01 February 2017

Reward Diri Sempena Birthday

Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi dan dipertemukan lagi tahun 2017. Syukur yang tidak terhingga aku masih bernafas dan melihat dunia. Ku panjatkan doa untuk terus berjaya dalam bidang yang aku ceburi sekaligus merubah persepsi orang keliling terhadap diri ini. Aku memohon untuk lebih berjaya dari tahun-tahun sebelum ni.

Syukur kehidupan keluarga semakin stabil dan kami bersama2 berusaha ke arah yang baik. Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja bersunguh2 untuk masa depan kami sekeluarga.

Sempena ulangtahun ku ini, aku telah membeli sebuah kereta kecil untuk kegunaan sendiri seperti amik anak2 sekolah dan bekerja. Hasrat ni telah lama tetapi banyak kekangan yang menyebabkan selalu tertunda.

Memang jodoh dengan proton gak, so pilihan aku ialah IRIZ 1.6 EXE. Aku telah memilih kedua fullspec. Aku sangat puas hati dan aku rasa pilihan tepat. Memang banyak kata2 negetif  tentang proton, hopefully itu sementara saja. Lagipun dah biasa dulu naik wira.

Alhamdulillah tambah hutang lagi selepas rumah. Awal2 kerja beli motor,kemudian rumah dan last kereta iriz...(Iriz Income from Amway)jadila dapat kereta kecik yang sesuai dengan tubuh badanku.

Beli di Proton Bangi

Pandangan Sisi dan depan

kereta kami

Terus buat niaga..Muat bawak Board

Puas hati Iriz. Nampak macam SUV laks..hihi kecil2 cili padi...


No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers