29 August 2016

Kelab Tasik Putrajaya

Kami ke sana, kerana ada jamuan perpisahan untuk Puan Hariaty. Dia akan sambung belajar PHD dan cuti bergaji penuh. Tahniah diucapkan. Semoga Puan berjaya dan lulus cemerlang. Dalam team kami Puan Yati seorang bos/staff yg fokus dalam pekerjaan. Tidak mustahil dia akan terus berjaya dalam mengejar cita cita nya. Dia juga mengalakan orang bawah dia sambung belajar, masing2 ada impian, dan aku punya impian bukan menjadi pegawai. Impian aku menjadi usahawan yg berjaya yg boleh membantu org luar sana lebih berjaya dan kaya..

Aku akan sambung belajar, jika aku yakin yg aku dapat keja pegawai. Kalau tiada nampak bayang aku tak akan buat. itu aku..aku akan buat kalau aku nmpk hasil akan terjadi depan mata!! bukan menilik, tetapi aku tak rasa aku dapat jawatan pegawai. So aku proced benda lain.

Umur 35thn ni aku tak perlukan degree dalam akademik, tetapi perlu degree dalam kehidupan iaitu berjaya mempunyai kewangan yg kukuh dan makin boleh bantu org luar sana yg ingin berjaya juga.

Berbalik pada Majlis ini. Puan akan mengakhirkan jawatan dan kerja di BPM KKM pada end of September...

Aku suka kerja dengan dia, dia banyak tunjuk yg cara kerja yang betul dari yang tah apa2. Kebanyakan cara yg dia ajar adalah betul, dan dia sgt menitikberatkan pembelajaran dalam pekerjaan. Tetapi aku la masalahnya, bukan tak suka bertanya dia, dia sangat sibuk. Kalau aku tanya aku byk fikir takut ganggu kerja dia. sebab tu aku buat berdasarkan arahan dia dan bos satu lagi. Di awal projek memang aku sangat sibuk, tetapi diakhir2 projek aku byk rehat dipejabat. Kalau pun kerja hanay di cyberjaya. Situ mmg kerja betul..


Tahun depan tak tau aku dalam tema mana. harap2 dapatla team yg boleh bagi aku kerja dan percayakan aku..

Dalam team phis ni, bos semua percaya kan kami. Dan kami juga tidak ambik kesempatan,kami tidak akan sesuka hati keluar dan kalau kami tiada kerja kami akn duduk opis. Bos dah percayakan kita, takkan kita nk ambik kesempatan..so ini la yg berlaku dlm team kami.

Okla panjang lebar, sedap sungguh makanan di sini. korang boleh la buat majlis di sini...memang berbaloi...

note sendiri: berangan juga best kalau bwk downline2 aku yg berjaya belanja mrk mkn sini.. 
Sesi penyampaian hadiah

Team yg kuat!!

Bersama2 bos..aku ni respect mrk...sebab tu aku segan dgn mereka...







No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers