18 March 2015

Cuti Sekolah - Akhirnya Hafiy di Sunatkan

Tidak terlintas di benak fikiranku untuk menyunatkan afy seawal usia 4 tahun 11 bulan. Ramai yang tidak tahu sebab musabab menyalahkan aku kerana 'sunat' kan afy cepat. ada yang cakap budak lasak, susah nak jaga dan macam macam. cuba depa ini duduk di tempat aku. aku sendiri pun tak sangka dan tak bersedia. lagila nak jaga afy yang lasak ni.semua ni la banyak mengusutkan kepala ku.

Mesti korang pun nak tahu kenapa ida sunatkan afy awal sangat?

Kencing Tak Lawas ini la puncanya. patutla afy asik ulangalik tandas. aku pun pelik. tapi aku buat tak tau jer..dia nak kencing dan kencing dekat seminggu lebih gak la...dia ada tanya abi kalau tak kencing jadi apa?so dari situ kami jawab je tak kencing jadi batu..semenjak soalan itu dia kerap ke tandas. kemuncaknya naik kereta baru berapa saat nak kencing sanggup turun kencing tepi jalan. stat dari situ bermula la aku syak yang ada benda yang tak kene dengan afy ni.

Aku pun soal jawab macam polis kat dia..dia cakap nak kencing,dan aku sejak tu perhatikan air kencing dia...mula mula banyak, pastu setitik dua...nampak tak dia tak puas kencing...

Di sekolah cikgu wassup cakap dini menangis tak boleh berak...nangis sangat2..aku pun kelam kabut terus pecut la ke tadika..sampai tadika cikgu cakap dia boleh berak...lega dengar dan aku terus bawak balik...doktor bagi ubat sembelit..ingatkan sembelit

keesokkan harinya menangis lagi...aku terus la wassup doktor zakrul yang memang dah jadi doktor peribadi aku..

malam doktor suruh datang jumpe di KASIH PUTRAJAYA. sampai je doktor cakap, la ini KULUP punya hal..SUNAT la!!aku apa lagi terkejut la...emm...

ingatkan masalah dah selesai, makin rumit tak dapat kencing..alang2 cuti sekolah terus aku buat temujanji di KLINIK TAWAKAL SENAWANG..ikutkan nak buat di AZZahra je tapi boleh pulak hospital tu pilih2 tarikh..aku cakap emengency..NAsib baik doktor Zakrul suruh ke Dr Rosly di Klinik TAwakal..so tanpa berlengah masa 16hb terus sunatkan afy. Aku pun cuti seminggu untuk jaga di GEMAS.

Aku nasihatkan supaya korang perhatikan apa masalah anak-anak. apa yang pelik dengan perangai mereka...dan jangan buat tak tau jer..anak2 ni tak tau nak cakap..kita sebagai ibu bapa la yang kene wajib perhatikan gerak geri anak2 jika nampak sesuatu yang pelik.

Penjagaan Semasa Berpantang
  • Masakan rebus2 sahaja. elak ayam dan elak seafood.
  • Tak perlu mandi beria2,lap2 guna sabun. belakang badan selalu masam,basah. sebab selalu berbaring
  • dukung je.aku suruh afy jalan tapi dia tak berani.(ingat lasak tapi afy langsung tak lasak)
  • cuci anu dengan air Normal Saline jangan air paip. Beli di farmasi
  • selepas tu titiskan ubat luka yg kuning tu di anu..jgn sentuh sakit. 
  • keringkan anu di kipas or aircond
  • guna bakul lubang untuk elak terkena kain.
tak takut langsung,steady jer

tengah bius

menangis kene bius!sakit takut aku nak tengok

sunat . Dr Rosly

dapat hadiah.set lego kecik2

lego

guna kerusi oyang untuk jalan2 di luar umah

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers