01 February 2017

Reward Diri Sempena Birthday

Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi dan dipertemukan lagi tahun 2017. Syukur yang tidak terhingga aku masih bernafas dan melihat dunia. Ku panjatkan doa untuk terus berjaya dalam bidang yang aku ceburi sekaligus merubah persepsi orang keliling terhadap diri ini. Aku memohon untuk lebih berjaya dari tahun-tahun sebelum ni.

Syukur kehidupan keluarga semakin stabil dan kami bersama2 berusaha ke arah yang baik. Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja bersunguh2 untuk masa depan kami sekeluarga.

Sempena ulangtahun ku ini, aku telah membeli sebuah kereta kecil untuk kegunaan sendiri seperti amik anak2 sekolah dan bekerja. Hasrat ni telah lama tetapi banyak kekangan yang menyebabkan selalu tertunda.

Memang jodoh dengan proton gak, so pilihan aku ialah IRIZ 1.6 EXE. Aku telah memilih kedua fullspec. Aku sangat puas hati dan aku rasa pilihan tepat. Memang banyak kata2 negetif  tentang proton, hopefully itu sementara saja. Lagipun dah biasa dulu naik wira.

Alhamdulillah tambah hutang lagi selepas rumah. Awal2 kerja beli motor,kemudian rumah dan last kereta iriz...(Iriz Income from Amway)jadila dapat kereta kecik yang sesuai dengan tubuh badanku.

Beli di Proton Bangi

Pandangan Sisi dan depan

kereta kami

Terus buat niaga..Muat bawak Board

Puas hati Iriz. Nampak macam SUV laks..hihi kecil2 cili padi...


Persekolahan Dini Hafiy SKPP 11(2)


Sambil2 iklan,Beg Sekolah ini..Jenama Impact

Sangat Bagus!!

Disebabkan dapat pegang blog terus la update pasal anak bujang sorang ni.. Alhamdulillah besar anak ku ni,,,dulu menjaga masa kecil macam2 masalah yang dihadapi seperti tukar pengasuh berkali2 dan asik keluar masuk klinik dan wad. 

Tak sangka akhirya segala masalah dapat diatasi dan syukur anak semakin besar semakin baik keadaannya...

Bila dikenang semasa sakit selepas bersalin tak dapat bayangkan....

Dia la abg dan protector aku. Segalanya apa yang aku lakukan untuk keluarga ini dan khususnya utk anak2.

walaupun selalu kene marah dan geram2, tapi ini semua untuk kebaikan. Dalam masa sama aku biar dia salah sikit2 untuk dia tahu dan belajar  dari kesilapan. Ibu bapa moden samala macam aku, aku juga tidak terlepas dengan gajet dan protect lebih2, HP mmg berhad.. seminggu 2x saja main..dan aku juga kdg2 ada kesalahan sendiri menegah itu tak boleh ini tak boleh sepatutnya aku biar jer...ini la ibu bapa moden...sejak tahun lepas aku hadkan pengunaan HP nampaknya banyak perubahan. Dia tidak terlalu agrasif dan boleh kawal diri..Kalau dia main game di HP mesti sangat aktif dan degil!! itu sebabnya aku terus pangkah dia main game di HP. Aku cuab bagi dia aktiviti..

Berbalik kisah di sekolah, afy sekarang selesai boleh membaca, mengira yg susah2 dan boleh faham bahasa arab dan syukur ingat solat..kadang2 dia lupa aku biar jer...supaya dia ingat sendiri tanggunjawab. Lagipun dia kanak2. Dia kata di sekolah dia boleh dan faham apa yang cikgu ajar..dan balik dia ceritakan kepada aku.

Memang dipermulaan sekolah agak kelam kabut..5 hari aku cuti macam2 berlaku...mungkin dia terkejut sebab sekolah sangat bebas..lama kelamaan kelasakan dia bertambah kurang dan boleh ikut peraturan...pagi memang aku yang hantar,tengahari ada Wak ambik hantar rumah transit utk mandi , makan dan Wak hantar semula ke KAFA P9.

Walaupun suami aku takde di sini, syukur aku dipermudahkan dan segala yang aku fikir negetif atau susah itu ini, telah dapat aku atasi sendiri..

Sesi Orientasi Tahun 1

Dini Hafiy

Gathering Sekolah Rendah 1988 di Kelantan

Selamat Tahun Baru, Baru ada kesempatan untuk menulis blog ini. Todak terlambat juga untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 dan Selamat Tahun Baru Cina...Mengikut kepercayaan Agama Budha, Tahun ini adalah tahun Ayam Jantan. Secara kebetulan juga tahun Ayam ini merupakan tahun kelahiran kami 1981. Sesuai sangat dengan gathering2 ini.

Pertemuan yang singkat ini adalah hasil perbincangan beberapa orang antara kami yang mahu membuat surprise kepada kawan kami yang telah 28 tahun tidak berjumpe, Syukur sangat2 dapat ditemukan ini la namanya rezeki yang tidak diduga. Macam percaya dan tidak percaya plan tiba2 ini menjadi,,syukur sangat. Hasil usaha dan sepakat ini la yang membawa berkat..cewah!!!

28Tahun tau tak jumpe...LAst jumpe darjah 2...Kenapa Kelantan? kerana Nik Anita Nik Ahmad yang 28tahun tidak kami temui...Sykur ada FB..Bamyak kebaikan dengan FB ini. Aku sangat sukakan sosial media seperti FB selain wsup, yang jauh2 dapat kita temui walupun di alam maya...syukur!!

Kami jumpe di Machang Kelantan. Aku antara yang tidak pernah ke Kelantan. Dulu kecik2 adalah tapi takde kenangan yang nak diingati..lagipun pergi KB je pastu ikut orang2 tua jalan2,masa tu kita kecik lagi,,,so macam takde apa2 pun...

KAli ini anak2 dan suami tinggal. Yang hadir 3 kereta family dan 6 org naik flight..

Masing2 berusaha sebaiknya utk buat surprise ini..Memang betul surprise kepada Nik Anita..Dia sangat terharu dan sedih.

Ini la detik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan pada awal tahun 2017...NIk seorang pengawas masa darjah 2, dia pindah ke KL mengikut ayahnya..sampai la kesudah kami tak tahu..akhirnya dengan FB menemukan semua rakan2 lama dan akhirnya kami kembali bersatu di dalam satu group wasup dan FB group...mungkin akan ada lagi untuk reunion secara besar..Alhamdulillah reunion kecilan ni menjadi...

pertemuan antara kami

menangis2 la sedih

Add caption






Tidak Sah kalau tidak membeli belah. Disebabkan kelantan banjir tidak la kami kemana2 selain beli-beli yang berdekatan saja.



Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers