15 April 2016

Bday Boy Party - Dini Hafiy Turn 6

Alhamdulillah ank bujangku telah berusia 6 tahun, banyak pengalaman dengan afy ni. dari mula bersalin, aku sakit tenat dan afy selalu tak sihat dan aku sampai cuti separuh gaji untuk menjaga afy. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. alhamdulillah afy semakin sihat segak dan dia telah pun sunat..Semua siap...Syukur dia pun makin lama makin bijak, dari segi kesihatan beransur baik dan aku sentiasa berwaspada dalam setiap makan minum dia. Suplement seperti protien dan Vit C tidak pernah putus untuk menjaga kesihatan yg optimum. Sekiranya sakit aku akan EL atau cuti untuk jaga sampai baik. Itu saja yg aku mampu selain berusaha menambah pendapatan untuk masa depan anak2 dan keluarga..Ayahnya pun tidak lepas tangan juga mengambil bahagian dalam setiap apa yg aku buat.kita sama sama berusaha untuk memberikan yg terbaik semampunya..Syukur juga dia bertambah pandai dalam pelajaran, membaca mengira dan mengingat semua lulus..Kami tidak perlu risau lagi dan akan sentiasa support dan tidak akan memaksa dalam hal hal yg dia mahu dan akan pantau. Semoga Afy menjadi lebih baik dan menjaga maruah keluarga serta menjadi anak yg mendengar kata berjaya dunia dan akhirat..Amin!!

 Afy minta party di rumah kerana di sekolah dia malu..Sebab dah besar kot..hihi

Kami hanya jemput family dan jiran tetangga kerana kekangan rumah..hihi














Malu bila kita semua menyanyi




No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers