11 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Tahun Baru semua.. aku lama tak update blog kerana kesibukan melampau di opis dan di rumah!!hihih...

Tahun baru azam mesti baru...setiap org kene ada azam...sama ada jadi or tidak itu belakang kira!!org yg nak kejayaan perlu sentiasa istiqomah berazam dan melakukan azam itu..

Tahun ini Alis dan Afy sekolah. Alis masih tidak pandai untuk menyesuaikan diri. Setiap hari ke sekolah mesti menangis. Padahal sekolah tu dekat opis je. bukan jauh pun depan opis ku jer..

AKu ni curi curi taip blog masa kerja di cyberjaya ni..hihi..tiap hari alis nak itu ini untuk elak masuk sekolah..aku sebenarnya kalau umh dekat dgn umh pengasuh mmg aku tak sekolah kan dia..disebabkan umah pengasuh lama tu jauh untuk berpusing, mana mungkin aku nak suh duk situ.. lagipun aku yg uruskan kedua-dua anak. Suami aku kerja johor. Bagi aku la semua kerja yg susah aku dah rasai, bila bab anak ni takde hal la bagi aku..bezanya keadaan pagi akan lebih kelam kabut..bila pagi kelam kabut mestila akan ada rasa kepenatan di situ. Tetapi alah bisa tegal biasa so kenela hadap jugak. jika tak hadap mana mungkin kejayaan akan dtg tanpa cabaran! hihi..semasa alis di taksa kkm tiada sesi pembelajaran lagi. dia pun bosanla..tu yg nak balik ikut mummy jer...yg cikgu pun sengal, bagi la aktiviti apa apa walaupun tiada buku. cuba la kreatif pujuk budak, ajak main taman ke, ajak main kerusi beracun ker ajak color2 ker..tak payah la lama sangat..just nice jela!! asalkan budak happy nak dtg sekolah...

So far afy pula di sekolah baru belum ada aktiviti,dia pun kebosanan,tetapi dia takdela bosan sebab sekolah dia lawa dan bersih..ada aircond takdela masam macam dulu punya tadika..hihihi..afy dia dengan lasak diala..teacher cakap dini asik mundar mandir jer...aku ckp dia tak boleh takde aktiviti nnt dia jadi mundar mandir sorang2...

kedua dua anak aku dah besar dan pandai mengadu..so ada je cerita yg di bawa balik hahaha...comelkan!!

Tahun baru aktiviti umah makin sibuk, selepas balik kerja aku akan curi masa untuk zumba juga 3x seminggu dan akan masak seperti biasa serta akan suap semua. Selesai aku akan teruskan sidai baju serta mengemas umah..Setiap hari kene sapu umah..umh aku mesti sentiasa teratur dan akhir sekali aku akan susun jadual amway aku.

sabtu ahad masa aku beramway...temujanji dan demo mesti ada..

Bergaya malam hari

Beg tu pemberian pengasuh alis dan sandle tu alis yg pilih sendiri

sakan berposing alis tu

bila nak skoll cuakk

sekoalh afy..kabur sbb aku lupa nak snap elok2

testing masa bayar yuran
1st day at school!! alis di blkg tu poyo...

belum apa apa dah naik tangga!!huh


No comments:

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers