30 December 2014

Selamat Tinggal 2014

Alhamdulillah pejam celik pejam celik beberapa jam lagi akan melabuhkan tirai 2014. Sempat juga ida update blog kesayangan ini. Bukan mudah untuk ida mengemaskini blog semenjak lappy skrin lappy retak. Tak tahu di mana silap, tiba tiba lappy tak membenarkan untuk ida sentiasa update blog ini. Hati ini memberontak2 nak update blog tetapi sehari demi sehari bulan bersilih bulan masih tidak ..ahh lupakan kisah itu...tengahri ini ida cuba curi masa pinjam komputer vendor untuk update juga. 

Banyak cerita yang dah basi akan ida update..satu persatu nak ida kongsikan.

Kerja Hakiki

Tahun ni mengajar ida erti berdikari. erti kesusahan sendiri. Dimana ida kene kerja luar dan drive seorang diri tanpa berteman. Bergerak sendiri tak semudah yang korang pk kan.. kerja ini memerlukan pengorbanan yang melampau untuk hanya mendapatkan gaji yang halal lagi diberkati.

Dengan kerja sekarang ni memberi pengalaman berharga dan yang penting hasil kerja ku dihargai. Bila buat kerja dan setimpal dengan SKT tiada lagi bisikan hati kecik ini berkata2..Dapat juga la aku rasa markah sebegitu walaupun tidak cemerlang mana..Bagi aku cukup bersyukur dan itu saja kerja yang mampu dan terpaksa memampukan...banyak kerja-kerja teknikal dan management yang aku belajar..

Kesihatan

Kesihatan anak2 juga ada pasang surutnya. Tidak dapat dinafikan aku selalu cuti untuk jaga mereka. Bezanya mereka dah besar sikit dan boleh mengawal asma or batuk dengan lagi cepat. arahan doktor semua aku ikut..mmg kesian mrk terpaksa buat masa ni bergantung dgn ubat tapi itu hanya sementara sahaja..aku juga memberi vitamin, kurma dan makanan sunnah..kita berikhtiar yang selebihnya terserah. Mudahan atas usaha ni akan membuahkan hasil untuk kesihatan tahun seterusnya.


Perniagaan

Alhamdulillah perniagaan Amway aku dah nampak hasilnya. Selama bertahun aku belajar selok belok perniagaan amway ni,ia mmg berbaloi. setiap yang mentor ajar aku aplikasikan.. aku jenis yang mendengar kata. bila aku rasa itu cara betul aku akan rendahkan ego aku untuk belajar.. kerana bukan susah pun nak jadi berjaya..asalkan tahu cara dan selok belok marketing insyAllah semua boleh..Ramai melayu yang berjaya. dapat site income dan kesihatan yang baik.. apasalahnya aku juga begitu. Setiap bonus aku akan asingkan di akaun lain. bonus tu akan aku kumpul sampai setahun..bila nampak peningkatan baru aku akan rasa hasil aku memuaskan dan akan menambahkan semangat. cara terbaik ialah jangan usik bonus jualan..walaupun sikit lama lama akaun anda akan bertambah..baru la hati makin riang.. gaji bulanan pun kita tak mampu buat simpanan..dengan bonus tu la aku simpan..aku bercita cita nak buat kelas untuk junior amway berumur 19-30tahun..aku pulak akan ajar mereka selok belok bisnes amway yang sangat mudah..bila aku mengajar aku akan lebih berjaya. Syukur tahun ni nampak banyak aku buat sale...sebelum ni hubby belajar degree aku kene bekorban untuk kurang buat sale di luar...so bila dia dah tamat,aku teruskan hobi ni sambil hobi sambil dapat duit..jom sesapa nak bole pm..

Keluarga

Anak-anak makin membesar, putera puteri aku makin hsome dan lawa. bersyukur sangat. mereka makin bijak dan boleh dibawa berbincang.cuma alis sahaja ikut mood, takpe bagi dia masa..afy dah pandai borak best bila anak dah pandai borak..ada la teman bila nak luahkan perasaan...hubby makin sibuk dengan bangunan yg makin rancak membangun..kami sama sama mencari harta dunia dan akhirat. kami bercita cita ingin menunaikan umrah diwaktu muda...insyaAllah jika mampu dan diizinkan.

Mak ayah sangat membantu..semoga mama abah diberkati dan sihat dipanjangkan umur..adik beradik aku pun dah settle..semua dah kawin..so far so good..mum and dad bole relek dan berhoneymoon ya...

Kawan-kawan

Sejak kerja luar aku ramai kenalan baru..tiada niat apa apa dengan mereka..aku sememangnya seorang yang sangat suka berkawan..vendor2 dah jadi kawan...kawan di klinik2 dan hopsital2 pun ramai..kawan kawan opis pun makin meriah..semua havoc dan best sangat...suka bergurau..hihi


Pr1Ma

hah bab ni kami masih menunggu..rumah dah siap..tak pasti bila dapat kunci..kita tunggu ye...semoga ia berjalan lancar dalam segala hal sebelum dan selepas dapat kunci..


No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers