05 December 2011

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012

Dunia Realiti- Kalau tak silap, hari ini Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam akan diumumkan. Perkara ini amatlah ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan perkhidmatan awam diseluruh negara.


Menurut maklumat yang saya perolehi daripada rakan facebook, berikut adalah gaji SBPA bagi:-

Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Dan, ada beberapa maklumat yang anda perlu ketahui mengenai Skim Gaji SBPA 2012 yang baru ini.


Exit Policy
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

Penilaian Markah Penjawat Awam

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Maklumat lanjut, boleh melayari laman Portal Jabatan Perkhidmatan Awam pekeliling akan boleh dimuat turun disana.

Note: so rasanya ni macam nak tutp periuk nasi org kalau bos tak suka dgn kita macam mana?agak tertekan juga dengan syarat2 ini...

1 comment:

Unknown said...

sebenarnye skim SBPA ni sgt menekan kita yg x pandai nk membodek bos. aku pn benggang sb lambat sgt kuar pekeliling ni sb saje je krjn nk suh pilih tnpa berfikir. drpd ckp2 dlm fb baik buat taklimat dr agensi ke agensi dgn cepat. premier dan bwh dia mmg sedap lah tp nasib la diorg klo org bwhan x suka ..yg berlagak2 tu ha rasakan lah.

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers