25 January 2011

Bosan

pagi2 ni dah 3 hari kat opis aku kebosananan...aku bukan leh duk giyang kaki jer..huuhu...belum ada kerja yang byk so kita relek jer dulu..

Ramai pulak today takde kat opis...lagi la bosan..tinggal kwn2 leleaki jer..mereka bisisng2 pun aku bukan leh menyampuk huhu..kang kata aku ni penyebuk pulak..hahha..so aku pun layan la diri sendiri...hehehe..

Macama2 aku baca sampai naik juling mata aku tgk pC ni..adeh...bila duk macam ni baik aku duk umah jaga anak kan??hehe..ala ada kerja takde kerja kene dtg opis...kang apa lak org cakap.

Tahun ni nak sedaya upaya dtg kerja..nak penuhkan kedatanagan huhu..nak cuti raya lama2 tahun ni kalau dpt..bisala plan jew...

23 January 2011

Papagi aku dah Naik Hangin

Isnin ni mmg nak pi keje ambil mood..aku mmg semangat giler nak pi kerja..aku nak jadikan tahun ini yang terbaik dari tahun yanag lepas2..abis..memang kuat betul dugaan nak jadi baikk ni..abis pepagi aku dah naik hangin macam mana nak jadikan today is the best days weiiiiiii..

Suami aku mmg seorang yang sangat kuat sabar...kan aku cakap mak mertua aku duk umah kami...so that dia merajuk pulak coz my husbd takde umah..yelah hubby aku bz tau..dia mmg jarang ada umah..so kemuncaknya semalamla.. sbb kami kuar pepagi buta n balik magrib..mengamuk la dia tak makan tak minum..giler arr ..mak ayah aku pun tak gini..aku punya family mmg pantang kalau nak merajuk2 lelama sampai tak makan..mula la aku hanginnnn satu badan...huby aku dah pujuk but tak makan gak...siap tengking haby aku lagi..aikk ni kes dah lebih wei..mula la aku yg jadi cacing kepanasan...

Bayangkan lauk yg aku masak dia tak makan...aik ni dah lebih..aku kelam kabut pepagi bangun masak sebb pk dia..dia tak makan pulak..geram aku dah tahap gaban...

LEks lagi huhu

Pagi ni nak pi kerja mak mertua ku menangis2 pulak..aduii mengadala pulak..pening arr aku...

Dah pujuk tapi tak jalan..aku apa lagi sound la..."SEMUA NAK MARAH ABI PEPAGI NI PEHAL!!"biarla dia dengar..geram aku...mak ayah aku takde masa nak merajuk2 ni...byk benda nak pikir....

20 January 2011

Afy dan ajik




naik stroler.




Kepenatan main.



suka mereka ..tak sia2 bwk jumpa




Seronok makan biskut..pandai ajik makan.






suka main gelongsor..balik mengantuk sgt



Bersama untie nita



bersama ayah ajik



ajik ajak afy main kotak.




MAsuk jer umah nita terus afy nak main

Masa cuti thaipusam ni aku tinggalkan afy di rumah nita..sebab aku nak pi new york skin solution..nak bawak macam tak bagus sbb sana crowded..tgkla aksi mereka bersama selamanya...

Pilu

Sejak kehilangan nenek tersayang aku lah orang yang paling pilu dan sebak sehingga tidak dapat menahan air mata dan ia gugur tanpaku sedari..sudah hampir 6hari berlalu aku masih beremosi..hatiku pilu mengenangkan sakit arwah yang sangat terseksa..mungkin itula bahagian nenek sebelum dia meninggalkan kami..mungkin yang membaca ini tidak faham apa knp aku terlalu sedih..Hanya Allah yang mengathui kenapa aku terlalu sedih...

Bayangkan semalam petang aku ke sungai buloh untuk mengambil mak mertuaku.dalam perjalanan ke sana kami melalui highw SKVE...aku terpandang signboard KLANG..tetiba air mata aku jatuh aku menagis teresak2 dlm kereta..hubby aku ckp dah la syg jgn macamni..begitu sekali aku sebak..tak boleh pandang sigboard KLANG..sgt emosi bila pandang...(aku menaip ini pun aku sebak...air mataku bertakung)..mungkin org lihat aku kuat tetapi aku tak kuat sekiranya yg pergi itu seoarang yg sgt aku akrab dan sgt kuat bergurau ngn aku..macam mana aku gagahkan utk gelak2 tetapi hakikatnya hati ini sgt sensetif...aku redha dan byk kali berdoa agar ALLAH tarik nyawa nenek kalau mmg tiada lagi harapan utk sembuh...akhirnya doa kami ini dimakbulkan..setelah Allah makbulkan aku masih bagini..knp???adalah sebab..aku down sbb arwah pergi kerana organ dlaman dia hancur..tidak boleh berfungsi..kanser yg merebak merosakan organ dalaman kalau dia pergi tanpa rosak dalaman tidak la aku pilu..kesian arwah...

Arwah ada cakap kalau nenek mati tolong mandikan dia..so hajatnya utk aku mandikan hampir terlaksana...aku dpt sikit mandikan dia..sbb org yg mandikan jarwah tu tak mau alih badan..macam mana aku nak mandikan..dapatla sikit aku gosok2 badan arwah masa dimandikan...

Sekarang baru ku sedar bahawa jgnla kita sia2kan org tua kita..semasa hidup nila kita kene memberi yang terbaik kpd org tua kita...kalau suadah tiada masa tu kita tak boleh lagi menyesali...sayangilah org tua..kalau sakit cepatla berjumpa doktor...

18 January 2011

Arwah Nenek yang aku rindui




Setelah dimasukan air kelihatan gemuk..air yg byk tak dpt keluar...buah pingang dah rosak.. dan hempedu pecah



Kesian aku tengok...(kamera hp gelap)



Semasa Tenat..meracau masa ini..kurus kering nenek aku tak makan minum dan semuanya dah terlambat..

Segala2nya bermula 2tahun lepas...nenek aku sakit perut dah galak kali..tetapi dia tak mau berjumpa doktor..katanya ada ubat beli kat kedai farmasi or mana2 suplemet..dia selalu minum air teh org kampung untuk melawaskan berak dan makan betik n so on la..supaya dia boleh berak..nenek aku mmg ada sembelit..but dia mmg tak mau jumpa doktor..apa boleh buat...anak2 pun malas nak tegur sebab dia mmg tak mau pergi(kes degil)..akhirnya 2tahun lepas perutnya sakit sngat dan tak boleh bangun rasanya..dia telah dimasukkan ke emergency rasanyala..aku tak berapa ingat...masa warded dai disahkan usus ada ketumbuhan..but tak teruk...rasanya belum jadi kenser..so dia tak mau operate..akhirnya dipujuk oleh abah aku(nenek yakin sbb abahkan MA)..so nenek bersetuju..nenek dimasukkan ke PPUM untuk operation...aku tgh2 malam dtg PPUM menaiki motor(masa tu baru beli hehe)so sampai sana dlm jam 9.00mlm...tgu2 akhir nenek selamat dibedah..alhamdulillah...

ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser.

Tahun 2009 dan 2010

Kesihatan nenek kembali pulih..alhamdullilah...aku lihat dia boleh makan dengan selera boleh berak ngn mudah n semuanya indah...

nenek menggunakan sarung di perut untuk keluarkan berak..mean dia tak berak menggunakan buntut lagi...dia terpaksa menggunakan sarung di pinggang..so siap kali makan berak akan kelaur masuk terus ke sarung...kesian nenek..tapi masa tu dia pasrah..dia boleh berekrja boleh buat kuih boleh buah macam2...

Raya tahun lepas dan tahun ini aku tak ke klang..aku pergi pun lepas raya 2009..
raya 2010 mmg tak jejak langsung sebab aku dah ada baby..so terkejar n payah sikit nak ke mana2...mmg tak rasa raya la tahun ni...dia telah pergi

Berbalik pada kesihatan dia mmg makin lama makin dah nampak tanda2 dia sakit..

Dia menderita pada tahun 2010..kiranya tak lama la dia rasa bahagia...2010 byk yang dia mengadu yang dia sakit ini sakit itu..but tak boleh buat apa..mungkin kesan dari kimoterapi dia jadi macamini...kesanya sejak akhir aku tau dia gatal seluruh tubuh..gatal yang amat...samapaikan macam2 losyen dan mengaruk jer..

Tanggal akhir tahun 2010 bermula episod yang nenek makin tak sihat..kesihatan dia amat terganggu..malam2 dia meraung kesakitan..tak dapat aku bayangkan yang penderitaan dia bini...mungkin ini bahagian dia...

18hb Disember adalah yang terakhir aku jumpa dia...masa tu adalah majlis pertunanagn adik aku..dia kata tak dpt dtg kerana tak sihat...so kami tak kisah pun...

Tengok2 dia dtg jugak dan aku dpt tau dia call semua anak2 dia dtg ke gemas...sebab dia boleh jumpa semua...mmg masa tu dah sakit amat dah..malam2 dia meraung2 kesakitan...bukan sakit kanser ini tapi sakit kerana tak makan..gastrik tgi..bukan dia tak mau makan,.,.rupanya kanser dah blocking usus..mmg tak boleh masukla...

Balik dari gemas..makcik2 aku cakap dia amatla selera makan...2mingu lepas sebelum dia pergi rupanya dia tak boleh makan..makan aja keluar makan ubat keluar semua benda yang masuk keluar..kesiannya dengar tapi aku tak juga pulang ke klang..sebab hubby aku bz..

akhiir 13hb aku pergi jugak ke klang dengan perasaan amat cemas..mama aku call suh cepat balik tgk nenek..rupanya masa ini dia dah hampir gila sebab dia tahan sakit yang naik ke otak...kejap dia ingat kejap dia lupa..Allahuakbar!!aku menangis melihat keadaan dia..dia meracau..cakap jawa la pangil mak abah dia laki dia..mmg sedih pilu semua yang dtg melwat...

13hb malam abah aku dtg terus bwak ambulan dari hospital Klang...doktor di emergensy marah yang amat..dia cakap kenapa lambat...mama aku senyap...lambat sebab pakcik makcik aku buntu dan tak bgi pergis spital seolah2 suh mati di rumah...Allahuakbar..nenek belum nak pergi...

14hb aku still pergi kerja...malamnya aku dah gerak pi klang dan tiso sana..

15hb aku pergi melwat nenek di Hospital Klang...masa tu nenek kelihatan gemuk kerana air yang masuk tak dapat keluar...buah pinggang dah rosak..

16hb pagi aku ingt nak pergi hospital but anak demam..mmg duk umah..dapat tau nenek meninggal 2ptg...2.20ptg doktor sahkan dia telah kembali kerahmatullah.Allahuakbar...

16hb petang jam 6 sempat kebumikan ...mmg laju la urusan ..urusan di hospital pun cepat...alhamdulillah...

Selesai semua aku dah tak dpt menehan sebak di dada..waktu balik dlm kereta tak terasa sgt...keluar je dari kwasan umah nenek..aku dah stat menagis teresak2..sebelum ni aku redha dia pergi sbbtak tahan tgk penderitaan..

sampai rumah aku menagis lagi..memang hilang semua mood aku..selera makan aku pun tersekat dik kerana sebak sangat..aku mulai rindukan nenek..

Semasa praktikal dan semasa mula2 kerja aku tigal ngn nenek...byk nasihat dan teguran serta kemarahan yang nenek lemparkan menjadi kenangan yang tak dpt aku lupanya...YAALLAH betapa aku merindui dia..merindui semua masakan,kuih muih dia,nasi lemak dia dan macam2 aku rindukan dia...YALLLAH lindungila nenek aku, ringankan la seksaan kuburnya dan tempatkan la nennek di syurga..YALLAH temuikan la aku dgn nenek dan atuk dan abang aku di san nanti...ALFATIHAH..

New York Skin Solution Call

Pagi ahad aku terima panggilan dari NYSS semasa aku stay di klang sebab nenek tenat...hapy betul dpt panggilan dari NYSS tue..dah semua diterangkan..aku pun bersetuju untuk buat apoiment pada isnin petang..selepas letak telefon terus pakcik aku bagitau yang nenek dah nazak...nafas dia makin slow..dan makin lama makin slow..akhirnya nafas nenek aku terhenti..ALLAHUAKBAR!!!nanti aku citer...so aku pospon untuk pergi NYSS...

14 January 2011

Kanser Usus

Sejak 2 menjak ni aku asyik melayari internet dan akan baca pasal kanser...disebabkan baru mendengar ceramah kanser aku teringatkan nenek aku yang sekarang amatlah sensara melawan kanser yang dah kritikal...aku memang tak boleh melihat kesensaraan familyku kalau ada yang sakit..sebab aku telah rasa akan sakit yang lama..ingat tak selepas bersalin aku sakit otot hati..disebabkan otot hati aku bengkak terjadilah peristiwa yang aku kene jangkitan kuman..betapa seksanya masa tue..mana taknya sakit operation bersalin pun tak baik lagi aku kene sakit bengkak hati..bayangkan sakit ini sahaja dah membuatkan aku insaf dan terasa nak mati...bayangkan nenek aku yang betul2 kene kanser..masa inila fikiran aku melayang mengenangkan aku sakit dulu...korang tak pernah rasa sakit ini..walaupun bukan kanser..

Berbalik pada citer kanser..ia adalah pembunuh no 1,2 dan 3 negara...kanser usus adalah kanser kedua untuk lelaki dan ketiga untuk perempuan...ok sini aku n family kene berhati2 kerana nenek aku telah dijangkiti...persen utk kami dpt juga ada sebabkan keturunan...mulai sekarang kalau ada sakit sikit berjumpala doktor untuk rawatan awal...

Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
1.Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
2.Ada ketulan darah bercampur dengan najis
3.Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
1.Tiga tanda di atas
2.Cepat berasa lesu
3.Pening
4.Sesak nafas
5.Senak perut
6.Rasa mahu pitam
7.Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
1.Semua tanda di atas
2.Badan terasa lemah
3.Sentiasa berasa penat
4.Sukar bernafas
5.Pitam

13 January 2011

New York Skin Solution

Petang kat opis ni aku terasa nak cantikan kulit aku yang kusam ni..aku buka laman web new york skin solution dan bacala apa2 yang mrk paparkan...so aku pun cuba nasib la untuk dapatkan free trail..huhu...tak sabar nak tgu mereka call...huhu...kalau la betul mereka panggil utk tgk masalah kulit aku peh...tak sabar beb!!

klik la utk kwn2 dptkan free: www.newyorkskinsolutions.com

Nenek

Semalam aku datang kerja but separuh hari..sebab aku byk urusan semlam bersama hubbyku..huby jemput aku terus naik dan lakukan plan yang pertama..plan yg pertama pergi rumah bangi..Penyewa dah bising2 sebab rumah tu dah banjir..ada pulak nak marah aku..akutaula umah tu dah lama kami menetap...sudah pastila masalah yang mereka hadapi aku jugak hadapi..sudah tentula kami dah repair macam...nak buat macam mana rumah 307 tu yang buat hal...ownernya tak pernah kami jumpa.disebabkan rumah inila rumah kami kat bawah menjadi mangsa..tanpa berlengah lagi kami bawak kontraktor yang boleh merepair...dia tengok rumah bangi dan bagi cadangan,rumah kami dah abis buat..yang kene repair yelah rumah 307..abis kami nak buat mcam mana dah 307 tak repair...kami yang baik hati ni pun sanggup nak mereapir...aku nak kosongkan rumah tu..tapi kesian pulak ngn penyewa...nak halau kang tak perlu..

Selepas kami melawat rumah..kami pergi ke seksyen 2 bandar baru bangi..sebab nak dapatkan daun bidara...daun bidara itu untuk nenek yang sedang tenat..entahla ini ustaz yang merawat nenek aku tu yang suruh mandikan nenek ngn air bidara untuk mengelakkan apa2 yang kanser dan macam2...


Kisah Nenek...kesian sangat dengan nenek aku ni..dia memang la sakit...yang kau geram tu bukan nak bawak nenek pi spital..lagi mereka bising suh mengucap, pulak..bukan nenek tu nak mati..tapi dia kesakitan..sampai ayah je ayah aku terus panggil ambulan...sebab mmg ini bukan kerja kita utk merwatnya...kene anta wad jugak...akhirnya ayah aku yang jauh ni gak panggil ambulan...sekejap je ambulan dari hospital klang sampai..hah kan senang...

Nenek mmemang meracau2 abis nak buat macam mana...kat uamh dah meraung..kenapa dia meraung adalah sebab dia kesakitan sangat...kalau hantar awal sudah pasti meracau tu kurang...oksigen tak naik otak sebab tu dia jadi strok..kesian sunggu aku tgk dia...seksa btl..nenek aku betul2 kuat melawan sakit dia...mmg kuat btl..kalau org lain dah putus asa..tapi dia tidak..sebelum2 ni mmg dia boleh cakap tapi tak leh bangunla...mungkin sbb darah dah tak dpt berfungsi dgn baik..

Sampai hospital terus, mak ayah aku kene marah ngn doktor sebab tak hantar awal..bayangkan mak ayah aku yg jauh ni pun yg gak pi hantar..yg lain dah penat sgt..
Nenek terus masuk imegency dan skrg doktor bagi morfin utk dia tido...dgr nya pagi ni morfin tu tak berkesan dia tetap tak boleh tdo..nenek betul2 melawan sakit dia.

Kami tido klang..kesian hafy dia terpaksa tido beralaskan selimut...nasib baik dia tak meragam...kalau dia meragam abisla aku...alhamdulilah tgh2 sibuk dia ok..

Kami gerak putrajay jam 5.30pagi sebab aku suh huby aku tdo...siap terus pi opis..

Aku berdoa agar Sekiranya nenek masih ada peluang utk hidup mohon agar diberkan dia peluang utk hidup...sekiranya tiada lagi peluang untuk baik..Kau permudahkan la dia pergi dengan tenang...amin!!

12 January 2011

Suzuki Alto

Peh tetiba lak minat dengan keter kecik n cute dari suzuki...aku dah masuk n duduk kat keter ini..memang amatla suai ngn body aku yang kecik molek ni..huhu..

Harga lebih kurang dgn viva jer..but viva keternya kurus n macam avanza kecik..tetiba lak minat keter ini..keter ini body mantap,enjin bagus dan ada airbag lagi kat kedua tempat duduk dpn..kalau keter mini malaysia just biasa2njer..

korang layanla gambar ini aku ambik dari website suzuki




Putih lagi cun



Smart gak hitam ni..



Bahagian dalaman keter suzuki alto

Aku dan Ilmu

Mungkin ini secara kebetulan...aku baru perasan dengan diri ini atau ia secara kebetulan..aku boleh atau dapat membaca diri orang lain..aku secara automatik boleh membuat tafsiran kepada orang yang aku lihat..kadang apa yang aku fikir tentang orang itu,aku biarkan jer bila btl2 terjadi baru aku teringat tentang apa yang aku tafsir pada orang itu..mengkin ini secara kebetulan tak taula..tapi yang pasti aku mudah membaca bahasa tubuh orang yang mendekatiku.aku boleh tau orang yang tak suka aku atau orang ang mengkianatiku.....waAlahualam..

09 January 2011

Caesarean



Teringat kenangan ini masa melahirkan hafiy..info yang aku baca kalau Caesarean ini berlaku disebabkan:

1) ibu,
2) masalah pada bayi seperti bayi kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan bayi lemas,
3) uri jatuh ke bawah yang akan menyebabkan bayi meninggal di dalam perut,
4) kedudukan songsang
5) serta ibu yang melalui proses bersalin melebihi tempoh 16 jam kerana tempoh normal untuk kelahiran bayi antara 10 hingga 16 jam saja
7) wanita yang mempunyai tulang punggung yang kecil hingga menyebabkan pembukaan rahim tidak dapat berlaku semasa tempoh melahirkan anak,
8) bayi yang terlalu besar dan
9) kedudukan bayi seperti melintang atau senget yang boleh menyebabkan koyakan terlalu besar sekiranya proses kelahiran normal diteruskan.


Kenapa aku Caesarean?? jwbnya no.5, no.7 dan no.9(senget)

Pagi aku dah bebel

apa nak jadi ni pepagi aku dan bebel..sabtu ahad ni pun aku asyik bebelkan hubby aku..huhu..kesian huby aku..tak pasal2 kene bebel...tgkla sabtu mmg dia pi kelas, tetapi dia tak tunaikan hajat aku sebelum dia pi kelas...tgkla syiling bilik aku dia tak tampal lagi ngn plaster putih yang dia beli..dia tak tutup lubang syiling tu...yelah pas buat buaian anak aku..dia tak beli plaster tu..then dah beli berjeman pulak aku tgk benda alah tu kat atas toyogo..tak gak bertampal..takkan aku nak cakap berualng kali ..katanya kang aku ni bebel jer..bila tak bebel inila jadinya..sampai la ni tak tampal berlubang syiling tu aku tgk tiap kali nak tido...rumah ni mmg au jer la uruskan takdela dia...itu aku tak kisah seba aku tau dia bz..but tutupla lubang tu..kalau aku tinggi mmg aku buatla...

Then ahad pulak, dia ajak aku tgk pameran keter kat alamanda..dia nak sangat beli keter honda city yg baru tue..aku cakap mampu ker??dia kata mampu..gaji dia dah byk..but aku ckp habiskan la satu2 ..nanti dah abis degree kita belila keter baru...keter wira ni lagi 2tahun abis bayar..dia kata nak beli gak tahun ni..aku cakap nnti kita makan telur jer la...hahhaa..lantak la...kalau nak beli aku naik jer...tak de makna nak bayar..huhu...kalau dah abis degree nnti aku tak kisahla mmg kene beli yg elok...aku target dia pas abis degree la beli keter baru...skrg tak boleh..

ISNIN

Pagi aku dah bebel kat adik aku..dia beli keter sendiri tnpa berbincang..katanya tak larat nak naik motor ulang alik gemas..sapa suh ulang alik gemas..duk la diam kat subang tue..tup2 pepagi dah mmg gambar keter dia..beli 2nd ngn ower keter itu..beli CASH lagi..hebat adik aku ni..byk duitt dia...aku mmg percaya dia ni byk duit sebab sgt la berjimat..but dia walaupun ada duit tak boleh buat sesuka hati..entahla...

Dulu aku nak sambung degree but bila pk adik2 ni masih sekolah aku pun kerjala...pk byk sgt..lastly adik2 sendiri penting diri..

KAlau aku tau la mrk ni penting kan diri, aku dah sambung deegree da...skrg masih belum terlambat but aku dah takde mood pulak..

biarla dia dah beli ketr..pasni kalau balik gemas jgn kedekut nak tumpangkan kami sudahla...kalau kedekut mmg aku ungkitla...padan muko...aku harap adik beradik aku tak lupakan dirin pentingkan diri pas semua dah berjaya..mmgla mama dan abah mampu..but kita sbagai anak kene byk pk.....

buat masa ni semua adik beradik aku masih boleh dikaawal lagi..pasni kalau masing2 dab bekerja aku akan kutip duit utk tabungan mama n abah...mama n abah mmg berduit but itu semua utk masa depan mrk..

06 January 2011

Genap setahun menghuni kuarters P14

Awal tahun ini genap la kami tinggal di kuarters ini...dan genap la setahun sapet duk gemas...huhahaha...walaupun aku dah beranak,aku tetap sayangkan kucingku...kalau balik gemas jer aku akan cuba untuk luangkan masa bermain2 ngn ea...dan ada masanya aku mandikan dia..ok stop for my cat...

So far okla duk sini..ada sikit yg tak best sebab tak leh nak borak2 ngan jiran..kalau duk bangi best sebab leh borak2...yelah duk groundfloor..

Semakin lama umah yang kami diami makin selesa...seboleh2nya kami nak mengurangkan barang di rumah supaya afy boleh main2 dlm rumah nanti...kami akan gunakan selagi boleh..

Tahun ini nak beli peti ais 2 pintu...kerana peti ais sekarang amatla kecik...so kalau ada peti ais baru leh aku penuhkan dengan makanan mentah...so masa hubby pi kelas lauk2 mentah ada leh aku masak...so hubby leh pi kelas ngan cepat..

Aku juga nak dapatkan ramai kawan2 baru..supaya kemahiran komunikasi dan kemahiran personal makin terselah..huahahhaa...

Kalau boleh tahun ini nak gak dapatkan keter baru or umah baru..ini tak la urget pun..just biasa2 jer...takde pun takpe..

04 January 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan

Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.


Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.


Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Semalam aku rindukan Dini HAfiy

aku sangat rindukan dia sampaikan aku tak boleh buat apa kerja pun di rumah...aku tak sabar untuk jumpa dia..kalau dapat today mmgla best...kalau tak kene tunggu lagila...apa boleh buat..kalau family aku dekat boleh la anak aku duk ngn mama aku...nikan jah terpaksala dia tinggal seketika di gemas...aku tau afy pun tercarik2 kan kami...dia kat sana mest rindu,tapi dia bukan boleh cakap...aku nak buat kerja umah malam tadi semua tak kene...hanya sempat basuh baju jer...nak kemas2 buku2 suami aku n cuci toilet pun tak dpt..badan terasa lemah sgt dan takde kudrat rasanya...huhu..so aku tidola awal..tapi terjaga2...aku terjaga ingatkan hafiy ...sebab tula aku bangun lambat...

02 January 2011

Selamat Tahun baru 2011

Selamat kepada semua bloger2 dan peminat2 aku(ada peminat ker??)okla...sepanjanang penutup 2010, jumaat adalah cuti umum...jumaat pagi2 kami dah siap2 untuk hantar mak mertua ke umah kak long suamiku...dalam perjalanan afy main2 kejap..then dia tido..dia meragam jer jumaat ni.
Rupanya dah masuk nak malam dia demam pulak...ingatkan dia boleh pecah rekod tak demam disember...emm..masuk tahun baru dia demam panas lak..huhu...nampak gayanya mmg setiap bulan la dia demam...kesian kene makan ubat..

Sabtu

5.30pagi bagun terus siap2 untk gerak balik gemas...dah ada anak kecik ni mmg tak leh bawaak jalan jauhla...terpaksa tinggalkan dia kat gemas..

Kota Tinggi, Johor

Samapai gemas terus mandi2 dan siap2 untuk pi johor..kami dari putrajaya tak mandi pun terus gerak..sebab sejuk malas la mandi..so borak2 sarapan dan gosaok baju..kami gerak kul 10pagi...lewatla sebab kepenatan dari putrajaya..byangkan dr putrajaya - gemas - kota tinggi..peh sampai sana kul 12.30tghario cepat gak walaupun tak tau jalan disebabkan teknologila kami leh sampai cepat..kami guna GPS la...huhu..tu yg hebat...

Paksu KAwin

Biasala johor lambar sanding..so kepanasan tu biasala...sampai sana ikut pengantin berarak2..kami pun mulakan tepung tawa n macam2la...kelam kabut dibuatnya,..kerusi pengantinnya besar so sempitla...tak payahla citer penat...huhu..lagipun tak baik mengomen2..hehe

sebelum balik kami pi la jalan2 kat bandar...tgk kain pasang ..n tudung memang murah2..so nak beli tak dptla banyak..aku beli baji siap sepasang tudung dan baju anak kau tu jer...geram tgk..murah2 tapi aku kawal nafsu...byk lagi benda penting..

Ahad

Kepanatan lepak jer umah gemas...anak demam panas bawak pi klinik

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers