02 May 2015

Puan Manja & Konvo Adik

Minggu akhir april kami semua ke Johor. Ada jemputan untuk buat demo di sana. Sampai sana kami bermalam di Kota Tinggi. Tunggu punya tunggu customer yang buat temujanji tu tak muncul, Memang sakit hati la...tapi sabar jer la..sebelum bertolak aku dah call dan comfirm dengan dia. Nama dia Manja dari Kempas Johor. Sampai sana dia pulak buat buat lupa atau dia sibuk or apa hal emergency tak tau la. Aku niat ikhlas nak tolong dia show demo dan dia pun memang dah janji nak ajak mak dan adik beradik nak tengok. Aku ok la asalkan dia yang setuju aku on saja..

Aku tunggu siap call dan msg tak angkat langsung. Say sowi  or apa pun tidak. Tak pela aku dah lakukan yang terbaik, terpulang pada customer tu. barang2 semua dah bawak untuk demo. So bila tak jadi or dia senyap aku teruskan ke konvo adik aku keesokkan harinya..

kepada customer macam ni lain kali berjanji biar betul betul..aku datang keluarkan modal...sebelum ni aku ada mintak juga deposit tapi dia masih tak bank in bank in..aku cakap takpela asalkan aku call dia angkat cukup baik la...sudah sampai johor pulak dia tak angkat dan tak msg2 cakap apa apa...

Biarla lain kali Puan Manja jika baca blog saya, saya harap Puan insaf atas perbuatan ni..biar apa pun terjadi puan perlu infom or msg saya. sekurang2nya saya tidak tunggu lama di johor dan saya boleh terus buat bisness di tempat lain. saya berusaha untuk memajukan diri saya dan saya harap orang/customer memahami cara kerja saya. ini juga aku jadikan sebagai titik tolak dalam perniagaan. semoga aku kekal dengan momentum kerja ini untuk terus berjaya dan berjaya. Kesenangan tidak datang begitu sahaja, ia memerlukan pengorbanan wang dan tenaga. Moga2 aku sabar dalam bekerja dan berniaga. amin...

So aku ubat hati dengan konvo adik aku dan selepas itu kami pulang ke putrajaya. Gambar adik di FB




No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers