04 March 2016

Musim Sakit

Kita sudah biasa ada musim zaman sekarang cuaca memang sudah tercemar, kita dah biasa dengar musim hujan je, musim panas jer dan musim banjir je..sekarang dah ada musim virus dan paling banyak melanda ialah musim demam denggi..takut tau sekarang, anak anak aku balik sekolah ajak aku pergi taman, tapi sian mereka aku dah tak bawa mereka ke taman, sebab nya dah ada musim denggi..dulu kita mesti nak berpeluh bawa anak main keluar, zaman skrg anak anak balik sekolah duduk umah je. aku tak nak cari pasal dengan nyamuk aku pun tak bawak mereka bersiar..mmg kesian sgt!!dgn satu gigitan skrg amat berbahaya...

Cuaca kering panas terik ni macam macam penyakit dtg. Baru baru ni di alis tak sihat, kene selsema dan demam mendadak, tiba tiba je...dekat 7 hari baru baik..check darah hari 4 pagi kompem bukan denggi, hanya bakteria je..tapi lama gak alis nak sembuh...aku EL dan aku panggil suami aku balik jaga anak,tapi dia kejap la..aku yg jaga lama...alis mendapat antibiotik augmentin untuk sembuhkan demam dan bakteria yg ada..bila anak sakit aku mmg tak keruan la bekerja...kerja opis masa tu banyak, ada la beberapa kawan2 opis sakit dan masuk hospital.

Melawat Kawan Sakit
Febuari kami sekumpulan melawat kawan kami Aidil kerana sakit tenatt. Pihak pejabat buat bacaan yasin dan doa selamat untuk semua yg sakit. Semasa kami melawat memang dia sakit sangat, aku tak boleh nak mention di sini, sebab aku sendri tak sure sakit dia..dengar kene kanser colon. aku tak boleh dengar penyakit ni, sebab nenek kesayangan aku telah meninggal kerana sakit ini...semasa kami reramai melawat, dia dalam keadaan yg sakit sgt...aku sebak dan kami yg dtg melawat pun sebak..ramai sangat yg dtg melawat dia..semoga aidil kuat semangat dan dapat rawatan yg terbaik dan semoga dia boleh sihat seperti sedia kala..amin amin amin!!kami sentiasa mendapatkan kabar berita dari abg aidil di sana..

Kak masturai sakit pun aku tak kesempatan melawat lagi. ikutkan hati mmg nak melawat semua apakan daya masing2 ada komitmen yg nak di kejar...aku doakan akak masturai juga sihat dan sabar..amin..

Aku tak akan lupa makan vitamin dan protien untuk menguatkan sistem imunisasi badan dalam keadaan cuaca sekarang..lagipun aku manjaga anak anak sendiri tanpa suami. jadi kekuatan badan serta mental kene sentiasa kuat dan sabar..kalau hati aku tak cekal mana mungkin aku nak hadapi segalanya sendiri...so far aku dah boleh sikit sikit dan dah makin ok uruskan anakanak sendiri..alhamdlillah juga anak anak makin matang dan mendengar kata..kalau anak anak aku bergaduh ke apa ke aku biarkan jer la...mmg lumrah..bila tak leh handle biasala rotan sentiasa di sisi aku hihihii...

Anak anak buah aku juga demam batuk selsema, demam tak abis abis..risau skrg..cuaca skrg dah tak elok, mmg terjadi macam macam penyakit, keluar umah sikit dah demam..kesian sgt...

Aku harap anda diluar sana makan la vitamin untuk manjaga kesihatan diri..kita perlu bertenaga setiap hari utk menghadapi rutin harian yg makin sibuk ini.






No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers