06 July 2014

Kelas Amway

alhamdulillah selesai dan aku dah lulus menghadiri kelas Amway. Korang fikir aku main-main?tidak sama sekali..sudah lama aku berkecimpung dalam bisness ini. dah rasa juga bonus dan keuntungan dalam bisness ini. sebelum ni aku tiada kesempatan untuk menghadiri kelas intensif kerana aku perlu biarkan suami aku setelkan degree dia...ramai tanya kenapa aku tak sambung degree,sebab utamanya aku dah malas nak exam. itu je...yang lain aku sangat rajin!! hahhhaahaa...dah umur2 ni bukan segulung degree or master yg aku kejarkan, tetapi kebebebasan kewangan yg aku utamakan..sebab itu aku perlu menghadiri kelas menambah ilmu agama dan ilmu duit..sekarang alhamdulillah ilmu kelas alquran aku masih berjalan seperti biasa..dan penambahan kelas duniawi pulak ialah kelas Amway...aku nak pastikan aku mendapat gaji dengan amway kekal sampai bila2 di samping aku boleh infak kan duit ke arah akhirat pula..itu aku..aku akan cuba buat keperluan bukan buat ikut emosi...

Seronok ramai juga org melayu hadir dan ramai sangat dah berjaya dalam bisness yg sangat 'org nak lari' hahaha..aku hadir seorang diri dengan misi n visi nak jadi berjaya..

Dengan kesibukan oustation,itu bukan penghalang untuk aku menjayakan visi misi tahun 2014. Habis je suami belajar aku tanpa lengah lagi terus aktif semula dengan amway. semoga Allah berkati apa yg aku usahakan..

Jom kawan2 jadi bisness partner ida...sama2 berjaya dan kaya.







Gaji 6K sukar beli umah

bergambar dengan org yang berjaya dalam amway..Haji Zaki.. 
Grop melayu yang berjaya


Dah lulus dan hadir kelas Maraton AES

yg kami belajar dan diajar

22 June 2014

Pakar Mata ACS Kajang

Alhamdulillah selesai checkup mata aku..Di kesibukan aku ni aku sempat lari pi jumpa pakar mata..sebenarnya dah lama nak jumpe pakar mata cuma masing2 takde masa..bila jumpe pakar mata ni aku tak boleh drive sebab bahaya..aku nak check saraf mata. Disebabkan sebelum ni aku ada tiroid so ia menyebabkan ganguan pada mata juga. so nak jumpe gomen dokt bukan tak boleh ..cuma lama sangat tempoh nak jumpa tu..apoiment berbulan2 sebab terlalu ramai..so sesiapa yang berkemampuan sikit boleh la jumpe pakar swsta..bukan apa ringan jugak la beban dokt krjn..baikk tak aku..since kene kje di klinik dan hospital aku dah tengok keperitan dokto2 d gomen..sian byk kerja..kikiki..so aku terusla set apoiment jumpa pakar mata yg berhampiran..bila ada tiroid sblm ni menyebabkan kekeringan pada mata..

Dokto mulakan dengan Kembangkan anak mata dulu..bila dah kembang anak mata ni,penglihatan akan kabur dlm beberapa jam..sebab tu la kene ada suami teman kan untuk drive dan pimpin tgn kita...

setelah dokto tengok saraf aku ok..dan kekeringan menyebabkan mata aku berbayang2...ditakdirkan aku kene pada awal muda,,so far kene pastikan mata sentiasa lembab...itu sahaja...

Yela okla murah jer di sini,,,boleh la untuk kita check mata seblm terlambat...jgn takut jumpe dokt bila rasa kita tak sihat...macam aku dah macam2 dokt jumpe,,sbnrnya aku la org yg paling takut jumpe dokto..aku serah diri je dan belasah jer!!

dokt check dulu 

Mendengar penerangan..cuakk muka..takut

Nurse mula titiskan untuk kembang anak mata

Tengah pejam mata untuk memastikan ubat sekata

anak mata mula mengembang

penglihatan kabur sikit

anak mata dah kembang!!



13 June 2014

Tahniah Akhirnya U Berjaya & Homestay SkudaiKami

Alhamdulillah tahniah kepada u...en.shaiful nizam...setelah bertahun lamanya berhempas pulas..dengan macam2 dugaan yang di lalui akhirnya berjaya juga habiskan degree space yang sgt mencabar...belajarnya sampai ke malam...sabtu ahad tak duduk rumah...kenduri sedara mara semua terpaksa di skipp..pastu anak2 asyik kelaur masuk wad...memang kalau tak cekal memang dah lama tak teruskan...banyak kali juga my huby ni nak berhenti belajar sebab kesian family dan anak2 masih kecik yang sgt memerlukan perhatian..tapi aku cakap teruskan jer..biarla mana yang mampu aku tolong...kalau korang nak rasa perasaan macam aku try la suruh suami korang sambung engineering di space UTM..mmg mencabar la bagi aku...

Suami aku suruh aku sambung belajar pulak..aku memang belum terbuka hati lagi..sebelum kawin dulu ada juga perasaan nak sambung degree tapi kesiankan mak ayah aku ..kalau nak sambung nnti mesti mintak duit mak ayah..lagipun adik2 aku tgh belajar semuanya...so aku terpaksa la bekorban biarkan adik2 belajar sampai berjaya...aku teruskan kerja..

ok cau...anak2 aku dah meragam ni...





Gambar ni baju aku tak turun..photografer tu main bedal jer..patut dia suruhla aku betulkan baju...muka suami aku pun depa tak fakuskan..nampak gambar ni macam fokus pada kami bertiga jer..sepatunya aku tak perlu pegang anak2 aku..baju gaun tu tak nampak kembang sebab aku dah kepit mereka..masa ni tak sibuk sgt pun..tapi layanan kelab photografer UTM ni tak bagus.

Tengok kain baju aku tu..satu nampak kasut,satu tak nampak kasut...tah ape2 la depa ni amik gambar..fokus muka jer..



Kami Kongsi Homestay

Bilik Master

2nd room

3rd room

Dapur

anak2 kami bergabung

masak time

Meriah tu

Barang2 kering yang kami bawa






Ulangtahun Penduduk Putrajaya 2014

Assalamulaikum pembaca blogku yang tersayang..weken ni aku ada masa sikit nak update blog ni...Kami dapat jemputan khas dari YB Nan - Wakil Rakyat Putrajaya...setiap tahun dapat jemputan dari YB. Tapi huby aku sibuk mengalahkan menteri..so tahun ni 2014 akhirnya dapat juga kami pergi jemputan ni...seperti biasa setiap tahun akan ada sambutan ulangtahun penduduk putrajaya..alhamdulillah murah rezeki...tahun ni kami dapat hadiah yang boleh digunakan raya akan datang..sebenarnya kami tak kisah pun...just sebagai sokongan kepada YB kami hadir tanpa memikirkan hadiah yang akan diberi...saja nak tengok penduduk putrajaya sambil kami berkenalan antara satu sama lain...yelah masing sibuk..balik kerja sampai umah tutup terus pintu..macam mana nak bertegur sapa..kadang2 jiran depan umah pun tak bertegur..so dengan ada majlis macam ini boleh la kita penduduk beramah mesra dan bertanya kabar serta dapat bertemu secara face to face..








18 May 2014

Joging

Alhamdulillah tertaip jugak blog ni..terlalu sibuk sampai tak sempat lagi menjengukk blog kesayangan aku ni..syukur plan tahun ni nak joging tercapai...sudah hampir sebulan lebih kami sekeluarga dapat berjoging untuk kesihatan badan..Semenjak huby abis belajar ni pelbagai aktiviti yang tertangguh dapat kami sempurnakan..setiap sabtu ahad dan hari cuti umum mesti aku akan ajak huby n anak2 ke taman botani dan taman diplomatik untuk berjoging..aktiviti seperti ini sememangnya rutin keluarga aku di gemas..mak ayah aku mmg berjoging sampai sekarang..Kami dari kecik sememangnya telah dilatih oleh mak ayah aku untuk bersukan/berjoging/main badminton. Tetapi semenjak berkahwin lagi2 semenjak beranak pinak ni..aktiviti joging yang nampak simple ni tak dapat aku lakukan...

Okla...semenjak bersukan ni dan pulak ditakdirkan aku bekerja di luar ni membolehkan badan aku sentiasa mengeluarkan peluh..Manataknya 6 tahun duk dalam opis memerap tgk koding tu,dengan opis yang sejukk macam air batu tu,lagila otak aku lembap tahap dewa..langsung tak aktif..pasif giler duk opis...

Plan Allah tu terbaik,makanya aku satu2nya perempuan yg join site survey ni memaksa aku terus aktif seperti dolo2..kikiki...kawan2 baru pun makin ramai...kawan ngn pegawai2 atas2 bertepu tampar macam satu batch.hahahhaha...

Seronokla anak2 aku sekarang setiap petang 1jam - 2jam mesti ajak depa lari2 kat taman...habis peluh semua kuar..anak2 aku pun ada batuk n semput n selsema...biar depa kuar peluh...lega aku tgk kami semua dapat berpeluh..

badan aku pun dah rasa Fit jugakla..so berketul2 tu yg aku suka..muscle ada..kikiki.layan gambar ni..baru bawa kamera..









Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers