21 November 2016

Tiada lagi nenek kandung di dunia ini






Al Fatihah kepada nenek semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang beriman. 

Sejak nenek jatuh ditandas tahun lepas Mei 2015, sejak itu arwah nenek tidak dibenarkan guna tongkat dan disuruh guna pempes utuk kencing. Sejak itula keadaan mama abah aku bertukar tidak ke mana2 menjaga dan bergilir2 dengan adik beradik yang sudi. Setelah sekian lama kedaan semakin bertambah rumit, mama terpaksa menjaga seorang diri dan mengangkat nenek dari wilchair ke tandas dan ke katil. Manusia mmg ada turun naik emosi, kadang2 mak aku mmg bergaduh bercakap sebab peel arwah dalam keadaan tidak menentu. Sekejap itu sekejap ini...Semua tak mampu jaga dengan baik dan melayan. Sejak dia diserang strok kecil arwah nenek tidak boleh bercakap dengan jelas dan hanya memanggil nama ranah dan hasan saja.. Semua nama dia tidak ingat dan kami cucu2 pun dipanggil adeq adeq..itu saja..dengan ayah aku juga dia panggil adeq..bila kedaan baik, arwah nenek akan panggil ayah aku dengan matnor..hanya 3 nama saja dia boleh ingat.

Keadaan bertambah parah tahun ini 2016, awal tahun sehingga saat nazak, mak aku la paling penat.
Dio kalau nak rehat mesti dtg umh anak2. Kalau di gemas dia tak leh rehat..

Semakin lama semakin bertambah sukar menjaga arwah nenek..nenek semakin nyanyok sejak akhir2 sebelum kematian.

Anak2 arwah ada yang endah tak endah. Masing2 macam membiarkan saja nenek. Akhirnya cucu yang mahu menjaga nenek sebab kesempitan duit. Menjaga Arwah nenek sehingga ke ahir hayat. Aku pun tidak mampu memberikan perkhidmatan terkahir kpd nenek. Alangkah rugi tetapi apakan daya, aku takut salah jaga dan aku perlu seharian bekerja. 

Semua macm menolak dari menjaga Arwah nenek. Menantu2 semua membiarkan saja dan memandang saja.

Satu2 satu Allah tarik nikmat, saat akhir nenek tidak lagi boleh memakan seperti normal. Arwah nenek kene mengunakan tiub saat akhir.. Aku dan suami serta anak2 dapat juga berjumpe di hospital semasa itu aku sendiri tidak mampu lihat keadaan nenek begitu. Aku sedih sangat!!kerana tak sanggup tgk merananya arwah diperlakukan dengan tiub makanan masuk hidung. adui seksa...dalam hati Yalllah permudahkan urusan nenek didunia dan berkati la dia di dunia ni.

Arwah mengerang kesakitan yg amat sampaikan pempes yg ditukar lencun...akibat sakit sangat apabila nurse masukkan tiub di hidung. 

Ramai sangat cucu tetapi takde pun melawat.. yg ada adik beradik kami dan mak long familysaja..lain hanya bertanya kabar dari wasup..

Semasa kematian,nenek pergi semasa semua tido. Mungkin tidak mahu semua tahu. Sewaktu ramai orang yg ada, nenek nazak saja..

Akhirnya nenek menghembuskan nafas dalam 6 pagi pada 14hb november 2016.

Bersemadila Arwah nenek di Tanah perkuburan kampung ladang bersebelahan kubur Anaknya iaitu arwah mak long kami. 

Tamatla kisah dan suka duka kami semua. 

Sekarang mama yg demam dan mungkin dia masih teringatkan arwah maknya yg dijaga sejak kematian atuk 28thn lepas.

Arwah nenek meninggal akibat sakit tua. 

Al fatihah Nenek.

Nota: kami la yg melihat keadaan arwah nenek dari gemok sampai kurus kering...betul2 menjadi iktibar apabila dah tua tak tahu bahagian kita dilayan macam mana...semoga yg baik baik saja dan dipermudahkan..


17 November 2016

Demam Denggi


Cerita ini kisahnya awal Oktober, aku tidak sangka diserang demam denggi. Selama ini aku tidak ambik maklum sangat iklan,maksud bukan tak kisah sangat,ada gak aku elakkan kan air bertakung dan elakkan dengan guna ubat nyamuk lingkaran. Rupanya aku kene juga demam denggi.

Mula - mula kene jumaat ptg balik kerja, masa tu aku rasa sakit kaki..lenguh sangat bahagian kaki,aku takde la makan ubat apa2.

Malam nya tu aku tak masak apa2 utk anak2. Aku baring saja...Aku call bagitau hubby, dia kata tido awal dan makan ubat. Aku still kuatkan diri dengan tak makan ubat. Aku minum Pytho Powder Vitamin C saja..

Malam aku tak tido langsung, aku bangun2 dan aku call suami.

Keesokkan demam aku naik, suami aku terus balik sabtu pagi. Ubat aku minta jiran sebelah. Panadol pula aku tak jumpe.

Sabtu tu aku pk anak2 tak makan sebab aku tak dapat bangun masak,terus balik gemas. Sebab aku perlukan mak aku masak utk anak2.

Malam tu makan pill panadol,still tak jalan. Kepala sakitttttnyaaaaaa macam nak pecah!!

Aku memang 1st time rasa sakit teramat bahagian kepala ni. Selama ni demam makan panadol sihat..kali ni ubat panadol tak jalan. Ingatkan kene migrain..

isnin terus ambik darah,disahkan aku kene denggi..Aku waded dan terus down platelet aku

lemah badan dengar kene denggi

Selama kene waded, dekat 10 botol kene drip, semakin nak sembuh, ruam penuh area kaki. Aku perasan nyamuk gigit di area kaki.

Sebab tu bahagian kaki aku teruk dan aku tak dapat berjalan. Betul2 sakit rasa denggi dengan kepala mencucuk..Syukur akhirnya aku sembuh dan semakin pulih.

Orang cakap minum air jus betik, tapi bagi aku platelet naik setelah kita drip berbotol dan ikut imunisasi badan seseorang...aku minum separuh botol je jus betik tak lalu...

Aku dapat rasa badan aku sembuh cepat sebab aku minum protien dan vitamin sebelum sakit..Ia terbujkti, apabila badan diserang sakit, kita tetap kene sakit tetapi tidak merana...itu yg penting.

Keluar dari hospital aku teruskan amal vitamin dan protien untuk bentuk kan semula darah baru dan menguatkan imunisasi badan..

Kene ingat jgn sudah sakit baru makan vitamin, salah tu anda kene sihat dan makan vitamin. Apabila sakit menyerang anda, anda tidak merana..

Minta jauh la dari kene denggi...

22 September 2016

Belum Tido

Tah apa2 tajuk..Sekarang jam menunjukkan 12.30 malam. Aku masih tidak dapat lelapkan mata lagi kerana, aku punyai planning for last fighting....hampir akhir bulan, betul2 struggle untuk amway bulan ini. Semua sedia maklum, this tahun pertama untuk 2017, so aku mesti dan wajib buat yg terbaik for my future in biz!!

Betul2 susun strategi untuk abis kan bulan ini. 

Memang aku punyai ramai downline, tetapi aku tak boleh harapkan mereka utk terus maju. Mereka dengan cara mereka. Bagi aku, yg nak berjaya adalah aku.

Setiap hari mesti buat sharing dan demo..Nothing easy but It can be done!! Apa yg aku buat adalah memang berbaloi. 

Setiap perjalanan aku dalam bisness ini, org2 bawah aku belum ada yg seperti aku lagi. Tetapi oneday surely i got it!! i'm leader by example...buat betul2 skrg..aku akan rehat selepas ini dan ajar orang saja.

Malam2 begini banyak ilham masuk ..so how i make it!!must action action action!!

Aku akan buat yg terbaik bulan ini!!mereka tak nak, aku jalan terus...

ok cau

Boleh layari cerita bizz di sini: http://mybisnessamway.blogspot.my/
 

15 September 2016

Cabutan Bertuah

Alhamdulillah hajat datang untuk memeriahkan majlis saja. Kalau aku tak turun, memang aku tak bersosial la dengan penduduk PR1MA..Iklan ni dah lama, berkenaan Perjumpaan Penduduk bersama YB Tengku Adnan. Kawan pejabat aku nama kak maria yang beria2 ajak aku turun. Ikutkan hati malas juga kalau suami takde. Tapi bila di fikir kan balik,mmm sampai bila nak tunggu suami saja.. Aku kata dengan kawan pejabat, In Sha Allah aku turun nnt. Dalam masa sama pula balik sekolah afy cakap dia demam, mmm aku cakap tak jadi la turun, aku pun masak la. Pastu aku bagi afy makan vitamin C terus, nampak afy cepat sembuh..

Terus aku bgtau kak maria, aku jadi turun tapi kalau anakanak aku lasak aku naik la cepat. Aku just nk meramaikan kehadiran jer. Nak makan beratur panjang, nasib aku tdah siap bagi makan.

Betul la, kalau rezeki tak kemana. Semasa majlis berlangsung aku lepak di Taman permainan saja. Jaga anak2 aku. Siapa nak jaga. Kang hilang apa lagi menangis tak berlaku. Aku ada la dengar Tengku Nan berucap dari jauh. Tapi tak jelas..

Tepat jam 10 aku tgk anak2 aku dah berpeluh sangat..Aku pk naikla. bgtau kak maria, kalau nama nombo rumah aku naik bgtau la..(cakap saja bukan ada niat,tetapi aku dapat rasa kuat yg aku dapat..hemper ke macamtula..bukan basikal!!)

Baru je naik, telefon berbunyi!!Nama Kak Maria!!terus aku cakap aku dapat ke!!dia cakap dapat!!

Aku dpat hadiah Utama.. Ini betul2 bertuah..ada 5 basikal..antara 5 basikal hadiah utama aku dapat!!Memang berlari aku turun semula...

Ini la dikatakan lucky!! Bertuah diantara yg bertuah!! syukur sgtt2

Dengan PR1MA ni semua aku bertuah..syukur sgt22..nombor rumah pun bertuah...ini buat aku sayang ketat2 dgn umah ni...kelima2 basikal tu dari Tengku Nan..personal..


semasa majlis berlangsung

baju kemeja kuning tu Tengku Nan

tengok hadiah cabutan bertuah atas tu

ramai sungguh penduduk yg hadir. AKu duduk tepi longkang je sorang2..

cara susun meja macam ni memang tak dapat la nak duduk


berkejar turun amik hadiah

sangat puas hati

berbaloi hadir diri


kak maria dan anak2

macam tau2 je dlm hati niat nak beli tapi tak beli pk kan umh kecik mana nak taruk.

terkejut suami dapat tahu aku dapat basikal

baju merah tu pun dapat basikal
Taraaaa

bawa naik lift semua cakap wah dapat basikal..




Durian

Haven makan durian, memang musim buah buahan..lagi la musim raja buah!!memang terbaik la..tahun ni memang mengalak makan durian..asik asik durian, langsung tak hiraukan panas badan ke apa..masing2 dah giler durian. Di pejabat pula banyak kali lori durian datang . AKu dan kengkawan opis membeli sokmo..siap bawa bekas turun siap kopek lagi. Tak kuasa angkut buahnya..

Melantak memasing makan durian, lagi la anak dah besar..anak2 aku pula memang hantu durian. Senang cakap kami laki bini hantu durian!!

Suami aku kerja pagoh, tiap kali balik mesti beli durian siap kopek..kau menggila memasing makan durian!!hahaha

Happening sungguh musim buah kali ni,manggis langsat duku ala semua la yg best2 ada..Seronok kalau sesiapa ada kebun. Zaman ni mustahil la nak berkebun. Memasing semua bisness online! hihi

Ada duit beli je buah..nak makan apa semua beli saja...TAhun ni memang puas hati dpat makan durian..

Ni semasa jualan di KKM

Sedappp...durian dari pagoh,suami bawa dah siap kopek

Puas makan

mengila memasing

afy mmg suka makan durian!!siap minta beli

29 August 2016

Ayer8 Putrajaya

Ulangtahun kelahiran mama kami, kami buat dinner di Ayer8 Putrajaya. Memang dah niat nak belanja dinner, disebabkan nak bagi mak kami rehat dari masak, aku ajak datang Putrajaya. Kalau celebrate di Gemas, mama memang tak suka makan luar. Dia lebih rela masak!!dari dia penat suruh abah bawak mama dtg Putrajaya. So kami adik beradik yg berdekatan mudah datang sini. Putrajaya memang banyak tempat menarik. Aku sangat sangat sangat!!! bersyukur memiliki aset di sini. walaupun kecik ia milik aku...okla...ada rezeki lebih boleh cari lagi rumah lain. Memang impian nak rumah tanah. Tetapi apa yg ada sekarang grab dulu. 

Berbalik cerita di celebrate, di Ayer8 sangat sesuai. Ia tempat havoc di putrajaya. Aku dah booking awal kedai makan tomyam di situ. So dtg terus duduk dan oder. Makanan dtg lewat sikit sebab masa tu bukan hari gaji tetapi ramai pula dinner bersama family..Dapat makan terus makan. Tiada Kek, hnya makan untuk lelepak jer...takde la kenyang mana sebab masing2 sibuk dengan anak2.

sampai makan tak sempat nak sanp dah bedal hihihihi..lapar la katakan.

Selepas makan kami bersia2 di ayer8..seronok ada beca, so kita naik beca dan that nice place tak perlu nak bersesak2..muka masing2 happy dan we are enjoy that moment!! kita tak perlu bagi hadiah mahal,hanya aku suka bagi kenangan yg boleh diingat sampai bila2. HAdiah kalau ada bgus, tetapi aku hanya belanja makan dan main beca..sebab aku buat peruntukan dan aku rasa zaman ni tak perlu nk membazir..

Semoga mama sihat walafiat dan panjang umur .. semoga mama kuat menjaga nenek yg semakin uzur..kami adik beradik tidak bersedia lagi jika tiada mama. kami belum puas lagi!!

we are so close!! setiap baik ada buruk..lidah lagikan tergigit, ini kan pula adik beradik..biasa gaduh dan kami gaduh tak lama...kita hanya merancang selebihnya Allah yg tentukan...semoga kami kekal bersama selamanya..amin



gambar mkn2 tak snap..dah lapar hihi

Naik beca

seronok memasing!!kalau korang naik boleh pilih beca. Setiap beca lain2 harga..pusing2 tasik 30 minit mmg lenguh

kanak2 duk depan sekali sonok depa

mainan ni pun ada..aku main snap je..lawak benda ni haha

afy sibuk nak main kereta ni

Kelab Tasik Putrajaya

Kami ke sana, kerana ada jamuan perpisahan untuk Puan Hariaty. Dia akan sambung belajar PHD dan cuti bergaji penuh. Tahniah diucapkan. Semoga Puan berjaya dan lulus cemerlang. Dalam team kami Puan Yati seorang bos/staff yg fokus dalam pekerjaan. Tidak mustahil dia akan terus berjaya dalam mengejar cita cita nya. Dia juga mengalakan orang bawah dia sambung belajar, masing2 ada impian, dan aku punya impian bukan menjadi pegawai. Impian aku menjadi usahawan yg berjaya yg boleh membantu org luar sana lebih berjaya dan kaya..

Aku akan sambung belajar, jika aku yakin yg aku dapat keja pegawai. Kalau tiada nampak bayang aku tak akan buat. itu aku..aku akan buat kalau aku nmpk hasil akan terjadi depan mata!! bukan menilik, tetapi aku tak rasa aku dapat jawatan pegawai. So aku proced benda lain.

Umur 35thn ni aku tak perlukan degree dalam akademik, tetapi perlu degree dalam kehidupan iaitu berjaya mempunyai kewangan yg kukuh dan makin boleh bantu org luar sana yg ingin berjaya juga.

Berbalik pada Majlis ini. Puan akan mengakhirkan jawatan dan kerja di BPM KKM pada end of September...

Aku suka kerja dengan dia, dia banyak tunjuk yg cara kerja yang betul dari yang tah apa2. Kebanyakan cara yg dia ajar adalah betul, dan dia sgt menitikberatkan pembelajaran dalam pekerjaan. Tetapi aku la masalahnya, bukan tak suka bertanya dia, dia sangat sibuk. Kalau aku tanya aku byk fikir takut ganggu kerja dia. sebab tu aku buat berdasarkan arahan dia dan bos satu lagi. Di awal projek memang aku sangat sibuk, tetapi diakhir2 projek aku byk rehat dipejabat. Kalau pun kerja hanay di cyberjaya. Situ mmg kerja betul..


Tahun depan tak tau aku dalam tema mana. harap2 dapatla team yg boleh bagi aku kerja dan percayakan aku..

Dalam team phis ni, bos semua percaya kan kami. Dan kami juga tidak ambik kesempatan,kami tidak akan sesuka hati keluar dan kalau kami tiada kerja kami akn duduk opis. Bos dah percayakan kita, takkan kita nk ambik kesempatan..so ini la yg berlaku dlm team kami.

Okla panjang lebar, sedap sungguh makanan di sini. korang boleh la buat majlis di sini...memang berbaloi...

note sendiri: berangan juga best kalau bwk downline2 aku yg berjaya belanja mrk mkn sini.. 
Sesi penyampaian hadiah

Team yg kuat!!

Bersama2 bos..aku ni respect mrk...sebab tu aku segan dgn mereka...







22 August 2016

Telefon sampai heng Kau!!


Ini cerita basi la..saja...merah tu dah hampir 2 bulan aku guna...yang putih tu takde la rosak mana pun, tetapi dah takleh handle dengan macam2 application..ikutkan aku mmg tak gemar beli2 hp ni, ni pun hp laki aku,,yg hat aku nyer tu dah pecah screennya..tapi masih elok...entah baik pulak hati laki aku nak membeli baru untuk aku..katanya kesian!! puihh nyampah aku...aku cakap tak yahla kesian benor, dah lama patutnya kesian pada aku..hahaha..jahat aku kan,org nak bagi baru pun kene bebel..alhamdulillah hp baru ni banyak membantu aku dlm kerja seharian..tak minta tapi bagi, macam ni la sepatutnya suami layan isteri..terima kasih darlingku...

aku suka sebab bila heavy guna tak panas telinga or tangan aku semasa pegang..kalau hp samsung yg sekrg ni aku rasa semua panas bateri bila lama guna..aku harap sgt hp asus ni tahan lama dan leh terima All application baru zaman akan dtg..

Yela ada mcm2 teknolgi baru tau!! so nak tak nak kene upgradela sikit..kita duk zaman ni, semua makin meningkat, nak tak nak kene la layan hadapi dengan tenang..

Kalau korang nak carik hp, leh la try beli ni..mmg selesa memegang tak licin dan bateri pun tak panas bila heavy guna...cauu!!!


15 August 2016

Majlis Perkahwinan Zahir dan Dr.Adibah

Lama sudah kami tak pergi majlis kenduri kawin ni. So dikesempatan ini, dapat la kami lari untuk menghadiri majlis ni. So reramai la kita semua berjanji nak jumpe di sana. Okla ada beberapa kerat yang sempat bergambar bersama.

Selesai tu aku bergegas ke 2 tempat lagi. Kami alang2 keluar akan singgah menyinggah. Setiap kali keluar mesti ada saja kerja yang akan dibuat.

Anak2 aku nak tengok kuda tapi takde rupanya untuk sesi bergambar saja. hihi...Majlis di adakan di Paya Jaras, rupanya dekat dengan umah pakcik suami.

Blog ni aku update sebab lama dah nak menaip tapi masa di rumah sangat padat. Takpe janji tahun ni kita all out..Tahun depan In Sha Allah kita dapat hasilnya..

Aktiviti aku sabtu ahad penuh dengan kerja2 amway. Ekonomi negara semakin membimbangkan,tetapi orang2 Amway semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Cerita selanjutnya boleh klik sini

 
Sempat bergambar di meja makan


Bergambar beramai2

Moden Wedding

Kuda betul tu ye..bukan edit2nya...tak mainla kan...memasing2 berduit...leh sewa

21 June 2016

Bateri Kong

Inila saat yang aku tak nak hadap!! tapi kene hadap juga. Pagi pagi tengah sibuk nak hantar anak2 ke sekolah, tiba pula kereta tak boleh stat. Emosi aku terus terganggu. Buat buat relek,tarik nafas. Nasib baik kejadian ini berlaku di dalam parking kereta. Kalau kene semasa memandu di luar, memang kacau bilau hidup aku la masa tu. Aku memang sayang la dengan kau kereta oii. Ko memang tak banyak kerenah. Ko memang banyak membantu aku di dalam apa juga situasi!! Berlaku pun di dalam parking umah takde la mengelabah tak tentu arah!!

Masa ni aku terus call laki aku, ni mesti bateri kong, padahal tiap tahun ganti bateri baru. Tahan lama juga bateri kereta ni. Takde Isu sebenarnya memang dah tiba masa..memang kne ganti baru.

Apa lagi terus la wasup Prima Grop wssup..Mula mula takde feedback grop. Ialah pagi masing masing tengah busy sgt, sapa la nak bantu ni.

Syukur semasa minta tolong kawan opis, dalam masa sama en.nazri frop grop prima ada dan free. Diala bantu jumper kereta ni.

Lepas jamper terus hidup. Sambil tu tggu kwn opis dtg berdua, ikut aku ke bengkel dengkil. Aku bukan tak leh pergi sorang tapi aku takut kalau sorang2 nanti terbehenti sapa lak nak bantu

So mereka ikut dari blkg dan sampai bengkel aku sendiri sorang2 uruskan. Mereka balik ke pejabat.

Dalam masa kejadian ni aku kene kerja di Cyberjaya. So apa lagi wsup bos la..bagitau lambat sampai cyber sebab nak siapkan kereta dulu. Selesai di bengkel terus p kerja.

Alang2 sampai bengkel aku terus servis la tukar minyak hitam, minyak gear box dan bateri. Aku bawa duit ckup2 je..So total terbangla RM550 waaaaaaaa...

so suruh cina tu check apa lagi nak service nnt nak raya mmg kne servis kira selesai la hal kereta raya..tinggal satu je Break Pad.

Tengah taip ni aku batuk kuat..gatal di tekak..Sebab aku salah mkn dan minum ni kene semula batuk..stressnya la batuk ni..rasa macam nak garuk2 tekak jew!!semoga cepat sembuhla...aku telan vitan C dan Triple Garld Enchicha by Nutrilite



Bro Nazri tolong jump kereta

syukur dpt yg membantu


dah sampai bengkel. minta tlg apis dan abg salleh ekori



Porluck Ramadhan 2016

Bila idea itu datang dengan tiba tiba, kita tidak perlu tunggu lama untuk merialisasikan perkara yang baik. Asalkan ia memberi keselesaan dan tidak menyusahkan ia perlu disegerakan tanpa berfikir panjang. Ikutkan tahun ni kami bertiga nak buat potluck setiap minggu di rumah masing masing. Takpela rumah pertama biar aku la yang mulakan. Emm, tidak ada masalah sebab masak pun utk 3 family yg kecik, so noxxa kan ada..hahaha..mmg takde isu penat sgt or apa apa..sebab kalau tak mulakan macam mana nak teruskan plan ni sampai bila bila.


So potluck yang kami bawak ialah

ida: nasi daging,air asam,lauk daging kunyit,kuih apam dan kuih acar berlauk
Hafidz: masak asam pedas ikan tengiri , air koktail
Arbi: KFC baket dan kek bday 

Syukur semua makan abis dan ngamngam. Memang tidak membazir. Ada lebih sikit pastu masing masing bawak balik utk buat sahur

Dalam masa sama bday anak2 arbi, so terusla celebrate kecik2lan. okla bebudak happy..mrk pun makin rancak main. Mula2 masing2 tunjuk kehebatan game. lama kelamaan bateri abis sambung main dalam bilik..

So acara selesai 10.30 malam..

Aku siap kemas jam 11.15 mlm.

Tengah menaip ni angin kuat betul, memalam ni takut rasanya kalau bersendirian tanpa suami di sisi..

mula sblm nanyi bday song

lupa nak snap gambar makanan. Sibuk melayan


ni bertiga umur sama. Sekolah pun tahun depan darjah 1

semasa berbuka



16 June 2016

Salam Ramadhan Semua

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan ramdhan kali ini. Syukur dapat berpuasa lagi dan beribadat di dalam bulan yang penuh mulia barakah ini. Baru baru ini dikejutkan beberapa orang yang aku kenal meninggal dunia selepas berbuka dan ada yang semasa berpuasa. Semua ini memberikan kesan dan mematangkan aku serta mengingatkan aku betapa ajal maut tidak penah sesaat pun lewat. Ajal datang sesiapa pun tak dapat elak. Yang pergi akan tetap pergi cara dan bila saja kita tak tahu. Kepada ahli keluarga yang telah pergi di bulan mulia ni pasti akan terkejut dan semoga mereka redha atas pemergian ahli keluarga dia. Semoga diampunkan dosa serta ditempatkan di syurga kelak..Al Fatihah!! Amin.

Berbalik cerita aku di bulan ini...Pertama kali sambut ramdhan sendiri. Berbuka sendiri.. Awal Puasa adalah suami aku teman. Semasa itu Johor Cuti. KAmi sepakat untuk berjauhan semetara untuk mengejar impian dan cita cita masing2 hanya selama kurang setahun. Paling lama pun Setahun saja, Ikutkan berat tanggungjawab, jadi mummy,daddy,kerja, bisness dan uruskan umahanak2.. Tetapi aku cuba...mula mula sakit jiwa jugak la..lama kelamaan ada hikmahnya. Salah satunya aku tak perlu terkejar2 masak awal. Makan apa yg ada dulu. Bila suami balik je aku akan masak cepat. Puasa ni aku telan Vitamin Double X,protien,vitamin Kalsium,A,E,C. Lengkap ni kena makan sehari bulan puasa. Bukan apa faktor umur menyebabkan badan lesu dan langsung tak bertenaga di bulan puasa. Kalau uruskan sorang memang pengsan tau..aku jadikan badan aku testimoni. Memang betul semua wajb makan vitamin dan makanan seimbang. Mana mungkin duduk di bandar dengan stress dengan semua nak cepat kalau kita puasa kosong. Memang semua akan cakap Allah akan ada. Bulan Puasa Allah akan bantu..Dia memang akan bantu,tetapi Nasib seseorang berubah juga atas usaha yang berterusan. Korang sendiri faham kan..

Percaya la telan la Double X mesti korang bertenaga di bulan mulia ni utk terus lancar beribadat dan dapat fokus dalam kerja seharian.

Sambil berblog aku iklan kan juga supaya semua dapat manfaat. Ilmu yg ada perlu disebarkan. Betul ke idak??sendiri jawab..

Tahun ni kita kerajaan dapat balik awal..Alhamdulillah dapat balik awal. Dapat rehat dan masak dengan tenang..Syukur setiap tindakan kita diperhatikan dan dipermudahkan oleh Allah SAW. percayala yakin yang Allah akan bantu kita bersama usaha dan doa harian kita..

Afy ALis makin besar dan syukur mereka makin bertambah sihat. Keaktifan juga makin terserlah dan makin bijak mereka..Syukur dikurniakan anak sepasang dan cantik hsome..syukur mereka makin memahami keadaan mumy abi. KAmi lakukan utk menambahbaik kehidupan kita sekeluarga..

seminggu sebelum puasa semua persiapan raya utk baju raya pertama selesai..naju melayu,kurung,baju anak2.

Aku 1st time beli di butik Omar Ali. tercapai juga nak beli baju di butik tu. Reward diri setelah penat lelah..satu jer...suami dan anak2 semua di butik di alamanda juga...suami baju melayu beli di parkson jenama john master..okla semua ni utk reward diri..semoga kita makin rajin berusaha menambahbaik kehidupan..amin..semoga hidup makin diberkati..no point jadi kaya tetapi tak berkat...

lagi cerita puasa, balik kampung huby. Dapat beli gelang impian aku..gelang tu lama dah aku idamkan..usaha buat amway..dapat bonus labur ke gelang anak dan bangle emas sendiri..syukur!!

Seronok balik kg suami semua ada.. tetapi duit terbangla..

SEronok balik kg gemas ..takde apa..duk umh je..duit tak terbang..winwin situation!!hahahha

so ramadhan panjang lagi..

minguni aku ada demo seremban dan next week ke kuantan demo sana pula..

semua usaha ini utk menambahbaik kehidupan kami...gaji mmg ckup tetapi TAK SALAH LEBIH DUIT..YANG SALAH TAK CUKUP DUIT!!

Semoga bermanfaat!!cauu 


09 May 2016

Konvensyen Kebangsaan Amway Malaysia!! #AM40#

10 Tahun lepas, Aku pertama kali menghadiri konvensyen Kebangsaan Amway.Pada ketika itu. Aku pun tak ingat Ulangtahun keberapa. Seingat aku kami semua pakai pakaian TShirt hitam.

Alhamdulillah kali ini kami jejak kan kaki sekali lagi ke Konvensyen Kebangsaan Amway Malaysia yang ke 40 tahun!!Syukur...Tak sangka aku masih bersama Amway. Kalau ikutkan 10 tahun ni jangka masa yang panjang dan macam macam boleh berlaku..Syukur dipertemukan dengan Amway..Satu satunya Syarikat yang kukuh lagi Patuh Syariah...

Percaya ke tidak Amway adalah nombor 1 dalam senarai KPDNKK!!!
Percaya ke tidak Amway juga pemegang Saham Tabung Haji Malaysia!!(ingat mudah ke nak bersaham dgn Tabung Haji..Menunjukkan Amway Telus dan Bersih!!!)Tabung Haji berbangga dengan Amway...Syabas Amway Malaysia!!
Percaya ke tidak Amway kekal naikkan gaji pada All ABO yang aktif..(wlpun ekonomi jatuh ke apa Amway tetap kekal dan tak pernah buang pekerja)
Percaya ke tidak Pekerja Amway yg bekerja di Amway semua dapat bercuti ke luar negara dan bonus
Percaya ke tidak All ABO seperti aku juga tidak ketinggalan mendapat bonus setiap14-15hb tak pernah lewat!!
Percaya la Amway memang boleh cari duit!!!
Percaya ke tidak Amway akan hadiahkan pakej perlancongan yang 5star dari dulu sampai skrg!! 
Percayala duit Amway boleh turunkan kepada anak2!!
JUst do it!!Amway halal dan Amway bagi pencen!!satu2 syarikat yg sama dengan kerja kerajaan!!

Konvensyen Kebangsaan berlangsung di MAEPS Serdang...Ramai sungguh orang dari semua negeri hadir meraikan hari bersejarah ini. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik diberikan..Pelbagai promosi yang hebat..memang berbaloi..

Aku telah war warkan kepada semua kawan2 dan family..Terima KAsih pada downline aku yang hadir..Semoga korang gembira dengan pengalaman ini. Percaya la konvensyen ni akan korang ingat sampai 10tahun akan dtg..percayala..itu yg berlaku dengan aku...Aku nak ambik gambar bersama tetapi masing2 bersepah..ramai sangat..aku appreciate kpd downline yg hadir


Happening dekat je dgn rumah

Dulu pergi takde anak. Bujang..sekarang dtg dgn anakanak

Tahun depan kita ke Hawaii.


Alis Afy mesti minum Protien!!

Aku wajib telan Double X

Kami sudah 6 tahun dengan espring!!Air Tulen

Dedahkan afy dengan Amway Bisness!!

Dedahkan Alis dengan persekitaran Amway!!

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers