih tu takde la rosak mana pun, tetapi dah takleh handle dengan macam2 application..ikutkan aku mmg tak gemar beli2 hp ni, ni pun hp laki aku,,yg hat aku nyer tu dah pecah screennya..tapi masih elok...entah baik pulak hati laki aku nak membeli baru untuk aku..katanya kesian!! puihh nyampah aku...aku cakap tak yahla kesian benor, dah lama patutnya kesian pada aku..hahaha..jahat aku kan,org nak bagi baru pun kene bebel..alhamdulillah hp baru ni banyak membantu aku dlm kerja seharian..tak minta tapi bagi, macam ni la sepatutnya suami layan isteri..terima kasih darlingku...

aku suka sebab bila heavy guna tak panas telinga or tangan aku semasa pegang..kalau hp samsung yg sekrg ni aku rasa semua panas bateri bila lama guna..aku harap sgt hp asus ni tahan lama dan leh terima All application baru zaman akan dtg..

Yela ada mcm2 teknolgi baru tau!! so nak tak nak kene upgradela sikit..kita duk zaman ni, semua makin meningkat, nak tak nak kene la layan hadapi dengan tenang..

Kalau korang nak carik hp, leh la try beli ni..mmg selesa memegang tak licin dan bateri pun tak panas bila heavy guna...cauu!!!


15 August 2016

Majlis Perkahwinan Zahir dan Dr.Adibah

Lama sudah kami tak pergi majlis kenduri kawin ni. So dikesempatan ini, dapat la kami lari untuk menghadiri majlis ni. So reramai la kita semua berjanji nak jumpe di sana. Okla ada beberapa kerat yang sempat bergambar bersama.

Selesai tu aku bergegas ke 2 tempat lagi. Kami alang2 keluar akan singgah menyinggah. Setiap kali keluar mesti ada saja kerja yang akan dibuat.

Anak2 aku nak tengok kuda tapi takde rupanya untuk sesi bergambar saja. hihi...Majlis di adakan di Paya Jaras, rupanya dekat dengan umah pakcik suami.

Blog ni aku update sebab lama dah nak menaip tapi masa di rumah sangat padat. Takpe janji tahun ni kita all out..Tahun depan In Sha Allah kita dapat hasilnya..

Aktiviti aku sabtu ahad penuh dengan kerja2 amway. Ekonomi negara semakin membimbangkan,tetapi orang2 Amway semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Cerita selanjutnya boleh klik sini

 
Sempat bergambar di meja makan


Bergambar beramai2

Moden Wedding

Kuda betul tu ye..bukan edit2nya...tak mainla kan...memasing2 berduit...leh sewa

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers