31 May 2011

Jumpa Blogger Guna eSpring

Aku sejak akhir2 ni sangat aktif nak bikin masak2 untuk keluargaku..aku suka seaching2 ni bab nak carik resepi..aku terjumpala blog orang yg suka masak2 ni..dan suka kongsi resepi...aku mmg tertarik dan hari2 aku buka blog kakak ni..dia org putrajaya juga rupanya..hehe..dalam masa yg sama rupanya dia juga guna espring water treatment..hehe...so aku dah ada geng..leh la aku berkenalan ngn kakak nie...menambah kenalan adalah kewajipan umat Islam..bukan duduk jer mengharap kawan dtg..takde maknala...zaman tu dah berlalu..zaman sekolah boleh la...

http://periuktanah.blogspot.com/2009/11/hadiah-ulangtahun-periuktanah.html

Banyak resepi aku ambik dari sini..

Sistem Rawatan Air eSpring from Amway

Hampir setahun aku menggunakan espring ni...nak tahu bila karterij dah penuh akan berbunyi "bip" so sebab dah bunyila kami decide buka dan tengok dalam...mai kita bandingkan. dari mula beli sampai sekarang...betapa kotor dan karatnya air yang kita minum....aku cuba buat yg terbaik..tekak ni tak larat dah telan air karat..tengokla walaupun semua dah tahu air kita kotor dan pihak berkuasa membiarkan jer kita minum air karat dan kotor..sesiapa yang berkemampuan boleh beli dan apa nasib org yg tak berkemampuan..minum jerla air karat dan kotor ni ye..emm...kita telah di tindas...air pun kene tindas..yg lain lagila..WaALLAHuALAM..


Karterij yang bersih dan suci..


aku cuba basuh tetapi tidak hilang.


eeeee..karat dan kotor...geli

Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring
Kehidupan bermula daripada eSpring! eSpring bukan sahaja membekalkan air yang kelihatan lebih bagus, rasa lebih baik, ia menunaikan janji untuk membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.


8 Sebab untuk memilih eSpring™

AIR LEBIH BERSIH, LEBIH JERNIH, TERASA LEBIH ENAK.
Faedah Sistem Rawatan Air eSpring yang paling ketara ialah peningkatan lebih baik dari segi rasa, bau dan kejernihan air. Inilah yang pelanggan akan perasan, fahami, dan hargai dengan serta-merta.


AIR YANG LEBIH SIHAT, LEBIH BERKUALITI.
Banyak sistem yang mempertingkatkan keadaan dan rasa air. Tetapi sangat sedikit yang dapat mengurangkan bahan cemar berpotensi mendatangkan bahaya, malah terlalu sedikit pula yang mampu menyingkirkan bakteria dan virus bawaan air secara berkesan. Sistem Rawatan Air eSpring melakukan kedua-duanya. Ia menyingkirkan secara berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berbeza – dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air.


DIUJI DAN DISAHKAN OLEH NSF.
NSF International adalah sebuah organisasi yang bukan mengaut keuntungan yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai pihak berkuasa bebas terkemuka yang menjalankan ujian dan pensijilan ke atas sistem rawatan air. NSF International telah menguji dan mengesahkan Sistem Rawatan Air eSpring dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon /UU lain yang pernah disahkannya.


TEKNOLOGI YANG UNIK, MAJU DAN TERKEMUKA.
Sistem Rawatan Air eSpring adalah sistem pertama yangmenggabungkan teknologi rawatan air terbaik yang sedia ada: penuras blok karbon, cahaya UU, dan pemantauan elektronik. Kartrij Karbon-UU mengurangkan partikel dan lebih 140 bahan cemar; cahaya UU memusnahkan lebih daripada 99.99% mikroorganisme bawaan air, dan sistem pemantauan elektronik membolehkan pengguna mengetahui bila masanya untuk mengganti. Kombinasi teknologi-teknologi inilah yang menjadikan eSpring begitu unik.


DISOKONG OLEH PENYELIDIKAN LEBIH 20 TAHUN DENGAN LEBIH 338 PATEN YANG DIBERI ATAU SEDANG MENANTI KELULUSAN DAN DITERIMA BAIK DI 36 NEGARA.
Sistem Rawatan Air eSpring adalah hasil penyelidikan lebih 20 tahun dalam teknologi rawatan air. Ia telah direka dan dibangunkan oleh jurutera dan saintis eSpring. Sistem Rawatan Air eSpring mempunyai lebih daripada 338 paten rawatan air di serata dunia, yang telah diberi atau sedang menanti kelulusan. Sejak pelancaran eSpring, sistem itu telah diterima baik di lebih 36 negara di serata dunia.


MESRA PENGGUNA DAN MUDAH DIPASANG.
Tidak seperti air yang dibotolkan atau penuras jenis jag, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan semua keperluan air minum dan memasak bagi sebuah keluarga sederhana – bila-bila sahaja ia dikehendaki, secara terus dari paip. Rekaan eSpring yang lebih kompak dan kontemporari juga tidak banyak mengambil ruang agar lebih mudah dan lebih fleksibel. Dan, tiada peralatan khas yang diperlukan untuk memasang eSpring.


PENYENGGARAAN MUDAH DAN LEBIH KETENANGAN.
Sesetengah penuras dan sistem rawatan memerlukan penggantian penuras setiap bulan, jika tidak lebih kerap lagi. Namun, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan 5,000 liter air atau bekalan satu tahun mana-mana yang terdahulu – sebelum Kartrij Karbon-UU perlu diganti.


KUALITI DAN NILAI HEBAT UNTUK WANG.
Walaupun Sistem Rawatan Air eSpring memberikan prestasi dan kemudahan hebat, kos rawatan sebenarnya adalah kurang berbanding mana-mana sistem lain.

29 May 2011

Himpunan 1 Juta Belia di Putrajaya



abi dan Afy




Pemandangan dari dalam..tak byk ambik..sebab guna hp jer.



Tegak jer..



Afy lasak..



Inila Bas yang kami naik tue..

cuti sabtu ahad yang ada adalah yang last sebelum suamiku stat kelas next week...so kami bersama2 memanfaatkan untuk meluangkan masa lebih untuk dini hafiy dan aku yang kesunyian hahahahahhaha..sabtu suamiku balik dari kerja..pas mandi2 solat kami keluar ke MANJAKU..kami beli hadiah hamper untuk melawat kawan suamiku di HOSPITAL SERDANG..selain beli hamper kami beli2 susu dan pempers hafiy buat stokk untuk 2 minggu..siap2 terus kami gerak ke spital serdang..inilah pertama kali kami masuk hospital serdang..besar betul dan luas sgt hospital ini...agak kepenatan gak kami dari lift nak ke katil pesakit..ok tgk2 baby yang comei..jam2 ni la pulak teringat2 masa bersalinkan dinihafiy..sungguh mengujakan/menyakitkan hahhahaha...ok dah lepas..itula nikmat yang Allah berikan..walaupun sakit ia tidak mematahkan semangat ibu2 untuk bersalin lagi..hehheh

Berbalik pada cerita hari belia ni..balik dari spital serdang kami pi care4 untuk beli2 barang keperluan rumah..so ambik2 itu ambik ini..semua setel dalam RM190.96 PEh!!barang2 sekarang mahal giler..padahal kami amik yg minumum jer pengguaan..dah byk yg aku tapis...tapi still harga mencecah hampir rm200 gak...sedih2...apakan daya dah dihidupkan zaman macamni..dpt duit gajii tapi habis sekelip mata...tahanjerla...ni berdua kerja kalau sorang jer kerja abisla...ini pun kami kurangkan ENJOY2 ni...no more enjoy2 tau...pendapat aku la...zaman sekrang kene dua2 kerja dan kalau tak kerja faham2 la sendiri...skrg susu pun dah mahal sgt..nak bg susu badan bukan sentiasa ada jer..pemper mmmmm samala tu..kalau dah 30 ke atas tak sah...


AHAD




Dalam Roda tue..


Pandangan dari Atas

Sikit jer gambar...banyak kat Hp laki aku..takde mood nak upload la..hehe

ahad pagi2 buta dah siap2 bangun nak keluar umah...mekan selera kami tujukan...selepas sarapan bagai kami terus ke tapak himpunan 1 juta belia...byk sgt dan luas so kami pilih untuk pi beberapa2 jer tempat...mula2 kami pi litar lumbe motor...feh bising dan bingit telinga kami...pas tgk kami gerak ke tempat naik bus yang tiada pintu (macam bas ZOO) kami pun park kereta dan naik bas tu free jer..round area tapak pesta..seronok betul hafiy..hehhe...mak budak macam aku pun seronok...hehhe..siap2 smua kami pi jejalan tempat lain...
10.30 pagi kami gerak balik...

naik2 kereta je afy tido kepenatan...

dalam kul 6.30ptg kami keluar lagi..pi cyberjaya...huby ada game ngn budak2 LIM KOK WING...lawan bola...abis kul 9suku kami gerak ke tapak FUN FAIR di PRESINT 3..hehe..afy dah kepenatan jalan sana jalan sini masa kat cyberjaya...sampai keter dah menguap2..aku tak bagitau dia jgn tido..

sampai tapak fun fair main RODA PARIS tue..hehe..lama giler agak dah 15tahun tak pi fun fair..lama kan..akhirnya malam tadi kemuncak..kami naik...mahal giler tiket..1token 2.50 tau..kami beli semata2 untuk naik roda tu jer...gayat gakla naik...afy senyap jer...hehe..dia menjerit time nak abis pusing apada...buat lawak jer..

pas ambik2 gambar kami pun balik..lalu kat tapak pesta nak tgk artis pulak...tapi tak kelihatan pun..so kami balik...smapai umah 10.30mlm terus2 tgk mentor...emm dah agak yg ERRA FAZIRA yang menang..SIAN EDRY kalah dpt no.3 huhhu

Gambar nnti aku upload...tapi tak cantik sgt...kamera hp jer

Penyampaian Hadiah & Jamuan Perpisahan



Aku Dapat piala setelah berjaya menewaskan peserta2 dlm indoor game BPM KKM..hehe..Lama dah aku tak terima2 hadiah2 ni..hehe..

KLIK SINI untuk melihat byk lagi cerita2 semasa jamuan& penyampaian hadiah

26 May 2011

Kuih Seri Ayu



aku beli dua sekali..best tgk peti ais penuh dgn makanan..



Inila kuih frozen yang aku tak sabar nak kukus balik kerja..afy pun boleh makan..sedap..



aku ambik dari blog orang lain ni..macam senang jer nak buat kan??


Inila kuih kegemaran aku..tak taula nak cakap lagi sebab keenakan kuih ini..aku mmg nak belajar tetapi belum masanya lagi..tunggu anak dah besar baru boleh mulakan aktiviti2 aku..cumanya dah teringin sangat aku pun beli kat kafe ada jual Frozen punya...apa lagi tgh berduit ni aku cekau la..hehe

Kuih ni masa aku kat gemas mmg suka oder dngn kawan mak aku..kwn mak aku buat sedap sgt...mak aku mmg tak buah kuih2 ni dia buat kuih yg senang tanpa byk kerenah..

Kuih Seri Ayu ni sangat terkenal dan tak perlu lagi diperkenalkan. Bukan sahaja 'ayu' tapi sangat sedap dimakan. Sesuai dijamu waktu pagi, minum petang dan juga waktu berbuka puasa.

25 May 2011

Pinjaman Perumahan Naik

memang aku buat malu diri sendiri....aku boleh menjerit2 pulak cakap pinjaman ku dah naik...giler maluuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!aku..semua bagun dari partition utk melihat knp aku jerit...pastu bila aku cakap pinjaman dah naik2...mereka cakap lama dah naik..kwn aku cakap RAM aku slow giler..hahahhahahahha...aku pulak macam terkejut berukkk pulak..kiranya aku boleh beli umah la..pinjaman dah naik..hahhahahaa..gilor2....hati ku berbunga2 nie..tapi apakan daya aku dapat cerita basi wei.....tgkla aku copy paste tue

Klik Untuk melihat basic ku antara tu jer..belum lagi campur elaun2 lain hahahha...itula jumlah pinjaman yg aku boleh buat..hehehe

24 May 2011

Hari Ulangtahun kami ke 4

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usia kami dan seterusnya memanjangkan usia perkahwinan kami yg ke 4..syukur dan aku akn terus mengabdikan diriku untukmu...segala harta benda dan diri akan ku korbankan untuk mu YaAllah..amin Yarabil Alamin...

Tengahari kami celebrate secara simple dan nice..yang penting ada masa dicuri untuk keluar berdua2an...bukan tidak mahu bawak anak tetapi biarla kita face2face utk berdua..setelah sekian lama kita sibuk dengan urusan dunia dan akhirat apasalahnya kita mengambil 1 jam untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ini..aku berdoa agar hubungan ini terus mekar dan bercambah2 disertai dgn berkah yang MAHA ISA..amin..

Kami melepak di Kenny Rogers Roster..makan makanan kegemaran kami...pilihan menu yang sama..penuh nikmat kami makan tanpa gangguan anak..kenyang sangat...okla dah skema lama ni..korang layanka gambar yg sikit ni...



Hubyku..







strwbery dan coke



meal for my huby



for me...yummy

22 May 2011

Weekend Days

Sabtu aku tak ke mana..aku bersihkan umah dan aku turunkan langsir bilik2 nak basuh..dah setahun langsir umah aku tak cuci...apa lagi tebal abuk2 kat langsir tue..dah la langsir ni panjang..sbb tingkap tinggi..emm sabar jerla...

So siap2 basuh sidai elok pulak kering...karpet pun dah hantar dobi..tinggal ambik jer..

minggu depan or minggu ni nak basuh pulak langsir yang paling mahal aku beli tue..hahha..langsir ruang tamu tu...dah la berat..insaf aku nak beli lagi..walaupun kene terik mentarik still shining lagi.berbaloila aku beli...

ahad kami siap2 pi IJOK umah nenek suami aku..so jadual minggu ni pi ijok..minggu lepas pi uamh mak dia..bila suami aku cuti jer mmg kene buat jadual supaya semua dapat dilawat..kalau tal pasti semua akan terasa hati..huhu..nasibla keluarga aku tak cam gitu nak terasa2 hati ni takde masa hahaha

malam tido awal sebab dah kepenatan dlm keter..bali hari ni mmg penat la..

19 May 2011

Honda JAzz

wei korang cantikk arr honda jazz sekarang..giler arr..bila aku leh dapat ni wei..doa2kanla..hehe..tertarik menarik memang geBOMMMMMMMMMMMM!!!..malas la banyak citer..aku nak berangan mat jenin japs...LAYANZZZZZZZZZZZ..YANG PENTING OREN JINGGA..MEMANG BOMMMMMMMMMMM
http://www.honda.com.my/jazz/overview/ AKU DAH COP TAU..MY DREAM CAR

Workstationku





Tak banyak berubah cuma dah takde gantung2 lagi


Kotak tu aku balut...jadikan tempat kasut

apa lagi sengal kepalaku bila letrik takde..biasala aku kan kerja depan PC..kalau elektrik takde akan mati kutula kami semua ni..mula2 okla tak bosan..abis dah dekat tengahari ada tapi on off on off...emm so aku n jiran2 partition mulakan la 5S..kemasla apa2 yang patut..

So aku sebab dah selalu kemas...kali ni aku buang semua yang tergantung2 kat partonku...

dah siap semua aku letak dalam plastik semuanya..tak tau nak taip apa...tgk jerla..tak byk perubahan yang takde keychin2 gantung tu jer...

17 May 2011

Cuti WesakDay

Followers ku apa korang buat cuti umum wesakday tue??aku nanti la aku citer...korangla citer dulu hehe..(berangan macamla ada org baca blog ni..haha)

Citer aku takde yang best melainkan "Aircord umah ku dah di service dek laki aku"...Lama dah aku jeling2 aircond tu..hehe..malam2 buta panas mak aiii..dah la cuaca panas...pastu bukak belas pun masih tak sejuk..rupa2nya hah ko tengok, punyala penuh habuk2 dan segala macam debu kat penapis aircond tue..mana taknya,umah aku tu sebelah ada pembinaan mau tak penuh habukk tebal kat aircod tue..patutla tak sejuk..dah setahun tak vakumm aircond tue..laki aku punyer tugas di rumahla cuci aircond dan kipas2 semua...itu kerja dia selain jaga anak di rumah..yg lain i yang uruskan OK...leh minta lebih nie elaun hehe...takdela aku tak kisah aku mmg suka buat kerja umah...tgn aku tgn besi hahaha...

dah siap semua kipa2 dan aircond di cuci,kami pi beli kasut hafiy di Manjaku..beli sebab kasut hafiy tertinggal kat kampung hubby..emm..sabarjerla..kalau tak tinggal tak sah...biasala dah putus urat beranak..hahha

malam kami kuar pi serdang...lepak ngn kawan2 KL...hehe...seronot afy..sambil tu aku risau gak takut gak afy kan baru baik demam..but kami lepak dalam restoran tertutup okla. harap2..itujer aktiviti cuti wesakdays...hehe..

eh lupa tengahari pas cuci semua tu kami pi tempah baju raya..nasibla tukang jahit tu sudi terima tempahan utk buat baju afy..ok semua dah setel..tinggal tgu dapat dan bayar..huhu

15 May 2011

Gift untuk Cikgu2 Taska Dini Hafiy




Disebabkan afy dah berhenti,....so kami decide nak bagi ole2 pada cikgu..cikgu yang baik dan harap mereka suka...afy tidak lagi duk taska kerana dia jenis sensetif tak boleh salah sikit..so that kami dah hantar pada pengasuh baru..harap2 kseihatan afy ok dan terus ok...inila untuk cikgu2 taska...

Kain Pasang untuk DiJual


ini semua kain pasang yang nak aku jual..aku buat bisness partner ngn kwn opis..ala suke suki jer...sesapa nak beli boleh bagitau..

Shooping Baru Raya Tahun ini..

Dikesempatan hubby aku cuti semesta..kami cepat pi beli kain pasang untuk di buat raya tahun ni..sabtu petang kami ke The Mines shooping complex..hehe..aku terus menuju ke Kedai TEWAH ..cari punya cari sesat gakla..sebab mmg tak pernah pi kedai tue..kat the mines byk giler kedai2 kecik2..tapi aku tak pernah sempat nak pi satu2 sebab dah ada anak ni mmg jalan laju jerla..so tujuan asal kami nak pi beli kain pasang..kami malas nak pi nilai 3 sebab PANAS!!afy pun baru baik demam..nak pi JAKEL PUN MALAS..pasti sana lagi best2 tapi sebab nak cepat so that kami decide pi THE MINES JER LA...so carik2 punya carik rambang mata di buatnyer..akhirnya kami jumpa kain yg berkenan..tang baju akula yg payah sebab byk sgrt cantik2...harga mmg mahal la...terebang gak semua...carikla baju mak mertua gak..sebab tiap2 tahun kami tak pernah lepas tangan beli baju mak dia..baju untuk raya 3 dan 4 dah lama beli dah pi tempah pun..color pun lebih kurang sama gak huhuhu...



yang bunga2 tu baju mak mertua aku..kainnyer lembut..ahad kami dah balik sana sehari je anta kain..aku main tarik jer RM34.00



baju kami sedondon..cadangan asal nak beli baju aku sikit jer ..kain nak sama dengan baju melayu tapi sebab dah pening kat kedai tu..aku pun decide beli sepasang terus..sampai umah macam menyesal beli penuh..aku nak sama ngn laki n anak tapi tak jadi pakai jerla..ini semua pun dah terbang rm184.60...mahal ooo sekarang tak leh nak mewah2 sangat..baju aku la paling mahal..nmpk mcam biasa jer kan??tapi kainyer berat dan sedap...baju huby dah tempah..baju afy ni sapa la nak jahit ye...emm..tahun ni aku mmg nak elak bunga2..kiranya 3 pasang semua ni takde bunga...semua abstrak...

Aku Dah SAH Dapat Pencen




inila bukti aku dah sah mendapat taraf pencen..hehe seronotnyer..tapi gaji aku belum bersih lagi..apa2 pun alhamdulillah...semoga aku makin bersemangat kerja...Bacala..bacala..hehe

11 May 2011

Singapore

Rezeki adik pompuanku..semalam malam dia nak pinjam kamera..aku cakap nak buat apa??dia kata nak pi singapore..aikk!!tetiba je nak pi..dia cakapla Hal kerja..owh..Tak sia2la aku suruh dia terima jawatan tue..tahun ni jer dia dah pi dua negara...awal tahun dia pi Thailand dan satu thailand dia dah jalan2..itula namanya rezeki selepas tunang..aku pun tumpang gembira...Tadi dia pi singapore pagi2 dah bangun sebab flight kul 8pagi...rezeki diala leh jejalan free..kiranya company dia ni mantop gak la..walaupun kecik tapi company ni mmg selalu ke luar negara uruskan hal bisness..bawak staf2 pi sekali..mmg bestla kan kalau dapat company macamni..sambil tu gembira dan berdoa agar terus maju..sebabnya compny ni satu2nya BUmiputera status...Lagipun bos dia ni tak kedekut...baik hati dan orang negeri sembilan lagi itu yang penting..hehe..

Ikutkan history adik2 aku ni mmg semua berjaya..aku memohon doa agar adik beradikku walaupun dah berjaya tidak lupakan keluarga sendiri, beriman dan berbudi..amin!!

Bila la aku nak pi singapore laks...semoga impian menjadi kenyataan...amin

Menjelang Wedding Anniversaryku

Apa nak buat ye untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 tahun..rasa2 macam nak dinner kat kenny roger jer..sebab my huby sangat suka kenny roger...aku sedang2 jer...kami dah tempah percutian bersama family kat Pulau Pangkor...tapi tak tahu la jadi tak?sebab hafiy baru sihat..kalau jadi maknanyer kami akan celebrate kat situ..kalau tak jadi kami celebrate kat Putrajaya la..terasa gak nak pi Restoran berputar KL Tower..hehe..berangan jer la...ada anak ni payah sikitla..ok la..enjoy tak ngn Template Blog yang baru nie..hehe..

Cantik Tak??

ok Dah siap..ini la rupa blog aku yang baru..terima kasih pada http://www.mizsya.blogspot.com/ yang mengajarku..hehe

10 May 2011

Termos Gaint



Sudu ni aku beli sama ngn termos ni...tapi sudu dapat dulu..so aku belikan untuk kawan aku kawin tak dpaat datang..so aku pos sudu ni ke terengganu...cantik kan??


inila termos gaint kelaka betul..patutla mahal...lagipun aku ingat mmg mahal rupanya besar..sama tinggi ngn partition meja aku..hehe..best2la...

Medical CArd Suamiku



Nak tau aku 100% dapat kalau berlaku apa2 pada suamiku..mintak dijauhila perkara tiadak di duga



semalam kemas baru jumpa policy medical card suamiku...emm lega...

faedah perubatan = rm50,000
Kematian = rm5000
Tunai umur 63 = rm1320

Boleh la kalau emergency..mintak2 dijauhila..Kalau sesiapa nak boleh la bgtau aku..

Aku Juara Game Dart Keseluruhan

Macam tak percaya aku juara main Dart tadi...inila namanyer rezeki ku hehe..best gak main tadi..aku mmg pasang niat tahun ni nak aktif..lama dah aku pasif rasanya mmg tak sesuai aku pasif..la ni kalau ada apa2 mainan mmg nak join..sekurangnya leh tambah kenalan dgn staf2 yang baru..hehe..

09 May 2011

DAP berkuasa di Malaysia , agama Kristian akan jadi agama rasmi !

Pagi ini aku nak kongsi, pasal AGAMA KRISTIAN AKAN MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA...ini kah yang anda semua nak lihat..tak takut ker? apa akan jadi pada minda anak2 muda sekiranya ini terjadi...cuba pagi2 ni renung2kan..aku nak kongsi agar semua orang akan membuka mata...

08 May 2011

background tak siap

aku belum final lagi buat background nie..tadi ada game...then aku skrg tengah resah gelisah ker

Hari Pertama Dini Hafiy Bersama Pengasuh

9hb Mei 2011 merupakan hari pertama hafiy bersama pengasuh baru..pengasuh suruh aku panggil kak Ros...Tingkat 1 blok yang sama dengan aku..iklan aku tampal kat semua lift2..so hari pertama lagi dah dapat panggilan untuk menjaga anak aku..tapi aku tak berkenan sebab pengasuh tu kat blok A depan blok aku..bukan apa aku nak carik yg di blok yang sama...tak der la aku nak kelam kabut pagi2..ok aku tunggu lagi mana tau ada orang akan call2 aku lagi..so petang dalam 6.30 petang rezki ada seorang lelaki call aku..dia tanye nak carik pengasuh ker??aku ckp mmg mencarik..so dia cakapla wife nyer nak jaga anak aku...sebab mereka baru pindah kat apartment ni..sebelum ni wife dia jaga anak org..mmg sentiasala jaga anak org...bila dah pindah dia nak buat iklan kalau2 ada org nak suruh jaga anak./..tengok2 aku buat iklan terus anak dia bgtau maknyer ada iklan..itula lebih kurang cerita pengasuh ni..

Tadi la kami dari gemas direct jer sampai putrajaya 9pagi..terus siap2 kan barang2 afy yanga nak di bawa umah pengasuh baru...makanan dan semuala mainan bagai aku angkut bawak umah pengasuh tue..toto bantal baju susu dan basikal semua aku angkut bawak turun...tu yg aku suka sebab duk blok yang sama...senang nak mengakut2..

kali ke 3 afi bertukar pengasuh..pengasuh kak ros ni aku buat dalam percubaan la..tak kompem lagi mau anta tak..tengok macam mana..kalau afy ok dan suka aku teruskan hantar..

aku tak mau mengharapkan sangat sebab seblum ni aku pernah mengharapkan tetapi pengasuh tu hampeh...now aku just bertawakal dan berdoa agar afy serasi..anaak2 pengasuh ni pun suka kanak2..mereka boleh melayan afy..

ok berbalik pada cerita afy..dia tadi menangis2 gak la...dia tak mau...dia nak dokong ngn abi..dia nak aku..aku tak pakai tudung pakai tuala jer..kalau pakai tudung nanti dia melalak2 takut ditinggalkan..so aku turun dengan tuala di kepala...aku suapkan nasi lembik kat dia tadi dapatla 2 suap je..then dia luehkan nasi tue..aku pujuk2 bagi dia main mainan yg di bawa..pastu aku bagi akak tu dukung cepat2 kami LARI!!!

sayuppp rasanya bila kami lari...kesian sgt..apa boleh buat kalau inila yg terbaik utk dia..tujuan aku tukar pengasuh untuk tengok keadaan dia ...kalau duk taska asyik demam jer..sampai dah setahun lebih umurnyer pun demam lagi...kat taska mana mungkin cikgu2 nak jaga afy bebaik..mereka biar jer..pastu kalau ada budak demam selsema pasti afyla org pertama yg akan kene..cuti aku pun makin surut..mula2 demam ingatkan nak membesar..then lama asyik2 demam..mungkin Allah dah bgtau Hin2 yang afy ni tak boleh duk beramai2..finally afy demam dan sakit teruk bulan lepas..ini la kemuncaknya yang afy tak sesuai lagi duduk taska beramai2...inila ceritanya kenapa afy bersama pengasuh baru..sebelum tu mama aku yg jaga...tak sanggupla aku nak suruh mama aku jaga..umah kat gemas tunggang terbalik bila mama aku tak de..kucing2 tak makan...

aku memohon agar ini la jalan yg terbaik untuk memastikan kesihatan afy sentiasa baik selamanya...doakan2la ye...

P/S: afy dalam percubaan bulan ni...kalau sesuai dan pengasuh sayang dan sanggup betul2 aku akan teruskan..kalau tak terpaksala kami iklan carik pengasuh yang lain..

syahdu di kala ini..

05 May 2011

Perkembangan Kesihatan Anakku

Tajuk di atas aku pilih untuk berkongsi cerita mengenai anak tunggalku(buat masa ini)..kesihatan dia semakin baik..semalam dengan jayanya dia boleh tido nyenyak..alhamdulilah..aku pun nyenyak sampaikan anak aku jatuh buaian..sedar2 pagi ni dia tido atas LANTAI!! kesian dia...kesmua dlm bilik tido mati sampaikan yg luar pun tido mati..mungkin anak aku menagis tetapi semua dah tak sedar so dia pun terlelap agaknya...

paGI tadi mama aku kejut subuh...terkejut dia lihat afy tido di lantai...terus angkat tidokan atas tilam..masa angkat tu dia dah terjaga dari tido...hehe..aku pun mandi terus dan mama aku siapkan air panas nak mandikan dia...rupanya dia berak banyak...busukk...ikutkan cerita mama aku dia dah boleh makan, minum banyak...3 kali berak ..lega aku dengar!!

batuk ada lagi sikit..demam dah ok..tapi semalam demam gak..aku doa agar anak aku tak demam lagi..kalau ikutkan dah 2 minggu dia demam tak baik..harap2 dia baikla...tak mau lagi kasi dia ubat...kesian tgk dia tiap2 bulan kene makan ubat..huhu..

Pagi tadi dah siap awal aku bwk anak aku pi iklankan cari pengasuh kat blok aku..aku tampal2 kat lift semua..kalau ada rezeki ada la orang call..

Aku cadang kalau la dapat pengasuh,aku nak suh dia jaga..tengok sebulan dua..adakah anak aku demam lagi..kalau demam maknanya bukan sebab taska la..kalau dia demam bermakna anak aku mmg jenis cepat demam..dan rawatan susulan akan aku buat dengan pakar kanak-kanak...

memang ia memaningkan kalau perlu tukar2 pengasuh...kesian pada afy dia bukan tau apa2..kalau tukar2 takut dia tak mau sebab dan kenal semua org..

aku mmg niat tak mau mama jaga...mama kalau jaga pun sbb emergency jer bukan aku suruh...aku nak mama aku rehat dan duk umah...aku tak mau dera mak aku..biarkan dia jaga makan minum abah aku...lagipun sejak jaga afy kat putrajaya bisnezz agar merundum..sbb mama tak de bantu abah...

Cita-cita aku, aku nak carik pembantu umah bila dah anak dua...aku nak suruh pembantu umah/ Bibik tu jaga anak2 aku kat umah..aku tak mau hantar2 lagi kat taska melainkan pi sekolah...biar bibik tu uruskan umah ..aku hanya MASAK JER...

Ada sikit kegeraman tapi ok lagi..mama aku bising cakap demam2ni salah kami..sebab laki aku balik malam2 study..pastu beli water treatment menyebabkan takde khasiat pada iar putih tue..padahal air tu tak bersalah..sabar jerla...biasala org tua...kalau anak demam kito yg salah..huhuu

anak aku dah jalan dengan lajunya..dah tak payah pegang2..dia dah bileh cakap sikit2..tapi yg tah apa2la sebutannya..huhu..dah dah kenal org..sgtla kuat menangis bila nampak aku n huby siap2..aku pakai tudung dia akan melalak kalau tak angkat dia..huhu..pastu suka naik keter..nak main strereng keter dan suka main kat luar...

okla nak stat kerja..tadi aku dtg awal..laki aku hantar naik motor..sbb dia nak runner ke KL ada last EXAM..SEMOGA BOLEH JAWAB DAN DAPAT FOUR FLET..HUHUHU

04 May 2011

Tambah Gambar muko aku

background ni aku buat time tgh tak de kerja..so dari aku melangok nanti aku tido..aku tambah sikit muko aku..buat ni jer dah makan masa setengah hari..haha..ialah org tak pandai macamni la..hehe...sambil2 tu aku belajar la ..dah lupo guno adobe ni..entah tetiba lak aku rajin so stat pagi aku terus buat...hanya ini jer yg jadi..walaupun lama giler aku buat hahaha..muko aku tu je yg sesuai letak kat background tue..hehe..aku edit gambar anak aku tapi macam tak kene ..so next timela letak background lain letak gambar anak aku...sebenarnya gambar byk aku dah buang kat PC aku tak letak takut ada org ceroboh PC aku..tapi bila time rajin gambar yg cun2 takde pulak..so ni jer la yg ada...semoga terhibur dgn background aku yg baru..hehe

P/S: tangan aku keras sebab tu gambar nampak keras. Takde Seni..

adik aku




inila adik aku yang kene operate..kos semua operation di KPJ seremban ialah RM10,244.00 mahal oiii...inila pentingnya medical card..kita tak tahu bila masa akan berlaku kemalangan diri..tgk adik aku ni sakit2 perut jer..then pi spital ckp kene operation..kalau la takde medical card memang tahan sakittt la berpanjgaan..alhamdulillah mak abah aku jenis yg mementingkan penjagaan kesihatan..itu la sebabnya kami semua dibelikan medical card..bayar bulan2 jer..dalam family aku sorang jer belum ada medical card..suami anak aku adik2 beradik mak ayah aku semua ada...aku jer belum..emm nnti ada rezki lebih nak beli..

03 May 2011

Lembu

semalam malam kami jemput mama aku dari seremban..nak minta tolong jaga afy sementara tak sihat ni..sampai sana kul 7 mlm lepak2 jap..then magrib kami pun solat..pastu cepat2 pi kedai berdekatan beli bahan mentak utk masak esok n seterusnya..senang mak aku masak...

Patut kami gerak awal tapi lambat gak la gerak nak dekat kul 9mlm..kalau lagi awal pasti kami pun akan terlibat dalam kemalangan langgar LEMBU DI HIGHWAY LEKAS..mmg huby aku bawak laJU malam tadi sebab nak cepat dia pi study group kat bangi..dalam perjalanan yg laju2 tu aku berkata2 dlm hati..aku cakap..e lajunya abg bwk..bahaya la dah la padat keter ngn org ni pastu jalan licin..aku just bersuara jer dlm hati tapi tak cakap pun..Tetiba la kan nampak dari jauh syup2 jer lampu kelip2 polis...ingtakan ada roblock..rupanya bukanla...ada kemalangan..kemalangan LEMBU banyak gakla...lembu mati bergelimpangan..adui kami lalu2 tepi lembu tue..seram rasanya..aku tgk lembu tu punya kepala PATAH BERDARAH2..eeee...mengucap aku...nasib afy tido dah..kalau tak kang tak pasal2 jer..huhu..minta dijauhkanla BADI2 NI..

TERUK sgt kereta yg remuk langgar lembu tu..pasti org2 dlm keter tu dah pi ICU..mmgla kalau langgar lembu nak2 lembu besar pun mati inikan pula manusia..tak taula idup ker mati..

keter2 yg kemalangan ti cepat pihak berkuasa alihkan..teruk sgt tgk keter tue..lembu2 masih bergelimpangan lagi...berat mcm mana nak angkat tengah2 gelap2 tue..fuh mencabar sungguh kerja pekerja pihak berkuasa dan staf LEKAS..

masalahnya depan tu jalan terang dah..yg lembu2 tu lalu tmpt gelap mmg la time ni pulak keter2 tgh laju..laki aku pun bwk laju masa ni..kalau kami kaur awal tadi pasti kami yg terlibat dlm kemalangan tue..Nauzubillah!!!

Kepada kawan blog aku ni kalau lalu highway LEKAS JGN LA LEKAS JER..lagi waktu malam berhati2la..kawasan MANTIN tu golap!!..LOMBU2 BANYAK!!

PIHAK HIGHWAY LEKAS kena la bykkan lampu2 jalan...bahaya..dah byk dah kemalangan di highway ni..padahal baru setahun jangung..minta dijauhkanla...

kepada ORG YANG BELA LOMBU TU, JAGOLA LOMBU TU BAIK2..JGN DIBIARKAN LOMBU TU MELINTASS JALAN..LOMBU KO MATI TAKPO..NI MANUSIA YG MATI...

Happy Birthday Abahku & Wedding Anniversary 1 Mei



Acara buka hadiah.







hadiah mama..tapi mama takde jaga duha..



Jeng2 inila hadiah abah..smartPhone

Semoga abah sihat walafiat dan dipanjangkan umur..semoga mama juga sihat walafiat dan dipanjangkan umur..Fikiran kedua2 sihat dan boleh beribadat dengan lancar..AMIN!!!

Semasa 1 Mei seperti entry sblm ni mmg macam2 dugaan..so that celebration memang tak adala..ingatkan nak beli cake secrate racipe tapi tak jadila...semua kat spital sbb adik aku operation perut...ok kami pun bagi hadiah pada abah dengan tak proper langsung hehe..abah memang nampak suka sangat dengan hadiah yg kami kongsi2 berikan pada dia..memang dia sangat teruja dan memang sunyum panjang la abah...so kami pun sgt puas hati..hehe...

KLIK SINI NOKIA E5

kami hanya dapat kongsi hadiah kerana apa tidak mahu ada perbezaan hadiah dan biar kami berkongsi semua..kongsi kasih sayang dan kongsi segalanya..aku tak suka kalau beli sorang2..sebabnya aku tak mau ada jurang perbezaaan antara kami..dan yang paling penting adalah supaya kita adik beradik saling berkomunikasi..itu yang penting..kalau komunikasi takde memang akan berlaku la peperangan antara keluarga..hehe..

MAma aku belikan kain pasang..kain untuk dibuat baju hari raya..boleh tahan mahal gakla kain tue...saja jer..beli sebagai Sambutan Hari Ibu dan ulangtahun perkahwinan mereka..hehe..

02 May 2011

Dini Hafiy ku



Kesian tengok dia..sayu mummy bila afy menangis kesakitan.



Afy tido kepenatan menangis sepanjang hari..kene balut tangan lagi dia menangis rimas..

permta hatiku ni belum sembuh2 lagi..tika dan saat ini dia tido dan aku cepat2 update blogku..banyak sangat nak aku kongsikan cerita2ku dan peristiwa yang berlaku semasa cuti dan sebelum tamatnya april..


1 Mei
dini hafiy masih tak boleh tido dan sangatla meragam dan sangatla kami buntu..Suamiku??memang tak bole belajar dan exam sgtla dekat..aku??semakin runsing dgn keadaan dini hafiy yg melalak2 macam di rasukk hantu!!

Suami aku bawak dia tido di dalam kereta tika saat org semua tgh mimpi yg indah..kami??sangatla tak boleh tido..sabar saja yg menguatkan mental dan fizikal..bayangkan nak tidokan afy kami round 1 putrajaya tgh malam..memang menakjubkan dia tido sgtla nyenyak..kami yg mengantuk tak hengatla..kuatkan bawak dokung naik umah..sampai umah???dia bangun melalak2 seperti sebelumnya..

akhirnya selama 3 hari tak boleh tid dan sayik bwk tido dlm kete..aku yg pening dan buntu bawak afy pi hospital putraya bahagian emergency!!

nasib tak ramai org..aku pun ceritala bla2 semua..akhirnya doktor masukkan air dan ambik darah periksa sama ada ada penyakit merbahaya or tak...alhamdulillah darah OK!!yg tak OK nyer bila mana tibanya utk masukkan air dan darah...ibu bapa tidak dibenarkan tengok..melaak2 hafiy..kesiannya dia..aku kat luar dengar aku yg menangis sayup!!di kerjakan anak aku ..kesian hafiy..menagis aku tak tahan sayu dengar tangisan dia minta tolong...

akhirnya berjam2 kami duk sana sampaila selesai..anak aku meraung2 tension kerana tangan dia di ikat...aku jgn cakapla..hanya org2 yg pernah alami akan faham situasi ini..kesian pada aku n huby lagi anakku..cuti yg kerajaan bagi utk menolongku juga supaya aku tak korbankan cuti kerja..tapi mmg cuti macam tak cutila...takpela asalkan anak aku sihat..

2mei..

anak aku dah tak mau org..bila kami pi shah alam jumpakan dgn atuk n pakcik makcik dia semua dia tak mua..dia trauma agaknya selepas kene kurung ambil darah n air masa tu dia seorang bersama doktor n MA..stat dari situ hafiy dah tak mau lagi dgn org!!semua org ditoloknya..berdokong jer n kami berdua..mmg lenguhla..mata kami pun dah lebam2..

menangis melalak sampaikan dah takde suara..kesian tgk afy kene ulser satu mulut dan tongsil..YaAllAH sembuhkanla dini hafiy..kesian dia...aku yg dah tua ni pun tak tahan sakit masa kene tongsil..inikan pulak budak kecik yg tak boleh berkata2..menagis jerla..

masa ni gakla adik aku kene emergency operate..dia sakit perut..muntah2 dan merauk2..akhirnya pakcik makcik aku kat seremban tu bawak dia ke KPJ specialist seremban...masa ni family aku kat putrajay sebab nak celebrate beday ayah kami..emm semua plan tak jadi la...semua pi srbn dan aku pi hospital putraya..

cuti ini kami tak buat apa2.melayan afy je yg memerlukan kami di sisi..now masih tak mau bubur dan susu pun kurang..nampak dah kurus afiy..emm kami yg kene kuat melalui ujian ini..

nnti aku upload gmbr..sbb nak cepat afiy ni terjaga2..ok ..semua yg baca blog ku doa2kan la afiy dan kami sihat..

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers