01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulillah dipanjangkan umurku ke tahun baru ni...banyak sangat kenangan yang mencekalkan hati aku tahun lepas...aku betul2 syahdu wish tahun lepas ada satu je tak lepas...masa memang tak boleh diundur lagi...wish tahun ni aku boleh siapkan satu yang tertinggal tu tahun baru ni...

Segala perancangan tahun lepas alhamdulillah siap aku setelkan...nanti aku cuba la ingatkan dan senaraikan pada blog ni..hehe...

Malam tahun baru kami tak kemana2..kami zzzzzzzz di rumah sambil layan konsert kat TV je..layan NTV7 la apa lagi ada "Ambang Putrajaya 2013" Ramai sungguh membanjiri putrajaya...plan asal nak bawak afy tengok bunga api...tunggu punya tunggu dia pas main game tido pulak...sebelum tu ada konvoi motor2 kami tengok di tingkap jer...seronok afy tengok moto2 tu..kami cakapla jgn tido tau jap lagi nak tengok bunga api...tup2 dia penat sgt dia tido pulak kat sofa..tiba detik 12mlm, apa lagi bila bunga api stat jer,aku paksa jugak dia bangun hehe..

Dapat jugak afy tgk bunga api yang besar tu melalui tingkap umah...nak bawak keluar tak boleh dah naik moto pun jem...kalau takde baby mmg kami bertiga naik moto la pi presint 2 tu..

pagi tahun baru kami siap2 pi umah bapak mertua aku..umah atuk jem afy..ayah suami aku la...hehe...lama dah 4 bulan tak jumpa...

lastly kami berkumpul beramai2 di Taman Medan PJ, menyambut tahun baru siangnya di rumah adik ipar suami ku...agak kecok gak la ..alhamdulillah dapat berkumpul...hapy ayah...

Wish tahun ni tak agar pengasuh baru ni boleh jaga anak2 kami dengan lamanya..dan anak2 aku hapy dan sihat duk umah pengasuh baru...jauh pun jauhla...asalkan terjaga kesihatan dan kebersihan meraka...

Wish punch card aku lawa tahun ni..

Wish aku n suami sihat..aku nak sembuh terus tiroid...

Wish nak buat hafazan dengan baik dan lancar...

Aku tengah tunggu Bonus dan dividen ASB ..(nak beli apa ek dpt bonus&dividen ni)

Senarai Tahun 2012

Januari: Bday aku 31thn-
Febuari: Kami bertiga ke cameron highland..frwd:celebrate my birthday disana...hangin satu badan,pengasuh afy tetiba berhenti..aku sarat2 ni..
Mac: Adik aku kawin..so aku sibuk sangat jaga org kuat majlis..w/pun sarat2 mengandung..
April: bday suami bagi hadiah bsalinkan Alis..Operation di Pakar Rekha Seremban.Sakit sangat that time.serik nak bersalin huk2
Mei: bday abah..aku berpantang di Gemas
Jun: bday adik kembarku...aku berpantang di Gemas
Julai: abis pantang pi jalan2 Melaka...23hb stat bekerja...
Ogos: bday mama..Afy stat dengan pengasuh Azie blok A...kawan opis "Kak Rosimah" meninggal dunia..sedih sgt..baru jer aku stat kerja..dapatla bual2 jugak..dia excident...dan kenduri aqiqah alis...adik kembar aku bertunang...
Sept: -bday atul..
Oct: -afy sakit dan alis pun sakit...Beli medical card dan simpanan Alis..
Nov: bday kak long...Afy kene tahan wad sakit phnomia(jangkitan diparu2)..pengasuh azie tu tak mau jaga afy..stat afy duk gemas..kami ulang alik...penat sangat..tapi syukur anak mama jaga..(dua2 anak asyik demam), pi pakar melaka..beli motor skuter
Dis: Appoiment mata afy di pakar di putrajaya,ulangalik jenguk afy di kg...dan Bercuti di Telok Kemang...Bonusku simpan...tamat



No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers