29 March 2015

Kenduri dan Minggu yang sibuk - Birthday Afy

Minggu Lepas sangat sibuk dengan pelbagai kerja pejabat dan Amway bisness. Sebelum GST macam2 nak setelkan..hahaha..aku dengan kutip hutang customers dan nak rolling duit tersebut. Buat demo sana sini, buat penerangan sana sini..,cal sana call sini kutip wang hutang..hahaha...memang kerja giler,,,memenatkan...tapi sangat2 puas hati..!!!sambil kerja sambil kutip wang..hahaha...korang bayangkan la...kelam kabut dibuatnya...

Minggu lepas kami ke Klang..ini la masanya nak jumpe sedara mara sepupu sepapat yang lama dangat tak jumpe. sangat havoc dan heaven giler!!kecohh wei...bukan jauh pun masing2 ni,tapi sebaba komitmen hidup yang kerja dan anak2 dan macam2 semua tak jumpe. Plan nak buat gatering tapi tak buat2..last jumpe semasa di wedding sepupu..masa tu memang guna sebaik2nya masa yang ada untuk merapatkan hubungan silaturahim sedara mara yang makin jauh..alhamdulillah setel semua!!TQ Allah...

 Dalam masa yang sama, terubat kerinduan pada anak bujang aku ni.. nasihat aku sekarang korang yg ada anak2 lelaki peluk cium la puas2..nanti lama kelamaan mmg kita ibu tak dapat nak manja2 lagi sangat,anak lelaki akan makin besar makin malu dengan ibu kalau kita over sangat sayang dia..hopefully anak aku takdela malu2 sgt dengan aku jika aku nak peluk cium dia...sebab pasti korang akan rindukan dia..manjakan peluk cium la sekarang,selagi dia kecik..lega bila tengok luka dia semakin baik. kelasakan dia dah stat nampak..cuma bezanya afy makin matang dan faham nasihat kami. Mudahan afy baik dan ramai lagi makin sayang dia.


Kami belum berkesempatan menyambut hari ulangtahun kelahiran afy yang ke 5thn. Minta2 paln kami lancar april ini. Nak buat birthday alis dan afy serentak...persiapan ala kadar tengah berjalan..

aku dah stat outstation ptg sampai esok ke ipoh perak..hopefully kerja hakiki ini dipermudahkan segalanya,,,amin






18 March 2015

Cuti Sekolah - Akhirnya Hafiy di Sunatkan

Tidak terlintas di benak fikiranku untuk menyunatkan afy seawal usia 4 tahun 11 bulan. Ramai yang tidak tahu sebab musabab menyalahkan aku kerana 'sunat' kan afy cepat. ada yang cakap budak lasak, susah nak jaga dan macam macam. cuba depa ini duduk di tempat aku. aku sendiri pun tak sangka dan tak bersedia. lagila nak jaga afy yang lasak ni.semua ni la banyak mengusutkan kepala ku.

Mesti korang pun nak tahu kenapa ida sunatkan afy awal sangat?

Kencing Tak Lawas ini la puncanya. patutla afy asik ulangalik tandas. aku pun pelik. tapi aku buat tak tau jer..dia nak kencing dan kencing dekat seminggu lebih gak la...dia ada tanya abi kalau tak kencing jadi apa?so dari situ kami jawab je tak kencing jadi batu..semenjak soalan itu dia kerap ke tandas. kemuncaknya naik kereta baru berapa saat nak kencing sanggup turun kencing tepi jalan. stat dari situ bermula la aku syak yang ada benda yang tak kene dengan afy ni.

Aku pun soal jawab macam polis kat dia..dia cakap nak kencing,dan aku sejak tu perhatikan air kencing dia...mula mula banyak, pastu setitik dua...nampak tak dia tak puas kencing...

Di sekolah cikgu wassup cakap dini menangis tak boleh berak...nangis sangat2..aku pun kelam kabut terus pecut la ke tadika..sampai tadika cikgu cakap dia boleh berak...lega dengar dan aku terus bawak balik...doktor bagi ubat sembelit..ingatkan sembelit

keesokkan harinya menangis lagi...aku terus la wassup doktor zakrul yang memang dah jadi doktor peribadi aku..

malam doktor suruh datang jumpe di KASIH PUTRAJAYA. sampai je doktor cakap, la ini KULUP punya hal..SUNAT la!!aku apa lagi terkejut la...emm...

ingatkan masalah dah selesai, makin rumit tak dapat kencing..alang2 cuti sekolah terus aku buat temujanji di KLINIK TAWAKAL SENAWANG..ikutkan nak buat di AZZahra je tapi boleh pulak hospital tu pilih2 tarikh..aku cakap emengency..NAsib baik doktor Zakrul suruh ke Dr Rosly di Klinik TAwakal..so tanpa berlengah masa 16hb terus sunatkan afy. Aku pun cuti seminggu untuk jaga di GEMAS.

Aku nasihatkan supaya korang perhatikan apa masalah anak-anak. apa yang pelik dengan perangai mereka...dan jangan buat tak tau jer..anak2 ni tak tau nak cakap..kita sebagai ibu bapa la yang kene wajib perhatikan gerak geri anak2 jika nampak sesuatu yang pelik.

Penjagaan Semasa Berpantang
  • Masakan rebus2 sahaja. elak ayam dan elak seafood.
  • Tak perlu mandi beria2,lap2 guna sabun. belakang badan selalu masam,basah. sebab selalu berbaring
  • dukung je.aku suruh afy jalan tapi dia tak berani.(ingat lasak tapi afy langsung tak lasak)
  • cuci anu dengan air Normal Saline jangan air paip. Beli di farmasi
  • selepas tu titiskan ubat luka yg kuning tu di anu..jgn sentuh sakit. 
  • keringkan anu di kipas or aircond
  • guna bakul lubang untuk elak terkena kain.
tak takut langsung,steady jer

tengah bius

menangis kene bius!sakit takut aku nak tengok

sunat . Dr Rosly

dapat hadiah.set lego kecik2

lego

guna kerusi oyang untuk jalan2 di luar umah

Majlis Perasmian PR1MA

Alhamdulillah terjawab sudah teka teki berkenaan status rumah PR1MA. Sudah pasti semua yang dapat cabutan ini ternanti2kan majlis yang julung kali di adakan semenjak penubuhan PR1MA. Seramai 560 nama yang bertuah dan aku salah seorang penerima rumah ini. Sememangnya kami telah lama mengidamkan rumah sendiri. Sejak 2009 lagi kami telah mula mencari rumah untuk di beli. Dan semenjak itula waktu rehat sejam kami gunakan untuk pergi dan melawat rumah-rumah setelah melihat iklan di Mudah.my

Malangnya semua yang kami pergi tidak jadi. Ada saja halangan yang tidak membenarkan kami beli. Ikutkan bukan tidak mampu untuk beli dengan pinjaman kerajaan. Entahlah, suami nak aku pula tak nak. ada saja halangan. lebih tepat lagi, bukan masanya lagi.

Bila iklan pr1ma ni, aku pun buat deq jer. sampaila mak aku d kampung call. Semua yang terjadi ni sbb mak aku yang bersungguh2 suruh apply. kes ni sama la dengan aku apply keje gomen. Mak aku tak putus2 mengharapkan dan mendoakan aku dan adik beradik. Tulah berkat doa ibu bapa juga la semua ni milik aku..(ini salah satu hajat aku yg aku bagitau mak aku, nak beli rumah yang termampu dengan gaji. bukan dengan gaji laki.)bila mak aku dengar berita terus bagitau aku. adik beradik lain tak menepati syarat kelayakan.

Aku juga nak pesan korang setiap kali nak buat sesuatu bagitau la ibu bapa di kampung, mintak doakan..insyaAllah apa yg korang hajati mesti dapat..tak dapat sekarang mungkin dapat lambat lagi..percayala..

Walaupun sudah kawin, bagitau jer..samada ibu bapa doa or tak, biarla asalkan kita bagitau mereka...

Dapat kecik or besar itu lain citer..

OK PAnjang lebar pulak, aku kalau dah menaip mmg payah nak berhenti...

Perasmian ini telah di sempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia..Dato'Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang telah mengilhamkan untuk membina rumah mampu milik yang pertama di Putrajaya. Sangat lucky sebab kami beli rumah kos rendah di area Putrajaya dan telah dirasmikan dan korang beli rumah mahal pun PM takde rasmikan hahahahhahah..ala,,,gurau kasar  la....jgn tak tau aku suka sakat korang...rezki aku umah kecik aku terima dan tak malu dengan rezki ini..biar pun ia kecik ia mampu dengan gaji aku..selepas ini en suami sila sediakan duit untuk renovate dan barang2 elektrik...hihii..

Aku doakan PM akan sentiasa mengilhamkan yang baik baik lagi untuk rakyat...

GST aku no komen yang pasti aku pun terkesan dek kenaikan harga barang niaga aku..

Korang jangan tanya bila nak duduk.aku sendiri tak pasti..gaji pun dah tolak mintak mintak la cepat dapat kunci..

Selamat berkenalan!!!sesiapa jiran i boleh pm hihi

Ruang Dapur

Sliding Door. Tecik jer..muat satu badan jer

Bilik Air hadapan

Bilik dan ruang tamu

Semangat tau nak pergi!!korang hado!haha

Ascot2 PM

Kereta Rasmi PM

Nanyian Lagu Negaraku

Jiran Blok sebelah merangkap officemate & Officegroup

kawan gaduh i & kawan sekatil i..wakakakka

Gambaran keseluruhan

PM Najib..



05 March 2015

Suami Marah

Korang tengok je tajuk dah mula la tu syak aku bukan bukan...sabar sabar...suami aku memang bukan kaki marah. dia jenis biasa2 saja.. Suami aku tak akan marah aku tanpa alasan yang kukuh.

Penyebab marahnya mesti korang tau aku yang mulakan dulu.

Seperti biasala,kami akan duduk di meja makan dan berbincang sambil minum petang balik kerja. So tengah berbincang hal bisnes aku ni, kami cakapla secara nada sederhana kuat, sampai satu topic tu bab promosi, so laki aku diakan memang pegang majalah tu,aku pulak cerita berdesarkan perbualan telefon aku dengan pihak amway pagi tadi..

Dipendekkan cerita la,aku cakap salah bukan itu...(adala topic ala tak payah la korang tau)pastu dia cakap yelah kan i cakap itu bla bla bla(topik tu)..tup aku cakap makin bernada tinggi, pastu dia pun ambik tangan dia tunjuk2,pastukan aku tak puas hati aku tolak la tin biskus depan aku nak tengok apa yang tunjuk.

Pastu berlakula pertengkaran kecik, depan anak2, afy pulak cakap "jangan la gaduh"...

Laki aku tombok meja...poooommmmm!kuat..aku apa lagi terdiam la..hihi..terkezut mak!!

terus aku marah dia balik...(mulakan aku sentap..kuarla air mata!!)tipu la kalau aku cakap tak nangis..waaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

terus aku blah dari meja tu...dia tak pujuk pun..dia mmg takkan pujuk...pi mampos la ko ida nak nangis...itula peel laki aku..sebab tu la aku malas nak bergaduh dengan dia.....dia takkan pujuk..dia bukan lelaki yg nak pujuk aku...kesalahan setakat aku yg buat dia takkan pujuk mintak maaf yg dia tombok meja...aku kalau marah hanya cakap sahaja,,,,takde tindakan baling itu tumbok itu ini...sebab aku hanya guna kuasa mulut sahaja,,,jika mulut aku diam bermakna aku marah juga...jika mulut aku berbunyi bermakna aku ingin pertahankan bukan kesalahan aku..

ok setel..aku pun blah...sampai keesokan hari tiada dia mintak maaf..

esokknya dia hantar la nota "NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI". itula cara dia insaf atas tindakan dia tumbok meja tu...itu la cara dia mintak maaf..untuk dia cakap sory la yang dengan mulut sorry la ko tggu la tahun depan takde nya!!!..hahahhaa..dan aku pulak jenis pemaaf..dan aku juga mintak maaf atas kekasaran bahasa aku...nampak aku kasar tetapi macam mana aku marah aku akan tegur balik orang dan akan buat deq jer dengan org yang aku marah tu...aku layan biasa2 jer(itu kalau aku marah dengan org)dengan suami aku still akan tegur..dengan adik beradik aku akan tegur dan buat deq je jika mereka degil...aku jenis pemaaf dan open...

Semakin berusia semakin kita  berubah ke arah positif. Aku jenis suka berubah. Aku akan berubah dengan setiap tindakan yang tak betul.

Tah apa apa

Minggu ini aku tak berapa sibuk, Banyak masa di Pejabat. Aku mintak kebenaran untuk keluar hadir ke Taklimat Produk. Company ni memang tah apa apa...Kami datang dari pagi sampai kesudah tak ada sarapan. Aku bukan datang nak makan. Tapi biasala kene ada sarapan sebelum memulakan tugas. Aku amat menjaga pemakanan di pagi hari.Dengan sarapan anda akan rasa lebih bertenaga untuk memulakan tugas. Walaupun nak jimat jangan la biarkan kami, jangan biar tetamu yang diundang begini. Puas la kami tunggu. Aku mulala tak syok. Terus aku bad mood. Kalau tau aku pi sarapan dulu..Bagi aku sarapan sangat penting. Aku dah ada pengalaman,adik adik aku gastrik teruk. sebab mereka tak jaga makan pagi betul betul. Semua jenis gastrik yang kritikal sampai waded. Tu yang aku tak gemar. Mencegah lebih baik dari mengubati.

So kami isikan masa dengan Selfie la.huhu

selfie yuhuuuu..lawa bibir sya..dia guna artistry hihi...

muko den pucat...lapar tau!!

ni la muko tgh lapar!!so kami makan di luar...

01 March 2015

Raja Ikan Bakar Semenyih

Malam ahad lepas kami makan di kedai Raja Ikan Bakar. pemilik Raja Ikan Bakar semenyih ni adalah kawan pejabat ida. Lama dah nak pergi jengah kedai dia, nak rasa ikan bakar dan air asam yang edap tu...tokey cakap sedap kita mesti la nak rasa..akhirnya sebabkan abi balik lmbat, so kita aku ajak la makan luar sebab anak2 belum kuar umah..masa tu happy sungguh anak anak dapat keluar rumah..hihi..padan muko kan kene kurung..

Alhamdulillah tahniah pada suami ku sebab berjaya temuduga Singapore. semua yang di tanya huby dapat jawab dengan baik dan tepat..speking london la temuduga tu...berlipat2 la lidah..hahaha..tapi dia mmg boleh speking..kalau aku sowi la...aku tak pandai na...sikit2 cakap campur2 boleh la..itu pun tergeliat gak lidah..keras!!hahha...dia offer tak banyak..huby mintak 9K. tapi dia offer 7K...tak sure la huby cakap tak balik modal ulang alik putrajya.

berbalik pada citer kami makan tu...korang pergila raja ikan bakar mmg best...ikan pun besar..aku makan ikan bakar pari dan nak gak rasa kepak ayam..tapi habis..sold out!!nantla kita datang lagi makan kepak ayam pulak...hihi..

so far kami hanya bayar rm30 sahaja..murah tak..kenyang sangat..padat perut..

kalau nak tahu korang cari Tesco dan KFC Semenyih. so nanti sana korang akan jumpa la kedai tu. Corner lot...sign board elek sebab kata tauke power trip! hihi..aku datang sebab suport member!!hope kekal dan berjaya menjadi tauke yang fofuler!!

menu yang sempat aku snap

tauke,abi dan afy..aku tengah poyos tu depan ikan bakar...satey lembut sangat..banyak alis makan

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers