03 May 2015

Sengatan Tebuan

Sebelum itu aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja. Cuti Panjang 4 hari ini kami plan untuk rehat. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita semua. 

Khamis petang huby ada msg yang dia lambat ada meeting. So aku ditugaskan untuk menjemput anak-anak. Aku pun plan untuk ambik alis dulu, baru afy. Masa aku tengah dalam perjalanan untuk ambil alis, huby aku call cakap yang meeting dia dah abis. Masa tu pula aku cakap kalau macam tu awak terus la ambil afy naik motor. padaha huby aku nak balik tukar kereta. Aku yang cakap terus je la ambil naik motor. ambil kereta dah lambat pulak..

So dia dari KL terus menuju ke Pinggiran putra ambil afy. Dalam perjalanan sebelum sampai tadika afy, dia terasa ada binatang belakang tengkuk dan rasa besar. Dia teruskan perjalanan sambil kirai2 koler baju sejuk dia. Masa tu pulak, binatang tu gigit.. Terus sakit sangat sampai tadika afy, dia binatang tu dah lari...

Balik umah bergegas mengadu pada aku yg sedang masak lelaju. elok jer terus aku cabut tengok bengkak terus satu muka dan badan..Laju2 aku carik ubat gatal dan tahan sakit. laju2 aku suh dia pi klinik. Klinik tutup sebab magrib..

 Balik umah semula aku paksa dia makan nasi dan kami terus pecut ke Klinik untuk ambil enjit gatal...lembab pulak doktor locum tu..aku bengang aku cakap cepat doktor nak tunggu apa lagi suami saya dah teruk ni!!baru la doktor tu enjet..doktor tu cuak...sebab tekanan darah laki aku makin rendah makin rendah...


So aku terus pecut ke Hospital Putrajaya.. Emergency ramai orang laki aku dah tak leh tahan..sesak nafas dan makin nampak pucat...

Terus tolak zon kritikal...duduk bilik ICU zon kritikal merah..pasang alat pernafasan dan pasang drip air...makan ubat..dan ramai2 doktor pantau. Tekanan BP dipantau melalui skrin. 

Terus waded. Jam 12 mlm naik wad. dengan buat ECG dan oksigen...

Pengalaman sungguh mencabar ketika ni..Nasib la otak aku cepat bertindak...anak2 aku call adik jaga tunggu tepi jalan pasing anak2 pada adik aku...NAsib juga la adik beradik aku dekat ...memang aku call kerah semua...jiran2 pula tiada.. terus bgatu family dia dan maksu paksu laki aku dtg melawat..adik ipar pun datang..

Kesimpulannya korang kalau ada kejadian ni,terusla ke emgency jgn tunggu lagi..Nyawa hampir diragut...aku mulala bayangkan anak2 aku tanpa suami..suami aku siap cakap, abi belum taruk penama KWSP..huhu..serius kau!!mmg cemas...bukan boleh main2 bila kene sengatan ini.

Bila diselidik, itu adalah sengatan Tebuan. Sekarang tebuan menyerang jika rumah dia rosak or apa.. Sebab suami aku lalu bawah pokok nasib afy tak kene..alhamdulilah suami aku dibenarkan pulang keesokan harinya...

Tebuan akan menyerang sesiapa sahaja jika sarang dia telah dirosakan.. Nenek cakap tebuan yg keliling pingang dia kuning tu bahaya boleh bawak maut..nanti ada masa aku search Pasal Tebuan..Musim hujan lagi bahaya sebab sarangnya akn hancur dek hujan..lagila tebuan ni bersepah2 hinggap mana2 dia nak hinggap..

Kita perlu sentiasa beringat dan berwaspada.. Betul Malang tidak berbau!!Mintak2 jauh...dan sentiasa perlu berdoa agar selamat pergi balik kerja dan pergi mana mana..amin



teruk sengatan tebuan..boleh buat BP makin rendah..

sian hubby aku

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers