26 February 2015

PR1MA

Alhamdullillah..terkejut gak dapat surat dari Pr1ma. Tapi aku macam fikir la yeah dapat agrement untuk ambik kunci..ceh!! bila bukak bukan rupanya. sabar jerla..hati berkobar2 sebab gaji telah ditolak. dalam masa sama malas nak pindah sebab  fikir duit banyak nak guna nila pindah. lagipun tahun ni tahun menabung. excited sebab nak lihat dalam umah..rumah pertama la katakan..hihi...

sekarang aku dah stat memikirkan sekolah kedua dua anak aku. memang dalam perumahan ada tadika. tapi tak taula ia beroperasi bila..alis pun dah 3 tahun..4 tahun memang nak masukan dia skoll main2. afy juga akan ku tukarkan skoll. mana mungkin aku nak berulang alik sekolah lama. jauh..

keduanya terkejut selepas dapat surat pertama tu, rupanya dapat emel suruh datang hari perasmian hihi...ini memang tak duga..seronokla...kami akan beramai ramai kumpul seperti diawal cabutan untuk kali keduanya undian cabutan bertuah serta dapat replika kunci.

Disebabkan Pr1ma ni projek pertama,so PM NAJIB la akn datang berserta media..cewah!! PM akan merasmikan projek ini yang telah siap..wah!! terasa bahang semakin hampir...inila yang kami penduduk Pr1Ma pertama tunggu. akhirnya tarikh 7Mac2015 jam 9 pagi...kami akan berkumpul beramai-ramai...yeahhh...

mula2 dpt surat ini.

rupanya kalender 2015..lawa2 gambarnya...semua pemandangan putrajaya...simpan buat koleksi!!

last dapat surat ini melalui emel...yeahh hari perasmian PM datang!!tak jadi nak p ganu..wedding kawan tak dapat ku hadiri.ini lagi penting...

Hydra-V & Artistry Men from Artistry

Sebagai pengedar Amway yang aktif, kami telah diperkenalkan dengan produk terbaik dari Artistry from Amway. Sebelum aku menjual pada pelanggan atau downine2 aku, aku perlu mencuba dahulu untuk membuktikan keberkesanan produk ini.

Untuk makluman semula Artistry ini adalah produk kecantikan Top 5 di dunia.. Ia sama level dengan produk Lancome dan yang branded di pasaran. Cumanya bukan brand yang aku nak ketengahkan,nak share berkenaan keberkesanan kualiti produk ini untuk cuaca di Malaysia ini.

Di mana mana sekarang produk akan berkonsepkan Hydra.

Pada zaman ini memang banyak produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan...aku juga tidak pernah terkecuali mengunakan macam macam produk. jenis pun suka tukar tukar produk mengikut kewangan semasa. Bukan bermakna aku dah mampu untuk memiliki produk sekarang cumanya aku perlu mengubah gaya penjagaan kulit semakin hari semakin kering serta ada kedutan2 di wajah. ialah umur pun dah meningkat kan..so untuk buat marketing kita perlu menjaga  penampilan sebelum kita mengesyorkan pada orang lain.

Aku juga telah mengikuti kelas kecantikan Artistry secara tidak menyeluruh but aku telah mendapat penerangan berkenaan produk ini. ia juga telah disahkan oleh KKM.

Produk baru from Artistry ini memang menakjubkan..sebelum ini aku juga pernah mengunakan artistry jenis lain. but ini memang best. kulit aku jenis kering dan kadang2 kombinasi mengikut keadaan cuaca..boleh tak?? hahhaha

So far penerangan berkenaan Artistry boleh baca di blog bisness mybisnessamway.blogspot.com

produk ini menyihatkan kulit tau,ia bukan semata mata menmutihkan,tetapi ia menyihatkan..sebelum ini macam macam dah aku beli. bila pakai memang cepat tapi bila stop guna abis kulit aku merekah. aku bukan guna utk bisnes sahaja,tetapi mmg nak sihatkan wajah semakin berumur semakin kulit kering..

dengan amway anda boleh pulangkan produk ini sekiranya tidak menunjukan hasil yang dicanangkan..ia moneyback guaranty...wang anda akan dikembalikan.

Ini set yang aku guna. Serum memang terbaikkk!!

krim penyubur,Pencuci,Serum

Pengunaan 2 minggu. wajah sebelum aku ada tompok lemak kecik2 serta kulit tidak sekata. Selepas pengunaan Hydra-V kulit aku rasa terhidrat dan pengunaan Serum sangat membantu. Produk ini bukan pemutih. ia produk organik. sememangnya jika organik lambat nampak efect. kita tunggu sebulan. akan ku update semula.

Pengunaan 1 minggu untuk Artistry Men. kulit muka tidak sekata di bawah mata serta bekerja di bawah cuaca panas menyebabkan kulit kekeringan. akan ku update untuk sebulan pengunaan Artistry Men.


24 February 2015

Dini di tuduh

Semalam petang aku di bagitau oleh cikgu yang anak aku tertumbuk kawan nama adib. Bila aku dapat aduan tu aku takde la marah sangat. aku soal semula pada afy. aku tanya dia,betul ke apa yang cikgu cakap...cikgu mengadu yang dini tertumbuk dan kawan kawan tuduh dia tumbuk adib. seperti biasa afy afy akan jawab juga soalan aku. bila dia cakap, bukan dini yang buat,masa tu dini main dengan abriq, tapi adib main dengan orang lain. lari lari laju2. pastu dia terkene pipi dini. hidung adib berdarah. cikgu dan kawan kawan tuduh dini yang buat. masa cikgu tanya seperti biasa la anak aku ni takkan menjawab dia akan diammmmm jer...dia macam blur..abisla semua kawan2 tuduh dia yang buat.

Sampaikan cikgu pun tuduh dia,,,mestila aku yang sentap!!sebab aku tau yang anak aku takkan buat orang jika tak di 'Provok'..logik la sebab afy main dengan kawan lain..dan tak sengaja berlanggar/tangan terkena  hidung berdarah..cikgu pulak tak reti nak psikologi kanak kanak..pun sama main tuduh jer..aku bengangla..mmg aku tau anak aku lasak..tapi dengan keadaan sekolah yang sempit dan ramai sangat mesti la tak leh kontrol..

Peel cikgu2 pulak tak reti tegah..biar jer budak main. mestila budak main diluar kawalan..

banyak lagi sebelum ni anak aku pun jatuh,belakang bengkak. kwan jugak yang tarik kerusi..terus bengkak aku takde pun marah anak org tu. sebab aku faham budak mmg lasak...anak aku pun lasak.. aku takde nak tuduh2..as long as aku tak ganggu org lain..dan hal budak2 takkan kita nak bergaduh kan..so aku relek jer la..asalkan dokto ckp anak aku tak patah..hopefully cikgu jaga la anak2 murid dan jangan terlalu ramai amik student sampai tak bole kawal keadaan. now apa yg berlaku  suka tuduh2..

Kalau terlalu pentingkan keuntungan, mmg tak terkejar..kita yang akan terduduk..untung mesti nak,tapi mesti boleh hadap situasi.

Aku kesian dengan anak2 diputrajaya ni, sekolah semua swsta,tapi tak berkualiti..sama la dengan tadika ank aku..ramai sangat...pasal pembelajaran mmg ok,anak aku so far boleh bawak dan aku tak expect tinggi..sebab aku takut aku yg kecewa..so aku biasa2 saja...asalkan anak aku nk pergi sekolah dan boleh baca sudah memadai...selebihnya aku yang akan ajar anak aku di umah..

setiap hari mmg afy susah nak pergi sekolah,bila berlaku keadaan ini aku takutla afy akan terasa tidak dihargai..so aku bgtau la cikgu supaya jgn tuduh dan kene amik hati afy..kalau dia tidak dihargai,aku takut dia tak mau sekolah..lagi la aku susah hati!!

aku harap la di masa akan datang, cikgu2 boleh makin bijak belajar psikologi kanak kanak...amik hati kanak2 supaya semua berjalan lancar..

Showl by Chekgu.com

Tahun ni femes la dengan shawl..aku pun dah terjebak dengan shawl ni..apa lagi try satu je..pastu kan aku pun macam dah jatuh hati pulak dengan shawl...now aku tempah lagi untuk koleksi pulak..kacau...abis la terbang la duit....

so far, setakat ini je gambar yang sempat aku selfie..

bertukar sudah muka aku bila bershawl2 ni...ini semua depa punya pasal..hahahahhahaa by Chekgu.com


Kejadian CNY

Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan chines aku. Merasa jugak aku sambung makan besar my fren. Pengalaman yang baru sebab dapat ber -Yee Sang..ala lambung lambung makanan tu...gambar ada di bawah...

Ikutkan plan cuti kami nak balik gemas. tapi tak jadi sebab ada dua kejadian yang tanpa di duga.

Pertama adik lelaki aku dimasukan ke Hospital kerana Gastrik Kuat melanda dia. Hampir seminggu adik aku ni merana muntah muntah. Dalam masa sama kereta dia pulak rosak..So dugaan ada dia bertimpa-timpa. Kami yang ada berdekatan ni membantu apa yang termampu. Adik pompuan aku bagi pinjam kereta dan aku bagi duit untuk repair yang rosak. Masih juga tak boleh selesai. Kesudahannya bawak balik gemas kereta tu repair.

Dia waded 7 hari paling lama. alhamdulillah dia semakin sembuh. perut dia ni pernah operation appendix. so disitu perut dia stat kene jaga dan tak boleh salah makan or lambat makan. mudahan gastrik tak melanda lagi. Peel dia ni suka lewat makan. tu yang kami bising2.

Kes 2 pulak semasa CNY ni adik ipar aku yang bini si kembar ni tanganya tersepit mesin semasa kerja. Adui kejadian ni memang serius aku..semasa kejadian tu, adik aku lakinya ni jaga anak di umah. wifenya(adik ipar aku) tak dapat cuti, sebab baru naik cuti bersalin. adik ipar aku ni ditugaskan untuk buat Roti(mmg kerja pakar buat roti)Giant. Seperti biasala kerja, bila ditanya org macam mana tgn di termasuk(aku blm kesempatan tye btl2)pastu dia cakap selalu buat ok jer..mesin tu pulak makan tuan..adui..sedih..yang b____ nya tak panggil bomba,dibiarkan je adik ipar aku ni merana tggu bomba..sebab tak boleh setel,panggil gak bomba..teruk btl la..patut awal2 la panggil bomba..punya sayang mesin dari staff. datang je bomba terus zass.....setel...bwk emergency serdang..serdang pulak lambat terus adik aku bawak bini nyer ke swsta..terus admit..nasib pakar tulang cakap tak patah..cuma kuku mati dan ambik masa nak elok tgn.

apa lagi mak bapk aku la yg paling risau..kesian mak aku ni hulu hilir. pas jaga adik aku kat wad,menentu pulak tersepit tgn..mudahan mak aku sihat dan hidupnya diberkati segala atas bantuan yang diberikan kepada kami semua.amin...

So plan bertukar, kami balik kampung hubby sehari semalam saja,,untuk isi masa lapang. terkejut la mak mertua tgk kami balik.

Time kami balik pulak foging di kawasan kg tu.siap masuk umah lagi...abis barang2 kene asap foging..membara je..apa la org tu siap masuk umah..dengan segala apa tak tutup...grrr..

lepas balik kampung kami lepak seremban umah kakak aku la..berpuas puas la anak2 main jumpe sepupu sepapat..

now aku batuk,sebab otw balik putrajaya dari kg hubyy,masa anak2 tido kami balun beli cendol kuala selangor..sedap giler..mmg terasa la...pastu batuk tak hingatt..

lagi satu nak ingatkan simpan air sebab dijangkakan musim panas stat skrg..risau btl dengan cuaca sekarang.....
pasrah je muko adik ipar aku ni!!

sedih aku tgk...


bengkak..sakit ni

inila budak2 tecik berkumpul di seremban


masing2 cuba lompat!!kelaka afy

afy melompat suka sgt!!kepala takde!! hahaha
tgn yang telah dirawat.
pengalaman ber Yee Sang

aku bwk anak2 duk dlm keter,sebab foging dalam umah MIL...grr



08 February 2015

Cuti Wilayah & Thaipusam

Cuti Wilayah
Seronok sangat bila dapat cuti umum, bukan senang nak dapat direct dpt cuti umum ni. ini la peluang kami nak setelkan kerja kerja tertangguh dan tolong orang. Semasa cuti wilayah kami ada presentation amway, kami dijemput untuk memberi ceramah sikit..sharing berkenaan pencapaian kami dalam bisness ini. alhamdulillah kami dah naik tangga amway. macam tak caya je naik stage dengan suami. mula kami diberi penghormatan sebagai tetamu VIP.. setelah siap lain bagi talk, tiba la masa nya aku dan huby bagi talk pulak, hihi..berdebar debar la..

lain macam rasanya bila kita jalan orang tepuk tangan...hahahha..ok dipendekkan citer pas suami bagi talk, nama aku dipanggil bagi talk pulak..hadirin yang datang semua yang memang nak bisnes..tak sangka pulak aku cakap depa suka dan yg penting faham. 

Abis je talk bagai aku sharing cara bisnes dan cara demo..aku pun turun la pentas..semua bangun dan salam aku...wah rasa hebat giler..hahahhaa...macam tak caya org salam salam dan siap bergambar bagai...hihi..nak share gambar aku tak pegang kamera..so yang dapat satu je la gambar sebelum aku naik stage..hihi..

Taraa...shawl beli dengan kak syaerifah dan baju seluar beli di butik nichi..alamanda..

Cuti Thaipusam
Masa cuti thaipusam kami laju laju terus tolong adik aku pindah ke shah alam..sebabkan wife dia mengandung,so aku la yg buat kerja kerja kemas final..adik beradik lain dah tolong masa pindah naik lori.aku dan huby takde msa tu. barang yang dah sampai shah alam kami la yg buat. suami drill bagai semuanya..aku tolong vakum kemas dan susun atur umah. 

Kami buat sama sama tolong menolong.supaya adik ipar kami tak penat..dia kan preggy anak pertama takutla apa apa berlaku...ikutkan masa aku preggy dulu aku la buat semua sebab alhamdulillah kandungan aku kuat..sampai nak bersalin pun tak keluar keluar..hihihihi..

selesai semua siap baru kami balik putrajaya...memang aktiviti cuti umum 4hari tak pergi bercuti.kami buat macam macam kerja...

orang lain pergi bercuti dan balik kampung tapi kami tak keluar lembah klang..okla setel semua lega..dapat berbakti pada family..mama aku hanya tolong masak,,itu kegemaran mak aku..dia ada dtg masak utk kami yg buat kerja...

 balik terus sakit sakit badan hihihiih/...







04 February 2015

Kejutan Birthday ke 34thn

Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk terus bernafas dan untuk terus beribadat kepada Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terima Kasih pada hubby sebab Special Occations belanja di Tony Roma's di IOI Mall Putrajaya.

Ini sahaja gambar yang sempat snap.

korang boleh cuba la makan sini makanan dan harganya bole tahan..terkejut gak la dinner di sini... hihihi...tq abi "sayang kamu ketat2"

Semoga tahun 2015 ini memberikan kesihatan dan kejayaan serta kebahagian yang diimpikan..Amin


Hafiy Dalis tak mo pandang!!

Ini menu yang aku request...
Selesai makan!!alhamdulilah

Dalis pun tak mo pandang..mummy je over..



Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers