28 January 2010

Keadaanku


Ini set bersalin jenama Amway..

Sekarang badan rasa dah tak keruan..tido tak cukup..dah stat buat latihan untuk persediaan jadi ibu..aku sekarang selalu melihat senaman secara online..nak buat tak berkesempatan lagi..memamg berminat sgt nak buat senaman ibu hamil ni entah bila tak taula..smapai2 umah dah nak mlm so mmg dah penat,mandi2 n makan terus lepak n tertido kedang2 tu..tgk tv mmg jarangla...aku ada aktiviti mlm yg perlu aku lakukan untuk kehidupan dunia dan akhirat...hehe..masa nak tido selalu problem..semua tak kene..emosi pun terganggu sejak kebelakangan ni..kandungan aku ni alhamdulillah buat masa ni dia lasak n aktif..aku harap dia sihat sehinggala dia kuar dan besar nnti..snng nak tinggalkan pi keje nnti...skrg tgh pk nak send kat mana baby..tapi aku tak maula pk,pk gak..sbb nnti aku yg presure sbb risau mana nak anta bby..aku harap ada la insan yg pandai jaga bby aku nti..takla risau bila tgglkan. persiapan nak ke spital semua dah tersedia..1beg dan 1 bakul termasuk surat GL..rasa mcm tak sabar pun ada..dan rasa berdebar tu lagila..aku harap aku dapat doktor dan nurse2 yang baikk dan berimbangrasa..takut bila dgr kwn2 citer nurse2 garang2..nak bersalin mana pun tak tau..cadangan aku 1st kat spital serdang la sbb dekat..2 kat spital sremban sbb ada family aku...takde family tak kuat rasanya..dan 3 spital pakar wanita di srbn..

25 January 2010

Update Barang2 persediaan sebelum bersalin..


Minyak Barut dan Bayi semasa aku berpantang nanti...Beli jenama HPA kwan opis jual...


Ini surat GL nak bawa ke hospital..senang nanti dah nak bersalin terus jer pergi..



Inila Cloth Diaper


Breast Pam kakak belikan untuk di bawa ke hospital


Minyak BioSelusuh - Sapu dan minum sebelum bersalin..Usaha dan Tawakal..


Ini la Akar Fatimah - Dari Mekah - airnya memudahkan proses bersalin..Amin!..Harap2la..Usaha dan TAwakal

Buah Delima kawamn beli dari Mekah-Terima Kasih

Update lagi

Apa aku nak citer..sabtu aku stay umah lepak jer..aku tak sihat..tetiba lak..aku tido seharian..demam tapi tak teruk,selsema dan batuk. mungkin ini simptom biasa kot bagi ibu mengandung. Masa tengah tido siang tu aku terjaga pulak sebab badan aku tetiba krem..rasa macam nak tercabut pulak tulang belakang dan urat2 pinggang dan punggung aku ni..Manataknya nak bangun sakit giler mcm rasa baru pas operate jer..sakit sangat..hubby aku pulak pi kelas..sib baik adik aku yang last tu ada kat umah..tapi aku tak lah suruh dia urut...mana boleh urut pun tgh sakit..

Malam laki aku balik terus suh dia bubuh minyak kat badan...minyak pun bukan yg panas..mik bisa jer..emosi pun tak keruan..hehe..

Aku ada beli online Cloth Diaper 5 keping..Sebenarnya aku kongsi beli dengan kawan opis...dia pun ngandung sama dengan aku..so apa2 kami kongsi bersama kalau beli2 ni..so senang sikit leh jimat dari segi kos penghantaran.

Kawan opis aku ada yang baru balik umrah..so dia ada belikan buah Delima dan akar Fatimah dari Mekah..Dia cakap rendam akar tu sebelum nak beranak..masa betul2 dah sakit tu minum..aku ikutla..kita kan baru..so nasihat orang2 pengalaman ni aku mmg ikut jer..jgn time sakit semua tak ingta dah..huhu

Ahad- aku ikut habby pi kelas..tapi aku tak masukla..aku stay kat Masjid UTM tu jer..aku buatla apa2 patut kat situ..hehe sampai hubby aku abis kelas...

15 January 2010

Busha

biru dan pink tu beli kat area KKM..dan coklat tu aku online shooping hehe

Jumaat aku kat opis mmg bosan giler.Nak buat keje but keje takde..kalu dapat keje tak tau buat mcm mana tu ahhahahahahahahahhha....so aku habiskan masa kat opis dengan membaca Al quran kat meja tu...nanti kalu dah ada anak mmg takde masa nak baca AQ so semntara belum beranak ni aku sedaya upaya baca seberapa banyak juzuk...ok masa time rehat aku merayap kat area KKM tu biasala setiap jumaat ada pasar tani kat area kompleks E tu..apa lagi nampak jual2 baju2 baby aku pun rembatla 2 helai busha..kononnya nak beli kan adiah tuk member yang baru bersalin lastly beli utk sendiri gak..kata duit dah tarak..tapi rembat gak..hehe..murah jer rm10 jer sehelai..mmg la pompuan tak leh lari dari shooping...kalau dah kuar baby tak taula mcm mna..hehe...

Today sabtu aku mmg buat aktiviti bebas,pakal la aku ni memboyot...kalau tak mmg rayap punya...suami aku pulak mmg takde sabtu sampai malam..dia pi kelas..mmgla bosann giler...sib ada internet kat umah leh la buat apa yg patut hehe...aku layan jer kucing aku ni...dia pun dah merayap tinggal la aku sowang...

Nak citer, perut aku sekarang dah sarat mcm tak larat bwk perut.org tengok perut aku kecik jer tapi sebenarnya Allah jer tau..sakitnya belakang aku ni..aku ni kan kecik lagila tegang semuanya...malam2 tak leh tido mmg tido terganggu..alah2 aku mmg tak ada..tapi mmg seksa time nak tido dan kat opis..sakit sangat belakang time duk kat opis..nak melunjur kaki aku pi surau..kaki bengkak bisala sampai nak jalan pun tak larat..aku ni tak reti duk diam,kat umah sakit2 pun aku masak dan kemas..kalau baring pun tak boleh baik aku buat keje umah macam biasa. takde manja sangat aku ni..laki aku still menikmati masakkan aku sampaikan badan dia yang naik time aku ngandung ni..aku still mengurut dia lagi..so takde apala sangat mengandung ni cuma sakit sangat belakang mmg tak leh bla..suami aku la jadi tukang sapu minyak kat bahu dan losyen kat perut aku ni..baru terasa susahnya mengandung ni tapi aku happy...aku tak kisah sakit asal dapat baby...hehe..baby still berpusing2 dan aku terasa kaki baby bila dia bergerak..seronok tau...

13 January 2010

Hadiah dari kak Rusmiza


Baju ini hadiah dari kak miza kawan opis..dia bagi awal saja la tu..hehe..terima kasih kerana bagi baju oren ni..bertambahlah koleksi baju2 anak ku...belum lahir dah dapat..rezki

Majlis Doa Selamat bersalin dan rumah



Majlis bermula
Imam memberi sepatah dua sebelum majlis bermula.

Ayam masak merah (antara menu yang sempat pick)


Makanan yang siap terhidang
kakak dan adik ipar aku
mama dan adik aku..org kuat nie..
Keadaan sebelum bermulanya majlis. Nenek aku la tu
Pada 10/01/10 lepas bersama ahad malam isnin kami ada buat sedikit kenduri doa selamat. kami jemput orang2 surau dan saudara mara serta kawan-kawn yang terdekat saja. Majlis ni pun telah dirancang lama tetapi tiada masa yang sesuai. Akhirnya jadi juga memandangkan suami aku tiada kelas pada watu tu. Dia cuti so boleh la diadakan kenduri doa selamat ni..Lagipun kandungan aku dah nak masuk 8bulan next weeknya. so nak tak nak kene gak buat dalam masa sekarang ni..ikutkan tak payah buat pun takpe. sebab mama aku yang beria2 nak buat dan nak jadi voluntie nak masak2 so aku onn jerla..aku pun bukan larat sangat pun..ni pun terkial2..mama masak kat seremban umah untie..so siap2 masak terus bawak kat putrajaya..

Baru 1st time buat kenduri so rasa berdebar2la mana taknya jemputan pun tak kompem lagi time tu..last minuter barula imam surau kompemkan..bukan apa risau takde sapa yang jadi ketua baca doa..aku dan huby dah pk kalu takde kami terpaksala guna khidmat kawan adik aku kat UKM tu..

Jemputan kami bole tahanla penuh umah..tak sangka menjadi gak kenduri ni...1st time la katakan arrage kenduri dalam 50 lebih gak dtg...aku jemput kawan2 yang dekat area putrajaya. Jauh2 tu sian nanti berdosa tak datang baik jgn jemput hehe.

alhamdullillah makanan mrk ckp sedap dan menyelerakan..biasala org nogori masak kalu tak pedas tak sah..

Menu:nasi putih, ayam masak merah,sambal bilis petai,masak lemak kuning udang,sayur campur dan buah tembikai serta kueh muih...byk gak kan...

Semoga doa kalian dimakbulkan..muda-mudahan aku selamat bersalin dan anak pun sihat walafiat...eeeee....tak sabar nak tatap wajah anak...

08 January 2010

30 Minggu

Sekarang kandungan aku dah masuk 30minggu..so 7bln stgh..akhir bulan ni 8bulan lor..wah!! cepatnya...berdebar2 hati ni..takut dan teruja bercampur baur..takut sebab bersalin kan sakit...teruja sebab tentula anak kami ia akan mengeratkan hubungan kasih kami..tak sabar nak lihat muka baby..nak tgk anak sendiri..selalu tgk dan main dengan anak org jer..aku nak rasa pengalaman yang hanya wanita mengandung dan bersalin rasa..hanya wanita yang istimewa dan terpilih jer dapat rasa pengalaman ini. Tiada apa yang nak aku kejer selain dapat melengkapkan family dengan kasih sayang dan kewangan yang kukuh. Aku bukan mengejar pangkat dan status tetapi cukupla Allah bagi kami keluarga bahagia,aman sejahtera dan kewangan yang kukuh untuk dimuka bumi ini. Dari dunia ini aku nak bawa family semua ke akhirat bersama2 jua...Amin!!

kandungan sekarang dah mula terlalu aktif..menendang dan berpusing2 badan..setiap pergerakkan aku dapat lihat bila kulit perutku bergerak dan berbentuk2..tak sangka dia dah besar dlm perut ni...orang lihat perut aku kecik but nicela dgn bentuk badan aku.

Doakan aku bersalin dengan normal dan selamat ye...

03 January 2010

Percutian Penutup 2009

mama & busu
Baju ni je sbg kenangan

main ni jer aku main..sian..


suami aku nak race dgn busu





30Dis kami pergi lepak kat Gambang Water Park di Pahang..Actully kami dpt tiket free sebab kumpul keratan harian metro..ikutkan mmg dah tak larat pi..kerana sian kan hubby aku yang penat mengumpul keratan tu so aku pun pi la ajak family sekali..so kami belanjala tiket pada mereka..ada 4free dan 3lagi kami beli kat situ..punyala ramai orang..memang bestla kat situ walaupun tak grand mcm sunway lagoon,tapi okla..tempat main2 pun dekat2 dan extrame2 gak..aku bwk perut mana main pun aku naik pelampung jer..suami,busu dan adik aku kemain hapy mcm budak2 kecikkk..kemaruk nak abiskan cuti so kami aply cuti dan lepak sana..mama dan adik lelaki aku tak main mrk jaga beg2..aku jadi kamerawomenla..geramm jer nak main..takpe2 nnti dah meletopp dan abis pantang kita pi la kat sunway lagoon plk..sunway skrg hapening dah bertahun2 tak pi walaupun dekat..penutup tahun 2009 kami hampir 90% dapat menyetelkan semua impian..okla tu..tahun 2009 2percutian okla..walaupun dekat tapi bercuti..nnti aku upload gmbr2...

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers