15 March 2017

Sakit Tengkuk

Sekarang sakit tengkuk lama pula, sebelum2 ni kalau salah tido tak ada lama sangat macam ni. Seksa juga sakit gini, Nak toleh kiri kanan solat dan bawa kereta payah. Ada lah aku g klinik 2x, Doktor tengok kata muscle pain ia macam dah keradangan. So mmg sakit sangat bila nak sandar dan baring.

Aku ada suruh suami aku urut. Lepas dia urut makin sakit pula. Mungkin dia salah tekan. So memebri tekanan ke bahu masih sakit lagi. Itu yang malas suh laki aku urut. Dia kalau urut tak pernah yang baik. Lega sikit, pastu sakit balik. Aku kalau suh dia gosok2 boleh lah. 

Then masa jumpe mak aku, ada lah mak aku urutkan, memang baik 2hari. Kemudian bangun tido isnin lepas sakit semula. Sampai sekarang sakit. 

Semalam takde buat apa di pejabat, aku keluar juga ke  klinik untuk ambik surat Pergi fisioterapi. Doktor ni pun kata muscle pain yang dah campur dgn urat. Memang sakit.

Apabila sakit macamni takut sangat nak g urut. Nampak aku macam gamble kan, bab urut2 yang sakit dan operation kecik or besar segalanya aku pengecut..mmg takut serius!!

Memang tabik lah kpd yg tahan sakit, aku mmg tak tahan sakit. Entahla nnti kalau kene sakaratulmaut mintak2 mudahla..sebab sakit sikit pun aku tak tahan. Kalau bab kene kutuk maki2 aku boleh tajan..bab sakit sendiri mmg aku takut..hihi...

Ada juga aku beli hot beg dan minyak panas. Laki aku takde so aku taruk sendiri..memang tak berapa kene. anak2 kecik, bukan pandai bubuh. huhu..

Bantal pun dah beli.

So sekarang plan mmg nak gi fisio jer untuk tahu cara betul untuk sembuh..

Mudaha ada lah jalan penyelesaian..Susah nak gerak jumpa orang.






No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers