18 January 2011

Arwah Nenek yang aku rindui




Setelah dimasukan air kelihatan gemuk..air yg byk tak dpt keluar...buah pingang dah rosak.. dan hempedu pecah



Kesian aku tengok...(kamera hp gelap)



Semasa Tenat..meracau masa ini..kurus kering nenek aku tak makan minum dan semuanya dah terlambat..

Segala2nya bermula 2tahun lepas...nenek aku sakit perut dah galak kali..tetapi dia tak mau berjumpa doktor..katanya ada ubat beli kat kedai farmasi or mana2 suplemet..dia selalu minum air teh org kampung untuk melawaskan berak dan makan betik n so on la..supaya dia boleh berak..nenek aku mmg ada sembelit..but dia mmg tak mau jumpa doktor..apa boleh buat...anak2 pun malas nak tegur sebab dia mmg tak mau pergi(kes degil)..akhirnya 2tahun lepas perutnya sakit sngat dan tak boleh bangun rasanya..dia telah dimasukkan ke emergency rasanyala..aku tak berapa ingat...masa warded dai disahkan usus ada ketumbuhan..but tak teruk...rasanya belum jadi kenser..so dia tak mau operate..akhirnya dipujuk oleh abah aku(nenek yakin sbb abahkan MA)..so nenek bersetuju..nenek dimasukkan ke PPUM untuk operation...aku tgh2 malam dtg PPUM menaiki motor(masa tu baru beli hehe)so sampai sana dlm jam 9.00mlm...tgu2 akhir nenek selamat dibedah..alhamdulillah...

ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser.

Tahun 2009 dan 2010

Kesihatan nenek kembali pulih..alhamdullilah...aku lihat dia boleh makan dengan selera boleh berak ngn mudah n semuanya indah...

nenek menggunakan sarung di perut untuk keluarkan berak..mean dia tak berak menggunakan buntut lagi...dia terpaksa menggunakan sarung di pinggang..so siap kali makan berak akan kelaur masuk terus ke sarung...kesian nenek..tapi masa tu dia pasrah..dia boleh berekrja boleh buat kuih boleh buah macam2...

Raya tahun lepas dan tahun ini aku tak ke klang..aku pergi pun lepas raya 2009..
raya 2010 mmg tak jejak langsung sebab aku dah ada baby..so terkejar n payah sikit nak ke mana2...mmg tak rasa raya la tahun ni...dia telah pergi

Berbalik pada kesihatan dia mmg makin lama makin dah nampak tanda2 dia sakit..

Dia menderita pada tahun 2010..kiranya tak lama la dia rasa bahagia...2010 byk yang dia mengadu yang dia sakit ini sakit itu..but tak boleh buat apa..mungkin kesan dari kimoterapi dia jadi macamini...kesanya sejak akhir aku tau dia gatal seluruh tubuh..gatal yang amat...samapaikan macam2 losyen dan mengaruk jer..

Tanggal akhir tahun 2010 bermula episod yang nenek makin tak sihat..kesihatan dia amat terganggu..malam2 dia meraung kesakitan..tak dapat aku bayangkan yang penderitaan dia bini...mungkin ini bahagian dia...

18hb Disember adalah yang terakhir aku jumpa dia...masa tu adalah majlis pertunanagn adik aku..dia kata tak dpt dtg kerana tak sihat...so kami tak kisah pun...

Tengok2 dia dtg jugak dan aku dpt tau dia call semua anak2 dia dtg ke gemas...sebab dia boleh jumpa semua...mmg masa tu dah sakit amat dah..malam2 dia meraung2 kesakitan...bukan sakit kanser ini tapi sakit kerana tak makan..gastrik tgi..bukan dia tak mau makan,.,.rupanya kanser dah blocking usus..mmg tak boleh masukla...

Balik dari gemas..makcik2 aku cakap dia amatla selera makan...2mingu lepas sebelum dia pergi rupanya dia tak boleh makan..makan aja keluar makan ubat keluar semua benda yang masuk keluar..kesiannya dengar tapi aku tak juga pulang ke klang..sebab hubby aku bz..

akhiir 13hb aku pergi jugak ke klang dengan perasaan amat cemas..mama aku call suh cepat balik tgk nenek..rupanya masa ini dia dah hampir gila sebab dia tahan sakit yang naik ke otak...kejap dia ingat kejap dia lupa..Allahuakbar!!aku menangis melihat keadaan dia..dia meracau..cakap jawa la pangil mak abah dia laki dia..mmg sedih pilu semua yang dtg melwat...

13hb malam abah aku dtg terus bwak ambulan dari hospital Klang...doktor di emergensy marah yang amat..dia cakap kenapa lambat...mama aku senyap...lambat sebab pakcik makcik aku buntu dan tak bgi pergis spital seolah2 suh mati di rumah...Allahuakbar..nenek belum nak pergi...

14hb aku still pergi kerja...malamnya aku dah gerak pi klang dan tiso sana..

15hb aku pergi melwat nenek di Hospital Klang...masa tu nenek kelihatan gemuk kerana air yang masuk tak dapat keluar...buah pinggang dah rosak..

16hb pagi aku ingt nak pergi hospital but anak demam..mmg duk umah..dapat tau nenek meninggal 2ptg...2.20ptg doktor sahkan dia telah kembali kerahmatullah.Allahuakbar...

16hb petang jam 6 sempat kebumikan ...mmg laju la urusan ..urusan di hospital pun cepat...alhamdulillah...

Selesai semua aku dah tak dpt menehan sebak di dada..waktu balik dlm kereta tak terasa sgt...keluar je dari kwasan umah nenek..aku dah stat menagis teresak2..sebelum ni aku redha dia pergi sbbtak tahan tgk penderitaan..

sampai rumah aku menagis lagi..memang hilang semua mood aku..selera makan aku pun tersekat dik kerana sebak sangat..aku mulai rindukan nenek..

Semasa praktikal dan semasa mula2 kerja aku tigal ngn nenek...byk nasihat dan teguran serta kemarahan yang nenek lemparkan menjadi kenangan yang tak dpt aku lupanya...YAALLAH betapa aku merindui dia..merindui semua masakan,kuih muih dia,nasi lemak dia dan macam2 aku rindukan dia...YALLLAH lindungila nenek aku, ringankan la seksaan kuburnya dan tempatkan la nennek di syurga..YALLAH temuikan la aku dgn nenek dan atuk dan abang aku di san nanti...ALFATIHAH..

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers