08 February 2015

Cuti Wilayah & Thaipusam

Cuti Wilayah
Seronok sangat bila dapat cuti umum, bukan senang nak dapat direct dpt cuti umum ni. ini la peluang kami nak setelkan kerja kerja tertangguh dan tolong orang. Semasa cuti wilayah kami ada presentation amway, kami dijemput untuk memberi ceramah sikit..sharing berkenaan pencapaian kami dalam bisness ini. alhamdulillah kami dah naik tangga amway. macam tak caya je naik stage dengan suami. mula kami diberi penghormatan sebagai tetamu VIP.. setelah siap lain bagi talk, tiba la masa nya aku dan huby bagi talk pulak, hihi..berdebar debar la..

lain macam rasanya bila kita jalan orang tepuk tangan...hahahha..ok dipendekkan citer pas suami bagi talk, nama aku dipanggil bagi talk pulak..hadirin yang datang semua yang memang nak bisnes..tak sangka pulak aku cakap depa suka dan yg penting faham. 

Abis je talk bagai aku sharing cara bisnes dan cara demo..aku pun turun la pentas..semua bangun dan salam aku...wah rasa hebat giler..hahahhaa...macam tak caya org salam salam dan siap bergambar bagai...hihi..nak share gambar aku tak pegang kamera..so yang dapat satu je la gambar sebelum aku naik stage..hihi..

Taraa...shawl beli dengan kak syaerifah dan baju seluar beli di butik nichi..alamanda..

Cuti Thaipusam
Masa cuti thaipusam kami laju laju terus tolong adik aku pindah ke shah alam..sebabkan wife dia mengandung,so aku la yg buat kerja kerja kemas final..adik beradik lain dah tolong masa pindah naik lori.aku dan huby takde msa tu. barang yang dah sampai shah alam kami la yg buat. suami drill bagai semuanya..aku tolong vakum kemas dan susun atur umah. 

Kami buat sama sama tolong menolong.supaya adik ipar kami tak penat..dia kan preggy anak pertama takutla apa apa berlaku...ikutkan masa aku preggy dulu aku la buat semua sebab alhamdulillah kandungan aku kuat..sampai nak bersalin pun tak keluar keluar..hihihihi..

selesai semua siap baru kami balik putrajaya...memang aktiviti cuti umum 4hari tak pergi bercuti.kami buat macam macam kerja...

orang lain pergi bercuti dan balik kampung tapi kami tak keluar lembah klang..okla setel semua lega..dapat berbakti pada family..mama aku hanya tolong masak,,itu kegemaran mak aku..dia ada dtg masak utk kami yg buat kerja...

 balik terus sakit sakit badan hihihiih/...







04 February 2015

Kejutan Birthday ke 34thn

Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk terus bernafas dan untuk terus beribadat kepada Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terima Kasih pada hubby sebab Special Occations belanja di Tony Roma's di IOI Mall Putrajaya.

Ini sahaja gambar yang sempat snap.

korang boleh cuba la makan sini makanan dan harganya bole tahan..terkejut gak la dinner di sini... hihihi...tq abi "sayang kamu ketat2"

Semoga tahun 2015 ini memberikan kesihatan dan kejayaan serta kebahagian yang diimpikan..Amin


Hafiy Dalis tak mo pandang!!

Ini menu yang aku request...
Selesai makan!!alhamdulilah

Dalis pun tak mo pandang..mummy je over..



29 January 2015

Sudah Sampai barang untuk kerja

Hihi..tah apa apa tajuk,,,ok testing testing...happynya dapat barang sendiri atas usaha sendiri..untuk makluman blog ni akan ku update sesegera mungkin... setelah sekian lama aku tak berblog..sibuk dengan hal peribadi dan hal kerja di pejabat. now ada masa sikit seminggu lepak opis macam macam benda aku dapat setelkan..nak sharing benda aku ni...aku dah lama order lappy dengan company IT..sebab nak murah..sebab bayar cash ni mengigil gak la kuar duit..nasib najib bagi duit bonus...dapat la ku tambah sikit..duit bonus dan gaji...hampir nak abis sib menyimpan...tetiba lak lappy ni sampai...pastu baju korporat KKM pun sampai...laju je duit abis...nak mencari berpeluh2 gak la...pastu anak pulak semput pi klinik pakar terbang lagi..tapi takper aku akan claim duit klinik kat opis hubby..hope dptla membantu...


Selama ni aku guna lappy hubby..tapi dah pecah..aku belum ganti kan lagi...tu aku malas tu guna brg org jika rosak aku gak menganga nk ganti...tgk skrg dah terjadi..so aku kne la ganti skrin yg pecah tu..grrrrr..stresss

aku byk kerja luar so takde la kerja aku tertangguh..bole naip terus...

Alhamdulillah 2015 menampakkan perkembangan yang positif..since huby abis belajar,aku dah bole aktif semula bisness..sblm ni aku kne fokus pada uamhtangga..sambil2 niaga...skrg aku bole full fokus capai gold...ini la hobi aku selama 10tahun dlm amway...aku minat..tu la bila minat ia mengatasi semua masalah yg ada..betul...bila tak minat mmg buat la apa apa sampai bila pun tak jadi...

ok ini sebagai permulaan...jumpe lagi..

org lain dah pakai Mac..aku baru nak beli...lembabkan..RM1058..

pelaburan untuk kerja opis,blog dan bisnes

Baju KKM bole la jika kerja luar.RM100
Tab lenovo ni aku beli rm699 utk bisnes..lama dah tahun lepas..sbb hp aku kecik payah nak show presentation

09 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua masih belum terlambat untuk Ida mengucapkan Selamat Tahun Baru semua...wish u all happy Dan success this year..

Sama seperti Ida mahu tahun ni akan lebih memberi kebaikan dalam  segala APA yang dilakukan. Awal tahun kerja telah diberikan selama sebulan. No enjoy ye bila dlm grop ni..semangat group untuk bekerja.aku pun Kena ikut. Pejabat kedua skrg d cyberjaya.

setiap tahun wish macam org lain, nak berjaya mkin membuat kebaikan Dan jauh dengan org2 negetif...macam macam nak..tapi aku yg utama agar anak2 aku makin  baik Dari segi kesihatan Dan perlakuan..hihihi...

DOA Ku utk kalian semoga kita sentiasa beringat dlm tindakan dan jangan jadi keyboard warrior gunakan teknologi utk kebaikan..wassalam....


30 December 2014

Selamat Tinggal 2014

Alhamdulillah pejam celik pejam celik beberapa jam lagi akan melabuhkan tirai 2014. Sempat juga ida update blog kesayangan ini. Bukan mudah untuk ida mengemaskini blog semenjak lappy skrin lappy retak. Tak tahu di mana silap, tiba tiba lappy tak membenarkan untuk ida sentiasa update blog ini. Hati ini memberontak2 nak update blog tetapi sehari demi sehari bulan bersilih bulan masih tidak ..ahh lupakan kisah itu...tengahri ini ida cuba curi masa pinjam komputer vendor untuk update juga. 

Banyak cerita yang dah basi akan ida update..satu persatu nak ida kongsikan.

Kerja Hakiki

Tahun ni mengajar ida erti berdikari. erti kesusahan sendiri. Dimana ida kene kerja luar dan drive seorang diri tanpa berteman. Bergerak sendiri tak semudah yang korang pk kan.. kerja ini memerlukan pengorbanan yang melampau untuk hanya mendapatkan gaji yang halal lagi diberkati.

Dengan kerja sekarang ni memberi pengalaman berharga dan yang penting hasil kerja ku dihargai. Bila buat kerja dan setimpal dengan SKT tiada lagi bisikan hati kecik ini berkata2..Dapat juga la aku rasa markah sebegitu walaupun tidak cemerlang mana..Bagi aku cukup bersyukur dan itu saja kerja yang mampu dan terpaksa memampukan...banyak kerja-kerja teknikal dan management yang aku belajar..

Kesihatan

Kesihatan anak2 juga ada pasang surutnya. Tidak dapat dinafikan aku selalu cuti untuk jaga mereka. Bezanya mereka dah besar sikit dan boleh mengawal asma or batuk dengan lagi cepat. arahan doktor semua aku ikut..mmg kesian mrk terpaksa buat masa ni bergantung dgn ubat tapi itu hanya sementara sahaja..aku juga memberi vitamin, kurma dan makanan sunnah..kita berikhtiar yang selebihnya terserah. Mudahan atas usaha ni akan membuahkan hasil untuk kesihatan tahun seterusnya.


Perniagaan

Alhamdulillah perniagaan Amway aku dah nampak hasilnya. Selama bertahun aku belajar selok belok perniagaan amway ni,ia mmg berbaloi. setiap yang mentor ajar aku aplikasikan.. aku jenis yang mendengar kata. bila aku rasa itu cara betul aku akan rendahkan ego aku untuk belajar.. kerana bukan susah pun nak jadi berjaya..asalkan tahu cara dan selok belok marketing insyAllah semua boleh..Ramai melayu yang berjaya. dapat site income dan kesihatan yang baik.. apasalahnya aku juga begitu. Setiap bonus aku akan asingkan di akaun lain. bonus tu akan aku kumpul sampai setahun..bila nampak peningkatan baru aku akan rasa hasil aku memuaskan dan akan menambahkan semangat. cara terbaik ialah jangan usik bonus jualan..walaupun sikit lama lama akaun anda akan bertambah..baru la hati makin riang.. gaji bulanan pun kita tak mampu buat simpanan..dengan bonus tu la aku simpan..aku bercita cita nak buat kelas untuk junior amway berumur 19-30tahun..aku pulak akan ajar mereka selok belok bisnes amway yang sangat mudah..bila aku mengajar aku akan lebih berjaya. Syukur tahun ni nampak banyak aku buat sale...sebelum ni hubby belajar degree aku kene bekorban untuk kurang buat sale di luar...so bila dia dah tamat,aku teruskan hobi ni sambil hobi sambil dapat duit..jom sesapa nak bole pm..

Keluarga

Anak-anak makin membesar, putera puteri aku makin hsome dan lawa. bersyukur sangat. mereka makin bijak dan boleh dibawa berbincang.cuma alis sahaja ikut mood, takpe bagi dia masa..afy dah pandai borak best bila anak dah pandai borak..ada la teman bila nak luahkan perasaan...hubby makin sibuk dengan bangunan yg makin rancak membangun..kami sama sama mencari harta dunia dan akhirat. kami bercita cita ingin menunaikan umrah diwaktu muda...insyaAllah jika mampu dan diizinkan.

Mak ayah sangat membantu..semoga mama abah diberkati dan sihat dipanjangkan umur..adik beradik aku pun dah settle..semua dah kawin..so far so good..mum and dad bole relek dan berhoneymoon ya...

Kawan-kawan

Sejak kerja luar aku ramai kenalan baru..tiada niat apa apa dengan mereka..aku sememangnya seorang yang sangat suka berkawan..vendor2 dah jadi kawan...kawan di klinik2 dan hopsital2 pun ramai..kawan kawan opis pun makin meriah..semua havoc dan best sangat...suka bergurau..hihi


Pr1Ma

hah bab ni kami masih menunggu..rumah dah siap..tak pasti bila dapat kunci..kita tunggu ye...semoga ia berjalan lancar dalam segala hal sebelum dan selepas dapat kunci..


08 September 2014

Noxxa Breadmaker

Hai lama ida tak update..just for sharing my fren duk Cheras so excited dapat breadmaker ni...dah siap pos kat whasup gambar roti2 nya..alhamdulillah dia suport i niaga ni..barang baik mesti orang carik..ida masih oustation so just nak sharing gambar je ni.. 

Teruskan membaca

miza bersama breadmaker

07 September 2014

Gemas - Duha Finaz

Alhamdulillah dapat gak aku menaip blog yang lama dah aku tak update. Sekarang aku berada di Hotel di Kota Tinggi. Ada masa ni aku update la citer. bila la nak bertambah duit lama dah aku tak update. Cerita banyak...malam ni aku just nak update citer majlis adik aku dibelah gemas. syukur selesai majlis menyambut menantu. gambar tak banyak sebab aku sangat sibuk melayan tetamu. Tamat sudah semua adik beradik dah kawin.. selesai tanggungjawab mak ayah aku mengahwinkan anak2 mereka. Bersyukur dikurniakan mak ayah yang sangat membantu kami susah dan senang.syahdu pulak bila duk hotel mengenangkan mak ayah dan anak2 yang aku tinggalkan di sana..aku keseorangan di hotel ini. semoga Allah membalas jasa mak ayah kami dengan syurga yang paling atas untuk mereka..amin!!!

Tq Cloud Cookies Malaysia dengan beg yang cantik..

Yang terdapat di dalam goodies bag tetamu

Kemah makan tetamu. Tema Peach

Kemah Pengantin dan Family

Pelamin Pengantin. Putih Peach

Sudah jadi adik ipar den!!

Aku & Hubby

Sengal Time!!

Lori Katering 

AyamGolek

ira nak kamera aku!! huhualis malu!!

Keluarga belah Klang..sowila kami overr...hihi...belah Gemas tak bergambar sebab mereka mmg macamtu tak suka bergambar...kene panggil baru mereka nak..lagipun belah gemas sibuk melayan tetamu

adik beradik tak lengkap sebab zainuz aju takde..gambar gelap

sesi buka hadiah adalah wajib!!!..tapi tak leh lawan hadiah kawin aku lagi banyakkk....hihihi..

Tetamu ini memang rajin jadi penonton hihi


anak sapa yang sibuk!!!

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers