07 March 2012

Rindukan dia

Bermula kesunyian di rumah..hafi kami hantar balik ke gemas..untuk dijaga oleh family aku kat gemas...lagipun byk benda nak mak aku nak uruskan..so kenela hafi duk gemas...lagipun mak aku jaga nenek aku...aka mak dia...anak2 lain seperti anak angkat sahaja...buat taktau dengan mak sendiri..dan semestinya nenek aku tu selesa lagi duk umah kami...jadinya mak akula terpaksa menjaga..since atuk aku meninggal kurang lebih dekat 20tahun dah arwah atuk aku pergi meninggalkan kami..stat dari situla sikit2 lama2 dan akhirnya nenek menetap terus umah keluarga kami...pejam celik pejam celik lama dah mak aku menjaga...semakin nenek ku tiada duit dek kehabisan kerana ubat2 dan operation..semenjak itula sekit2 semakin lama semakin dilupakan oleh anak2 lain...ada juga anak yg baik dikalangan adik beradik mak aku,tapi pasangan masing2 pulak buat hal...benda2 macamnila buat aku seriau utk menghadapi saat tua..nasib kita bersama anak2 juga kita tak tahu...so stat saat ini setkan minda anda,jgn mengharapkan bantuan anak2 bila dah tua...kita bekerja untuk masa hadapan kita, kalau anak kita mengenang jasa alhamdulillah..berdoala berusahala menanyangi anak2 anda mengikut kemampuan anda...

Saat ini jugala aku teringatkan anak aku di kampung...walaupun dia tidak mengerti apa2, aku dah stat terasa yg anak tidak ingatkan kita..padahal kita amat rindukan dia...rindukan menatap2 hari2 wajahnya...macam manala kalau betul2 anak2 kita dah keluar rumah,pergi universiti or telah kawin...rasanya, macamnila perasaan ibu bapa kita kan??belum pun sehari aku tinggalkan dia,perasaan emosi dan rindu mula makin lama makin menjadi2..padahal baru pagi tadi jumpa...

sebab aku tahu balik nanti anak aku takde dirumah..selalu aku jemput dia...

pengasuh itu betul2 buat aku tertekan bagai dicucuk2 hati ini..meronta2 nak ke gemas...hye mana mungkin ..kewangan dan kesihatan juga tak mengizinkan...gambar???mmg tak dapat nak selesaikan masalah aku yg rindukan dia...lagi2 anak aku dah pandai bercakap...rasanya mmg boleh berehat..tapi jauh dilubuk hati ini perasaan itu membuatkan aku tak dapat berehat walaupun sesaat...dikala aku sarat ini jugala pengasuh berhenti tanpa simpati...

susah jadi aku kalau korang nak tahu...hanya insan2 terpilih sahaja akan mengharungi ujian ini..

kene positif jer, alhamdulillah mak aku ada lagi..boleh tengok2kan cucu dia..kalau org lain lagi teruk kan...so aku ini kira bertuahla..dan kene sentiasa positif dengan ketentuanNYa...

rindu tetap rindu...tapi hati kene baik sangka....so kita enjozzzzz..hehe

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers