17 October 2017

Hasil dari pembacaan

Sejak projek abis ni masa dipejabat terlalu banyak. Jadi aku tekad untuk pilih membaca sebagai memenuhi masa dipejabat sekiranya tiada kerja. Inila dikatakan bahagian masing-masing, ada orang kerja dibahagian yang sibuk, ada orang kerja dibahagian ikut projek sekiranya projek baru naik memang banyak kerja. Ada yang dapat kerja mengadap koding dan ini semua adalah bahagian masing2 di pejabat.

Untuk aku aku bersyukur dan apa yang aku dapat ilmu2 projek aku tahu. Apaila projek telah rollout so kami team hanya tunggu kerja, inila perbezaannya kerja opis ,cikgu,polis or berniaga. Adalah untung dan adalah masa lebih ini semua telah ditentukan.

Berbalik pada aku,aku penuhkan masa dengan membaca. Mungkin aku nak asah otak aku, asik mengadap hp saja untuk membaca pun tak baik. So lebih baikla aku ubah cara dengan manual saja..iaiatu pergi perpustakaan , pinjam dan baca.

Antara buku yang ku baca ialah:

  • Damai Kasih Psikologi Orang Berjaya 
  • Bila Cinta Membara
  • Hanya Wanita
  • Chiken Soup For Soul
  • Jejak seorang pemimpin Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Kata-kata Motivasi Diri
  • Ubah Cara pemikiran  dan kita akan mengubah Dunia
  • Jangan kata tidak boleh, selagi belum mencuba
  • Empat perkara wajib bagi mencapai kejayaan,kerja keras, doa, pemikiran, keyakinan
  • Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah mencari hujan
  • Mereka yang duduk menunggu sahaja sesuatu berlaku patut menyingsingkan lengan baju mereka sendiri terlebih dahulu
  • Keberanian adalah merasa takut tetapi tetap meneruskan juga- Datang saja
  • Sebenarnya tidak mengapa saya jatuh pada hari itu atau tergagap gagap atau berlaku buruk kpd saya pada hari itu-apa yang penting adalah datang saja demi masa depan
  • orang yang bijak tidak  khuatir dengan perkara perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.
  • Manusia yang tidak mempunyai prinsip akan menjadi hamba kepada keadaan
  • Ketakutan dan harapan tidak pernah berasingan, malah kedua2nya bercampur baur
  • Bina keyakinan kamu dan ketakutan akan mati
  • Jangan Sekali kali berputus asa
  • Adalah satu kesilapan sekiranya kita memandang terlalu jauh kehadapan. Cuma ada satu tali takdir yang patut dipegang dalam 1 masa
  • Kekuatan seorang wanita ibarat seuncang Teh Saat direndam ke dalam air panas
  • Hilangkan ketakutan lakukan pekara yang kamu gemar. Sikap kita bagaikan sekotak krayon, pelbagai warna. Dunia pula dipengaruhi oleh warna yang kita gambarkan di atas lukisan itu.
  • Kegembiraan adalah sikap, samaada kita memilih murung, gembira ataupun berani. Usaha adalah sama sahaja.

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers