21 November 2016

Tiada lagi nenek kandung di dunia ini






Al Fatihah kepada nenek semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang beriman. 

Sejak nenek jatuh ditandas tahun lepas Mei 2015, sejak itu arwah nenek tidak dibenarkan guna tongkat dan disuruh guna pempes utuk kencing. Sejak itula keadaan mama abah aku bertukar tidak ke mana2 menjaga dan bergilir2 dengan adik beradik yang sudi. Setelah sekian lama kedaan semakin bertambah rumit, mama terpaksa menjaga seorang diri dan mengangkat nenek dari wilchair ke tandas dan ke katil. Manusia mmg ada turun naik emosi, kadang2 mak aku mmg bergaduh bercakap sebab peel arwah dalam keadaan tidak menentu. Sekejap itu sekejap ini...Semua tak mampu jaga dengan baik dan melayan. Sejak dia diserang strok kecil arwah nenek tidak boleh bercakap dengan jelas dan hanya memanggil nama ranah dan hasan saja.. Semua nama dia tidak ingat dan kami cucu2 pun dipanggil adeq adeq..itu saja..dengan ayah aku juga dia panggil adeq..bila kedaan baik, arwah nenek akan panggil ayah aku dengan matnor..hanya 3 nama saja dia boleh ingat.

Keadaan bertambah parah tahun ini 2016, awal tahun sehingga saat nazak, mak aku la paling penat.
Dio kalau nak rehat mesti dtg umh anak2. Kalau di gemas dia tak leh rehat..

Semakin lama semakin bertambah sukar menjaga arwah nenek..nenek semakin nyanyok sejak akhir2 sebelum kematian.

Anak2 arwah ada yang endah tak endah. Masing2 macam membiarkan saja nenek. Akhirnya cucu yang mahu menjaga nenek sebab kesempitan duit. Menjaga Arwah nenek sehingga ke ahir hayat. Aku pun tidak mampu memberikan perkhidmatan terkahir kpd nenek. Alangkah rugi tetapi apakan daya, aku takut salah jaga dan aku perlu seharian bekerja. 

Semua macm menolak dari menjaga Arwah nenek. Menantu2 semua membiarkan saja dan memandang saja.

Satu2 satu Allah tarik nikmat, saat akhir nenek tidak lagi boleh memakan seperti normal. Arwah nenek kene mengunakan tiub saat akhir.. Aku dan suami serta anak2 dapat juga berjumpe di hospital semasa itu aku sendiri tidak mampu lihat keadaan nenek begitu. Aku sedih sangat!!kerana tak sanggup tgk merananya arwah diperlakukan dengan tiub makanan masuk hidung. adui seksa...dalam hati Yalllah permudahkan urusan nenek didunia dan berkati la dia di dunia ni.

Arwah mengerang kesakitan yg amat sampaikan pempes yg ditukar lencun...akibat sakit sangat apabila nurse masukkan tiub di hidung. 

Ramai sangat cucu tetapi takde pun melawat.. yg ada adik beradik kami dan mak long familysaja..lain hanya bertanya kabar dari wasup..

Semasa kematian,nenek pergi semasa semua tido. Mungkin tidak mahu semua tahu. Sewaktu ramai orang yg ada, nenek nazak saja..

Akhirnya nenek menghembuskan nafas dalam 6 pagi pada 14hb november 2016.

Bersemadila Arwah nenek di Tanah perkuburan kampung ladang bersebelahan kubur Anaknya iaitu arwah mak long kami. 

Tamatla kisah dan suka duka kami semua. 

Sekarang mama yg demam dan mungkin dia masih teringatkan arwah maknya yg dijaga sejak kematian atuk 28thn lepas.

Arwah nenek meninggal akibat sakit tua. 

Al fatihah Nenek.

Nota: kami la yg melihat keadaan arwah nenek dari gemok sampai kurus kering...betul2 menjadi iktibar apabila dah tua tak tahu bahagian kita dilayan macam mana...semoga yg baik baik saja dan dipermudahkan..


No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers