28 July 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa semua tahun ini kita dipanjangkan umur untuk menikmati bulan puasa seterusnya boleh melakukan ibadah kepadaNYa..apa yang aku harapkan kesihatan dan kecergasan sepanjang berpuasa..

aku harapkan aku bertenaga seterurnya boleh memasak hidangan berbuka dan bersahur dengan jayanya..

Disebabkan anak aku dah besar dan lasak nampaknya tarawih tidak dapat aku lakukan dengan penuh..yang pasti aku akan sedaya upaya untuk bertarawih.amin

Selamat berpuasa dan selamat sehingga ke akhirnya..

27 July 2011

Rabu yang menyedihkan

semalam pepagi aku dah tersentuh hati...manataknya ada orang berjanji nak teruskan,tapi dia tak jadi..apa boleh buat kita beria2 tapi oarang tak mau..neraka menanti anda..aku hanya nak tolong..

aku kan agen yang aktif dalam amway..aku ada jual barang iaitu breadmaker (pembuat roti)dan oven yang multifunction..apa dah jadi ni...customer aku selama ni bayar ansuran semua setel..ada satu ni mahluk apa tak nak cakap,dia tak reti2 nak bayar ansuran breakmaker tu..apa ko ingat aku ni cap duit..dah beli bayarla..dah beberapa bulan tak bayar..sepatutnya dah abis tau..semalam aku hangin aku carik dia..dia takde pulak..so aku tension sangat 2perkara ni,aku pun cuci mangkuk portluck2 semua..mmg kalau aku tension aku akan mengemas giler2..selesai basuh2 stress pun hilang..aku duduk...aku tak mau rosakan emosi aku di pejabat..tengahri aku pi tido kat surau..lama gak..bangun2 pening kepala...yang aku geram tu kalau takde duit janganla nak beli2..barang yg aku jual MAHAL DAN BERKUALITI.sebab tu bagi ansuran..dia pulak main2 cakap2..aku panas hatila...aku sound dia malam tadi kat umah..aku cakap 'ESOK SAYA NAK DUIT, KALAU TAKDE DUIT SAYA NAK BARANG'dah lama sangat ni...PASTU PAGI2 NI DIA BAYAR SERATUS JE..aii ni lebih..dia kata balance nak bayar gaji akan dtg..aku ckp gaji akan dtg nak guna raya..mesti tak bayar..kalau tak bayar aku carik umah dia..ko jgn main2 dgn aku...aku ni nampak selamber tapi aku garang...

pastu kisah ketiga pulak, petang aku pi klinik gigi,tapi ramai..so balikla..pi makan...kat pkns...jejalan kejap beli pempes dan tshirt raya hafiy sehelai...
terus call orang tukang jahit dia kata boleh ambil baju raya..sampai awal kat umah penjahit tu..pastukan, bayar2 dan balik takdela aku check bagai..
Sampai umah, pakai baju ni ketat pulak..kecik tau..aku pakai mmg sedang elok..masalahnya mmg kecik..geram lagi aku..aku msg tukang jahit tu,ckp kecik dia kata boleh hantar repair..aku cakap tak pela...ini pun dah berbulan2 aku hantar..tapi last minute gak dia buat..geram lagi..mmg menguji kesabaran sungguh orang ini semua..

malam aku kemas baju2 raya..baju hafiy semua ok..aku ambil baju contoh pastu aku ukur lagi baju raya tu..alamak mmg kecik la oiiii...mmg kecikk...panas hati aku...macam mana ni???kalau aku hantar lagi repair tah bila siap..mmg bodah la penjahit ni...kata je buat baju pengantin bagai..baju kurung aku yg simple pun tak boleh fokus..bangang bahlul!!


inila kain baju aku tu..yg plain tu laki n afy punya OK siap Cantik..aku punya yg hampeh. tengokla baju tu aku suruh letak pyping tepi2 baju tak juga di letak nya..hampeh la..rm40 dia cas mmg tak berbaloi..


tengokla pendek kan..kecik tak sama dengan baju contoh..


tangan pendek kan...memang tak sama...baju kurung jer pun tak leh buat betul2..

ada lagi 2helai baju raya aku..entahla rupa apa..kalau tak elok gak mmg hampehla tukang jahit semua...

ingat tak tudung fareeda yang aku beli tu..mmg tak sesuai la woiii..mmg tak sesuai...kene beli tudung lain la oiii...dah lah semuanya mahla giler...aiii mmg sakitnya jiwaku..

24 July 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air



Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

Pendapat aku:

Dia doktor hospital selayang(gomen staff)pun bersalin di hospital swasta..apa kes??hehe..takpela ada duit lebihkan..ada privacy sikit..lagipun di dia doktor kan dah tahu bersalin macam mana..aku pun dah agak mesti dia bersalin di hospital swasta..

okla berbalik pada tajuk di atas..pendapat aku bagus sangat guna kaedah bersalin dalam air..ia mudah dan kurang sakit...aku ada gak terbaca kat online pasal bersalin macamni..nak ku tegaskan di hospital kerajaan walaupun doktor dah tahu tapi kaedah itu tak dipraktikkan sebabnya malas nak menyusahkan doktor dan nurse..lagipun kat spital kerajaan ramai iiii orang nak bersalin takdenyer sempat nak guna kaedah ini..

tapikan apa salahnya guna daapat kurang kan resiko pembedahan..kebanyakkan hsopital kerajaan buat jer cezer ni sebabnya nak cepat takut anak dlm kandungan bermasalah sambil tu dapat elaun pembedahan..

kalau la aku mmg nak guna cara dlm air dan cara duduk2 atas bola..aku dgr cerita cara ini mmg mengurangkan sakit..kalau ada la dlm siptal gomen leh la ramai bersalin normal..

semoga cara ini akan diperluaskan di spital2 brsalin...tahniah pada pasangan ini..

Balik Gemas-Gunting Rambut

minggu lepas aku balik gemas...nasib la aku balik..kalau tak memang duk berdua la kat umah aku tue..bosan sey..laki aku pulak ada kelas yang last sem ni,memang lama giler la dia lepak UTM tu..buat asigment dan buat slide presentation dia..ahad tu dia ada presentation dan ada kuiz..so memang dia menyiapkan segala bagai la kerja2 dia..

peh sib aku balik kampung ikut adik aku...laki aku balik umah tengah malam..sabtu ahad apa lagi macam2 aktivitila kat umah mak aku ni..makan la macam2 makan..anak aku selera sungguh makan..main2 ngn ikan dan kucing hapy betul..

sabtu petang kami pi taman sentosa pi kedai yang selalu mak aku gunting rambut..nak pi gunting rambut si Dini Hafiy...rambut dia dah macam pompuan..semua org ingat dia girl..bila dah potong dah rupa betul2 macam lelaki..kan bagus tu..aku nak bela panjang2 rambut dia..tapi tak jadi...masa belum gunting tu..bila peluh dia garuk2 leher dan kepala dia.gatal yg amat la tue..kesian tengok dia,,,aku n huby pun ambik keputusan gunting tapi tak mau abis..buat GQ style...

hari2 pi bangi tgk kedai rambut asyik tutup je,,akhirnya dapat la gunting kat gemas..kedai K.Lin...

aktiviti kat umah mama aku penuh arr..macam2 aku buat..aku basuh dapur..sental2 semua sebab nnti puasa tak la penat..

afy lasak sangat hapy duk kampung...macam2 dia buat..antaranya atuk dia bawak pi naik motor la..jalan satu kampung...suka betul dia..okla layan gambar afy..


sampai2 main kucing kedai ni


tak tau apa dia cakap


Hah Tebal..gatal bila berpeluh2


Sedia untuk digunting


Tebal rambut dia


kak lin ckp dia jampi tak bagi afy meronta2..sudah stat


bagi benda dia gigit..bagi dia leka


taraaa..rambut GQ style


Rambut dari pandangan atas..

22 July 2011

Peti Ais Baru

Selesai sudah Inpian tahun 2011. inila antara inpian aku sangat2 nak beli peti ais baru..kelurga makin besar makanya peti ais la keperluan yang penting..semua makanan nak aku sumbatkan dalamnya..

Rezeki pulak tu,dapat Baucer Kettha..sempena kempen beli barangan elektrik yang jimat tenaga..bayangkan dapat jer tahu pasal kempen tu aku terus apply tau..aku apply semata2 nak beli peti ais jimat tenaga..

Untuk pengetahun korang, aku terus print baucer tu dan terus pergi care4 alamanda..aku la orang pertama gunakan baucer ni..

bila aku bawak orang care4 tu kata tak lounch lagi..aku bagi nom tipon nnti bila dah stat dia akan call..tapi sampai ke sudah tak jugak dia call2..aku call semula tapi jawapan hampeh..arrrggggg ini nampak gayanya tak dela peluang guna baucer ni..

pastu borak2 ngn kawan2 opis lama dah minggu ni..aku boark sebab ada kwn opis beli mesin basuh..pastu dapat tau seng heng boleh guna baucer tu apa lagi semalam tengahari terus pi seng heng bangi..malas nak pi seng heng alamanda..alamanda sombong saleman2..so masuk je kedai seng heng bangi peh!layanan memuaskan..tanpa berlengah lagi aku bagi baucer kettha ni terus mrk kata boleh guna..

apa lagi, aku terus la jadi ahli seng heng...yang bestnya kelebihan seng heng ni ada harga ahli dan tolak baucer..

untuk pengetahuan selama aku kawin 4tahun ni inilah kali pertama aku beli2..barang2 elektrik..selama ini mak bapak aku punya harta..rasa puasla dapat barang sendiri.

so keseluruhannya : harga asal peti ais rm1279 tolak baucer rm200 tolak ahli rm20..setiap peti ais memang ada harga ahli..tapi harga ahli peti ais ni tidak sama..ada yg tolak rm150 ada yang rm20 macam2la..so model aku ni tolak rm20jer..

so total harga peti ais ni dah siap tolak2 RM1050 la lebih kurang..


Taraa... inila peti aisku Panasonic 269Litres..


Bahagian dalam peti ais baru.


Peti ais lamaku..pemberian family. Cadangan peti ini aku gunakan untuk buat air batu banyak2 dan letak ubat2 serta vitamin2..

Lawatan Ke MSTB

Sepanjang tahun 2011 ini,aku tak pernah ada apa2 aktiviti kerja di luar...bulan 7 ni baru la ada satu lawatan, itu pun ke Punchong..okla dari takde..asyik duk opis jer mmg sengal la...

Kursus satu pun takde lagi..bos tak berminat nak hantar aku kursus..mebe aku takde keperluan lagi dengan kerja sekarang..nak jimat so bos hantar pada staf2 yang ada kepentingan kerja ja..takper la kita tunggu lagi mana tau ada kursus untuk aku..

aku ada gak aply dengan Intan KL..tapi belum dapat jawapan lagi..hehe..

so aku penuhkan penuhkan kursus dengan pergi seminar2 atau ceramah2..termasukla lawatan ni dapatla semua 3kali..ada balance 4 kali lagi mana aku nak cekau kursus so tggu dan terus tunggu ada taklimat leh tambah lagi..

inila antara gambar yang dapat aku snap..guna Hp jer..

Salah satu lawatan ke syarikat bumiputra yang terdiri semua orang melayu..

kami diberi taklimat bagaimana tool-tool yang mereka gunakan untuk testing sistem yang besar..

ada 4toold yang digunakan iaitu IBM,HP,lagi dua tak ingat nnti aku update lagi..nak kene baca buku yg mereka kasi..hehe..


taraa company ni dekat dengan IOI Mall






agak sempit sikit kerana ramai pulak yang dijemput hadir..best la rasa bangga dengan orang melayu kita yang pandai bisnes dan bijak dalam IT


sebelum berangkat ke puchong..best betul naik bas KKM ni..lama dah nak naik..baru dapat...kiranya dah 2 kali la aku naik bas ini..




taraaaaaaa


Goodies bag yang kami dapat seorang satu..

18 July 2011

Kepala Pening Tak Hilang - Bawak jejalan

ahad semalam hari paling last pesta floria..apa lagi aku pun mengengek2 la nak pi..huby aku tak mau pi..aku nak gak pi..aku cakap ala..rugila tak dpt tgk last ni..mesti byk pokok bunga murah2...emm laki aku pun layan kan jela....terus pi..Ya Rabbi JEM giler..dah pusing byk kali dah..dgn parking takde..sakit hati betul..anak aku nak mula menyanyi2..adui ai...lastly aku dah kesian ngn laki aku pusing byk kali nak carik parking..so kami bla la..kami pi lepak tepi tasik buatan kat presint 5..ramai juga mak bapak bwk anak2 main sana...afy kemain suka sgt dpt bebas macamni...

walapun aku pening2 kepala dah seminggu..makan ubat pun tak jalan..aku pun kuarla umah...sampai today sakit lagi...kepala aku ni...berdenyut2 tau...yg pelik mkn ubat pun tak elok..apa lagila ujian sakit ni..sabar dan redha jer..tggu apoiment dari spital putrajaya...

sejak akhir2 ni aku asyik buang air besar jer..makan je buang makan jer buang..pelikla...tak sabar nak dpt rawatan..moga2 takde yg merbahayala..masa lepak di sini rupanya tempat leanding kapal2 berhias nie..hehe...tak dpt tgk malam2 tgk siang2la..huhu..ambik gmbr guna hp jerla..


stat vroooooooommmmmmmmm


bebas time..




kreatif


cantik


happy time


akrab mereka berdua ni




Seronok afy dgn kereta dia..


Abi yang suka melayan kerenah kami..hehe


air asia




cantik

14 July 2011

Suspect tiroid


Tiroid yang bengkak


Bengkak yang telah naik..

Pagi tadi aku pergi klinik mini kat kementerian ini..puncanya aku pening kepala 2hari dah..bukan aku nak pergi sangat klinik ni..aku just teman jer kawan pi..

tiba giliran aku,aku terus cakap yg aku pening kepala..aku cakap aku selalu mengigil..aku cakap yg abah aku kata aku stress..so that aku biarkan jer sakit ni berpanjangan...makin lama makin gigil dan makin lama aku makin kurus...

bayangkan aku makan banyak sangat tapi badan aku tak naik apa pun..stil 41kg juga...bayangkan!!

pastu aku tak boleh kene panas..aku cerita pada doktor yg aku akan naik marah kalau panas..aku cakap perangai aku terukla doktor..pastu doktor geleng kepala..dia cakap bukan sebab perangai ini..sebab awak ada penyakit...

YAALLAh aku kene sakit lagi??sakit apa lagi ni??memang menakutkan..aku gelabah dan sangat risau...doktor buat surat pergi jumpa pakar di hospitalputrajaya..aku kene pergi buat rawatan..doktro cakap dia suspect aku kene Hypertiriod...

Antara simptom yang aku alamai sama dgn simtop tiriod juga...korang bacala yang kat bawah ni..sebelum tu doktro tegok leher aku bengkak..aku cakap biasa je..takla sakit..doktor kata mmg tak sakit..

SimpTom Hipotiroidisme

1. Selera Makan Bertambah.
2.Berat Badan Menurun
3.Kerap Buang air Besar
4.Mudah Marah
5.mengeletar jari
6.Berdebar-debar
7.Terasa Panas
8.Sering berpeluh
9.Mata Terjojol
10.Penglihatan Terjejas dan sarap mata tertekan.
11.kelainan pada jari tangan dab kulit depan betis

inila simptom yang aku alami..surat doktor dah ada..doakan aku tak apa2 tau..takut gak..kalau kene bedah or kene kanser..mmg menakutkan..

Today aku tak buat kerja..aku tak sihat..aku just rehat dan tenangkan diri di opis..mata aku sakit sangat...merah dan rasa macam aba benda menyucuk2 dlm mata..memang tak selesa..sabar menahan..sejak akhir2 ni aku tak berapa sihat..tapi aku gagahkan dirila..since baranak sampai sekarang ada je aku sakit..today mata pulak...petang ni nak pi hospital putrajaya buat hantar surat doktor utk dptkan tarikh apoiment akan datang...aku harap takde apa2 yang buruk ngn ujian darah akan datang...

11 July 2011

Floria 2011 Putrajaya

ahad pepagi dah gerak pi floria..sampai sana jam 9pagi...pi carik boat paksu suamiku..dia tak sampai lagi so kami pun jejalan la..ambik2 gambar..pastu tengok2 bunga...seronok lama dah tak tengok bunga2 secara dekat lagi2 dah duk apartment..mmg la tak de nak cuci mata..sempena hari floria ni apa lagi kami tak lepaskan peluang pi...lagipun setiap acara tahunan memang tahun ni nak pi..tahun lepas mmg takpi memana kalau ada acara..hehe..

sambil2 jejalan hujan pulak..emmterbantut la nak pi melawat bunga2 lagi..so kami pun lepak sambil tunggu hujan berhenti..pepagi dah hujan..kejap je..pastu hafiy dah lasak nak teruskan perjalanan tapi hafiy dah lasakkk sgt..tak terdaya rasanya..apa lagi gerak balikla..paksu pun kami tak jumpa...

gambar2 yg ambik ni pun cecepat jer...kene pi lagi pasni sebab tak puas jalan..


afy dah mencapai


kiki..lawa..segar..


Afy dah mencapai..stat lasak.


hehe..


hafiy dan Abi


dihiasi


Bunga cantik


aku dan hafiy.


kikiki.


pandangan jarak jauh.


Comeikan..

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers