17 March 2016

CousinShiela- i mis u!! Al Fatihah

Kami akan bertemu hanya pada hari Raya sahaja. Selebihnya masing2 sibuk dengan kerja kerja dan kerja..tup2 dengar berita sepupu aku masuk ICU.. Masa tu rasa macam baru je jumpe. Padahal las jumpe masa kenduri arwah mak long jer. Betapa kita sibuknya dengan dunia sendiri, sampaikan kita tak peduli untuk jalan jalan ke rumah sedara mara. Jika tiada hari raya memang la kita takkan melawat...

Aku nak gerak melawat semasa hari kejadian, suami pula tak de di sini. Memang payah bergerak. aku pergi kerja dan balik  kerja uruskan anakanak je.

Arwah koma 6 hari di ICU, Sebelum hari kejadian dikatakan arwah kerap sakit kepala demam dan batuk. Dia seorang cikgu. Dia seorang yg sibuk. Beliau juga baru abis sambung belajar. So aku kalau dapat tau sambung belajar memang la seseorang akan sibuk yg melampau. Mak ngah kata arwah selalu call cakap tak sihat, telah dinasihatkan untuk ke klinik tetapi tak pasti dia pergi atau tidak.


  
Dia telah Tiada..Al Fatihah..Umur 35 sebaya dengan aku


Dia baru abis camping sekolah dengarnya, keesokan dia call hubby dia suh hantar hospital katanya sesak nafas. Suami dia balik dan bawa lelaju dia, dalam perjalanan ke Hospital Alor gajah dikabarkan arwah pengsan. Sampai di emergency pihak hospital terus buat CPR dan dia sedar. Dalam kesedaran tu suami dia bagitau arwah nak balik gemas ambik mak untuk jaga anak dia..Dia ok. Dalam perjalanan suami untuk ambik atau selepas ambik mak, call dari pihak Hospital menyatakan nafas terhenti 5 minit pastu sedar semua. keadaan cemas begitu terus Hospital Alor Gajah Hantar ke Hospital Besar Melaka.

Hospital Melaka lambat bertindak dengarnya, tapi tak tau la..ketika itu arwah memang dah koma. Mereka terus tebuk leher untuk masukkan tiub dan aku tak tau la kisah selanjutnya, yg pasti arwah stay dalam ICU semalam 6 hari diberi Rawatan ICu kecemasan serta masukkan ubat kurangkan bengkak di kepala.

Di dapati bengkak tidak surut, itu adalah otak bengkak. 1st time aku lihat macam mana otak membengkak. dimaklumkan sel otak mati dan tiada harapan.

Genap 6 hari ubat habis dan mesin terhenti sendiri. Sedih yang tak hingga mengenangkan arwah sedang menajaga anak angkat dengan penuh kasih dan sayang seperti anak sendiri..YaAllah dia seorang yg mulia menjaga anak angkat yg dimaklumkan anak itu dibuang ibu kandung..

Pangilan anak angkat tu ialah Mia..Kesian Mia, disebabkan aku tak dapat pergi hari kebumian, adik aku memaklumkan mia mengerti dan semasa nak pulang dari kebumi malam ini, Mia sebut "BYE IBU, IBU TIDO SINI YE"..SubahanaAllah..semua org menangis...aku sedang taip ni pun sebak!!

Bila doktor kenalpasti punca, rupanya arwah bukan migrin,tetapi darah tinggi naik sebelum kejadian tinggi sangat..arwah ingat migrin dia dtg..dia hanya mkn ubat migrin tanpa jumpe doktor. Pengajarannya: jgn la kita anggap sakit kepala sebab migrin, tetapi pergila jumpe dokt tengok tekanan darah..sekiranya sgt tinggi akan menyebabkan sakit kepala dan seperti arwah pembuluh darah pecah menyebabkan otak bengkak...semoga kisah ini menjadi iktibar.sesibuk mana kita jgn abaikan senaman dan checkup harian.

Semoga Arwah Shiela(nama gelaran) bersemadi dengan tenang dan merahmati pemergian dia..Semoga Arwah diampunkan dosa dan ditempatkan bersama org2 yg beriman dan syurga.. Amin...

p/s: baru je aidil pergi...





No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers