30 December 2014

Selamat Tinggal 2014

Alhamdulillah pejam celik pejam celik beberapa jam lagi akan melabuhkan tirai 2014. Sempat juga ida update blog kesayangan ini. Bukan mudah untuk ida mengemaskini blog semenjak lappy skrin lappy retak. Tak tahu di mana silap, tiba tiba lappy tak membenarkan untuk ida sentiasa update blog ini. Hati ini memberontak2 nak update blog tetapi sehari demi sehari bulan bersilih bulan masih tidak ..ahh lupakan kisah itu...tengahri ini ida cuba curi masa pinjam komputer vendor untuk update juga. 

Banyak cerita yang dah basi akan ida update..satu persatu nak ida kongsikan.

Kerja Hakiki

Tahun ni mengajar ida erti berdikari. erti kesusahan sendiri. Dimana ida kene kerja luar dan drive seorang diri tanpa berteman. Bergerak sendiri tak semudah yang korang pk kan.. kerja ini memerlukan pengorbanan yang melampau untuk hanya mendapatkan gaji yang halal lagi diberkati.

Dengan kerja sekarang ni memberi pengalaman berharga dan yang penting hasil kerja ku dihargai. Bila buat kerja dan setimpal dengan SKT tiada lagi bisikan hati kecik ini berkata2..Dapat juga la aku rasa markah sebegitu walaupun tidak cemerlang mana..Bagi aku cukup bersyukur dan itu saja kerja yang mampu dan terpaksa memampukan...banyak kerja-kerja teknikal dan management yang aku belajar..

Kesihatan

Kesihatan anak2 juga ada pasang surutnya. Tidak dapat dinafikan aku selalu cuti untuk jaga mereka. Bezanya mereka dah besar sikit dan boleh mengawal asma or batuk dengan lagi cepat. arahan doktor semua aku ikut..mmg kesian mrk terpaksa buat masa ni bergantung dgn ubat tapi itu hanya sementara sahaja..aku juga memberi vitamin, kurma dan makanan sunnah..kita berikhtiar yang selebihnya terserah. Mudahan atas usaha ni akan membuahkan hasil untuk kesihatan tahun seterusnya.


Perniagaan

Alhamdulillah perniagaan Amway aku dah nampak hasilnya. Selama bertahun aku belajar selok belok perniagaan amway ni,ia mmg berbaloi. setiap yang mentor ajar aku aplikasikan.. aku jenis yang mendengar kata. bila aku rasa itu cara betul aku akan rendahkan ego aku untuk belajar.. kerana bukan susah pun nak jadi berjaya..asalkan tahu cara dan selok belok marketing insyAllah semua boleh..Ramai melayu yang berjaya. dapat site income dan kesihatan yang baik.. apasalahnya aku juga begitu. Setiap bonus aku akan asingkan di akaun lain. bonus tu akan aku kumpul sampai setahun..bila nampak peningkatan baru aku akan rasa hasil aku memuaskan dan akan menambahkan semangat. cara terbaik ialah jangan usik bonus jualan..walaupun sikit lama lama akaun anda akan bertambah..baru la hati makin riang.. gaji bulanan pun kita tak mampu buat simpanan..dengan bonus tu la aku simpan..aku bercita cita nak buat kelas untuk junior amway berumur 19-30tahun..aku pulak akan ajar mereka selok belok bisnes amway yang sangat mudah..bila aku mengajar aku akan lebih berjaya. Syukur tahun ni nampak banyak aku buat sale...sebelum ni hubby belajar degree aku kene bekorban untuk kurang buat sale di luar...so bila dia dah tamat,aku teruskan hobi ni sambil hobi sambil dapat duit..jom sesapa nak bole pm..

Keluarga

Anak-anak makin membesar, putera puteri aku makin hsome dan lawa. bersyukur sangat. mereka makin bijak dan boleh dibawa berbincang.cuma alis sahaja ikut mood, takpe bagi dia masa..afy dah pandai borak best bila anak dah pandai borak..ada la teman bila nak luahkan perasaan...hubby makin sibuk dengan bangunan yg makin rancak membangun..kami sama sama mencari harta dunia dan akhirat. kami bercita cita ingin menunaikan umrah diwaktu muda...insyaAllah jika mampu dan diizinkan.

Mak ayah sangat membantu..semoga mama abah diberkati dan sihat dipanjangkan umur..adik beradik aku pun dah settle..semua dah kawin..so far so good..mum and dad bole relek dan berhoneymoon ya...

Kawan-kawan

Sejak kerja luar aku ramai kenalan baru..tiada niat apa apa dengan mereka..aku sememangnya seorang yang sangat suka berkawan..vendor2 dah jadi kawan...kawan di klinik2 dan hopsital2 pun ramai..kawan kawan opis pun makin meriah..semua havoc dan best sangat...suka bergurau..hihi


Pr1Ma

hah bab ni kami masih menunggu..rumah dah siap..tak pasti bila dapat kunci..kita tunggu ye...semoga ia berjalan lancar dalam segala hal sebelum dan selepas dapat kunci..


08 September 2014

Noxxa Breadmaker

Hai lama ida tak update..just for sharing my fren duk Cheras so excited dapat breadmaker ni...dah siap pos kat whasup gambar roti2 nya..alhamdulillah dia suport i niaga ni..barang baik mesti orang carik..ida masih oustation so just nak sharing gambar je ni.. 

Teruskan membaca

miza bersama breadmaker

07 September 2014

Gemas - Duha Finaz

Alhamdulillah dapat gak aku menaip blog yang lama dah aku tak update. Sekarang aku berada di Hotel di Kota Tinggi. Ada masa ni aku update la citer. bila la nak bertambah duit lama dah aku tak update. Cerita banyak...malam ni aku just nak update citer majlis adik aku dibelah gemas. syukur selesai majlis menyambut menantu. gambar tak banyak sebab aku sangat sibuk melayan tetamu. Tamat sudah semua adik beradik dah kawin.. selesai tanggungjawab mak ayah aku mengahwinkan anak2 mereka. Bersyukur dikurniakan mak ayah yang sangat membantu kami susah dan senang.syahdu pulak bila duk hotel mengenangkan mak ayah dan anak2 yang aku tinggalkan di sana..aku keseorangan di hotel ini. semoga Allah membalas jasa mak ayah kami dengan syurga yang paling atas untuk mereka..amin!!!

Tq Cloud Cookies Malaysia dengan beg yang cantik..

Yang terdapat di dalam goodies bag tetamu

Kemah makan tetamu. Tema Peach

Kemah Pengantin dan Family

Pelamin Pengantin. Putih Peach

Sudah jadi adik ipar den!!

Aku & Hubby

Sengal Time!!

Lori Katering 

AyamGolek

ira nak kamera aku!! huhualis malu!!

Keluarga belah Klang..sowila kami overr...hihi...belah Gemas tak bergambar sebab mereka mmg macamtu tak suka bergambar...kene panggil baru mereka nak..lagipun belah gemas sibuk melayan tetamu

adik beradik tak lengkap sebab zainuz aju takde..gambar gelap

sesi buka hadiah adalah wajib!!!..tapi tak leh lawan hadiah kawin aku lagi banyakkk....hihihi..

Tetamu ini memang rajin jadi penonton hihi


anak sapa yang sibuk!!!

12 August 2014

Selamat Pengantin Baru Nas Dhuha & SIti Nur Shafinaz

Perjalanan kami ke Sik Kedah mengambil masa 8 jam. Alhamdulillah tidak menempuh jem. Pernikahan adik pada musim perayaan. So kami terpaksa la korbankan raya seminggu. Tahun ni memang tak raya beraya sangat.

Alhamdulillah pernikahan mereka berjalan lancar dan tiada masalah/halangan.

Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia sampai bila2.amin

Berhenti di RnR Simpang Pulai

Happy sokmodua budak ni!!

My mom mmg tak suka makan kedai!! sanggup masakkk..tqqqqq

Dah sampai homestay Pak TAM...besar luas..selesa..kami sewa 3 rumah!!

Keadaan dalam rumah..
Sebelum Nikah!!

Sebelum tu bergambar dulu!!

Pengantin bersama hantaran

Sedara mara dan adik

Finaz sebelum bergelar isteri...

Antara Hantaran barang2 Amway dari aku

alis & zara

aku n finaz

alis abi & afy..

Semasa acara Potong Kek

Selamat Pengantin Baru..Banyakkan bersabar menempuh alam rumahtangga!!banyakkk dugaan!!!kene pandai kawal game"

Selamat Hari Raya 2014

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca!!! macamla ramai giler pembaca blog i...plzz la...dikesempatan ini aku memeohon maaf zahir batin selama buat kesalahn dengan sesiapa yg membaca.....tahun ni kami beraya d kampung suami..alhamdulillah raya berjalan lancar...raya ni perjalanan kami ke kampung juga tidak jem..sebab perjalanan kami berpusing arus jem..okla..

Cuaca sangat panas dan berapa kali anak2 aku mandi semua...persiapan raya d umah mak mertua ida juga semua baru..malangnya terlupa nak snap gambar..lagsir baru sofa baru...okla asal mak mertua gumbira!!

cadangan raya nak buat jamuan kecil2lan tapi tak dapat sgt la..nak raya pun tak dpaat sangatla..huhu..sebab dah stat nak oustation..bagila raya dulu..pastu barula oustation...tah ape2la mangkuk hayun tu!!dah la puasa2 kene oustation...kejamm!!lantakla...org semua tgk aku suka,,,suka la bila dapat duit claim...pastu nak drive tu malas tau!!!..mangkuk hayun tu tak pulak oustation...

okla layan gambar raya kami ok,,,sikit jer..tak bayak...

3 beranak yg happy

di rumah nenek belah suami

kami !!tgk alis..afy dah kuyup main jer

alis over..dah pandai gedikkk

alis dan haikal sepupunya

sambil beraya main buaian

kawan skoll gemas..beraya di umah my parent

kawan politeknik di gemas...menziarahi zura..dia skrg berniaga sendiri..bukak gerai

kawan skoll jugak...dtg raya umah parent i

kami nak p raya umah jiran

di rumah makcik di seremban..tgk zara tu!!

06 July 2014

Kelas Amway

alhamdulillah selesai dan aku dah lulus menghadiri kelas Amway. Korang fikir aku main-main?tidak sama sekali..sudah lama aku berkecimpung dalam bisness ini. dah rasa juga bonus dan keuntungan dalam bisness ini. sebelum ni aku tiada kesempatan untuk menghadiri kelas intensif kerana aku perlu biarkan suami aku setelkan degree dia...ramai tanya kenapa aku tak sambung degree,sebab utamanya aku dah malas nak exam. itu je...yang lain aku sangat rajin!! hahhhaahaa...dah umur2 ni bukan segulung degree or master yg aku kejarkan, tetapi kebebebasan kewangan yg aku utamakan..sebab itu aku perlu menghadiri kelas menambah ilmu agama dan ilmu duit..sekarang alhamdulillah ilmu kelas alquran aku masih berjalan seperti biasa..dan penambahan kelas duniawi pulak ialah kelas Amway...aku nak pastikan aku mendapat gaji dengan amway kekal sampai bila2 di samping aku boleh infak kan duit ke arah akhirat pula..itu aku..aku akan cuba buat keperluan bukan buat ikut emosi...

Seronok ramai juga org melayu hadir dan ramai sangat dah berjaya dalam bisness yg sangat 'org nak lari' hahaha..aku hadir seorang diri dengan misi n visi nak jadi berjaya..

Dengan kesibukan oustation,itu bukan penghalang untuk aku menjayakan visi misi tahun 2014. Habis je suami belajar aku tanpa lengah lagi terus aktif semula dengan amway. semoga Allah berkati apa yg aku usahakan..

Jom kawan2 jadi bisness partner ida...sama2 berjaya dan kaya.







Gaji 6K sukar beli umah

bergambar dengan org yang berjaya dalam amway..Haji Zaki.. 
Grop melayu yang berjaya


Dah lulus dan hadir kelas Maraton AES

yg kami belajar dan diajar

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers