30 June 2011

Shooping Raya Part 3



Umur dah 3otahun..so memang berniat nak minum / makan yang ada kolegen untuk kulit,kesihatan dalaman wanita dan untuk cergas..apa lagi carik punya carik,,aku dah survey byk produk kolegen untuk aku tapi byk nya yg mahal satu hal dan aku takut makan2 nnti alergik..dah ala aku alergik ada..so akhirnya aku ambik jenama ni dan ia murah jer..ada kolegen,kacip fatimah dan ada extra lobata...bagus lobata ni..so aku nak makan ni dulu..tengok apa hasilnya..asyik facial jer tapi kulit masih macam ni..so aku decide utk repair dalaman dulu..hehe..tgkla hasinya..utk raya juga hahahha..jgn maree



Pi Anjung jumpa pulak alquran kecik yang aku carik2 selama ini..beli la..satu rm45 dapat kurang rm42..total rm84..aku mmg nak beli lama dah tapi tak pi carik..sekali jumpa pulak..belila...tak rugi pun..kat rumah ada yg besar punya..so kecik ni senang nak aku baca hari2 dimana sahaja..umur dah 30 sampai bila..inila masa utk ke arah akhirat...syurga tidak semudah yg disangka utk diperolehi..



Khamis beli lagi jejalan kat bawah ni ada buat jualan..so jalan punya jalan jumpa kain Jeans, try sedang elok lak dan kene pada saiz..so apa lagi tanpa berfikir panjang terus beli huhu..



ketiga2 ni aku beli utk raya juga hahahaha

Shooping Raya Part 2

Selasa lepas balik kerja jemput hafiy terus pi pakson alamanda..see...laju giler..kat opis dah siap2 solat asar..hehe..memang nak cepat..sampai pakson mmg tak ramai orang sebabnya dah lewat petang..apa lagi misi mencari seluar raya hubbyla..carik punya carik memang lajula..dengan kerenah hafiy yg sgtla lasak..apa lagi ada yg berkenan tapi saiz tak kene...saiz selalu 34 tapi tak leh macam ketat sebab suarkan design lelain..saiz tu suar yg berkenan tapi tak jadi beli letak balik..cari lagi..jumpala yg murah so dapat size terus pegang utk bayar..cari lagi yg jenama lain..yg best tak de size habis pulak..baru awal kami beli yg cun2 habis size 34 dan 35/..carik lagi..dengan hafiy yg dah tak tentu arah..lasak yg amat..aku cakap yang ambik jer la yg tue..try dlm bilik salin..yg kelaka nyer bilik salin tu dah la kecik...kami bertiga masuk lawakkk betul..hafiy buat bising dah macam apa dah kami bertiga oadat2 dlm tu...cuba korang bayangkan hahahahhaha..okla layan utk shooping suar huby..dapat dua helai i bayar dan balik..peh siap beli 7suku..sampai umah 7setengah..sedang2 je masa nie...setel..gambar tak ada..aku simpan..taraaaaa...surprise...

29 June 2011

Bos Belanja

Aku tak mau citer panjang. Hayatilah gambar2 kenangan ini.. Aku malas nak taip sebabnya kan aku dah taip panjang sangat tetiba tak save..aiyoo2..geram betul...malas aku nak taip pepanjang..penat taip sesungguh tadi..pastu hilang..gambar ni tersalah susun..korang tgk dari bawah ke atas..







Bacaan Doa





Yang diraikan.















Taraa Aku....saja pakai baju kuning..nak menonjol hahahaha





Boboboi



Boboboi



Bos kami



penyelia kami..

Bos belanja Kenny Rogers

Aku tak mau citer panjang. Hayatilah gambar2 kenangan ini.. Aku malas nak taip sebabnya kan aku dah taip panjang sangat tetiba tak save..aiyoo2..geram betul...malas aku nak taip pepanjang..penat taip sesungguh tadi..pastu hilang..

28 June 2011

Kek Kukus


nyam2..

Sudah 6 bulan arwah nenek ku meninggalkan kami selamanya..sayup hatiku ni mengenangkan penderitaan sakaratulmaut yang arwah nenek ku alami..itula bahagian nenek ku pergi meninggalkan kami semua...terdetik hati ku memikirkan apakah dan bentuk apakan sakaratulmaut yang akan kuhadapi..sememengnya tidak ada seorang pun yang akan terkecuali menghadapi sakaratulmaut sebelum ke alam barzah..atau alam kubur..

Sampaikan ke hari ini hati n mindaku masih teringat2kan bayangan sakaratulmaut yg arwah nenekku hadapi..sakitnye sebelum mati lagi sakit dan amat merana...kalau kita mati terus tak per..ini kalau sakit berbulan2 dan sudah tiada ubat mmg masa tu kita terbayang akan kematian.."YaAllah mudahkan segalanya"

tika ni juga la aku teringatkan kek kukus nenek klang ku..dia sangat pandai buat2 kuih dan dia peniaga yang ramai orang carik di kawasan tu...teringatkan masa kecik2 aku nak tolong nenek buat kuih,tapi nenek ku marah sebab dia menjaga kualiti kuih2 dia...emm cepat betul masa berlalu..

ilmu kuih2 ni tak semua anak2 cucu2 amik..sebabnya kami hanya makan apa yg nenek buat..so tak sangka dia sakit kanser..sakit yg tiada penawar..alfatihah

kek kukus ni aku sgt suka...siapakah yg akan mengantikan kek kukus nenekku yg sgt sedap dan bersih...

27 June 2011

Facial Muka

Sabtu ahad dan senin aku balik kampung gemas...dah lama rasanya tak balik selalunya mama aku n abah jer datang putrajaya..rindu rasanya nak balik kampung..sabtu pagi laki aku hantar balik gemas...sebab isnin aku cuti pengasuh ada hal..biasala..so dikesempatan cuti isnin aku pun balikla..aku call kedai yg selalu aku facial muka..tapi time gaji ni penuh jer..aku call dan buat apoiment seperti biasa untuk facial muka aku yg dah tebal dgn ulat2 nie...isnin pagi2 buka je kedai tu aku pun masuk...rawatan yang aku buat facial kopek2 jerawat2 hitam yg halus ni aku suruh dia buang semua...pastu aku pakai oksigen muka, dan letak kolegen..okla kat sini aku buat since 2005 lagi...makin upgrade kedai ini..macam2 ada..ikutkan aku nak sauna sekali tapi dah lambat sebab petang nak balik putrajaya...

ini pun orang tu facial dah 3jam dia hentam muka aku...sakit jgn cakapla..mmg sakit sangat..tapi tahan je sebab nak buangkan kotoran muka2 ni...dah berbulan2 aku tak facial..aku ada buat kat presint 15 ni tapi hampeh sakit muka aku ,bengkak dan hitam2 kulit muka aku lagi adalah..aku tak mau buat kat sini lagi dah la mahal..pastu tak baik kulit aku bengkak n hitam2..aku decide tiap kali balik gemas je aku buat,..mmg serasi ngn treatmnet kat gemas ni..murah pun murah ...

1st time ada rawatan oksigen muka...apa lagi aku buatla..kesian kulit muka aku ni...hehe..now lega dah bersihkan muka...nnti nak cuci gigi pulak sebelum puasa...
2bulan lepas aku dah cuci...nnti next month nak cuci gigi lak...

aku balik gemas tu aku layan la kucing aku tue..manja giler...si hafiylak lasak kemain...adui kepenatan aku mama dan abah kau penat layan hafiy..tak sangka lasak dan mengada2..

berapa kali asyik jatuh jer...semalam akhirnya berdarah hidung hafiy..sebab jatuh ...kesian tgk...apa kan daya dia lasak sgt tak mau dipegang tau..geram betul...bergaduh2 aku n hafiy..

berjalan2 jer hafiy tak henti2..geram aku..tido jer dia rehat..tadi ingat nak puasa tapi keleteihan sgt tak jadi puasa...inila penangan hafiy time aku cuti...huhu.

balik putrajaya abah aku hantar sampai seremban..laki aku jemput..yela laki aku kan sabtu ahad ada kelas...

24 June 2011

Mega Sale Raya - Stat Shooping Raya

amboi meriah lagi ko!!! hah hambikk ko...aku terbang RM3ratus lebih ko!!Mega sale katakan...aku dah tak mau jadi macam tahun lepas..semua aku beli last minute..semua habis..yang best2 semua habis..saiz semua habis..akhirnya aku beli tah apa2..so tahun ni no no no nak lewat lagi...lagi2 belum puasa ni mega sale dah setat ko!!apa lagi jumaat time rehat lama ni la aku shooping mooping ko!!aku tak kira...nak gak beli..sebab seblm habis duit dan habis segala macam yg best2 aku pun decide beli kasut dulu..sebab kasut aku dah sangat la teruk...now rasa macam tak tak berduit laks..sbnrnya aku tak dak masa nak pi beli2 ni..sibuk memanjang..dikesempatan inila aku borong dua pasang kasut ko..tak pernah aku buat macamni..beli sekali 2 pasang dan sama kedai...aku tak mau kehilangan kasut yg simple dan nice..dgn size yg ada..so aku terus beli tanpa berpikir panjang....total 2pasang setelah diskaun RM110.00..makin susut gaji ku..huhu..takpela asalkan dah siap beli..

Pastu aku pi cari baju pulak..semua aku test..siap dah bawak kat tangan lagi mau bayar..tapi aku letak semula..kerana ada yg lebih penting aku beli...aku cari seluar...cari punya cari..tapi seluar tak berkenan dan bila test macam besar..adakah aku makin kurus..so seluar jenama nicole ni terpaksa ku letak...round lagi, cari pulak tshirt utk adik kembar ku dan abah ku...carik punya carik ada yg best utk abahku tetapi takder size pulak..cari lagi tanpa berputus asa...akhirnya jumpa..bolehla...satu baju raya abahku dah setel..

Pastu cari baju tshirt adik kembarku...cari punya carik jumpa...saize M dan saiz S...harap2 mereka suka..sebab kain baju tshirt ni sejuk..dan kalau lambar pasti habis..so aku paling awal la beli..

Pastu untuk suamiku yg dicintai...aku carila yg mengikut tema tahun nie..okla jumpa...aku harap dia suka...so satu baju raya dah setel...baju melayu pun dah setel...tahun ni mmg nak borong sebab lama dah tak beli2 nie..kene gak tukar baju baru.tahun ni utk huby kene tshirt 4helai,kemeja 2helai dan seluar 3pasang..itu target utk beli...

Untuk anak aku tak beli lagi..sebab takut badan di size dah lain..so kita beli time puasa..

itu sahaja utk shooping bulan ini...untuk hari raya...hehe..gambar takde..surprise

22 June 2011

Kanak-kanak Genius di Zaman Kegemilangan Islam

Saiyidina Umar Al-Khattab sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak itu bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapa engkau tidak lari seperti anak-anak lain?"

Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan, "Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa saya mesti lari daripadamu? Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit sehingga saya terpaksa melapangkan ruang untuk Amirul Mukminin berjalan."

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abasiyah Khalifah Al Makmum, khalifah ketika itu, memasuki kutubkhanah negara. Dia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan di celah cuping telinganya terselit sebatang pena.

Al Makmum bertanya, "Siapakah engkau ini?"

Budak itu menjawab, "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang-lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'."

Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijjaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil ke hadapan untuk bercakap.

Umar Abdul Aziz berkata, "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap."

Budak itu menjawab sopan dengan berani, "Semoga ALLAH kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hari dan lidahnya. Jika ALLAH mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap.

Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah."

Umar Ibnu Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu. Demikianlah tiga contoh bagaimana tangkas, bijak dan beraninya anak-anak genius di zaman kegemilangan Islam.

Manusia genius mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Fikirannya mampu mengubah dunia. Nabi Muhammad, seorang genius, telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamaddun hanya dalam jangka masa 23 tahun sahaja. Tempoh itu sangat pendek, sehingga seorang professor di Universiti Vienna, Dr. Chevrel berkata, "Belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun."

Inilah kekuatan yang ada pada manusia genius. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya.

COPY FROM : http://cahayamukmin.blogspot.com/

19 June 2011

kenduri..kenduri...kenduri..best & meletihkan

alhamdulillah suami aku dah pulang dan alhamdulillah juga suamiku tiada kelas minggu lepas..memang bestla..apa lagi kita memenuhila permintaan kad2 jemputan kawin sekitar lembah klang...hehe..inila masanya untuk aku melawat kawan2 yg dekat sini kawin..sememangnyer ini adalah kewajipan kita untuk memenuhi undangan...penat betul dalam kereta..walaupun aku tak pandu, yg pandu lagila sakit badan kaki semua..aku bukan leh tido sangat...aku melayan anak aku ni hah dlm keter lasaknyer yg amat..huhu..

Sabtu..

bangun pagi aku biasala suruh laki aku pi beli sarapan..aku nak mengemas umah dan sidai kain..dlm masa yg sama aku masak bubur keras afy..sekarang dia tak mau makan nasi lebik...dia nak bubur pulak tu yg aku kene masak..buat lauk kuah sayur..siap2 semua akku pun mandila..

aku nak siap2 pi umah kenduri kawin PTM nurlyana..so kami gerak kul 12 tengahari...kami mmg biasa jalan kat jusco setiawangsa..berpandukan map dia..so kami pun sampai..tak payah guna cik GPS..sampai mmg dah ramai la..kami terus minta kebenaran nak naik umah dia jumpa pengantin..rumah besar dan cantik..rupanya dia anak org berada gak...tempat kerja mmg dia sempoi..so that mmg tak rasa dia anak org berada...yelah selalunya anak org kaya2 ni mmg sempoi...mrk tak terlalu nak berbangga2 sangat..okla macam tuu kan??

aku terus naik bilik pengantin kat tingat atas..jumpa mimi dan henni dan kak siti..rindunya kak siti..kami apa lagi ambik2 gambarla..

setelah ambik2 gambar dan setelah tengok pengantin berarak kami pun balik...


Ahad

pagi2 bangun kemas2 umah dan basuh kain..siap2 semua kami pun keluar untuk pergi ke jemputan kawin my fren di bahagian akaun..dia sama dgn aku semasa mula2 masuk kerja ni..so mmg kami kenal la...dia hantar kad jemputan kawin..aku pun pergi kebetulan laki aku pun free..

cari2 punya carik kampung batu laut mmg jauh..dekat atas morib sana...emm penat gakla..nasib kami duk putrajaya...kami smapai tengari pengantin pun tengah2 mekap2..so kami tak dpt tgk pengantin berarakla..takpela..yg penting kami dtg dan makan2...aku pun salam siap2 dan terus beredar..mmg tak lama...masakan sedap2..

so laki aku pun pecut la pergi kampung dia pulak kat ijok...aku tak dpt nak lelap layan hafiy..dia dah segar..cuaca pun panas gak..emm..so nak ke ijok ambil masa 1 lebih dari banting..emm..

sampai sana kul 2.15ptg..emm sempat gak kami sampai sebelum tahlil bermula...ramai sungguh sedara mara laki aku ni...semuala berkumpul..suami aku seronokla...so kami sampai terus makan satey..besar2 bulut satey ni..aku tak dpt menikmati sebab anak aku lasak..sampaila balik aku tak dpt makan lagi..melayan2 anak aku yg lasak nie..dgn dia tunjuk kerenah dia..emm..sabar jerla...semua suka tengok keletah hafiy...ramai betul peminat hafiy kat kampung...

okla dah mengantuk nak tido..korang layanla gambar2 yg tak seberapa nie...



Pengantin Baru.



Aku dan kak siti bersama pengantin



mak buyung pun ada :p bilik pengantin pun sempoi...



PTM yg saling akrab



pelamin yang sempoi..sory senget sikit sebab ada org bawah aku ni..aku pun nak cepat..hehe



Menunggu ketibaan pengantin lelaki



laki aku & afy di rumah lyana



anak aku yang gerammmm





malu2 hehehe



berdiri sambil bergambar



makan beradap..sempoi..selalu pi tepung tawar dulukan??tapi ni mmg sempoi dgn pengapit takde..






yg kami dapat..tq

16 June 2011

ce citer

jumaat sudah..tadi masa tengahari aku balik umah..sebab nak masak2...malam aku ada hal penting..so that masakan aku dah siapkan,so nnti laki aku makan saja ngn anaku..dia kene jaga hafiy..aku nak kuar pulak hehehe..

Actully minggu ni kat umah sgtla sibuk..pi kerja relek..hehe..jgn jeles ek..so kat seperti biasala rutinku...sibuk jer kat umah..tetapi aku tak lupa akan ibadah aku ngn Allah..sesungguhnya kita kat dunia ni sementara..buatla segala macam benda yang Allah terima...sia2la kalau kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja..so walaupun di rumah aku sibuk..tetapi peningkatan iabadahku kene semakin tinggi...aku suka ngn cara hidup ini...penuh dgn segala macam aktiviti..letih mmgla..tetapi kita puas..di pejabat aku ni sekarang mmg tak sibuk..relek gak la....so kat umah mmg tak menang tangan..

laki aku dah otw balik..alhamdulillah makmal di telah selesai..harap mendapat keputusan yg cemerlang..tak sabar aku nak tgk dia abis belajar...

15 June 2011

Yusry & Lisa Surihani



Apa pendapat korang? aku punyai pendapat sendiri dengan Hot Couple ni..hehe..

Aku bila dapat tahu hero ini couple dengan lisa aku sangat teruja..mana tidaknyer macam2 kontrovesi melanda dgn hero yg aku suka ni...selepas bercerai dgn erra fariza, yusry ini byk kali keluar dgn perempuan2 artis..masa tu ingat dia punya awek..benar la komen yusry mengatakan kawan sahaja..now tiba masa nyer wartawan dtg dn bertanye lagi mengenai Lisa..dengar komen dia lain drpd komen sebelum ni..sah la mereka saling mencintai..fuh!!lama sungguh nak tgk penganti erra..akhirnya lisa surihani menjadi yg special...entahla, aku dapat rasakan ini la yg paling sesuai..lisa yang cantik,berpendidikan,kacukan dan seorang yang sempoi..aku suka sangat bila dpt tahu hero pujaan hatiku nie.kakakkaka..akukan peminat yusry ni..apa sahaja berita mengenai beliau mmg aku ikut..hehehe...

Masa yusry kawin dgn erra aku dpt rasakan pasangan ini tak lama..bukan aku doakan..tetapi tak sesuai la..erra ni jenis nak perfect jer...kalau lisa ni dia jenis sempoi..pakaian,cakap dan lakonan semua sempoi..mmg ngam la...aku doakan mereka bahagia dan berkahwin kekal sehingga akhir hayat..untungla lisa yusry ni kaya raya dan kuat kerja...baik pun baik...semua ni pendapat aku jer..

luahan Hati Jimmy Shanley - Sedih sey

aku baru dapat baca luahan ini..padahal aku beli metro tu..tapi biasala duk umah..bukan sempat nak selak paper hehe

kalau korang tak baca ..silakan baca...semoga jadi pengajaran..

http://faish5807.blogspot.com/2011/06/luahan-hati-jimmy-shanley.html


http://andyhowtt.gapuranetwork.net/2011/04/gambar-isteri-jimmy-shanley-nursuhaila-menunaikan-umrah/

http://melayukini.co.cc/rayuan-jimmy-ditinggalkan-isteri

14 June 2011

MotorBikes

inila impian aku since abis belajar..mesti pelik kan...??sebab kalau org lain (pompuan) impian nak beli kereta..dgn aku lain...impian aku dah pasang dari abis belajar dulu nak beli motor bikes kahakahaah...dgn badan aku yg kecik ni mana mungkin leh bawak kan???

Takdela...aku cakap dulu kalau mampu dan berduit aku nak beli motor bikes nie...aku dari dulu sampai sekarang mmh bawak moto...moto macam2 jenis dari yg susah sampai yg senang semua aku bedal..masa kat politeknik dulu aku berjiran ngn budak2 lelaki mekanikal..sememangnya semua guna mooto.kalau moto takde aku bedal moto jiran lelaki aku..kami mmg rapat sampai sekarang....aku pun bwk moto..mmg pi kelas aku sorang bwk moto dlm umah sewa tue..huhu..aku mmg jenis tak malu hahahha...moto kapcai mak aku aku bawak..kekekeke..

Memang terkenal aku dulu ngn moto kapcai mak aku...ok..pastu aku beli moto skuter nouvo..mmg nak kelainan..korang perasan aku punya email..eida_nouvo..itu la puncanya..since kawin aku dah jual so beli motor Yamaha LC..

Aculy nak beli moto bikes kakakkaka..tapi tak jadi sebab kewangan dan keperluan tak mengizinkan..

aku nak beli..aku nak suh laki aku bawak kan aku..sebab tu aku pilih lelaki tinggi..sebab nak suh bwk moto bikes kekekkkeke..sampai ke sudah tak beli2..sebab sekarang kepentingan diri telah dijauhkan..kepentingan bersama yg diutamakan..

aloaiii bila la nak beli motor bikes...suke giler arr..tapi tak suai dah kalau tua..



sukala motor nie...terbayang laki aku bawak aku..kekekeke..



smart kan..leh mimpi nie...suka arr...



ini la motor dah tua nanti kalau dah mampu beli..takkan nak beli macam atas tue..gilor per..dah tua2 tak sedar..huhu

Gempa Bumi & Kerja Giler

aku ni mmg sangat peramah..hehehhe..puji diri sendiri...aku nak citer semua yg aku tau kat orang..hehe..means bukan aku mulut kepoh tapi aku mmg suke share something yg aku tahu..step2 by step aku citer..yg aku citer ni yg mana ingat je tau..

Gempa Bumi

semalam pagi aku sampai2 terus tengok ramai yg berkumpul kat bawah bangunan opis...apa lagi otak ni tertanya2la macam2..ada gak terpikir pasal bangunan goyang..that right!!!mmg pun rupanya ada gempa bumi kat Sulawesi Indonnesia..so tempias kene kat semenanjung malaysia..lembah klang terutamanya..emm...aku pun lepak bawah bersama2 semua orang..aku mula la pk kat umah pasal hafiy tinggal di rumah pengasuh..mulala aku ms2 pengasuh hafiy suh berhati2..rupanya mmg paling ketara kene kat prseint 14..aku pi kerja naik motor..so masa naik tu takde pun rasa apa2..mungkin aku pecut so mmg tak rasala...dengar berita KL teruk kene...mmg terasa..

Aku call my klick la..depa semua nak pi anjung makan sarapan..apa lagi sememangnya aku lapar terus cari depa dan makan bersama...lepak kat anjung lama..call member tye,..rupanya dah leh naik..

kul 11 pagi terasa lagi gegar kat tingkat 8...arahan tak membenarkan semua kuar..so duk jerla..dlm ketakutan..merepak la pengurusan ni...biarla keluar..dahla bangunan ket malaysia ni tak de penahan/penebat gemba bumi..yg ada pun satu2nyer kat KLCC jer..bergoyang sehingga 45darjah pun masih ok =..itu KLCC..yg sini lagi2 umh aku apartment 14 tu..dah la lurus tegak je..bila gempa jer goyang sikit sgt2 pun dah retak..mulala aku pening njam2 tu jer nak carik umah teres dan sewa..serabutla...aku tawakal jer...kalau apa2 terjadi insuran cover bagi kat mak bapak aku..huhu..tapi mintak dijauhila..

Kerja Gila

Takdela gila sangat..hehhehe..gempak je kan tajuk...actully aku ni nak teman my sis balik seremban..so that,aku pun kul 4.30 cau sebab nak elak jem..akak aku rindu ngn doughter dia la...kerja gila la dia...selama ini kalau kursus lepak umah aku yg sekangkang kera tue..aku tak kisah ...pastu dia leh lak kursus seminggu duk hotel kat kajang laks tue..aku cakapla duk la umah aku...laki aku pun takde seminggu..dia cakap anak takde org jaga..so dipendekkan cerita,dia rindu aku pun teman la dia jumpa anak dia..rupanya2 dia mau tido sana daan pagi tadi nak gerak pi putrajaya dgn aku n afy..adui aaiii aku pun layan la...yg menjadi gilos ni sebab hafiy tak boleh tido..ko tau aku leh layan dia tgk kartun jam 3pagi..dia bgn dri tido kul 2.30pagi santak meragam giler2 tak selesa la ..panas la..sebab dah biasa tido aircond kat umah..apa lagi berpeluh2 la hafiy dan mengaruk2..sbb tak selesa...aku pun buka baju dia tepuk dodoi2..tak gak tido..aku dah hangin ..aku sabar jer...aku bg susu ..urut2 perut dai bagi greatwater takut kembong..macam2la apa2la.tak gak tido..selsema aku bg ubt selsema tak gak tido..last2 kau buka karton...wah!!tak meragam pun layan karton..suka laks tue..tak gak tido..baru teringat dia rindu kat Abi dia...rupanya..bagila gambar bapak nyer..suka kemain pepagi buta nie..rupanya rindu sgt kat bapak dia...yelah malam2 tido bapaknyer peluk...lega bila tgk dia dah ok..but still tak tido..kerja giler aku mengadap karton pepagi tue..tepat jam 4.46pagi aku ttp semu lampu baru dia tido bagai..lena...kul 6.3 pagi leh la bangun masa kami siap2 mandi utk balik putrajaya..ingt nak dokong jer...

lastly dlm keter pagi tadi tido...sampai putrajaya kul 8.10pagi bagi kat pengasuh..aku gtau afy tak ckup tido..dan sub bagi makan kenyang2..

siap2 kau pi kerja naik motor..akak aku terus pi kursus..aku pun tak cukup tido nie..

12 June 2011

suamiku takde rumah..so aku yg handle semua

tajuk atas mmg betul,stat semalam aku uruskan rumah sendiri...segala macamla..pagi nak cerita berpeluh aku satu badan tau, mana taknyer pagi bangun siap2kan barang2 hafiy dan buat nasi goreng..nasi goreng tak sedap pulak..sebb buat dengan takde perasaan mmg la tak sedap..hehe..so aku n adik makan jer la tapi tak habis..huhu..

hantar afy dengan barang2 diala..segala macam perkakasan nak di bawa ke bawah..nasibla dah tukar pengasuh yg dekat ..senang aku..huhu..bwk mainan dia.toto, bantal dan bakul baju hafiy..seronok hafiy bila sabtu ahad aku ada umah..tadi pi hantar dia pun tak mau...nangis kejap jer..

Hubby aku dah pi skudai semalam tengahari..dia bwk kereta..sebab turn dia utk memandu..tahun lepas dia naik keter kwn..satu keter 3 orang..so ada 2 keter group dia...okla..survis bagai semua dia bayar...tang duit tol dan minyak kwn dia bayar...

semalam dia bgtau duk apartment yg dia duduk tahun lepas..satu hari rm80 ..so 5 hari mereka tong2 reramai...

tadi dia msg cakap makmal dah stat..semoga dia dapat pointer yg tinggi utk cover semua sem2 lepas..makmal ni la utk skor..semoga berjaya..hehe...

aku pi kerja bawak motor seminggu..huby kau dah isi minyak penuh..vrooommmmm

08 June 2011

Jumpa Pakar Mata - Hospital Putrajaya

Gatal Mata sudah lama.

Tepat 9 pagi kami sampai hospital dan seperti biasa aku ambil giliran seperti orang lain walaupun aku staff KKM..takde keistimewaannya walaupun staff aku betul2 mengikut giliran ngn baik dan jayanya..

Nama aku untuk daftar boleh dikatakan cepat jugala..yang menjadi cerita meleret2 bila tiba masa untuk buat rawatan..bayangkan aku tunggu dari 9pagi sampai 12.30 baru nama aku dipanggil...bayangkan? padahal aku nak set apoiment the nxt day jer..rupanya doktor nak check terus mata aku...mmg dahkepenatan dan lapar..aku beli minuman jer..sb aku kan dah lama stay dlm spital ni so that aku mmg sgt arif ngn area2 sini..hehe..makanan mahal..so kami pilih utk minum..sbb pagi dah sarapan di rumah...lapar juga so minum jer la...

akhirnya nama dipanggil...Aku berdebar2 gakla..sebab pakarkan pasti dia akan merawat secara intensif..hah aku ambik!!dia letak ubat mata,check rabun aku, check guna mikroskop(betul ker, hentamla)..di masukan alat ke bijik mata aku yg hitam..di rasanya,diusik dan macamla..siap aku takut lagi dan pegang doktor..doktor pompuan(dia pun ckp relek2 takde apa2..pasti semua akan kene termasuk bayi pun akan di usik bijik mata hitam untuk dikaji apa penyakit..)alhamdulillah..sampai opis masih aku terasa bijik mataku di pegang..seriau aku tau!!conteclanse pun aku tak guna sebb mata ku alergik dan aku pun pengecutt gak..

selasai rawatan doktor bagi ubat titis yang tak pernah aku guna..

berbalik cerita

Sebelum tu mmg hangin gakla sebab nama aku tak dipanggil..mula menyesal bagai bila aku decide nak tgu..then bila dpt rawatan intensif ni turun darahku untuk emosi..alhamdulillah semua selesai..aku dpt next apoiment 7/7hb depan..macamnila tggu aku ingat nak cuti jer..tak larat aku..bila pk nak free dan aku kerajaan so aku tggu gak la...

giliran nombor mmg tak menentu..sebab tula lambat..ada yg nak cepat tak mau tggu dan ada yg tgu baik macam aku ni mmg akhirnya hangin gak..dpt rawatan baru tak hangin hehe..biasala.punya la ramai manusia tpmt duduk pun penuh..mmg macamnila hospital putrajaya..mana2 bahagian sama jer..laki aku la org yg palingsabar menunggu...
aku mmg tak sabar, tapi aku kuat sabar bila tengok suami aku pun abar..dia lagila ada meeting,tapi tak pergi semata2 tgu aku..syg dia.. semoga aku semakin kuat bersabar...hidup kene bersabar...islam itu mengajar kita bersabar...lagi2 nak menerima rawatan yg best dari hospital/klinik kerajaan...

doktor ok dan bagus..walaupun muda..yg kene diperbaiki ialah staff di bahagian hadapan supaya lebih mesra alam dan sabar dgn kerja yg mereka pilih sendiri..

07 June 2011

Gatal Mata

Lama dah aku gatal2 mata ni..aku gatal mata tapi aku buat tak tahu jer..yang aku ingat kalau gatal mata bermakna kita guna pencuci muka tak sesuai or apa2 yang kita makan alergik..inila yg menyebabkan kebanyakan mata yg gatal tak elok2..selain tu sebabnya kerana cuaca or habuk or apa la yg masuk dlm mata kita..

Sebenarnya aku nak bagitau yang kau gatal mata disebabkan apa akupun tak tahu hehehhe..yang pasti ubat yg aku guna tu adalah SALAH..terkejut tak???tak owh takperla..yg pasti bukan korang yg kene aku yg kene..hehehe..

Bulan lepas la aku pi klinik mini kat KKM ni..kami sraf2 KKM telah diberi kemudahan sekiranya sakit boleh ke bangunan Blok E1 untuk menerima rawatan..klinik mini ni hanya membantu untuk staf2 yg bekerja sahaja..MC2 dia tak layan hehe..

OK aku pun pi la bulan lepas setelah gatal yg amat..aku cerita la bla bla bla pada doktor...masalah pada aku ni tak boleh telan antibiotik sebab aku ada alahan...so aku just bergantung pada ubat pil gatal dan ubat titik mata..

siap2 semua nurse pun bagila ubat semua..

aku bawak balik n pakai serta pil makan..aku titis kat mata pedih yg amat..giler arr aku tahan lagi..next day nyer aku titis lagi kat mata pedih yg amat..gatal pun tak kurang...then aku baca label..sah ubat telinga..at the same time,ubat telinga can used for mata..but ini lain..makin aku pakai walaupun dah baca label still pedih macam kene lada..tau kan lada??pedas owwwwww...then aku biarkan jer..aku telan ubat makan jer..hilang..

Kemuncanknya, malam tadi bengkak mataku gatal yg amat..so that aku pakai lagi ubat titis tue walapun pedih..dalam hati dah berkata2..tah2 mmg tak boleh guna ubat ni hanya utk mata jer..at the same time adik aku pun gatal...on the spot aku bagi dia guna..di apun cakap pedih pedas..huhu...dia baca label ckp ubat telinga..so aku pun mengiakan..



Inila ubat yg sebenarnya..nama ubat yang salah tu ialah Csloromycelin(memang pedas kalau letak mata)

aku tak boleh tahan pagi2 aku terus pi opis dan terus pi klinik mini..ckp doktor n tunjuk ubat..sah mmg tak boleh guna..(wlpun stgh2 ubat telinga boleh)..doktor mmg malu la dan dia pun tak salah..yg salah METREN Nurse yg tuo tu..mebe dia dah tak berapa nampak..(dah tuo)so that nurse lain bagi ubat mata yg sebenar..now tak edih dan tak pedas..aku tye dokto takde efek ker mata aku ni...sbb guna salah ubat..dia ckp takde..but dia referkan aku ke pakar mata hospital putrajaya..sbb aku lama dah gatal..tak elok2...kalau org tgk macam ok mata aku..but ia sgtla gatal...

Amaanah Raya



Ini yang kami dapat semasa menghadiri ceramah harta pusaka ni..yg kiri tu nota aku salin

Pagi tadi aku memang berkobar2 nak pi kerja..walaupun aku takde kerja hahaha...kewajipan utk bekerja dan dikerjakan hehehehhe..apala aku merepek ni..

Kami BPM dapat email akan ada ceramah pasal amanah raya nie..hal pasal harta pusaka ni..aku mmg lama dah nak tahu hal2 ni...sebabnya bukan harta aku..kalau harta aku lagila aku nak tahu..hahahha...aku nak tahu segala macam bentuk pembahagian harta ni..takdela bila berlaku sebarang kemungkinan kita akan jadi sengal..aku nak berilmu dlm hal nie..sebab tu pepagi aku sarapan awal dan akula orang pertama masuk bilik mesyuarat utk dgr ceramah ni..see laju giler aku masuk..akula bukakan lampu untuk bilik ni..hehehe..semangat tue..

stat la macam2 cerita ..aku asyik mengajukan soalan sebab aku mmg nak tahu...nak pi pejabat mereka takkan aku pergi hehheh..sementara ada ni macam2 aku tye...

Ini semua utk kepentingan kami gak..aku bukan nak sangat harta org2 tua nie..kalau dapat kiranya bonusla hahahhahaha..

sebenarnya aku nak tahu hal harta bapak mertua aku..yang mana bapak mertua aku tu ada meninggalkan harta sebelum bercerai...so inila masanya untuk aku ambil tahu agar suami aku senang bertindak..aku tak nak la bila dah meninggal nnti keluarga dan adik beradik suami aku bergaduh..akula akan menjadi concultant mereka nnti sebab semua aku tahu..alhamdulillah ilmu ni aku dah dapat..akan ku aplykan pada family...

P/S: aku takde harta lagibuat masa ni...aku nasihatkan para pembaca pi la wasiatkan cepat2 apa yg patut..tak pun pi cakap ngn ahli keluarga kita terutama ibu bapa...bukan kita nak sgt harta tu tapi bagi aku senang bila mereka dah takde kita sebagai waris tak pening dan tak bergaduh..

Pulau Pangkor



Ole2 yang kami dapat dari mama..disebabkan tak dpt join..hehe.boleh la..

Untuk pengetahuan kawan2 aku tak jadi pi pangkor yang aku khabar kan di entry2 lepas..sebabnya ada 2..satu huby nak pi makmal utm skudai bulan ni gak dan roodtax kereta pun tamat bulan ini juga..disebabkan dua perkara inila kami tak jadipergi..

duit yg kami bayar utk pakej2 ni sudah ku tranfer kan kepada adik bongsuku..diala yg menikmati segala macam keintemewaan pakej di sana...hehe..kamila telan air liur ..inila masalah sekiranya kita sudah bayar tetapi tidak dapat pergi..

So kami puasala nak berjalan2 ni selagi huby aku tak abis belajar..tahan jer..huhu...ini semua ada hikmatnyer dan ada rezeki akan datang..cuma kita kene bersabar jer..

06 June 2011

Taman Arked dengkil sepang

Dah berapa lama da kami survey umah..kali ni kami dapat tahu terus pagi2 pergi..kami pi tapak pembinaan rumah yang dah hampir siap tue..so kami masuk dan tinjau2 la umah yg dah siap tue..kami sampai 8.40pagi rasanya...hehe cepat kan...supervisor pun tak dtg lagi..kami call..supervisor site tu suruh pi salak tinggi untuk ke pejabat jualan..laju2 kami pi...emm..express kan..sebab dah excited sangat la ni..hehe..jumpa saleman yang vary the peramah..biasalah nak jual umha...dia pun terangkan macam2 pada kami..memang faham habisla...dan soalan semua terjawab..pasal leasehall dan freehold pun kami dah faham banget...yelah bayangkan dah hampir 2tahun kami survey umah nak beli..hehe..punyala payah dan bila tgk jer gaji aku yg kecik ni mmg tak mampula..so that pospond lagi la...sampaila ke hari ni..bila kira2 loan dah naik untuk aku dan gaji dah memberangsangkan..aku pun decide nak beli....setelah balik aku pun mengira2la kiar punya kira dengan harga umah yang sesuai dgn loan aku..bulan2 kene tolak gaji rm929.57 sebulan termask insuran..mahallllllllll giler...adakah aku mampu jika aku beli..apa nak beli?dengan gaji makin surut dan boleh ke aku enjoy2 ke sana ke mari..itu semuala memeningkan kepala otak ku...

bila aku taye sinoir2 kat opis semua cakap kalau setakat nak damai ok la kat situ..tapi kalau nak kemudahan mmg tak dapekkk la..sebab kwsn kampung kan..mmg gitu jerla..kalau ada pun 10tahun akan dtg kot..baru best2..tgk pekan dengkil pun tau..tak berubah dah lama giler buruk macamtue..tak naik2..entahla ini semua mainan politikk..aku dengar citer UITM naka buka kat dengkil...tapi itu entah bile...sekolah hanya harapkan sekolah pekan dengkil jer..mmg takdela nak best2..tapi yg best sebab tak jem dan aman damai keadaannya..huhu..

ini yg membingungkan otak aku..kang kalau lambat habis...yg habiskan pun org yg kerja putrajaya gak..adoiiii

apa pendapat korang yg baca luahan hati aku nie..aku mmg drive sendirila kalau laki aku kerja jauh dr putrajaya..kalau dekat gak ngn aku mmg kami pi sendirila...

Lunch pi Alamanda - Parkson

tengahri opis mate ajak pi alamanda..aku apa lagi ONN la...hehe..bab2 jalan ni mmg suka...lagi2 tak bawak anak memang laju la...sebab pakson ada sale..aku lelaju la pi sana..cari suar jeans yang aku berkenan tue..apa lagi otw pi sana tu lalu kat baju2 yg ada sale...carik tgk ada yang berkanan apa lagi rembat 2 helai..ala murah jer dah tolak...aku beli yg murah2 je asal kualiti ada okla...yelah sale mestila murah...aku rembat 1 helai baju utk huby aku..okla baju harian nak kuar2 dah bosan baju yg lama pun hampir pudar..aku beli yg ada sale dan murah jer...yela skrg brg2 mahal..kene jimat2...






Baju aku..untuk basahan kuar2 umah..rm 15 dan Rm23..murah2 jer..



Baju laki aku..saja beli buat basahan untuk pi makmal UTM skudai..boleh la RM15 jer..
Sempena hari Bapa dan tahniah kerana cemerlang dl Exam hehe..3 in 1

05 June 2011

Bermula La rutin harian suamiku

Sabtu adalah cuti Besday Agung. so kami ingat nak pi Genting..selalu jer tak jadi..bila di kira2 balik tolak tambah semua duit masih di tahap selamat..tetapi kami tak jadi pergi kerana nak jimat sebab suami aku akan ke Makmal UTM Skudai..so turn dia untuk bawak kereta..tahun lepas naik kereta kawan..servis semua dah siap today dia nak pi penuhkan gas air cord..

Berbalik semula pada cerita suami ku telah menjapat keputusan yang cemerlang semester lepas tahun 2 semester 2...tahniah...hadiah takdela..hehe...doa ku iringi untuk mu semoga berjaya sehingga ke akhir nyer..projek bagunan kemeterian dah siap semua staf2 kementerian pengajian tinggi dah masuk. so suami aku telah apply untuk projek yang baru..tetapi tak pasti projek mana yang dia akan dapat..jawatan still sama dan yang tak samanyer gaji..mungkin akan naik lagi..tengokla macam mana ada rezki dapatla gaji baru...kalau tak guna gaji lama la..gaji lama pun dah bersyukur..

sabtu kami siap2 kemas umah semua, petang kami gerak ke Seremban..kami pi teman kak long jumpa kontraktor kabinet. dapatla tengok umah baru kak long..mungki dia akan beraya di rumah baru..hehe..best2..tahniah pada kaklong sebab berjaya memiliki umah baru yang cantik dan luas...

Ay dan zara hapy betul...kejar sini kejar sana..jam 9.30mlm kami gerak balik putrajaya..mulanya nak pi makan satey untie kami tapi tak jadi hujan..

so kami pun makan terus kat kedai mana tah apa tah..service ok tip top tapi makanan tak sedap. geram jer..si afy dah lasak2 .prder satey dan tggu la..tapi tak siap2..budak2 yg masak rupanya..patutla lambat...dah order tunggu jerla...sabarjerla...

dalam kereta afy tido nyenayk..kepenatan main dgn zara..

Ahad bermula la kehidupan suami ku..dia dah stat kelas...aku n afy tinggal berdua..hehe...aku cepat mandikan dan layan di afy..bagi dia makan macam2 ahad...au pun makan2 je..hehehe...layan afy aku tak buat kerja apa..sampaila dia tido utk tengahari..so cepat2la aku masak dan mengemas umah macam karton hehe..

bila dia bangun aku layan dia bagi dia makanla apa la..

memang lasak..di apun manja2 ngn aku...aku layan jerla...hehhe..bezanyer bila huby dah stat kelas ni afy dah besra..dulu bila hubby pi kelas,sunyi jer afy kecik lagi dan asyik tido jer..now dia dah besar dan bising uamh je..

huby balik kelas kul 4.30 dha sampai umah...aku n afy tido..so dia pun rehat...kejap jer rehat,afy pun bangun..aku dlm tido2 pun bagi arahan hehe..aku suh beli goreng pisang bawak afy..laki aku pun pi belila bwk afy...balik jer aku bgun terus makan..

Hah kau ambik perut aku stat berkelocak....dan pusing petut aku..dlm 8.30mlm aku muntah2 hah menagis2 aku..sakit nyer perut ..bila sakit ini teringat arwah neneku ku kanser perut..sakit nyer tak menahan...hanya Allah yang tahu..aku muntah setelah perut di urut..muntah2 banyak giler...melepek badan aku...

nasib time sakit huby aku dah balik..ini sebab salah makanla dan angin dlm badan...sbb sbtu sblm pi seremban kami makan kenduri..pedas lauk nyer..

alhamdulillah tak melarat..so aku boleh pi kerja..

01 June 2011

PTPTN Selesai



Bukti.

Pagi tadi lepas anta afy kami terus ke KL..cari KL central..disebabkan nak elak jem so kami berdua naik motor..Fuh sakit2 pinggang aku..leh sesat masuk bangunan lain..so kami kelaur semula ke KL central..hehe..lepas part motor kami cari la terus pejabat PTPTN yg khas untuk pembayaran..besar juga opis ni..betul2 tepi jalan je..selasai bayar dan dapat surat pengesan penamatan..soronok nyer!!!takdela nak mimpi ptptn lagi..salah satu impianku terlaksa tahun ini..alhamdulillah...

Lauk berbuka Puasa

alhamdulillah lagi 3hari lagi nak abis..nak cerita sikit la...aku puasa semalam sangatla penat..bayangkan bukan kerja teruk pun..boleh aku kelepekan..kemuncaknya aku solat asar..aku boleh mengigil sgt masa berdiri..aku gagahkan gak la solat..akhirnya aku solat duduk..ya ampun kecapekan giler arr..inila akibatnya bila jarak ganti sangat jauh...badan aku dah sgtla tak de tenaga..hehe..aku nak gagahkan diri utk puasa ganti next week...harap dipermudahkan..amin



Lauk yg aku buat adalah lala masak lomak cili api...memang best..tengah2 aku taip nie,aku teringat pulak yg lauk lala ni aku luper masuk peti ais..adui membazirla..padahal tadi aku singgah umah dr KL...selalu luper tau..nasi aku leh ingat pulak simpan dlm peti..skrg dah tak boleh bazir sebab mahal zaman ni...



aku buat air bandung dan tambah ikan goreng kerisi..tapi melekat pulak kat kuali tu yg tak cantik..

ini yg rasa nak cepat2 balik umah...petang nie..harap2 tak basi la...

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers