04 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah dipertumukan dengan tahun 2018. Pejam celik pejam celik sudah 2018. Betul betul cepat masa berlalu. Apa yang saya capai tahun 2017 lepas? Alhamdulillah semua berjalan lancar dan apa yang aku mahukan telah di capai. Pencapaian dalam kehidupan dan kerjaya ida juga meningkat.

Untuk tahun baru ini seiring dengan peningkatan usia ida, adalah baiknya penulisan blog ini terus dilakukan dengan tulisan yang sopan. hihi.

Walaupun blog ini tidak dapay dikemaskini dengan selalu tapi tidak bermakna ia sunyi tanpa cerita. Ida memang suka bercerita berkaitan kerja dan kehidupan sendiri. Pengalaman setiap tahun, kesalahan dan pelajaran ini mematangkan kehidupan.

Ida sejak dulu lagi memang excited untuk meningkat umur setiap tahun. Entahla ramai yang tak suka, utk ida setiap tahun ida lalui dengan excited. Umur semakin meningkat, dan mengharapkan amalan dan peningkatan taraf hidup juga meningkat seiring dengan ekonomi sekarang. Walaupun zaman ini zaman tertekan tapi ida cuba tidak mahu memikirkan hanya perlu melakukan dan bertindak saja. Apa yang tidak sesuai dan tidak selesa cepat2 ida tinggalkan. Apa yang membuatkan diri ini gembira cepat2 ida teruskan.. itu saja.

Kalau selalu banyak complin dan ia tidak membantu apa2 utk kejayaan. Apabila nasihat orang kita dengar,jika tidak mampu ikut then jgn buang terus tapi cuba buat ikut kemampuan diri. Tapi ingat mesti cuba dulu,jgn terus tolak bulat2.

itu lah yang ida aplikasikan utk diri sendiri. Nasihat dan motivasi adalah penting ..mesti ikut dan cuba berubah kearah kebaikan. Setiap tahun mesti lain,setiap tahun mesti lain..

Cuba untuk kehidupan lebih warna warni..

kejayaan 2017 tak banyak tapi ia cukup bermakna..2017 memang tiada percutian keluarga. kami fokus kerja dan selesaikan hutang. alhamdulillah ia berjaya.. susunan akaun juga telah cantik dan ia mengembirakan hati walaupun belum kaya.

utk 2018 akan terus belajar dan mengajar..gold 2018 ialah free bercuti dan kenaikan lagi pangkat dalam amway. 

Selamat Tahun Baru dan mudahan segala perancangan kami sekeluarga terus berjalan lancar..amin..kesihatan baik dan membantu ramai lagi mempunyai extra income..2018 akan menyaksikan perubahan kejayaan yg besar dan besar hasil usaha 4tahun lepas!!amin..doakan ida ye..


Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers