20 December 2012

Penutup 2012

Dalis Sofeeya dah 8 bulan hehe
Cepat sungguh masa berlalu...sekejap je kita nak melangkah ke tahun baru masihi...Wish tahun baru islam pun kita baru wishkan...untuk tahun baru masihi tinggal beberapa seminggu je nak abis...apa yang berlaku biarkanla berlalu sahaja..yang baik sebabai kenangan dan yg sedih2 tu ada hikmah disebaliknya..semoga kita perbaiki lagi di tahun yang akan datang..

Aku pun lama tak update sibuk dengan hal sendiri...banyak hal pun pasal anak2 je la...kelam kabut la sekarang byk kali ulangalik kampung...baby pun baru dapat pengasuh baru...sekarang kami anak2 di Kg Baginda...jauhla dari apartment kami..tu yang pagi2 kecoh sikit nak kene ke area sana...kalau ujan or jem mmg lambatla aku sampai opis...

Baby pun asyik tak sihat je sekarang.. tiap2 bulan demam...org cakap nak membesar or tumbuh gigi...tu yang kalau demam je cuti aku pun abis...

cuti tahunan aku rekod la dah abis tau!..so mmg takdela nak frwd2 lagi da...huhuhu..sedihla..

hope anak2 aku dan pengasuh baru okla lama la tahan..tak sanggup aku nak mencari lagi..kesian kami tau...bukan tak mo duk taska,macama ku terangkan dulo2..anak2 aku ni jenis cepat berjangkit...tu yang aku bergolok gadai masa mencari pengasuh umah...kene la tahan dengan kerenah2 pengasuh2 ni...macam2 jenis org aku tak jumpa...

aktiviti akhir tahun ni kami plan nak pi bercuti..ala dekat2 jer...tak jauh..bawak baby ni tak leh jauh2 nanati meragam....okla nantikanla kalau jadi ada la gambar kami hehe...

semoga apa yg berlaku tahun ni akan mematangkan lagi pemikiran ku ni dan dapat ilmu serta boleh melatih kesabaran aku menjadi makin baik..hehe..



tahun depan dengan misi yang lain dan wish kami beroleh kesihatan yg baik...dan hope huby boleh tamatkan degree nya dengan cemerlang...hadiah kene frwd tahun depanla...hehe...
demam
demam cian
Semalam aku cuti bawak afy pi jumpa pakar mata...alahamdulillah mata dia ok..cuma nak kene training mata umur 4tahun ..so ada setahun lagi nak buat training..dokto pun cakap dia pandai baca dan tak rabun...yg juling tu nak kene training sikit....so far mata afy sihat...takde aku risau sgt....so tggu next checkup...
Ini la gaji terakhir tahun 2012, dapat beg idaman ku...rugged utk aku bwk motor

06 December 2012

Tuhan Berkuasa Ke Atas Kita

aku suka baca kalau ia menginsafkan dan memberi kesan ke atas diri. jumaat yang penuh berkat ni aku nak kongsikan kepada anda semua puisi yang terkesan pada aku dan sebagai renungan anda semua..

Setiap hari engkau menghirup udara,

engkau boleh lupakan Tuannya?!

Itulah Tuhan yang menghidupkan engkau

Kalau Tuhan stop udara matilah engkau

Mengapa engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja?!


Setiap hari engkau makan rezeki dari Tuhan

Engkau tidak jatuh hati dengan-Nya

Bahkan engkau boleh melupakan-Nya

Betullah engkau hamba yang tidak ada hati perut!

Di waktu engkau sakit Tuhan sembuhkan

Di waktu perlu rehat Tuhan tidurkan,

bangun segar semula

Engkau bertenaga semula,

boleh menyambung kerja


Engkau tidak terasa terhutang budi kepada-Nya?

Engkau tidak nampak lagikah

kuasa Tuhan kepada engkau

Dia boleh memperbagaikan keadaan engkau

Sekali-sekala engkau gembira,

sekali-sekala engkau dukacita

Adakalanya engkau sakit,

adakalanya engkau sihat


Begitulah seterusnya Tuhan menjadikan engkau

berbagai-bagai keadaan

Engkau ingat itu semuanya kuasa engkau

Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa

Takutilah Tuhan,

Dia boleh buat apa sahaja kepada kita

03 December 2012

Kenangan 2012

Banyak nak ku tulis dalam blog ni...pejam celik dah end year 2012 sedih nak tinggalkan tahun ni..banyak kenangan dan pengalaman dan cabaran yang ku tempuhi dan semua ni mematangkan aku...kenangan manis segar dalam ingatan..kenangan pahit atau kesedihan semua ni sebagai cabaran untuk aku terus melalui hari2 yang mendatang dengan kuat lagi...alhamdulillah setiap yang diuji dapat aku tempuh dengan baik dan kuat semangat..hehe..ala normal la ada cabaran ni lagi2 cabaran dalam membesarkan anak2...semua ni bagi hidup lagi warna warni hehe..kalau tak , tak mencabarla ..tiap2 tahun mencabar..

aku skrg ulang alik dari sbn..sebab anak sulung aku stay ngn mak ayah aku..tiada pengasuh..aku pun malas nak carik pengasuh baru dah akhir2 tahun ni...ada hikmahnya...aku masih belum temui pengasuh yang betul2 bertangungjawab....kesian afy terpaksa berpisah...itu yg kami malam2 tido sbn...pagi2 buta bangun balik putrajya..penat la..tapi berbaloi jumpa anak...plan tahun depan untuk pengasuh tak tau la lagi..lagipun kesihatan afy kalau duk dgn pengasuh mesti break down...tu yg malas aku nak carik buat masa ni...biar dia betul2 sihat duk ngn nenek....kesian mmg la...tapi apa boleh buat...kamila kene ulang alik..

alis pulak pengasuh yang ada ni belum tentu la ok...taruk jer...masa pi kerja mmg hati ni berdoa2 mudahan2 alis dijaga dgn baik...takut gak...alis pun baru baik batuk...makan antibiotik jer..risau la tau...badan alis pun kecik jer...dah nak masuk 8 bulan tapi halus je...bimbang jugak aku ni...kepala otak ni buat masa ni mmg tak leh nak fokus sgt...

masa time bekerja dapat kerja yg aku boleh buat aku cepat buat..yg tak bole mmg bolayan la...kene cepat tiap2 bulan mesti EL..cuti pun dah sikit....EL jaga anak bila tak sihat...

baru2 ni aku kene muntah2 teruk nasib tak admin wad...sebab badan terlalu penat sgt..now dah OK....itula badan kita ni kene rehat...bukan tak nak rehat tapi tiap2 minggu balik kg or sbn jenguk anak bujang...berkorban la sementara larat..

banyak la kenangan mmg tak tertulis...yg best pengalaman mengandung dan bersalin...dapat sepasang..hehe

nanti bebila free aku citer lagi

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers