22 December 2015

Mata

2015 aku mengalami kekeringan mata. Sejak tu la aku rasa tak sedap mata kalau lama lama depan komputer atau bila mengunakan telefon. Kekadang rasa pedih dan kekadangan memang rasa nk cuci je mata ni. Setahun sekali sejak 2014 aku memang pergi check mata. Memang aku mengalami kekeringan mata. Sebab tu la aku kene guna pelembap mata dan aku makan vitamin mata. Sekarang nak membaca di komputer pun tak leh lama lama.. Risau juga la sebab kerja aku memang guna komputer.

Aku juga tak putus makan vitamin mata. Jenama sudah semestinya Nutrilite. Baru baru ni aku cuba guna Brands Innershine. Sajala cuba dah lama nak minum brand ni.. Sebab ia beruba cecair. Rasanya pun sedap..hihi..

Bila makin bertambah usia ni mata akan mengalami kekeringan lagi lagi kita memang kerja saty in officer yang sejuk giler. Mata pun kering.

Bila aku baca kita sekarang byk terdedah pada kesan pancaran dari gajet2 ni..sebab tu keburukan gajet2 ni. Lagipun sejak remaja mata aku jenis sensetif. Dulu ada resdung sejak tu semua nye sensetif.

Bila aku baca, kita digalakan untuk check mata setahun sekali. aku juga telah membuat apoiment dengan Hospital Putrajaya setahun sekali mesti pergi checkup mata..Mata la org ambik enteng dalam penjagaan. Korang rajin rajin la pergi checkup mata. 

Bila aku google, kekeringan mata akan cepat berlaku pada wanita. Bila makan ubat Tyroid itu la penyebab kekeringan mata. tyroid elok, mata pula kering. Selain itu bila kekurangan vitamin A juga menyebabkan kekeringan. Baru aku tahu. So kene banyakkan minum air 8-10 gelas sehari.


Apakah gejala-gejalanya?
  • Pedih
  • Ketidakselesaan
  • Kemerahan mata
  • Kekaburan mata yang berubah bila mata dikelipkan
  • Mata berair
  • Rasa letih atau perit setelah membaca, menonton televisyen and bekerja dengan komputer untuk jangkamasa yang panjang


Jenama Nutrilite dan Innershin. Dua ni aku makan.




09 December 2015

Kerja & Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Rasanya ini percutian penutup 2015!!mana tidaknya nak pergi bercuti ke hapa sebab memang cuti dah habis!! wakakkkaa...sebelum ni banyak cuti sebab anak demam dan pengasuh tiada. So pengakhiranya kita bercuti la bila aku diarahkan untuk kerja di sini.hihihi..kesian anak anak tak dapat jalan jauh jauh..takpela apa yg aku lakukan ada sebabnya.. bagi mummy 2 tahun je untuk all out buat Amway. Lepas tu kita bercuti la puas puas!!sabtu ahad dan cuti umum 2015 banyak aku gunakan buat demo sana sini. Semoga 2016 kita dapat tengok hasilnya ye anak anak...

Berbalik pada kerja minggu lepas, kami ada Mesyuarat Pegawai Penyelaras Project PHIS CPS di Bayou Lagoon Part Resor Melaka, bila dapat tahu je terus aku happy sebabnya ini la masanya aku bawak anak2 tido hotel. alhamdulillah anak2 happy dapat mandi kolam serta melawat taman buaya melaka.

Semasa aku sibuk kerja, abinya la teman dan bawak anak anak mandi kolam. Aku tengok memang happeningla semua yg mandi kolam. Bestla sini, sesuai bwk anak2, tak besar dan tak berapa panas tempatnya.. kerana terlindung dengan apartment resort ni. tempat ni baru agaknya, aku tak berapa tahu.

rasa lega bila anak anak ada depan mata semasa aku kerja. Walaupun penat ke sana ke mari, tapi aku puas hati..sangat puas hati!!

Mesyuarat pun berjalan lancar..dan semua yg hadir dapat Gift Pen Drive Phis!!


Dapat Pen Drive
Penyelaras Projek Sistem PhIS CPS

16gig






muka tak sabar nak mandi

aku curi2 lari anta mereka mandi

macam2 aksi nk mandi..pelampung bagai semua tinggal di umah..rugi btl

melawat taman buaya

macam macam ada

pet lover

ceh!!pengalaman pertama ni

seronoknya

bagi ikan makan..guna botol susu pulak!!

mereka bertiga tanpa mummy

mummy & kids
Untuk Update cerita Amway boleh klik di Tab Amway

Dini Hafiy & Penyampaian Hadiah di ABIM

Alhamdulilllah tahun akhir afy di ABIM Desa Pinggiran Putra. Dia berjaya dalam exam..Penggal pertama dapat no.1 dan penggal kedua ni dapat nombor 2. Ok la, aku pun tak expect sgt apa apa..aku utamakan dia seronok untuk ke sekolah. Bila seronok semua akan berjalan lancar..

Tahun 2016 afy akan bersekolah di Tee Zee Focus Presint 11 betul betul area rumah. Memang nak dekat kerana tahun depan aku akan uruskan anak anak sendirian.

Suami aku akan bekerja di Johor. Rezeki dia untuk ke kerja sana. Biarla dia teruskan cita cita dia lagipun gaji yg dia mahukan tidak dapat lagi area KL. Sana gaji yg diterima lebih dapat tampung anak anak dan keluarga. So aku relakan ajer.

Berbalik ada afy, penyampaian hadiah november lepas. Aku yg lambat update blog kerana sibuk dengan macam macam hal yg lebih utama. Blog pasti kene juga update..tapi itula cerita basi la kan..hihi








26 October 2015

Masih Mood Umah Baru!!

Sementara ada mood ni aku update la blog ni..Masih mood umah baru..so semua citer perasaan saja ok...alhamdulillah sejak duk umah baru ni perasaan tenang saja yg dapat aku bagitau di sini. Lega campur bersyukur dapat juga rumah dalam kawasan elit ini. wa elit ke..means kwns bandar lah!!bertuah sangat..kos memang tinggi tapi long term byk kemudahan dan kebaikan untuk keluarga dan pasti anak2 ada rumah di kwsn bandar jika aku tiada lagi. 

Walapun kecik tetapi aku sgt lega, dan aku rasa semua akan rasa perasaan ni..memiliki rumah sendiri tanpa sengaja di kwsn ni mmg masih rasa tak percaya..hihi..

Rutin harian macam biasa sampai ke dapur la dulu..dapur adalah ruang aku!!di dapurla tempat aku menyiapkan segalanya dan di dapurla tempat lepak aku..perempuan hanya perlukan dapur lengkap baru perasaan happy dan mood untuk masak ni makin rajin..kalau tak rajin pun akan rajin ke dapur!! hahahaha..pasti sejak aku stay umh sendiri aku sgt rajin memasakk...pagi pun aku rajin buat sarapan.
Kalau dulu cuti je aku ajak mBF kat luar..bosan la tgk dapur kuarters tu takde seri...design pun tak lawa..color tak membangkitkan mood ceria!!hahaha..dapur aku,aku cat sendiri color oren wakaka...mmg ceria..jubin dan table top pun color meriah!!pastilah boleh mengaummm kann!!!hihi..

Bahagian Ruang tamu adalah tempat suami aku..so dia la akan setting segalanya untuk ruang tamu..mmg kami punya idea bersama..untuk menzahirkan adalah dia..dia la tukang diala susun dan segalanya dia..hahaha...pasti untuk keselesaan dia..aku hnya perlukan ruang dapur dahulu...

Bilik jgn tanya,mmg aku takde bilik sementara ini..aku paln untuk buat bilik dan beli katil pun takde lagi...tido lantai lagi..guna tilam saja..duit dah elek..kene kumpul modal dulu. tahun depan rasanya baru boleh setting bilik..sekarang bilik masih penuh dengan kotak2...

kami berkongsi bilik dengan anak2 lagi..

Kebanyakan barang aku,beli guna Bonus Amway..semua cash...tiada pinjaman...itula kepuasan aku bila sampai umah...


dapur dalam untuk minum dan cuci tangan...espring dah ada tempatnya!!

Tetamu tetiba nak tengok konsep umah aku, tema ruang basah ni open!!hihi

Susunan yg senang dicapai semasa masak!!






15 October 2015

Demo


Pemindahan aircond ke rumah baru

Zam tengah servis aircond kami

rumah kuarters yang sudah clear!!tinggal TV dan langsir je belum cabut
Siap pasang aircond lama ke rumah baru

Pemasangan yang mudah senang kerana rumah bawah

Bilik anak2

Pemindahan aircond ni sudah lama kami nak buat. Cumanya kos pemindahan rata rata mahai. so terbantut la nak buat. akhirnya doa kami dimakbulkan. Kawan kepada adik aku nak buatkan. Ramai jugak la yg tanya dia semasa dia servis aircond rumah aku. Dia jawab tak buat hanya tolong aku je..hikhikhik..so kamu semua usaha la sendiri ye..memang ada di luar sana tetapi mahal...dengan dia harga kasih sayang je dia bagi pada kami..hihi

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah ketemu jua masa untuk update blog. Lamakan blog ni tak update..Sekarang kehidupan aku banyak sangat berubah. Apa yang berlaku adalah pilihanku. Aku sangat sibuk menguruskan bisnes amway aku. alhamdullilah telah nampak hasil atas usahaku selama ini.

Dalam masa sibuk bekerja,bisnes dan mummy serta isteri,aku juga mempersiapkan rumah baru kami. Kami curi curi masa untuk menyiapkan segalanya sebelum pindah. Memang memenatkan tapi puas hati. 3 in 1 kerja yang aku lakukan. Adakalanya flet jugak la...kuatkan semangat buat semua untuk pindah. Memang lambat ini saja yang mampu kami lakukan. Suami aku juga sibuk dengan kerja hakiki dia. Kami sama sama berkorban untuk capai satu matlamat. Laptop ini pun lama tak bukak.

Ok kita teruskan cerita pasal rumah. kami dapat kunci Mac 2015. Gaji pun dah tolak Febuari lepas. Memang aku 'supper' la sebab tolak umah dan kuarters. alahmdulillah selesai juga kerja2 ubahsuai yg simple dan puas hati. ikut budget kami berdua.Insyallah akan berpindah dalam masa terdekat ini. Kami tak buat house warming sebab tiada budget lagi. Jika ada rezki insyAllah boleh buat. Setiap final touch ni hasil tangan kami. Tidak berupah. Nak jimat punya pasal.
Brg2 yang sampai dari kedai

Lampu kipas siap pasang

Dapur Basah di ruang sidai baju

Siap setelah renovation. Dinding dapur aku cat sendiri.

Kichen Cabinet dapur kering. Tak ikut fesyen skrg..ini je yang mampu

Ruang Tamu. Dinding luar suami yang cat.

Ruang Makan


Sebelum
Selepas. Hasil gigih suami aku.


21 July 2015

Selamat Hari Raya 2015

Selamat berhari raya kepada semua peminat i..waaaa..macam baguih jer..kiki..mohon maaf atas segalanya sebab lambat memohon maaf entahla sebab takde mood lagi nak update blog..harini kerja takde orang aku pun isi la masa dengan update blog..sampai-sampai opis jer terus tengok jadual kerja...peh!! penuh dah bos aku hantar..bermula la saat yang paling berat nak melangkah kerja luar...

Ok kita masih mood raya..tahun ni kami tukar plan. Tahun ni raya petama di Gemas. Kami tak mau tekanan balik raya,so kami putuskan untuk raya di gemas dulu, then balik kerja ..next week nya balik raya umah mertua. Bukan apa tiap2 tahun kami terkejar2 balik raya, penat sangat tak abis penat sampai dan penat raya, kene siap2 balik ke belah aku/suami pulak. Kerja pun dah penat takkan raya nak penat kita nak happy kan..so mulai tahun ni kami akan balik satu kampung saja..Next week nya baru balik ke belah sana or aku..ikut tahun..

Bila dah buat macam ni rasa raya tak terkejar2. biar pun dah lewat raya umah mertua, rasa setel la raya belah negeri sembilan walapun tak abis.

Tahun ni mama abah tak keluar raya sebab ada nenek kami yang uzur. Kesian mama abah aku, mereka hanya tunggu tetamu..nak buat macam mana, aku dan adik beradik pun tak beraya sangat, sebab menolong. Sempat lari2 raya...balik lepak penat.

Keadaan jalan raya pun ok takde jem walaupun banyak kenderaan.

Tahun ni betul2 bersederhana, manataknya persiapan duit banyak abis ke rumah baru. baju sorang sepasang je..handbeg tak beli, tudung beli d opis je dua helai. Baju anak2 masih beli tapi tak banyak. Hanya 3 pasang sorang.

Aku akan sambung cuti next week balik ke kampung hubby. Belah hubby banyak rumah nak dilawati. samalah nenek hubby pun uzur. 

Mak mertua ada juga rasanya terasa hati sebab raya cara ni, apa boleh buat suami aku pun tak larat nak terkejar2. Kami duk bandar pun dah terkejar2 takkan nak raya terkejar2..biarla apa pun mereka perkatakan, kami kene kesian kan diri sendiri. Tahun depan samala insyaAllah akan raya sana dulu , then next weeknya balik gemas..so fair..

anak2 hapy sebab mereka dah besar dan dan faham hal raya..bila macamni mood raya kita yang makin pudar naik semula..sebab anak2 happy..kita pun happy...

seperti biasa afy lasakk sokmo...mudahan dah besar nnt afy berkelakuan baik..amin...

Sebenarnya kami tak banyak bergambar..masing2 heboh dengan anak2..huhu..ini je gambar ulang2 yang dapat di share..


ini je sempat kami posing..punya la sibuk awal2 tetamu dah datang..

nenek dah uzur..tapi kuat semangat...orang cina mmg kuat semangat dan berdikari...

anak gadisku..tggu nak celebrate bday isha

Hari raya pertama malamnya kami buat bday kecik2lan

bday girl nya tak mau bergambar..


21 June 2015

Ramadhan

ENT 

Alhamdulillah dipertemukan ramadhan kali ini. Hari pertama puasa aku MC kerana temujanji dengan doktor pakar ENT. Sebelum ni aku batuk dan selsema lama, bila sudah baik, baru perasan yang takde deria bau. Bila kritikalnya aku tau ialah masa ada jamuan durian di pejabat. Boleh pulak aku tak bau, semua orang kecoh sebab bau. Inila namanya nikmat deria bau telah di tarik oleh Allah. Baru rasa macam mana seriknya bila tiada deria bau. Petang tu juga aku buat temujanji dengan pakar. Punya la risau. Gila kau orang lain boleh bau,aku buat deq je..takde perasaan.

1 ramadhan terus aku jumpe doktor pakar ENT. Bila di lihat ada mikus dan lendir serta bengkak di dalam hidung. Bahagian atas nak ke deria bau. baru aku tau di mana letaknya deria bau..setelah alat hidung dimasukan ke dalam hidung, sepatutnya tak sakit. Tapi setelah dokto check aku terus sakit2 kepala dan tengkuk. mungkn tempat tu telah di usik.

Terbang duit syukur juga malam tu juga selepas makan ubat antibiotik,alahan dan anti radang serta spray terus ada rasa bau2..hihi..

Itula puncanya bila batuk teruk berbulan2 aku jumoe dokto biasa. bila dapat ubat je makan antibiotik elok kejap..dalam hati dah berkata kata kene jumpe ENT juga ni, aku buat deq je..akhirnya takde deria bau. hah kau kelam kabut aku carik doktor pakar ENT..

Alhamdulillah selesai masalah keluar kan duit juga untuk berubat. baru baik..

Ubat wajib makan


Lampu Rumah Pr1mA

Selesai jumpe doktor dapat MC terus ke NIlai 3 cari lampu rumah. ini la masanya,walaupun tak sihat redah juga. kalau tidak bila nak pi beli. masuk satu kedai terus je beli,tanpa fikir panjang kami terus beli.. Dapat la lampu ruang tamu 2 dan kipas ruang tamu. Lampu bilik tido anak2 dan segalanya lampu dah siap..lega...

lampu dan kipas di Nilai 3


Baju Raya

Selepas balik Nilai, aku terus jemput anak2 dan afy awal2 ramadhan nak baju raya. Terus pergi IOI Mall cari baju raya.. Alhamdulillah tak lama sampai2 terus masuk butik satu tu nama TUCZ. Masuk nak tengok2 je terus grab..sebab dah penat dari pagi tak berhenti. So dapat color tema kami terus bayar...awal puasa banyak lagi saiz. Jadikan pengajaran raya sebelum2 ni takut takde saiz dan takde kudrat. Kami decide beli saja...simple je...takde pilih2 sangat..

Siap Baju Raya Family

Alis tambah baju dress pink. Pembelian rm400 dapat beg kuning tu besar..

Ok selesai cerita 1 ramadhan...

Malamnya kepenatan..Jumaat MC lepak umah...

19 June 2015

Sambutan Ulangtahun Perkahwinan kami

   




Sambutan anniversary di pospondkan atas sebab kerja luar. So kek dah tempah awal, terpaksa call bakery tu bgtau yang tak jadi nak buat..tapi kami proced di rumah balik dari Miri..simple je tak dan pi kedai. Lagipun masa ini mak ayah dan adik ipar di umah aku tunggu nak bersalin..

Kek sedap dan licin..red velvet la apa lagi..hihi..semoga kita berbahagia dan selamat dunia dan akhirat..sekian dah penat...huhu...sekali update ko!! amikk..haha

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers