30 April 2010

Part 3 - 12 hari terlantar di Hospital Putrajaya

Selepas discaj dari HUKM, aku la org yang paling happy..sebab tak sanggup dah duk menjaga baby seorang diri di HUKM..aku kan operate, masalahnya tak boleh langsung mama aku teman..nurse yang akan jaga aku..bila waktu tegang mcm baby aku nangis nak susu, aku tryla bagi susu badan tetapi sebabkan aku sakit sangat bahagian perut/abdomen so aku tak bole bagi susu dengan betul..bantai anak aku melalak..Nasib aku ada kwn katyil sebelah yang tolong dodoikan anak aku..dia faham aku tak larat dan sakit sgt..aku mmg tertekan..bila aku tak larat nak jalan,aku tekan loceng,ada pulak seorang nurse senior ni marah aku..dia cakap jgn tekan loceng kalau nak susu botol jalan sendiri..amboi kerek sgt nurse ni..tengah sakit2 dia suh aku jalan..ah!! itu yg menyebabkan aku nak discaj cpt2 dr HUKM...ah ttp citer HUKM..

28hb MAc 2010

selepas discaj,aku pun happyla..sampai umah 3ptg jer tak sampai brp jam aku dah sakit sgt bhgian perut..aku ingat mmg gni sakit operate..so aku tahan jerla..aku rasa nak tercabut pinggang aku, sakit sgt...then sakit tu merebak kebahagian atas perut..aku tahan lagi..then aku rasa nak terkencing so aku pi toilet..aku kencing mcm biasa tapi sgt pedih..aku tahan..aku suh adik aku tolong papah aku..lama kelamaan jam menunjukan 12mlm..aku nak kencing lagi tetapi kali ni makin sakit nak kencing tak kuar apa pun tapi sakitnya mcm nak meletop perut aku..abah aku suh pi HUKM..aku menangis2 tak mau..dah la jauh tak larat aku nak naik keter terhentak2..

3pagi

JAm menunjukan 3pagi..anak aku dari awal balik melalak jer..aku nak bagi susu tak dpt sbb aku sakit sgt..mama pun bagila susu botol tetapi melalak lagi..aku dah tension dgn sakit ni..aku menangis2 tak boleh nak kencing...perut aku dah buncit sangat..so aku rendahkan ego nak pergi hospital..aku suruh suami hantar di Hopsital Putrajaya bahagian emergency...

4pagi- 8pagi

Sampai emergency tiub kencing dimasukkan untuk membuang air kencing..alangkah terkejutnya banyak sgt sampai berdarah..aku ditahan wad..aku menangis2 tak mau..aku ckpla baru balik HUKM dan anak aku mcm mn..so doktor benarkan anak aku dibawa sekali..8pagi aku di hantar ke wad spital putrajay..disini bermula la kehidupan aku selama 12hari di wad..

BAnyak sungguh dugaan..aku kuatkan semangat...setelah 4hari menggunakan tiub kencing sakit itu hilang dan aku semakin pulih...

Tetapi doktor pun pelik kenapa aku tak boleh bergerak seperti biasa dan naik turun katil pun susah..bahagian punggung aku tak boleh bangun n duduk seperti biasa..doktor pun buat pemeriksaan bhgian faraj..tak de masalah..

Ujian darah dilakukan..oh! didapati aku dijangkiti kuman di dalam darah..patutla aku asyik2 deman setelah bersalin..doktor terpaksa tahan aku lagi sampai baik..tiap2 hari darah aku diambil..sakitnya dan rasa tak larat dicucuk..kalau kene nurse training yang buat keje pun sakit..tapi lagi teruk kalau doktor pelatih dari Cyberjaya universiti ambil darah aku..sampai bengkak2 urat tangan aku..

Tiap2 hari buat ujian darah..dan pelbagai antibiotik dah aku telah dan masuk dlm badan aku ni..dari tablet sampaila antibiotik yang mahal cucuk terus dlm darah..sakitnya..dah la czer aku sakit,bahgian dada aku sakit lagi dengan wayar2 berselirat ni..rimas sungguh!!

Nasib mama aku ada jaga anak aku..anak aku lelaki pulak kuat menyusu..sakit2 aku susukan jugak..kalau tak larat aku pam jer susu badan aku..alhamdulillah anak aku sihat..

HAri demi hari keputusan ujian darah aku masih tidak normal..ada masanya aku menangis teresak2 mengenangkan aku berpantang dlm wad dan dalam keadaan sakit..sian anak aku kesejukkan duk di wad..

mama aku tido dikerusi malas jer..dia pun kesejukan...Dalam hati berdoa harap dapatla kuar wad cepat..tapi tak juga dapat..

Aku beruntung dapat doktor pakar dan nurse yg baik2 jaga aku..bertuah badan..anak aku pun mrk mandikan..doktor pakar putrajay tak benarkan aku balik selagi tak sihat..dia ckp org yg dalam pantang kene sihat takut apa2 terjadi masa berpantang bahaya...aku pun redha dan aku patuh arahan doktor..

Kawan2 opis datang melawat..kwn2 luar pun dtg melawat..terima kasih sebab ramai yg datnag melawat aku dan anak..

Lama kelamaan aku tak beransur pulih ini btl2 pelik..aku ckp bahagian bawah dada aku sakit sgt..nak makan dan tido sgt2 susah..doktor pun periksa..dia suspek aku kene Bengkak Hati..so pakar sugery putrajaya pun datang buat pemeriksaan..mrk lakukan CT Scan..

CT SCAN - Masa buat ujian CT Scan ni aku mmg berdebar2..aku berpuasa malamnya..mcm2 aku pikir pasal masa depan aku..aku menangis2 bila doktor syak aku kene bengkak hati..betapa luluhnya jantung aku masa tue..aku bayangkan umur aku dan sapa yg nak jaga anak aku yg memerlukan aku tika ini..bengkak hati ini selalunya Hipetatis...aku takut sgt kene jangkitan hepatitis..kalu dah kene mmg susah nak baik..

Seumur hidup aku kenangan masuk dalam mesin imbas..mmg takut btl..padahal takde apa2 pun..masuk terowng imbasan mcm2 aku fikir..takut kang kene elektrikla dan mcm2..hehe..macam ayat dan surah aku baca sampai terlupa2..ish2...

esoknya keputusan menunjukan aku ada bengkak dibawah bahagian hati..maksuhnya bengkak tu mungkin jangkitan kuman..ia menyebabkan aku rasa sakit sgt bila makan dan minum..ia bukan hepatitis..alhamdulillah lega sgt!!hanya perlu makan antibiotik dan minum byak..bengkak bawah hati itu lama kelamaan beransur putih..syukur bila ujian dilakukan atas badan aku sebarang penyakit berbahaya tiada..ada hikmahnya dan bersyukur akhirnya badan aku bebas dari sebarang penyakit..

Bila kenangkan kembali kronologi masa kau mengandung sampai bersalin patutla aku tak boleh tido dan sakit bahagian abdomen..rupanya ada bengkak di otot bawah hati aku..

Dan aku bersyukur segalanya terlerai selepas bersalin..setelah dirawat aku semakin pulih..aku dibenarkan pulang...bebas aku dan merdeka rasanya..seronok akhirnya aku balik juga rumah dengan berbekalkan ubat antibiotik..

Aku disuruh dtg lagi untuk apoiment next weeknya..

No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers