22 February 2014

PHIS Team

aku sendiri pun tak tahu macam mana nak cerita hal kerja ni dalam blog ku ini..Tahun ni memang nak buka buku baru...alhamdulillah selesai juga aku berpengalaman dalam pembangunan sistem dalam kumpulan pengaturcaraan..lebih dikenali team programmer..syukur tidak terhingga dalam pasukan lama banyak memberi pendedahan hal pembangunan sistem in house..tahu dah database dan programming serba sedikit..selama ini kita main klik je sistem..tapi bila kita dah buat sistem banyak yg perlu kita ketahui step by step cara sistem tu dibangunkan..syukur ilmu ni tiada kita dapat sekiranya kita tak buat..belajar la setinggi mana pun jika tak diaplikasikan memang korang tak akan tahu cara sesebuah sistem dibangunkan..lulus exam tak akan menjamin korang boleh membuat sistem..serius aku cakap..Ibu Rotinya dalam pemabangunan sistem bagi aku la...korang kene tahu macam mana nak create Query..ia rencah paling berkesan sekiranya korang pandai buat benda ni sendiri,..bagi aku ini yg aku sgt lemah...bab2 lain aku dah boleh carik sendiri...setakat simple aku bole buat..pengalaman boleh membantu...cuma aku ni cepat fedup/putus asa...Tahun lepas je banyak masalah dengan anak2 yg selalu tak sihat dan aku asyik ulangalik spital..cuti pun abis...so tumpuan memang takde dalam kerja..dengan peel penyelia dan bos yang bagi aku nak cepat dan tak memahami staff..bagi fail kosong suh buat...itu yg aku tak gemar...cukup...SKT pun sgt berkira...takperla aku kira SKT dengan Allah yang paling Afdal...

Aku jumpa face to face dengan dia dalam bilik..aku cakap aku tak bole ikut cara kerja dia...aku minta dilepaskan..untuk aku cuba bidang yang baru dan cawangan yang baru...dia berjanji untuk menolong aku...Tetapi disebabkan PHIS lagi penting dari perasaan staff..so Datin pun tak benarkan aku untuk kecawangan lain...aku minta cawangan yg kurang tinggi komitment..akhirnya permohonan aku untuk ke cawangan lain ditolak...dimasukan aku ke unit yang sangat kritikal...iaitu unit kumpulan Projek under PHIS...projek farmasi...dalam cawangan yang sama...aku emel pada datin cakap...aku cuba...dan memohon kelonggaran sekiranya anak aku sakit...dan komitmen untuk outstation juga aku tak janji..aku cakap aku cuba tahun ni...aku cakap aku tak janji untuk komit..aku cuba sahaja....dalam masa yang sama memohon datin agar walaupun aku dipinjamkan tetapi SKT perlu dinilai oleh projek ini..

Outstation yang pertama aku ke Hospital Muar..selama 2hari disana..belum sempat semalam huby dah call alis kene muntah2...sebab apa pun tak tahu punca..terus bgtau bos baru yang esok tu aku nak balik awal...buat masa ni bos ok dan suh balik jaga anak...

serba sedikit pasal Team ni..kami yang baru terdiri dari 6 orang bos ada 3orang..total 9org sahaja....aku satu2nya bunga..yang lain semua lelaki...PHIS ni adalah sistem yang dibangunkan oleh Vendor Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd..& CMG projek ni akan diimplement  pada semua klinik2 dan hospital2 dalam Malaysia yg mempunyai Farmasi..projek ni adalah produk bernilai jutaan ringgit..so sgt2 kritikal untuk BPM dan BFM, KKM...so mmg staff tak cukup..kerja banyak..sistem dah siap..nasib aku tak involve dari awal...kalau tak mmg angkat tgnla...skrg untuk rollout takperla...kene jaga vendor..dan bagi report pada bos...sbb tu kene outstation...selepas ni aku akan berpengalaman bekerja dgn vendor pulak..dan alhamdulillah selepas ini  ilmu hardware dan aplication akan bertambah baik...

PHIS ni wujud pun untuk mengawal keluar masuk ubat di dalam sesebuah farmasi...banyak ubat habis dan byk berlaku pembaziran..kerajaan rugi berjuta2 kerana ubat dan laporan tak selaras...sekarang bila PHIS digunakan,maka perjalanan keluar masuk ubat dan kehabisan stok akan KKM ketahui...semua guna sistem..tiada kertas lagi ditgn doktor...ini penerangan serba ringkas..bila aku duk unit ni aku tahu pulak cerita ubat2 di hospital n klinik...syok jugak...sememangnya dirumah aku jadi nurse,,,byk nama2 ubat aku lancar...kikiki 

Apa yg kita plan tak semestinya dapat..tetapi ingatla Plan Allah tu sebaik-baik plan....kene redha dan teruskan berusaha..aku juga terpilih sebab aku memang bole survive seorang diri...positif je ida...ada hikmahnya...peace!!!

09 February 2014

Claim Wad

alhamdulillah tengah2 kering ni dapat claim insuran. claim insuran masa alis duk wad..syukur...dapat cover balik...mintak2 la anak2 aku sihat insurance ni backup je...yg penting kesihatan...cuaca skrg menakutkan...panas terik...dah lama tak hujan...



Awal Tahun 2014

Sebenarnya niat di hati nak upload pada blog baru..tapi takde masa nak update..aku dah ada 2 blog baru..termasuk ni ada 3 blog nak aku update..tu yg makan masa yang lama nak buat..dengan macam2 benda nak uruskan..

Untuk pengetahuan aku sekarang dipinjamkan ke unit Projek PHIS...bawah Puan Arnee..dan Puan Haryati.

Aku pun dah outstation untuk  yang pertama di Hospitar Muar..agak ada sikit tekanan nak pergi..bila dah pergi okla...cumanaya aku kene hadap bengkak susu la...dalam masa yang sama anak aku alis kene muntah2..lagila haru biru aku di sana...

Sblm tu awal bulan januari alis baru kuar wad..sebab batuk teruk..kene sedut kahak...setiap kali dah baik..ada jer benda baru yang alis belajar...setiap bulan pas baik sakit , alis dapat sesuatu yang baru...memang seksala bila sakit..tapi bila tengok kepandaian dia suka la aku..

hopefully aku kuat untuk menghadapi hari2 yang mendatang..tak mau putus asa..dan misi visi tahun ni nak kumpul dit balik...banyak duit dah abis macam2 buat tahun lepas...hope anak2 pun semakin membesar semakin kurang sakitnya...

ada la cakap2 orang mengatakan pasal anak2 aku ni..aku tak sentap pun..aku terima sebab masing2 ada dugaan yang diberikan..so aku terima dan mudahan anak2 aku pun kuat untuk menghadapi juga..amin...

Mudahan tahun ni memberikan kebahagiaan dan dimurahkan rezki..amin...




afy di sekolah ABIM..

Kasut ni hubby belikan untuk beriadah..Punyala lama abis belajar dia terus beli untuk kami...
2x la kami dah stat joging

Mesin Nabulizer ni aku yg beli untuk anak2 aku..
rm350..beli d Farmasi.

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers