20 April 2016

Kemalangan

Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 4 April 2016, di jalan kebun. Sakitnya hati bila ingat kemalangan ini. Syukur kami selamat. Aku mengalami sakit di bahagian rahang dan pipi kerana terhantuk semasa sendiri di dalam kereta. Semasa hari itu, kami keluar pagi untuk ke Pasar borong, dalam masa sama dah keluar, aku cakapla baik hantar barang ni kejap, malas nak simpan dalam rumah lelama. Faham2 je la semak. Lagipun customer nak guna. Selesai sarapan kami terus ke rumah ni, dalam perjalanan di kawasan perumahan tu kereta kami slow2 sebab ada bumper2. Tetiba Boommmm!aku terhantuk sakitnya!!!apa lagi naluri pompuan nangis la sebab kereta kene langgar!!sakitnya hati!!Lagi sakit hati orang yg langgar tu , org kwsn ni juga. Alasan katanya tak perasan bumper!!Weiii kwsn umh ko takkan ko tak tau!!abis kemek bonet kereta kami..

Ialah setiap yg berlaku ada hikmahnya!! betul...org yg hati hati pun kene, Salah dari pihak lain.. kita yg dapat...so dlm marah marah, aku redha!!

Terus ikut dia pergi rumah, aku mmg tak percaya, aku mesti ikut. Suami aku lak cakap biar dia pergi amik Wallet. hei takkan nak biarkan nnti dia lari..

Sampai rumah dia, kene taruk dia dengan bini dia..Siap bini dia ikut sekali ke balai..muka tak bersalah jer...

Selepas buat report, dia kene denda dan kami dapat claim dengan insuran dia..

Rezeki dapat juga terus repair kerosakan dari bas yg langgar sblm ni...terus siap semua..itula hikmah di sebalik kejadian...

Skrg bila bwk kereta mesti nak tengok cermin CC blkg, takut org tak brekk...penat la kulur kilir pi balai buang masa.

Masa hari kejadian nak pergi pasar tak jadi terus pergi balai..

Rezeki jumpe org bengkel repair kereta cepat..lega sgt..seminggu takde kereta menumpang bagai..memang loteh...

lupa cerita, org yg langgar tu slps selesai report bersalaman dan bgtau nak cepat sebab nak tgk wayang!!!sakit btl hati...

alhamdulillah dapat juga kereta dlm keadaan yg normal...siap spry baru lagi...


Keadaan kereta semasa hari kejadian

ini la kereta yg langgar kami. tgk bumper jln blkg tu dia tak break terus lentung kereta kami


ikut sampai rumah

aku rakeman la bengkel ni!!pergila nak cat ke apa semua boleh


Salinan laporan polis

Semasa repair. Kemek dalam

touch lagi sikit

siap!!

Selamat Hari Lahir Suamiku


Hadiah from me!!


Syukur abi dipanjangkan umur dan sihat walafiat..mummy doakan abi sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh NYA...ini saja yg sempat mummy beli, beli last minute...bukan apa dgn keadaan aku yg sendirian ni mana mampu nk survey2 hihi...coklat beli di alamanda itu pun masa ada sale!!kiki...pastu nak beli ray ban jenama aku pun tak pandai...yg aku beli tah apa nama tah..blehla di kedai cermin mata diplomatik..kikiki...

Abi kalau nk jenama yg gah2 beli la sendiri,tak kuasa den..hahaha..bila dia dpt dia suka sgt sebab sunglasses dah lama pecah...

No kek No Makan luar...haha..masak makan umah..bosan kan..skrg masa utk jimat cermat yelaa kan bru pindah, kene la menyimpan semula..


Mummy Lepak King








Sebenarnya cerita2 dlm blog ni bukan fresh from oven..haha..punya sibuk trang tang tang!!mana dan nak update..malam ni merajinkan diri update blog...alhamdulillah dapat jugak kami keluar lunch bersama..punya la tah apa apa, masing2...Master mind dh ada..tapi tukang pelaksana program sokmo tak de. Now aku takde kerja di opis takde pulak nak keluar..hahaha...

So enjoyla moment ni..Lepak king di pizza Alamanda jer...jadi la...jauh jauh penat panas lagi..masing2 borak sakan la...indian sorang jer, yg lain melayu..so kami dah lama kwn,takde apa rahsia antara kami, masing2 pun dah faham peel masing2, dan ada lagi yg tertinggal d opis tu, takpela next leh gether2 lagi...

yg ada jalan dulu..

Ikutkan zaman awal2 kerja dulu ada officemate yg rajin la bwk jenjalan, tapi semua yg rajin dah pindah ke tempat lain..masa tu sokmo jalan jalan jalan..kelaka...asal ada masa jalan ...muda lagi la katakan...now masing2 dah lewat 30an mmg masing2 dah longlai je nak bwk keter..kiki..

okla semoga persahabatan ni bukan saja di pejabat tetapi bersahabat sampai bila bila...amin..

15 April 2016

Bday Boy Party - Dini Hafiy Turn 6

Alhamdulillah ank bujangku telah berusia 6 tahun, banyak pengalaman dengan afy ni. dari mula bersalin, aku sakit tenat dan afy selalu tak sihat dan aku sampai cuti separuh gaji untuk menjaga afy. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. alhamdulillah afy semakin sihat segak dan dia telah pun sunat..Semua siap...Syukur dia pun makin lama makin bijak, dari segi kesihatan beransur baik dan aku sentiasa berwaspada dalam setiap makan minum dia. Suplement seperti protien dan Vit C tidak pernah putus untuk menjaga kesihatan yg optimum. Sekiranya sakit aku akan EL atau cuti untuk jaga sampai baik. Itu saja yg aku mampu selain berusaha menambah pendapatan untuk masa depan anak2 dan keluarga..Ayahnya pun tidak lepas tangan juga mengambil bahagian dalam setiap apa yg aku buat.kita sama sama berusaha untuk memberikan yg terbaik semampunya..Syukur juga dia bertambah pandai dalam pelajaran, membaca mengira dan mengingat semua lulus..Kami tidak perlu risau lagi dan akan sentiasa support dan tidak akan memaksa dalam hal hal yg dia mahu dan akan pantau. Semoga Afy menjadi lebih baik dan menjaga maruah keluarga serta menjadi anak yg mendengar kata berjaya dunia dan akhirat..Amin!!

 Afy minta party di rumah kerana di sekolah dia malu..Sebab dah besar kot..hihi

Kami hanya jemput family dan jiran tetangga kerana kekangan rumah..hihi














Malu bila kita semua menyanyi




01 April 2016

UNIFI

Alhamdulillah kami tidak akan mengalami masalah dalam pengunaan interney selepas ini. Khamis lepas aku pihak TM telah datang Install Unifi. Telah lama kami tunggu, sebenarnya kami telah membuat permohonan dari tahun lepas lagi, tetapi pihak TM memaklumkan bahawa Fiber TM masih tidak dipasang di kawasan perumahan ini. Penantian demi penantian, ulangalik ke TM Cyberjaya buat calling untuk tahu status, lama juga, diatas kesabaran menanti akhirnya Fiber TM telah siap dipasang di kawasan ini. Bila dapat makluman ini,apa lagi cepat cepat la kami call TM dan ulangalik ke Cberjaya untuk Grab Promosi Unifi tahun lepas. Nasib baik kami dapat. Pihak TM telah "Keep" promosi tahun lepas, 30mbps dengan harga RM178.

Sekarang  ni promosi tiada lagi utk 30mbps. Laju giler ni!! seronok mak nenek aku update blog dan buat apa apa online laju beb!! Sekarang yg ada TM sediakan 10mbps je..padahal 10mbps pun laju dan hrga sebulan pun sama dengan 30mbps..okla apapapun seronokla pasni buat ordering internet utk bisness sgt laju..mesti boleh cepat service customers...yeahhh!!!untuk makluman pihak TM menyediakan di hanya 70port sahaja di kawasan PR1MA ni..memeng sikit..sapa cepat dapatla Port ni..pasni kalau nak tggu TM buat pemasangan Port lama la..sebab costing pemasangan Fiber sgt mahal skrg...alhamdulillah kami dapat cepat...kalau takde usaha ulangalik TM Cyberjaya utk grab mmg terlepas la!!

Ikutkan hati tak nak pasang wifi tetapi sebagai seorang yg mmg serius dlm bizz ni aku tak boleh takde internet. Guna Hp sangat slow..sebab line sini tak berapa elok... 

Aku sanggup cuti khamis lepas semata untuk tunggu TM pasang..berbaloi aku cuti...aku sorang semua lelaki...mmg takut,tapi aku bgtau jiran sebelah utk teman aku semasa pemasangan ini, jiran sebelah ni dia pencen CC, so aku maklumkan dia,dan dia tahu ada ramai lelaki dtg pasang. alhamdulillah inila guna jiran jika suami tiada di rumah..


pihak technician bangunan sedang repair kabel sambungan fiber yg terputus.

alat repair kabel

rermai pihak TM dan maintenance dtg bergabung repair

pihak juruteknik TM sedang setup/install unifi

masih tidak berjaya dtg lagi tukar routers

dapat telefon Codless..

inila Set Unifi

Gemar la tgk youtube pasni makin kuatla zumba dan makin macam2 la anak2 bljr. sambung dgn TV


Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers