17 November 2016

Demam Denggi


Cerita ini kisahnya awal Oktober, aku tidak sangka diserang demam denggi. Selama ini aku tidak ambik maklum sangat iklan,maksud bukan tak kisah sangat,ada gak aku elakkan kan air bertakung dan elakkan dengan guna ubat nyamuk lingkaran. Rupanya aku kene juga demam denggi.

Mula - mula kene jumaat ptg balik kerja, masa tu aku rasa sakit kaki..lenguh sangat bahagian kaki,aku takde la makan ubat apa2.

Malam nya tu aku tak masak apa2 utk anak2. Aku baring saja...Aku call bagitau hubby, dia kata tido awal dan makan ubat. Aku still kuatkan diri dengan tak makan ubat. Aku minum Pytho Powder Vitamin C saja..

Malam aku tak tido langsung, aku bangun2 dan aku call suami.

Keesokkan demam aku naik, suami aku terus balik sabtu pagi. Ubat aku minta jiran sebelah. Panadol pula aku tak jumpe.

Sabtu tu aku pk anak2 tak makan sebab aku tak dapat bangun masak,terus balik gemas. Sebab aku perlukan mak aku masak utk anak2.

Malam tu makan pill panadol,still tak jalan. Kepala sakitttttnyaaaaaa macam nak pecah!!

Aku memang 1st time rasa sakit teramat bahagian kepala ni. Selama ni demam makan panadol sihat..kali ni ubat panadol tak jalan. Ingatkan kene migrain..

isnin terus ambik darah,disahkan aku kene denggi..Aku waded dan terus down platelet aku

lemah badan dengar kene denggi

Selama kene waded, dekat 10 botol kene drip, semakin nak sembuh, ruam penuh area kaki. Aku perasan nyamuk gigit di area kaki.

Sebab tu bahagian kaki aku teruk dan aku tak dapat berjalan. Betul2 sakit rasa denggi dengan kepala mencucuk..Syukur akhirnya aku sembuh dan semakin pulih.

Orang cakap minum air jus betik, tapi bagi aku platelet naik setelah kita drip berbotol dan ikut imunisasi badan seseorang...aku minum separuh botol je jus betik tak lalu...

Aku dapat rasa badan aku sembuh cepat sebab aku minum protien dan vitamin sebelum sakit..Ia terbujkti, apabila badan diserang sakit, kita tetap kene sakit tetapi tidak merana...itu yg penting.

Keluar dari hospital aku teruskan amal vitamin dan protien untuk bentuk kan semula darah baru dan menguatkan imunisasi badan..

Kene ingat jgn sudah sakit baru makan vitamin, salah tu anda kene sihat dan makan vitamin. Apabila sakit menyerang anda, anda tidak merana..

Minta jauh la dari kene denggi...

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers