14 January 2011

Kanser Usus

Sejak 2 menjak ni aku asyik melayari internet dan akan baca pasal kanser...disebabkan baru mendengar ceramah kanser aku teringatkan nenek aku yang sekarang amatlah sensara melawan kanser yang dah kritikal...aku memang tak boleh melihat kesensaraan familyku kalau ada yang sakit..sebab aku telah rasa akan sakit yang lama..ingat tak selepas bersalin aku sakit otot hati..disebabkan otot hati aku bengkak terjadilah peristiwa yang aku kene jangkitan kuman..betapa seksanya masa tue..mana taknya sakit operation bersalin pun tak baik lagi aku kene sakit bengkak hati..bayangkan sakit ini sahaja dah membuatkan aku insaf dan terasa nak mati...bayangkan nenek aku yang betul2 kene kanser..masa inila fikiran aku melayang mengenangkan aku sakit dulu...korang tak pernah rasa sakit ini..walaupun bukan kanser..

Berbalik pada citer kanser..ia adalah pembunuh no 1,2 dan 3 negara...kanser usus adalah kanser kedua untuk lelaki dan ketiga untuk perempuan...ok sini aku n family kene berhati2 kerana nenek aku telah dijangkiti...persen utk kami dpt juga ada sebabkan keturunan...mulai sekarang kalau ada sakit sikit berjumpala doktor untuk rawatan awal...

Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
1.Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
2.Ada ketulan darah bercampur dengan najis
3.Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
1.Tiga tanda di atas
2.Cepat berasa lesu
3.Pening
4.Sesak nafas
5.Senak perut
6.Rasa mahu pitam
7.Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
1.Semua tanda di atas
2.Badan terasa lemah
3.Sentiasa berasa penat
4.Sukar bernafas
5.Pitam

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers