26 September 2009

Suasana Hari Raya

Raya kali ni sungguh meriah,meriah tu mmg biasakan..tapi kali ni kesederhanaan beraya tu terasa..aku raya pertama dan kedua di kampung suamiku..raya kedua mlm dah gerak mah gemas..sebab alang2 dah penat so penatkan terus.Otw nak balik tu kami singgah beraya di klang.pergi jumpe nenek aku dan sedara mara. yang lawaknya kami dapat semua rumah yg kat area situ..okla..tak lama tapi kami dapat gak beraya dan setelkan mana yg patut..nenek aku demam pulak time tu so aku siap sempat tuam2 dia lagi..bayangkanla dari kg hubby aku sempat bt semua tu dgn sesegera yang mungkin..pulak tu kami siap balik ke bangi anta bgr2 yg patut ditinggalkan..kami sampai bangi dlm 11mlm..siap2 gerak pi gemas gak mlm tu dalam kul 12...kami berutung yg kami dpt diskaun guna toll selepas jam 12. samapi gemas kul 2.30pg..

Aku raya gemas sampai sabtu..aku blik sabtu ngn adik sebab hubby blk awal dia keje dan ada kelas sabtu ahad..

ahad mlm nak angkat brg2 duha,dia dah abis bljr..nak praktikal kmengajar kat ILP Pedas Rembau..

okla nnti aku upload gambar2 raya...

18 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya

Hari ini last keje sebelum cuti raya...seronoknya..tadi tengahari kemas2 umah dan baju2..siap2 packing sebab nak terus balik kampung senang sikit..tak payah patah bangi lagi...aku kemas nonstop tadi..sementara tunggu laki aku solat jumaat...di kesempatan ini aku ingin memohn maaf kepada semua yang membaca blog ini..sebagai hamba yang lemah aku sentiasa tidak lari dari melakukan kesalahan dan aku faham ada antara kawan2 aku yang tak suka dengan sikap aku yang mulut laser nie...tetapi aku tak perasan dan aku akan berubah mengikut perubahan umur aku yang semakin lanjut ni..lagipun aku akan memperolehi anak dan aku harap anak aku akan lebih bagus dari aku..

Alhamdullillah selesai juga puasa di bulan ramadhan dengan jayanya walaupun aku ada ponteng..aku ponteng pun kerana bersebab..syukur walaupun pregnen aku mampu juga berpuasa..

Semoga lebaran kali ini memberikan kenangan yang cukup bermakna buat kalian semua...

16 September 2009

aku tak dapat cuti

nak ikutkan perancangan cuti mmg la lama dan mcm2 aku nak buat..tapi permohonan cuti aku di tolak oleh bos..dia tak benarkan cuti lama..hanay max 5 hari jer..aku apply 4 harila...mmg tension tapi nak buat mcm mn, Aku yang Menurut Perintah"..huhu...so cuti kene laju2 la..tak dptla nak lepak lelama...bos aku ckp nnti lama2 cuti mls buat keje..entahla...tak faham aku...

Berbuka puasa

tahun ni la kami dimurahkan rezki kerana dapat berbuka puasa di pelbagai jenis Hotel di sekitar lembah klang dan putrajaya..rezki anak rasanya,...sebelum ni mmg susahla nak dpt tawaran berbuka di hotel2..antara hotel yang kami pergi ialah Hotel Shangrila, Hotel Equatorial, Hotel Pullman (tolak), PICC , dan Hotel Shangrila lagi....alhamdulillah...

07 September 2009

Solat Tarawih

bulan ramadhan ni mmg ramai yang menantikan solat sunat tarawih..tahun ni aku terus terang mmg jarang2 solat sunat ini..aku pas buka aku solat magrib dan rehat..ada masanya sampai aku tertido..sedar2 dah tgh2 mlm..

Pada tahun ni walaupun jarang buat soalt sunat tarawih,tapi aku nak kongsi pengalaman aku n suami..kami dalam sejarah bersolat tarawih di Masjid Besar Shah Alam dan Masjid Negara Kuala Lumpur...memang meriah solat disini..ramai umat dan parking keter penuh..terlampau gah dan agungnya masjid2 ni...Masjid shah alam wow!!mmg ramai umat..besarnya dan cantik dalam masjid..aku 1st time masuk dan bersolat tarawih..Masjid Negara pun ramai tapi tak seramai masjid Shah Alam..Kami turut pergi solat di Masjid Putrajaya...ini kali pertama aku solattarawih..mmg berperaturan masuk masjid ini..wanita kene terus pakai telekung sblm masuk..aku telah ditegur oleh park guard masjid putrajaya..depan2 dia aku terpaksa pakai telekung..cantik sgt masjid putrajaya...kami ke masjid untuk merasai solat di tiap2 masjid..kami tak pergi selalu..kami pergi selang2..Pada hari ni kami InsyaAllah akan bersolat tarawih di Masjid KLCC..saja nak rasa pula solat di KL..

selepas kami di KLCC , kami bertarawih di masjid Bangsar..tempat parking mmg takde..tau2 la bangsar mcm mn..jem manjang..keadaan masjid sana karpetnya kotor..mungkin tidak di vakum...

miggu ni kami bersolat di Masjid besi di putrajaya...keadaan di sana masih berdebu-debu.ini disebabkan mereka belum basuh betul bahagian lantai di bawah tempat pejalan kaki...ramai juga yang bersolat di sana..ada sikit rasa kepanasan kerana konsep masjid besi menggunakan "open" jadi icon dan kipas tak berapa rasa...pemandangan sungguh cantik..dikelilingi dengan tasik2...

03 September 2009

Kandungan masuk 3 bulan

tadi checkup kat klinik kesihatan Bangi..lama kemain tunggu sana..ramai jer org..dari kul 8.30 samapi 12tghari..aku siap buat checkup gigi..pasni datang lagi pada 1oktober..time raya..masa tu aku dlm cuti lagi..so tak la terkejar2 nak pi keje..sebelum kawin aku selalu cuci gigi kat klinik gemas kat kg..skrg pas kwin mmg takde kesemapatan nak cuci gigi..ni alang2 check bb baik aku bt terus cuci gigi..pas mkn2 rendang dan kuih2 raya ni elok la cuci..mcm2 melekat..hehe...wah tak sabarnya nak cuti...sbb duk opis mengatuk...skrg kami pasukan Programmer dah stat dapat spek baru utk sistem DPIMS..Dental Practitioner Information Managemant System..nak Launch pada bulan 12 ni...huh...aku buat bahagian peneyelenggaraan..okla tu jer..nak solat dan nak cau...tak larat..

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers