27 March 2014

Sambutan Ulangtahun Afy ke 4

Tahun tiada planning nak buat makan2..so kami tetap akan beli kek untuk afy...anak2 ni bukan nak makan sangat pun..nak hapy tiup2 lilin jer...so bila hati dia hapy takde la dia kacau kita..kiki..Sejak kebelakangan ni afy mintak nak Tab....ishh tiap kali balik skoll..mesti mintak..cakap ngn kami..mummy abi dah cukup duit lum nak beli Tab afy..HARUU KAMI dengar ayat tu!!!..macam2 budak2 skrg..alis pun dah pandai mintak gak..ishh sabor jer la

beli kek di Bakery Cottage RM69..sedap kek ni

muka masing xcited!!

adik sibuk jer

lapp u...balik kerja terus potong kek...


adikk tak sabar

26 March 2014

Tragedi MH370 - Hukuman gantung mati ' Ikhwan muslimun'

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk aku menyaksikan pelbagai kejadian zaman ini...Penyaksian ini memberikan aku keinsafan dan menguatkan hati aku untuk terus sentiasa bermuhasabah diri.. Cumanya sebagai manusia yang lemah,kedangkala aku alpha dan sering terbuai dek arus kemodenan zaman ini..sudah ditakdirkan sejak kebelakangan ni kita / rakyat malaysia amnya terdedah dengan pelbagai kejadian yang tidak disangka dan tak tecapai dek akal untuk berfikir bagaimana ia terjadi dan soalan2 yang macam2..

Malaysia telah terkenal didunia sekarang kerana tragedi ini..dunia memandang malaysia sekarang..ada yang suka dan ada yang kesian dengan apa yang malaysia hadapi..

Secara peribadi, aku terdetik untuk menulis dikala aku 'free' sekejap di pejabat..aku terkesan dengan tragedi kedua2 ni..

Pandangan Peribadi aku, walaupun seantero dunia sekarang membantu dalam pencarian MH370, ada juga yang memandang sinis kenapa tiada pertolongan diberikan kepada ikhwan muslimin punya tragedi..Hukuman mati dari kerajaan Mesir.

Pandangan aku ialah kenapa?sebab tragedi MH370 adalah yang sangat popular untuk dirungkaikan..ada juga memberi jawapan bahawa terdapat konfirasi barat dan macam2 la, cumanya satu yang aku nak sharela...jika ia konfirasi barat sekali pun Malaysia perlu mencari bukti dan walau macam mana pun krjn malaysia kene selesaikan masalah ini..masalah ini bukan melibatkan malaysia sahaja...ia melibatkan pelbagai negera..sekiranya pencarian mh370 tidak diteruskan dan tidak diambil peduli,malaysia yang kecik ni akan diserang olah negara China yang besar tu..sebab tu macam mana sulit pun pencarian ni perlu diteruskan sehingga ke akhirnya..

Malaysia ni kecik je...China tu besar..kalau kita nak membantu ikhwan muslimun sekalipun, krjn malaysia kene fikirkan secara global..ia melibatkan negara malaysia ni...sekiranya masalah negara ni tidak diselesaikan, mungkin akan berlaku peperangan antara china n malaysia..sekirannya ini berlaku siapa yang nak membantu kita..kerana malaysia ni kecik..China besar...sebab tu secara global atau meluasnya malaysia kene segera menangani masalah MH370 dari Ikhwan muslimun...ia memang ia gerakan islam..islam perlu dibantu, tetapi Negara malaysia perlu juga dijaga..ingat malaysia ni satu negara yang kecil..china tu besar, apa2 juga boleh berlaku...sebab tu la kita kene muhasabah diri dan pk secara rasional...jangan menunding jari kenapa itu dan kenapa ini..dalam FB berlambak2 cerita pasal MH370 dan Ikhwan muslimin...aku faham dan sangat faham...bagi aku sekiranya aku jadi PM ,aku pun akan selesaikan misteri ni...kene jaga negara..kita nak pi mana kalau negara kita diserang...sedih dengan tragedi kedua2 ini...kalau la aku menjadi salah seorang keluarga mangsa, aku juga akan suruh krjn carik sampai ke akhirnya...ia takkan terhenti di sini..

Jangan berputus asa untuk terus berdoa untuk dipermudahkan lagi pencarian MH370..jangan kita terlalu negetif...

Ikhwan Muslimin yang aku faham ia satu gerakan islam..satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia..
"Allah adalah objektif kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah adalah harapan tinggi kita."

Semoga mereka dirahmati dan dipelihara oleh Allah atas apa yang telah berlaku...


20 March 2014

Urut Badan

Hampir 2 tahun melahirkan alis...badan aku ni baru beberapa kali dapat urut...punya la penat sangat..pi kerja pun lesu...bila teringatkan bersalin memang takut sangat....ngeri...balik gemas mesti carik tukang urut...tapi masih lenguh2..dalam hati selalu cakap..kalau la dapat tukang urut yg memang terus elok kaki yg sakit ni...dan perut yang belum sengkak ni..yang betul2 elok dan serasi kan bagus..tup2 bila Puan Samihah F48 cakap..yg cleaner pejabat ni boleh urut dan dia urut elok..aku pun cubala..aku mmg suka cuba bila orang dah bagitau ni..sebabkan mmg tak larat sakit kaki dan belakang badan..aku pun jemput acik cleaner tu  bawak datang umah..

dia urut biasa2 jer...takdela sakit sangat...pastu aku suruh dia urut ibu kaki aku yg sakit..memang lama dah sakit...tak boleh pakai kasut bertumit..satu badan aku mintak dia urut...alhamdulillah terus elok...aku tak cakap pun...balik sabah aku ingt mesti sakit lagi kaki ni...tup2 sampai aku menulis ni kaki aku tak sakit langsung..syukur sangat...

Selalunya setiap malam aku mintak laki aku urut ibu jari kaki...sekarang takde dah nak mintak urut..buat kerja umah laju2 pun ok jer. pagi2 terkejar2 punch card pun masih ok..

pasni nak urut lagi badan dan kaki ni..

korang urutla badan..kita ni pompuan kene jaga badan...urut2 ni baik untuk memperbetulkan urat...bayar jer la...reward untuk diri sendiri juga setelah penat terkejar2...

nama acik cleaner tu acik Esah...terima kasih acik esah...

Baucer Buku

Rezeki beli buku...rupanya sebelum konvo suami aku masih boleh dapatkan baucer buku rm250..alhamdulillah..selepas sambutan ulangtahun afy di abim terus kami ke pustaka borong buku..

Kami abis kan masa tu juga...bila tak bawak anak2 memang tenang mencari buku...siap duduk bersila lagi baca di pustaka bangi..

Aku cadangkan beli buku afy dan tool untuk pembelajaran afy..tapi jangan guna dulu..simpan..buat satu2 yg lama pun ada lagi..so yg baru ni simpan dulu jgn guna..nanti aku nak fotostat..boleh buat ulang2 sampai pandai...tu yg aku borong guna baucer ni selepas ni takde baucer buku lagi..

Then beli buku agama dalam 4 buah untuk kami aku tarik sekali 2buah buku resepi siap gambar dan cara2 buat..nak buatnya entah bila kikiki...ada masa baca..masa terluang ni aku terus baca buku yg beli...dan nak abis dah baca..

ada balance beli la yg dalam gambar tu..
Baucer buku yang terakhir...dpt rm250


Ini la hasilnya...buku2 afy simpan...sampai tahun depan...nampak tak buku resepi aku rembat sekali

Sambutan Ulangtahun ke-4 Dini Hafiy Di Abim

Alhamdulillah syukur di pagi jumaat ni, dapat aku sampai awal di pejabat..Afy pun tak meragam sangat..so kerja pagi ni berjalan lancar tanpa kepenatan yang selalu dialami...adik pun ok tak meragam..cuma nak aku ikut hantar dia sekali ke rumah pengasuh...itu yg tak dapat nak ikut...so aku cepat pecut pi kerja...

Sampai tepat kul 8..terus update blog...

Rabu 19hb3 semua yg lahir pada bulan mac di majlis di buat awal..sebab minggu depan dah nak cuti sekolah...masa cuti sekolah tadika buka...tapi jadi Day Care saja...maknanya tiada sesi pembelajaran masa tu..semua yg datang hanya dijaga dan main2 jer si tadika nanti..so ibu bapa tak perlu bimbang..ibu bapa tak perlu cuti jaga anak...afy pun tak mo balik gemas..so aku biarkan dia main2 kat tadika nanti..

okla nak citer pasal besday rabu lepas..pengetua bgttau ibu bapa suh bawak apa2 makanan..so aku sponser la mee sup...order je..tak perlu risau...aku oder sup ayam jer..mee semua aku celur sendiri..
maaf la aku betul2 terlupa nak snap gambar..masa tu juga afy meragam...melalak2 sampai ke abim..pening betul kami...nak sambut besday macam apa tah!!sakit hati pagi2 masa tu...sabar jer la...

selepas potong kek terus keluar bawak afy pujuk bagai...pastu baru hantar tadika semula..macamtula kalau dia dah buat peel..

utk cikgu n kwn2 tadika..beli d econsave & mydin

belum byk2 lagi dah cakap penat la mummy

cepatla mummy tlg afy

abi yang sambung..adik yg sibuk

keadaan jerebu masa ni...tgk belon panas tu tak jadi terbang...yg hijau tu

cookies tempah khas utk cikgu2

boleh la nak buat doorgift contect i

siap dibungkus...pelbagai rasa..

ini untuk cikgu2

semasa sambutan..cikgu membebel nak aturkan murid2..

afy baru lepas nangis

lahir bulan mac

Kek aku tak bawa..aku bawak mee sup tapi lupa nak snap

kawan2 afy

tengah nanyi kan lagu

13 March 2014

Hadiah from BPM , KKM

Sepatutnya ke Muar so Bos last minute whattsup bagitau tak perlu ke sana..ada masa aku kemaskini blog la...aku guna berukband aku ni nasib bole kiki...sblm ni Pc lama mrk block..so tak dpt nak update..


Cerita hal kerja di Muar aku belum ada keseronokan nak kongsi..bukan tak seronok..seronok sangat pi outstation sebab skrg aku tgh belajar teknikal part...memang benda baru la...selama ni memang tak tahu..dan tak ambil tahu...pasni kene ambik tahu dan aku tgh slow2 belajar teknikal.



Tengahari tadi pi mydin carik goodies untuk besday afy next week...dapat la beli hadiah untuk cikgu dan paper beg..terus je beli..sebab minggu depan nak ke muar lagi..takut takde masa lagi...

aku nak update hadiah yg dapat sempena besday tahun 2014 ni...lama dah dapat baru hari aku kongsikan..

taraa
dapat mangkuk pulak..sebelum ni dapat jug

madu di rumah dah abis..so gantikan dengan jus pula...murah sikit...tgh kering kikiki..sory gambar terbalik..huhu
saja bagi anak2 makan jus ni pulak...kandungan sama..kalau madu jenama ni mahai...dah 3 botol aku beli sblm ni...


11 March 2014

Sabah 2014

Alhamdulillah kami sampai juga ke Sabah Bumi Kenyalang.(salah maaf)...kami ke sana menaiki flight Air Asia...yang penting jimat..keselesaan tolak ke tepi sebab dalam negara sendiri...Nasib kami baru selesai selepas berita kehilangan MH370..kalau la kami masih di sana..pasti kami takut nak naik flight..huhu..alhamdulillah selesai jejak sabah.,walaupun tak sepenuhnya..

Kami stay Marina Court..4hari 3 malam..tak lama...ramai cakap kalau pi sabah baik pi 2minggu..pasti puas hati...dapat jalan satu sabah..bagi aku asal dapat jejak sudah syukur sangat...ingat senang ke nak jalan2 satu family..kami pergi 10org..tiket masa kami beli tu murah..di situ dah jimat..

Cadangan sekiranya anda berkunjung ke sabah...buatla plan baik2...sebab semua tempat best sgt...di sana udara sangat baik...di sini jerebu saja...busan aku..duk sana mmg hirup sepuas2nya nyaman sungguh..untuk ketenangan okla...mmg tenang...aku suka sabah lagi.sblm ni pi sarawak...aku tak berkenan..sbb sarawak mahal...semua mahal...utk kaki shopping sarawak sesuai la..kalau untuk release2 jer pi sabah...duit pun tak pakai banyak...duit aku bawak pun tak habis...

Di LCCT..

boleh pulak anak2 aku mintak nasi ayam dlm flight..memang terbangla duit beli makanan dlm tu...sebab bau harum nasi tu semasa depa makan buat anak aku kelaparan..suka dapat nasi ayam tu..tgk muko alis!!


okla semoga terhibur dan mudahan bole jadi panduan untuk anda ke sini...

Nanti dah siap aku upload..ni curi masa..sbb free..bila tak outstation i siapkan entry ye..


Day 2

Kundasang

Perjalanan kami ke kundasang menaiki Nissan Urvan...kami sewa melalui kawan ke atas kawan aku di sana..Nama kawan aku Hanip..dia mmg orang sabah..sudah 14tahun kami tak jumpe..last pun masa SPM dulu..selama ni mmg kami berhubung guna FB je..kalau takde FB mmg lost contect la kita..

alhamdulillah dia bawak kami seharian berjalan2 ke area kundasang..perjalanan kami dari marina court mengambil masa 2jam..kami mmg harapkan hanip bwk jalan..kalau kami nak pergi sendiri nanti lambat..kalau salah jalan nnt buang masa..lebih baik anda yg bercadang nak ke sana...aku nasihatkan supaya charted sekali ngn driver..supaya perjalanan korang tak buang masa begitu saja..

Sebabkan ada hanip kami dapat singgah banyak tempat..

semua nya laju2 tapi puas hati..sebab dapat jejak byk tempat...inila antara gambar2 yang telah aku sempat snap dan edit...



Baru sampai area mana tah ni...tapi dah sampai kundasangla..cuma belum mendaki lagi..dlm perjalanan yg lewat ni dpt juga kami tgk Gunung Kinabalu..mmg lawa sgt...bangga jadi rakyat malaysia...bagi aku la better jln dlm negara sendiri sebab bwk budak kecik ni kita dapat arrange btl2 sbb kita tau tmpt sendiri..dah besar nnti lain citer...

aku dengan gaya poyoss

bersama mama abah abg ipar dan suamiku

family kak long

gembira anak2 ..mak aku posing!!sejukk sini

kami di kaki gunung tempat pendakian...stat di sini..

sbnrnya nak gambar berdua..tapi afy halang kami...nak naik tak dpt...sbb anak2 kecik

pi sini jela...sejukk wei airnya...

nenek n cucunya

pemandangan di kinabalu park

Muzium ni murahnya...rm2.jer..kanak2 free..dlm ni diawet binatang2 mmg life dpt tgk

tikus putih yg di awet...batu gunung...

makanan yg terkenal di kundasang ialah buntot ayam bakar dan kepak ayam...budak2 dah hapy...main jer



Mesilau - Cow Farm

Kami meneruskan perjalanan ke mesilau..sebenarnya byk gambar gunung tapi aku tak sempat nak edit..ini jer masa yg ada..pasni nak kerja luar...so tak dpt nak update byk...sebenarnya ada dua tempat kalau nak pergi tengok gunung kinabalu..satu di kinabalu park dan satu lagi mesilau...mesilau ni belah tempat lainla...lagi dekat dapat tgk..cumanya sbb dah dilindungi awan so takdela gambar yg menarik sgt yg dpt aku kongsikan..

Kalau nak menginap d sini..mahai sgt..hanya org2 yg VVIP or pelancong yg kaya boleh la...macam kami ni takdenyer..kami pergi balik hari jer..dah ada driver so takde la penat sgt..

budak2 ada masa tido kepenatan ada masa main jer dlm van...bising..huhu

resort blkg tu tak silap aku 3ribu semalam..mmg dpt mata tgk pemandangan gunung..kami dpt tgk kabus awan jer...semasa solat,  awan tu bergerak,kwn aku ckp nmpk gunung..
Tgk afy n zara comei jer buat tgn tu kikiki...

us


Cow Farm

Dah sampai Mesilau wajib pergi sini.ladang lembu..macam kat New Zealand..sejuk dan lembunya besar2...tak pyh pi jauh2...di sabah dah ada...

tengok pemprosesan susu lembu yg fresh

Anda boleh bagi anak lembu susu ibunya yg berharga rm1.50..cisss dia nak minum kita kena bayar.
..menarik pengalaman ni


HOT SPRING

Selain itu tempat yang wajib dikunjungi ialah Kolam Air panas..sekiranya anda ke kinabalu park anda tidak perlu lagi untuk membayar tiket ke sini....nnti di hot spring anda masuk secara percuma...

Kami sampai pun dah petang..sana petang dah nak magrib..dapatla berendam 1jam di sini..okla budak2 puas hati..mak ayah budak pun puas hati..

alis menangis2 tak mau mandi

air ni dah panas..celup kaki pun tak tahan

lagi panas...berasap2..


Day 3

Pulau Sapi

Fuh seharian aku upload n update blog..penat seyyyy....takut pasni tak dpt buat...

Hari kedua kami terus ke Pulau Sapi..ada 3 pulau ..cumanya tak larat nak pi..so kita lepak satu pulau jer...Dalam byk pulau pulau ni yg femes n besar..

ikan2 pun jinak...di pulau sapi ni..ikan2nya gigit kita...pedih2 gak kene...okla...sorry aku dah penat sbnya nak citer..korang layan la gambar2 ni..nnti korang google sendiri pakej nya kikiki

di jeti sblm ke Pulau Sapi

dlm bot..alis muko!!

sblm rendam gambar dulu...cuaca panas apa lagi sun block la....

sakan mummy ni..tgk cino blkg gomokkk..

mesraaaaaaaaaaaaa..piuhh..kikiki

siap sedia utk snorkeling

ikan yg sama jenis...byk...time ni pulak dia lariii..


peace...kepenatan pas mandi n main

sblm nk balik..



Pasar Filipina

Tempat ni memang tak sah kalau tak pergi...di sabah terkenal dengan Mutiara...so ini jer yg aku borong..utk sedara mara adik beradik ipar duaii dan jiran serta kwn2 opis..

layan gambar..

keadaan di pasar filipina..mamat baju kuning tu paksa snap gmbr dia..huhu..

kopok2 kuih cincin dan belacan...

murah je aku beli utk mak mertua dan mak aku..selebihnya aku simpan..

belasah je beli brooch ni

beli sepapan utk cikgu adik beradik dan sedara yg jumpa

beli utk adik beradik sedara dan ipar

ini je baju kami...

keycin tuk kwn2 opis

sempat beli mainan..jauh beli...Bdaman afy tu..

Butang Baju melayu
Day 4

Last Day

Flight kami petang so sempat lagi merayau tgk pemandangan kota kinabalu...Sebelum tu mandi dulu..kiki

nak balik baru dpt mandi kolam

Alis beria2 jer pakai baju...tapi tak mo mandi..

sibuk nak mandi d kolam org dewasa

Bergambar di atas bukit....pemandangan Kota Kinabalu

HAHAHHa...ni saman kami dpt sebab salah parking....dah siap bayar...dah buat salah bayar la..huhu..terbang rm100

Barang2 kami sblm berlepas..di sabah takde apa nak beli..mutiara jer ..so bukan berat pun...



Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers