29 March 2011

Koleksi hadiah anak aku



Hadiah daripada uncle Zulfahmi(bakal adik iparku)



hadiah daripada hasnita family..cantik..upin ipin lagi..



hadiah daripada kak wahida



hadiah daripada Abi



ini hadiah daripada kak ina dan family



hadiah ni afy dapat 2..nnti upload lagi 3 hadiah ...aku tak sempat ..mengantuk dah..



dari kak long aku..baju sepasang..leh pakai raya..



ini yg afy suka main skrg..tapi aku tak tau dari sapa...boleh bgtau tak sapa yg kasi nie??



dari jiran depan umah...dapat tabung..tq.



dari marzuki family kwn opis juga..tq uncle..



dari kwn opis aku..kak miza..pasti beli oren utk aku..hehe..tq



dari adik aku..atul



dari kwan suami aku..din..tq uncle



dari mak cik aku kat seremban..vs nenek sedara afy..ini tak boleh main lagi..tunggu besar sikit baru boleh.



ini dari paksu aku vs atuk su afy..dia ni aku tak taula laki bini mmg pelupa..katanya ingat anak aku gurl..well aku simpan utk adik afy yg gurl..amin.



ini daripada pak long vs abg iparku..dia mmg pemain bola CIMB dan KL FC so mmg hadiah kasutla yg dia suai kasi..tq..



Ini yang bermakna...from my Abah..dia bagi dlm bentuk premium BSN..katanya kalau dapat cabutan ni leh bwk mercedes..hehe..apa2 pun tq atuk..duit dlm bentuk simpanan.

Kisah Kek Besday



inila kek besday..lama dah aku order..sebenarnya ada jer yg tak puas hati..lain yg aku order lain pulak dia buat...yg depan tu dah ok..yg bahagian dalaman kek tue...aku order lain2 jenis perasa kek..tapi yg aku dpt kek moist cho jugak ketiga2 kek...geram sungguh..aku buat lain2 rasa..aku ckp kat pembuat kek tu sila semak email yg lama2 yg aku aply order...pastu tup2 ketiga2 rasa sama...hangin jer..aku sabar kan jerla..lain yg order lain yg dpt..aku tak komen pun..aku buat deq jer..sbb kalau aku komen pedas...baik tak payah...lantakla...geram..next time aku just nak order kat secrate racipe jer..harga sama gak mahal...sakit hati tau..inila bizz org melayu..patutnya checkla order cutomer..ini semua kek sama..baik tak payah aku email bayak tempoh hari...

by the way,,semua dah setle..pasni aku takmau dah order online..semua yg aku online semua tak menepati kehendak aku order...pasni beli secrate recipe jer...sana pun leh buh gambar dan macam2 design..mahal2 pun berbaloi...sengal!!!

satu lagi aku dah kepenatan..otak tak berfungsi..aku pi buang semua lilin besday yang comel2 tue..dah buang baru ingat...sayang betul lilin2 tu cantik2..yg kat kek chelsea tue...

Roti Subway sedap



nak citer sikit pasal semalam aku cuti..aku kepenatan..aku hantar afy pi taska..so aku pun buat la kerja last touch up umah...ok finish..tinggal kipas jer tak lap lagi..karpet je nnti nak hantar dobi..

aku ingat nak rehat tak jadi..kul 12.30 huby aku dah angkup afy balik umah...sukanyer dia kemain lagi..dpt balik..hapy siap nari2 lagi..emmm excited betul bila tgk afy dah besar...dah faham dan bijak..manja jgn ckpla...mmg manja...

ptg pas huby sampai umah dari kerja, kami pun pergi gaints..sebenarnya nak pi hantar brg2 pinjam kat ayah di shah alam..then sblm tu kami singgah gaints seri kembangan..so kami beli pempers jer 2 beg...then kami jalan2 terjumpa kedai kasut huby aku pun beli kasut utk jalan2..so dptla kasut yg baru satu..yelah itu pun puas aku pujuk suh beli..dia punya kasut dah rosak tapi tak mau beli...geram aku..bukan takde duit..akhirnya aku paksa dia beli...dptla satu yg di berkenan..

aku pulak pi butik sebelah kasut tue..beli kain Hitam ..lama dah aku nak beli..tapi tak jumpa2..so bila dah jumpa aku terus rembat..dah size S pun besar lagi..aku beli jugakla nnti aku orter kat penjahit..kalau tak beli pasti aku pun sama tak akan beli..kerananya aku n huby sgt susah nak beli baju2 n kasut..akhirnya kami dapat seorang satu barang. ok..utk guna kerja gak...

pastu kami lapar....kami makan kat restoran SUBWAY..lama dah aku mengidam roti sini..sbb baru gaji..so kami pun proceed utk makan kat situ jer..aku order..huby tggu ngn anak..

aku beli yg 6inci jer..so kami makanla..masalahnya huby tak dpt nak makan..sbb anak aku sgtla lasak...so kau makan dengan laju tanpa merasai keenakkan roti ini..korang testla best sgt...besar pun aku telan abis..mmg lajula makan afy dah lasak sgt..laki aku makan kat umah jer..

klik URL ni: tryla best http://world.subway.com/Countries/frmMainPage.aspx?CC=MAL

afy pun suka makan..

selesai makan kami terus runner ke shah alam..hantar brg2 yg kami pinjam utk majlis..lepak umah ayah lama gak...siap afy main ngn adik ipar lagi..kul 10.30 baru gerak balik..afy terus tido dlm keter

27 March 2011

Kisah Majlis besday anakku

macam inila keadaannya bila nak buat majlis...seminggu sebelum majlis aku tak selera makan..dan dalam masa yang sama kami anak beranak demam....anak aku demam kerana kene jangkitan kuman..hubby aku demam jugak..panas badan dia,...kami semua demam..kelakar betul ..ini belum majlis kawin lagi..kalau majlis menyambut menantu gini la rasa mama n abah aku..baru aku rasa..memmang ia memberi sedikit tekanan dan semua serba tak kena..semua yg difikirkan seperti cukup tak makanan, dan ada tak org datang..semua jemputan aku dah send 2 minggu awal sebelum tarikh..memang saja bagi awal supaya semua dapat luangkan masa..

Anak aku kene kudis2 jangkitan dari taska..doktor bagi antibiotik dan ubat sapu dan cuci..setelah semua aku gunakan memang nampak kering dan bertambah baik...alhamdulillah..

sememengnya nak buat majlsi ini pelbagai cabaran yang kene tempuh..yang kelakarnya majlis besday jer..tetapi kerisauan yang melanda macam majlis kenduri kawin kelakar betul!! inila hakikatnya nyer wahai semua para pembaca...kaamu akan alami saat ini..semua mempunyai tekanan yang sama..hahahhaha..alhamdulillah selesai semua...

memang semua mengmbil tempat membuat kerja sebelum majlis berlangsung/..makanan semua imported..kami order dan bayar sahaja..kerana umah aku mmg tak ssesuai utk masak besar..

setelah siap semua...te[at jam 4.30ptg kami terus potong kek...kami takdela buat nanyi2 or apa..just ambik gambar dan terus hidangkan tetamu kek..

semua selera makan...alhamdullah..

jemputan yang aku ajak tak ramai yang dapat hadir..nasibla ada family belah klang mereka la yang memeriahkan majlis..kawan2 yang aku jemput tak ramai datang..mereka ada sebab2 tertentu..ada juga yang terlepas pandang dengan tarikh..mereka ingat minggu lepas..emmmmmmmmmmm..sabar jerla...

Aku nak share sikit pasal jemputan..geram ada sikitla pada family gemas..semua tak datang..mereka ingat aku ajak2 ayam ker???aku tak kisah kalau ada hal...sebelum ni aku buat ahad utk majlis doa selamat..tapi tak dtg sebb alasan hari ahad sok nak kerja..tapi kali ni aku buat sabtu sebab pk mrk nak dtg sennag..tapi hampeh tak dtg...mereka ingat aku bayar pakai air liurr ker makanan2 ni...kalau aku tau mrk tak dtg, aku akan jemput lari ramai kwn2..sbb aku dah kira kepala...kalau aku main bedal jer jemput pasti kalau tak cukup makanan org akan blame aku..ajak tapi makanan tak cukup..bila dah ajak tak dtg..satu mesege pun takde menyatakan tak dtg...emmm..aku rasa begini la bila sesuatu majlis org tak dtg, tuan rumah akan rasa sikit terkilan kerana makanan yg disediakan mmg utk org tu...

kesian huby aku gak..sebab family dia satu batang hidung pun tak muncul..bila buat majlis tak mau dtg..kalau tak ajak bising..lain kali takdela aku nak ajak2 lagi..aku ajak yg dekat2 jer...geram tau ..kesian ramai lagi kwn2 kami nak dtg tapi tak di jemput sbb pk kan sedaramara...

kawan aku yang tak dtg mmg dah msg..okla..bukan apa aku tak sukakan pembaziran! aku suka kalau makanan ini dihabiskan..cuba bayangkan kalau korang buat majlis tapi makanan byk lebih...???pasti akan rasa membazir...sebab itu aku bgtua 2minggu lebih awal...

pengajarannya ialah sekiranya sesuatu majlis tidak dapat dihadiri kene bagtau awal supaya tuan rumah boleh replace kpd org lain..Guna kan alat komunikasi dengan baik....sikap kene ubah supaya hidup lebih bertambah baik..alhamdulillah semua dah selesai.

Terima kasih pada yang hadir...terima kasih dengan hadiah yang diberikan..gambar semua aku dah upload di FB

23 March 2011

Kisah Kawan Baik ku

Inila kisahnya perempuan..semua masalah ini semua perempuan akan alami..apa lagi kalau kisah yang baru kawin..apa nak buat ini semua cubaan untuk kita harungi rumahtangga..

Kisah ni pasal kawan aku(jaja)bukan nama sebenar..aku bukan la nak aibkan cerita dia..tetapi aku kesian la kat dia ni..

Dia mmg kwn baik kau kat Kolej dulu(ambik degree aku tak abisla,masuk politeknik mak aku suruh)then kami ni mmgla rapat..pi mana2 semua ngn dia..kiranya aku ni tak ramai kawan masa ambik degree dulu..sbb aku ni macam tak leh masuk kepala la ngn dak kelas dulu..aku je yang rapat dengan dia sbb dia pun macam aku gak..so kami pi makan kat luar bukan kat cafe...dia ni anak og berduit gakla..org KL la katakan..so naik la keter dia ikut pi makan..then hari macam ni..okla..dia ni bijak Akuan..mmg powerr la..mmg mengancamla markah masa kuis atau ujian..

So abis je sem 1 kat sana..aku dapat tawaran ke politeknik..

so kami pun berpisahla dari segi zahirnya..

kami jumpa semula(masa pisah bertahun2 tu kami contect2 je kat hp)so that kami rapatla sampai sekarang..

kami jumpa lagi masa aku kerja kat KL...(nnti smbung lagi)

21 March 2011

Samsung Galaxy 5



ok gambar di atas aku ambil dari website samsung..apa yang korang fikirkan sekarang??aku unye ker?aku baru beli ker??

jawapannya ialah suami aku punya hp baru!! wow!!tengah2 bulan dia beli hp baru ker??

Terkejut aku terkejut aku(man raja lawak!!)

suami aku dapat durian runtuhla katakan..alhamdulillah sememangnya hp dia dah sangat teruk..dia mmg tak beli2 hp..ingatkan nak hadiah masa beday dia..but tak jadila sbb dia dah dapat hp baru from that company...alhadulillah tak terbang duit aku..bukan apa dia nak beli aku tak kasi..aku cakap tak payahla gunala sampai tak berbunyi..then semalam dia tunjuk..emm syukurla takpayah dia beli..dpt free lagi..itula hadiah sekiranya kerja bagus..bukan macam aku..huhu

Pembuat Roti / Oven Multifungsi Noxxa



http://www.amway2u.com/mall_proddet.jsp

Dah hampir 7tahun aku berkecimpung dengan bisness ni...bisnes ni mmg bagus...walaupun ia diasaskan dari negara barat yang sinonimnya dengan penindasan.Bagi aku memang tidak mengambil pusing dengan cakap2 orang ini..kerana kalau kita mengambil pusing ngn cakap2 itu ini berkenaan produk dari luar ia akan memudaratkan kehidupan..sememangnya kalau ikutkan ini semua pasti korang tidak akan pakai baju..sebabnya baju2 jenama yang korang guna semua dari mana???sebagai manusia yang dah duduk kat negara jahiliah ni sudah pasti di mana2 saja anda mmg tidak terkecuali untuk menggunakan produk..ok stop kang aku bebel..ni pun dah panjang...

Berbalik pada noxxa ini..mesin ini mmg best..semua ia boleh buat..harga pun berpatutan..mana korang dapat kat luar kalau nak buat roti,kek dan segala macam benda kat 1 mesin melainkan korang beli jenama antarabangsa...noxxa ni dah byk aku jual..mmg semua memberi feedback yang amat mengagumkan....mmg menang membeli la...mesin ini juga dikategorikan jenama antarabangsa..

hanya ada pada amway sahaja..produk ni mmg laris..macam goreng pisang panas tau...

kalau sesapa yang nak beli boleh la contect2 aku..HD jer..Hutang dulu bulan2 bayar hahahaha..kawan2 opis aku yg memang minat buat2 roti dan kek2 byk dah beli..tiptopla bonus aku akhir tahun kalau jual ni..rezki anak...

15 March 2011

UGS



inila set UGS



abaikan lantai aku yg kotor tu..





tiub gas aku yg dah terbakar...sblm ni mmg terbakar dapur gas aku ni..


Aku mmg baru search tenet maksud UGS..benda ini senangla nak cerita ia berkenaan set paip gas untuk dapur masak kita2...

Nak cerita ni..semalam kami pulang lambat sikit dari kebiasaan sebab pi carik umah yang nak jual kat desa pinggiran putra...carik2 punya carik pening...nombor jalan alamat umah tu berpusing2..mmg hangis la...lasti2 tgk jer rupanya umah tu depan jalan besar masuk desa pinggiran putra...mmg stategikla umah tu..pastu umah tu ada jalan mati..mmg aku sukala..tapi yang tak best ia tak renovate apa2..tapi mahal nak mapus...faham2la...kat sini putrajaya..mana dapat murah..ok mmg byk kali la contct tuan umah tu..macam kerek jer..dapat 2 umah aku dah booking..entahla kalau ada rezki mmg dapatla umah tue..bukan apa ia dekat ngn tmpt kerja..lagipun akan dtg suami aku entah kerja mana tak taula..so aku decide utk beli uamh dkt area2 sini jer..kecik pun kecikla asal dekat opis..pastu nak carik kereta supaya semua urusan umahtangga aku boleh lakukan sendiri..doa2kan aku dapat umah dekat...tak larat duk apartment mmg stress duk atas langit ni..

Ok berbalik pada cerita kami...sampai umah ada seoarng lelaki ni dtg siap pakai seragam kerjala..dia nak check dapaur gas kami...laki aku dah tau..kamu ni nak jual alat gas kan??laki aku tye..then dia jawab tak2...saya nk tgk jer..

amboi2 ayat mmg pandaila..aku ngn serba salah takut baur dan mcm2 pk sbb duk bandar..so aku benarkan masuk...

dia terus terkam dapur aku...pergh!!dia buka terus paip gas aku..."akak2 tgk ni dah terbakar tiub gas ni"/..gini2la ayatnya...aku tgk pun terkejuzz..!!terang2 aku cakap..mmg pernah terbakar dapur gas aku!!stat dari situ aku mmg tak berani bila nak masak sensorang kat umah partment ni...masa duk bangi ok jer...mmg byk dah kejadian kebakaran berlaku di putrajaya ni..

ok dipendek kan cerita,pas dengar2 penerangan dia..aku cakap terus awak jula berapa??aku mmg yakin giler la produk ni....sebab sebelum budak sale ni dtg aku mmg nak pi beli dapur gas baru..sbb mmg dapur gas hadiah ni tak berkualiti..aku mmg nak beli..tapi takde masa dan pospond2 jer..

Then Allah nak bagi rezki pada budak tu..aku pun tergerak hati n suami aku pun sama tergerak hati..so kami tak suruh pun dia explain apa2 lagi kami yakin kami terus beli..tetapi engan syarat kami nak hutang..sbbnya aku tak suka beli cash benda2 macam2ni..sbbnya aku nak org sale tu dtg kutip duit supaya sentiasa aku berjumpa dia..takla beli barang then tak jumpa lagi..ok aku hutang 2kali bayar...dia suh guna kad kredit tapi kami cakap takde..

Ok mmg byk benefit bila kita bezakan antara dua ni..suami aku pk hafiy dah suka lasak tau..takut apa2 berlaku..kalau guna yg bisa tu akan tebuka longgar..so dia pun nak beli..aku pulak pk diri aku..sbb suami aku selalu tak de umah sabtu ahad..that why beli utk keselamatan kami berdua bila takde suami...satu lagi sbbnya suami aku ni mmg tak tgk pun dapur masak ni..longgar ker apa ker smua dia tak ambil kisah..sbb itu la dia mmg nak beli n aku pun mmg nak beli..

Aku syorla pada korang baik benda ni..korang beli byk manfaatnya..lagi2 anak makin besar mcm2 nak diusiknya...dgn ada benda ni mmg menjaga betul keselamatan di rumah bila ditinngalkan...mmg ada tanda2 jika berlaku kebocoran mmg diakan bagitau kita...

bykla benefit..

bagi akula aku mmg kuat berbelanja utk peralatan rumah dari beli baju..betul!!korang tgkla baju aku mana ada yg lawa2..semua yg lama2..aku akan beli bila ada keperluan yang sgt penting terutama keselamatan..duit aku abis macamtula..

13 March 2011

Swimming

Minggu lepas aku afy dan adikku balik gemas.. sebab jiran terdekat kami kawin..so alang2 balik macam2 la aktiviti kat kampung kami lakukan...tuptap2 dah ahad...kami sampia jumaat malam..sedang elok pulak ramai umat yg ada kat umah mak aku...sepupu sepapat kami pun ada...so mmg meriahla umah...

ok dipendekan cerita , aku bawak anak aku pi Gemas Goft Resort...so lepak sana tak lama..sbbnya hari nak ujan...sempatla afy main2 kat kolam..kesian dia tak puas...tapi sblm2 ni pergi mmg lama dia mandi...

okla layan pic ni...lain kali kita dtg lagi ye...adik aku yg pegang..







10 March 2011

SLS - Sodium Laureth Sulfate



Inila produk2 yang ada kat umah aku..yang mana ada SLS...sekarang kita memang tak dapat elak..keseluruhan brg2 semua ada SLS...kesanya kita kan hadapi.


ok aku tak kenapa dalam sibuk2 ni aku sempat gak update blog aku dah 3 tajuk aku post...Baru baru ini kat berita dah heboh pasal SLS ni...

Kesan dari SLS

1) Sodium Laureth Sulfate merupakan sejenis bahan pencuci yang terdapat di dalam kebanyakkan produk penjagaan diri seperti sabun dan pencuci rambut.

2) Penggunaan SLS adalah murah selain mampu menghasilkan lebih banyak buih

3) Ia di dakwa boleh menyebabkan mata dan kulit menjadi gatal semasa ujian makmal terhadap haiwan dan juga manusia

4) SLS juga kerap digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan mencuci

5) Pentadbiran Dadah dan Makanan Amarika syarikat pernah mencadangkan bahan SLS dikeluarkan daripada produk negara kerana bahaya kepada manusia

Ye kawan2 tengokla betapa kejam dan zalimnya orang kita sekarang..tak kira bangsa apa..mereka lebih utamakan keuntungan. Patutla makin bayak kerajaan kene melaburkan wang utk perubatan rupanya syampoo dan sabun dan pencuci muka yang kita guna semua ada SLS...YA ALLAH semakin teruk kami ditindas...

Beginila bila manusia menguasai segala2..hancur punah ditindas oleh manusia juga..aku tak sanggup rasanya bila mana aku baca perkara ini..

sememangnya...makin teruk kulit kepala dan hormon manusia..selama ni kita menggunkan produk yang ada SLS..

Tengok betapa akhir zaman ini membunuh kita secara diam2...bila umat islam yang walapun guna halal produk tetap tidak dapat lari dari menghadapi masalah..kerana semeangnya umat islam ini akan dihancurkan...diam tak diam orang2 ini menjatuhkan masyarakat malaysia sekaligus menjatuhkan umat islam

sedarla semua..bahawa kita tidak dapat lari dari perkara2 ini...walaupun ada pihak berkuasa..tapi kuasa tidak dapat diatasi kerana orang yahudi sangat pintar...utk jatuhkan islam..

09 March 2011

Resume Syaitan

Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Cita-Cita
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Tempat Operasi & Rakan setugas
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap
Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut,
pendengki dan pendendam
Pengalaman & Kenangan
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Saat mendukacitakan
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT"

Apa Jadi dengan Islam sekarang

Islam di luar negera sekarang tengah berperang2...sedang berlaku pergolakan yang tidak dapat dibendung lagi..Inila akibatnya tiada keredhaan dari maha Pencipta..Semua tak mahu kenal Pencipta..mereka berlagak dan bodoh sombong..Bila suruh melakukan kebaikan semua lari...apa nak jadi dengan org islam skrg..Hanya ada pada nama sahaja...lahir2 dah islam macam ni la jadinya...Allah dah terlalu marah sampaikan semua doa2 org2 islam dunia tidak diendahkan...

Kenapa ini terus berlaku?

Itula kemerdakaan yang barat bagi kat malaysia..kenapa aku berani ckp sbb orang islam sendiri tak tahu apa makna islam..islam sekarang dah nak kembali pada zaman jahiliyah macam zaman rasullah sebelum islam naik..pembungan bayi,arak yang makin banyak org islam minum, tidak takut pada hukuman, sembahyang tapi tak faham, sibuk carik duit jer,makan harta anak yatim,bunuh membunuh ini semua adalah hukuman secara haluss yang Allah jatuhkan pada manusia...itu pun masih tak sedar..sedarla???bukan sembahyang tungkang tebalik yg di minta macam2..dan mintak YaAllah aku memohon tunjukkan la Jalan yang lurus....tapi jalan yang lurus yang macam mana yang Allah nak sebenarnya???itula yang kita kene belajar...kerana ilmu Allah ini sangat la best..belajar duniawi punya bukan tidak perlu tetapi biarla berpada2...utamakan yang hak...

Apa nak takut???kene terus mencari yang Hak..

07 March 2011

suamiku suamiku jua

cerita pasal suamiku ni mmg tak banyak..sebab tak banyak yang menarikk..haha..hanya aku je yang dapat menilai apa yg best..haha..tak baik aku...

suami aku ni seorang yang:

1) Fatonah (bijaksana)- kalau dia memberi idea dari segi kerja dia,pasti arahan dia yang laku dari engineer dia..kekadang engineer dia yang tanya dia apa nak buat..cumanyer dia takde degree je untuk dilantik engineer..aku memang percaya kalau dia boleh berjaya dalam kerjaya..kalau dia belajar pun sama,tak perlu study hard...kadang2 aku yg marah knp ko ni tak belajar hah??pi la belajar asyik tgk tV jer..dia bekas seorang ketua pengawas di sekolah teknik sungai buloh...dia juga cemerlang dalam SPM...disebabkan tiada didikan dari kelurga..dia tersalah pilih...dia ambil diploma dulu..padahal masa zaman tue mmg boleh terus degree..sekarang aku support dia dari belakangla..kalau bercakap dgn org tua dia sopan..kalau aku la mmg totoly difrentla...hehe...dia seorang yg mudah bekerjasama.mmg ramai yg suka berkumpulan dgn dia..

2) Giler kerja - mmg tak dinafikan..dia mmg suka bekerja..dan jarang2 bercuti..sanggup buat apa saja kerja yg diberikan.

3) Main Game - sangat suka main game bola or apa2 game pasti dia akan kuasainya...

4) Pemurah - disebabkan dia pemurah sgt sampaikan semua hutang kawan2nye dia tanggung sampai lani...tak habis..mmg sakit hati aku..kalau dia ada gaji mmg dia tak kedekut..dia akan belikan atau apa yg kita nak beli dia akan belikan...tapi yg murah2la...pastu adik beradik dia mmg suka la minta duit kat dia..but lani dah kurang sbb aku dah ckp jgn manjakan sgt adik beradik..yg paling tak suka hutang2 kawan2 dia sampai skrg dia tanggung...geram aku...sbb dulu masa bujang guna nama dia..itula akibatnya..

5)Menyanyaibu bapanya - sbb dah terlalu syg abis semua hutang2 ayah n mak dia tanggung juga...hangin aku..haha...

6) sayang sgt anak - kalau anak aku apa jadi mcm terhantuk or jatuh pasti dia marah..kaadang2 bukan sengaja pun ..dia mmg syg sgt..katanya susah nak dpt anak..dan jaga aku mengandung...sbb tu jadi macamtu...alhamdulillah...apa saja mainan yg dia jumpa pasti dia nak beli...emm..malam2 dia la yg banyak jaga anak dari aku..aku berdengur2la tido..hahaha..kalau afy terjaga pi usik bg dia pun bangun cepat2 ambik..hehe..aku gak yg tido..

7) ni yg tak best..dia mmg tak ringan tulang dari segi lap2..kalau aku tak bising suh lap kipas atas syiling tu mmgla dia tak lap...emm

ok..la..byk puji nnti lain jadinye..aku doa agar suami aku kekal dan bertambah baik untuk dunia dan akhirat..amin

03 March 2011

Ilmu dan keredhaanNYA.

Pertama sekali nak tanya korang..kenapa kita dijadikan?Apa sebab kita ini dicampakkan ke bumi?

90% orang melayu iaitu yang beragama islam tidak tahu jawapannya..rata2 akan menjawab membuta tuli..kenapa aku cakap macamni?sebab aku pun sama jawab tah apa2..main bedal jer...

Aku perhatikan sekarang makin ramai yang tak kenal Pencipta..kenapa??bila suruh melakukan kebaikan makin banyak pulak yang jahanam..tak perasan ker,makin lama bumi ni makin panas..apa yang Allah nak sebenarnya? kita ni asyik meminta2 jer kat Allah..nak macam2..tapi tahu tak Allah minta apa kat kita???semua tak tahu..ingat Allah suka sangat ke kat kita ni??yelah aku berani cakap sebab, ramai yang tak mau ambil tahu/ambil sikap pun apa yang Allah minta...tunggula bila BUMI ni diTerbalikkan. MAsa tu dah tak guna la...Bila susah ingat pada ALLAH..bila senang macamni mmg luper dirila...sememangnya inila perangai manusia..doa kemain lagi macam2 minta..tapi apa yang Allah minta tak mau tunaikan..aku ni bukanla Alim Warak pun..tapi aku tengah memikirkan kejadian kita ni..apa manfaatnyer..

Sebab itu bila baca papar jer,makin banyak maksiat berlaku..makanan kat kedai nak tengok HALAL..tapi makin carik yang HALAL makin HARAM jadinya..

KEbanyakan orang carik makanan/retoran/jualan makanan/minumam yang HALAL KONON..tapi tak sedar APA YANG DIMAKSUDKAN DGN HALAL TU???mesti jawapan kene sembelih mula dgn bismillah dan macam2la jawapan..fikirkanla...takkan aku nak jawab...tapi semakin lama, semakin jahanam lagi adalah akidah islam terutamanya..

sembahyang tunggang terbalik minta doa macam2..tapi tak sedar apa yang ALLAH minta tak mau ikut..apa ni??mana taknya dunia makin teruk..

Tengokla mesir dan libya skrg..itu semua ALLAH dah marahla...janganla berlaku di MALAYSIA...korang nak minta bantuan kat sapa? PBB pun sama jahanam dan jahat...tak perasan ke Yakjut dan MAkjut dah turun...

Kesimpulannya:
llmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi. Jauhila Duniawi kerana sapa yang sayang dunia akan sesatla dia selama2lamanya...

02 March 2011

Puasa Ganti

lamanyer aku tak update blog ni..bukan apa..aku ada sakit M tu..bila dah sampai M tu mmg la bertahun2 la tak taip apa2 kat blog ni..sebenarnya banyak cerita yang nak aku kongsi..tetapi jari ini masih belum aktif untuk menaip lagi..

today aku puasa ganti..aku azam nak selesaikan puasa ganti ni cepat...kalau boleh sekurang-kurangnya seminggu sekali kene puasa..now aku dah selamat mengantikan 2 hari...badan aku kali ni penat sgt..mungkin tak cukup tido gaknyer...

tengahari tadi aku cepat carik port nak lending tido..memang sangatla nyenyak tau..tak sedar diri telefon berbunyi..rasa longlai sgt today..nasib aku puasa sebanya baru dapat email menyatakan tak boleh pergi cafe waktu kerja..aiyoo..org lain yg buat hal abis semua org kene..mana taknya aku mesti nak membeli2 kudapan untuk petang2..kalau la tak boleh pergi gamaknya mmg aku bosanla buat kerja tanpa makan...perut aku mmg cepat lapar..korang kata aku tak baca bismillah...pandaila...abis kalau tak nak makan mmg tak normal la aku..hehehe..petang2 aku belila goreng pisang or minuman2 panas..kedang minuman sejuk..sajala kalau la aku tak beli mmg tggu laki waktu balik kelaparan la aku..

Aku harap azam aku nak abiskan cepat terlaksana..lagi2 cuaca skrg tak menentu..mmgla liat nak ganti..

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers