02 February 2018

The Plated ioi - Sambutan Besday

Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk terus bernafas di dunia ini. Kali ini hubby bawa makan-makan di The Plated IoI..So 1sti time la makan di sini. So far ia restoran untuk Wastern...

So boleh la kalau korang nak cuba, kot dah boring makan di tempat yg sama. So pandaila suami i buat servey, dekat dan berbaloi!!

Makanan sini korang boleh pilih dengan menu2 yang tersedia..western pun sedap.. burger pun sedap..so recomended la utk korang pergi..

hadapan restoran

from hubby

nak pergi kerja dpt surprise..thanks cubby

terharu alis buatkan kad utk mummy

anak paling sonok

inila burger cute

my family love both of u

hadiah from kak long..dia tak pernah tak bagi,,setiap tahun mesti bagi hadiah..aku je yg tak bagi ke dia hihi
 


04 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah dipertumukan dengan tahun 2018. Pejam celik pejam celik sudah 2018. Betul betul cepat masa berlalu. Apa yang saya capai tahun 2017 lepas? Alhamdulillah semua berjalan lancar dan apa yang aku mahukan telah di capai. Pencapaian dalam kehidupan dan kerjaya ida juga meningkat.

Untuk tahun baru ini seiring dengan peningkatan usia ida, adalah baiknya penulisan blog ini terus dilakukan dengan tulisan yang sopan. hihi.

Walaupun blog ini tidak dapay dikemaskini dengan selalu tapi tidak bermakna ia sunyi tanpa cerita. Ida memang suka bercerita berkaitan kerja dan kehidupan sendiri. Pengalaman setiap tahun, kesalahan dan pelajaran ini mematangkan kehidupan.

Ida sejak dulu lagi memang excited untuk meningkat umur setiap tahun. Entahla ramai yang tak suka, utk ida setiap tahun ida lalui dengan excited. Umur semakin meningkat, dan mengharapkan amalan dan peningkatan taraf hidup juga meningkat seiring dengan ekonomi sekarang. Walaupun zaman ini zaman tertekan tapi ida cuba tidak mahu memikirkan hanya perlu melakukan dan bertindak saja. Apa yang tidak sesuai dan tidak selesa cepat2 ida tinggalkan. Apa yang membuatkan diri ini gembira cepat2 ida teruskan.. itu saja.

Kalau selalu banyak complin dan ia tidak membantu apa2 utk kejayaan. Apabila nasihat orang kita dengar,jika tidak mampu ikut then jgn buang terus tapi cuba buat ikut kemampuan diri. Tapi ingat mesti cuba dulu,jgn terus tolak bulat2.

itu lah yang ida aplikasikan utk diri sendiri. Nasihat dan motivasi adalah penting ..mesti ikut dan cuba berubah kearah kebaikan. Setiap tahun mesti lain,setiap tahun mesti lain..

Cuba untuk kehidupan lebih warna warni..

kejayaan 2017 tak banyak tapi ia cukup bermakna..2017 memang tiada percutian keluarga. kami fokus kerja dan selesaikan hutang. alhamdulillah ia berjaya.. susunan akaun juga telah cantik dan ia mengembirakan hati walaupun belum kaya.

utk 2018 akan terus belajar dan mengajar..gold 2018 ialah free bercuti dan kenaikan lagi pangkat dalam amway. 

Selamat Tahun Baru dan mudahan segala perancangan kami sekeluarga terus berjalan lancar..amin..kesihatan baik dan membantu ramai lagi mempunyai extra income..2018 akan menyaksikan perubahan kejayaan yg besar dan besar hasil usaha 4tahun lepas!!amin..doakan ida ye..


06 November 2017

Anugerah Pembaca Aktif IPKKM

Alhamdulillah pembacaan sejak july telah memberikan aku minat yang baru. Atas minat terhadap pembacaan, aku telah di anugerahkan sebagai pembaca yang aktif pada bulan oktober 2017. Syukur ada kenangan di KKM ini.
Bergambar sempena Anugerah


sijil dan hadiah dari IPKKM

Sebenarnya aku tidak sedar yang IPKKM tengah menjalankan sesi ini, sekadar mengisi masa di pejabat aku akan turun untuk meminjam buku. TAk sangka dipilih.. Alhamdulillah.

Aku menyedari bahawa sejak mempunyai hp aku tidak membaca. Aku terlalu leka dengan internet sampaikan bila tgk hp kepala penat sangat. Ini tidak baik untuk kesihatan mental. Sejak aku gunakan Inbodyband Amway, dari situ telah memberi alert bahawa terlalu banyak frekunsi di bodyku. Aku tersedar dan aku cepat2 ubah gaya hidup aku. Aku nekad untuk cuba sikit2 membaca dan akhirnya apa yang aku pupuk untuk diri sendiri menjadikan aku minat dengan membaca.

Sebenarnya banyak yang telah ku ubah untuk sendiri. Atas kesedaran sendiri aku berjinak2 dengan Senaman TABATA. ini adalah yang terkini, aku cuba amalkan untuk kesihatan sendiri.

Apabila badan mengeluarkan peluh maka badan rasa ringan dan rasa bersemangat. Zaman ini terlalu menekan diri sendiri, jadi aku cuba amalkan apa yang aku suka sementelah anak2 ku telah besar.

Alhamdulillah. Hidup ini kita yang plan,Tapi ingat ALLAH yang tentukan..semoga bermanfaat...

17 October 2017

Hasil dari pembacaan

Sejak projek abis ni masa dipejabat terlalu banyak. Jadi aku tekad untuk pilih membaca sebagai memenuhi masa dipejabat sekiranya tiada kerja. Inila dikatakan bahagian masing-masing, ada orang kerja dibahagian yang sibuk, ada orang kerja dibahagian ikut projek sekiranya projek baru naik memang banyak kerja. Ada yang dapat kerja mengadap koding dan ini semua adalah bahagian masing2 di pejabat.

Untuk aku aku bersyukur dan apa yang aku dapat ilmu2 projek aku tahu. Apaila projek telah rollout so kami team hanya tunggu kerja, inila perbezaannya kerja opis ,cikgu,polis or berniaga. Adalah untung dan adalah masa lebih ini semua telah ditentukan.

Berbalik pada aku,aku penuhkan masa dengan membaca. Mungkin aku nak asah otak aku, asik mengadap hp saja untuk membaca pun tak baik. So lebih baikla aku ubah cara dengan manual saja..iaiatu pergi perpustakaan , pinjam dan baca.

Antara buku yang ku baca ialah:

  • Damai Kasih Psikologi Orang Berjaya 
  • Bila Cinta Membara
  • Hanya Wanita
  • Chiken Soup For Soul
  • Jejak seorang pemimpin Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Kata-kata Motivasi Diri
  • Ubah Cara pemikiran  dan kita akan mengubah Dunia
  • Jangan kata tidak boleh, selagi belum mencuba
  • Empat perkara wajib bagi mencapai kejayaan,kerja keras, doa, pemikiran, keyakinan
  • Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah mencari hujan
  • Mereka yang duduk menunggu sahaja sesuatu berlaku patut menyingsingkan lengan baju mereka sendiri terlebih dahulu
  • Keberanian adalah merasa takut tetapi tetap meneruskan juga- Datang saja
  • Sebenarnya tidak mengapa saya jatuh pada hari itu atau tergagap gagap atau berlaku buruk kpd saya pada hari itu-apa yang penting adalah datang saja demi masa depan
  • orang yang bijak tidak  khuatir dengan perkara perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.
  • Manusia yang tidak mempunyai prinsip akan menjadi hamba kepada keadaan
  • Ketakutan dan harapan tidak pernah berasingan, malah kedua2nya bercampur baur
  • Bina keyakinan kamu dan ketakutan akan mati
  • Jangan Sekali kali berputus asa
  • Adalah satu kesilapan sekiranya kita memandang terlalu jauh kehadapan. Cuma ada satu tali takdir yang patut dipegang dalam 1 masa
  • Kekuatan seorang wanita ibarat seuncang Teh Saat direndam ke dalam air panas
  • Hilangkan ketakutan lakukan pekara yang kamu gemar. Sikap kita bagaikan sekotak krayon, pelbagai warna. Dunia pula dipengaruhi oleh warna yang kita gambarkan di atas lukisan itu.
  • Kegembiraan adalah sikap, samaada kita memilih murung, gembira ataupun berani. Usaha adalah sama sahaja.

Tahun Baru Islam 1439H

Alhamdulillah dapat juga ku buka blog kesayangan ni. Lama sudah ku tunggu masa untuk menaip di blog ini. Syukur juga aku ingat lagi id dan password untuk blog ni. Sebenarnya hampir lupa dah apa nama login dan pwsd ni. Rindu menaip memanggil manggil huhu..

Apa2 pun blog ni la memberi aku ramai kawan baru dan meningkatkan lagi amway ku.. Mana mungkin ku melupakan blog ni.

Sepanjang ketiadaan ku menulis sebenarnya aku banyak sangat kerja peribadi yang menuntut masa yang menyebabkan aku tiada masa untuk update. Sejak ada Fb banyak momen2 dan gambar2 ku update di fb dan instagram.

Kehidupan semakin bersemangat dan semakin baik. My life is going much better..alhamdulillah!! inila yang aku minta dan inila yg ku dapat...apa2 yang ku buat adalah dari niat..sebab tu perbetulkan niat dan akan nampak la segalanya yang anda mahukan. 

Apa yang anda dapat hari ini adalah apa yang anda niatkan..rezki dari segi kewangan,masa, kesihatan dan family semua Allah telah tentukan. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa agar setiap yang dilakukan tidak salah langkah.

Sama seperti aku juga, apa yang penting adalah inproved itu amat penting dari langsung tiada apa2 inproved.

Sebab itu la sempena Tahun baru Islam, kita kene hijrah setiap tahun dengan muhasabah diri dan perbetulkan niat...semoga kehidupan anda lebih baik dan penuh bersemangat!!



08 May 2017

Si dia sudah kerja sini

ALhamdulillah..syukur sangat2 akhirnya suami aku siap gak projek di pagoh. 2Mei huby sudah mula jaga projek di kinrara.. Lega sangat..Macam tak percaya je aku boleh hadap 1 tahun stengah sensorang uruskan anak2 pagi2 buta anta dan bawa balik. Jaga malam2 sensorang..Memang mula-mula  macam macam fikir yang negetif. Segalanya takut segalanya apa la akan jadi..Akhirnya berjaya juga aku hadapi semuanya dengan mudah. Semuanya berjalan pantas dan tak sangka projek pagoh siap juga akhirnya.

Walaupun suami jaga projek kinrara, tetapi apabila meeting di pagoh dia akan seminggu sekali turun sana untuk hadir meeting saja.

Apa2 jela asalkan dia dah balik sini..Aku pun dah makin expert ke sana ke mari sensorang. Doa aku mudahan perjalanan aku dan suami dalam mencari rezeki dijaga OlehNya.

Alhamdulillah segala yg dirancang untuk perbaiki diri dan masa depan dipermudahkan. Yg paling takut kalau lupa diri dan leka.

Masa sekarang aku utamakan untuk membimbing downline2 aku berjaya bersama dan memperolehi pendapatan yg baik setiap hari.

Apa yg aku buat ini semua untuk keluarga dan masa depan.

Tiada lebih dari itu. selain memohon untuk keberkatan hidup dan sebagainya.

Anak2 pun semakin besar dan semakin bijak. Keletah masing2 membuatkan aku semangat utk terus berjaya untuk masa depan anak2ku juga. Niat tiada lain selain mahu menjadi orang yg senang dan memecah rekod sendiri utk terus berjaya dan berjaya. AMIN2

15 March 2017

mummy anak anak dan kerjaya

Sejak afy sekolah ni, Febuari dia dah mula kene demam batuk selsema. Ini lah 3 serangkai yang lumrah.Setiap kali dia tak sihat macam ni, aku memang cuti jaga dan alert dengan keadaan dia. Berkorban cuti walaupun dah besar kerana aku tak nak dia melarat sakit. Dari dulu lagi, memang dengan afy lebih alert kerana penjagaan dia mmg kene betul2. MAsa dia stay taska, masa tu aku muda dan tidak ada pengalaman banyak kesilapan sangat dalam penjagaan dia. Akhirnya sampai sekarang dia asik kene sakit2. Sebab tu ilmu kene ada. 

Adik2 skrg beruntung, aku dan kakak2 ada leh maklumkan awal. Itu pun mereka masih tidak hargai.. Orang senior ni bukan nak duit atau hadiah. Cukup untuk hargai apa ilmu yang telah dicurahkan. Itu saja.. Kadang2 bagi barang beli barang bagi pinjam segalanya tak dihargai. nnt dikatakan ungkit2.

Bosan dah dengan peel2 yang tah apa2..so aku menyibukkan diri dengan Amway..Fokus pada kerja dan bisnes lagi bagus.. semakin lama hidup semakin bersemangat.

Cuaca sekarang membuatkan anak2 disekolah ramai yang demam sakit batuk dan sebagainya. Kesian budak2 ni asik2 makan ubat. Dah besar mmg tak makan sayur. Masa kecil kita sibuk makanan pun tak buat betul2..bila dikenangkan semula mmg sedih dan rasa nak ubah je bagi anak2 makan yg berkhasiat dulu2..

Afy belajar disekolah bila exam dia dapat 4A 1 B ujian penilaian...B tu sains.takpelah asalkan dia boleh buat..aku tak kisah,,,jika dia berjaya cemerlang ini satu bonus kpd kami..selebihnya kita berserah..

Alis pun sama,skrg asik2 nak berlakon je jadi guru. Perangai dia kecik2 sama dgn aku,,aku masih ingat...apa boleh buat..aku hadap je lah..moga2 dia tak teruk dari aku..aku nak memberikan awosome kpd anak2..tak nak mereka rasa tak adil...nak mereka hargai pengorbanan kami. Alis pun disekolah dah pandai baca. dia sangat bersemangat utk belajar. Moga dia cemerlang dan cepat pickup semasa bersekolah nanti. Jangan jadi macam aku, belajar lambat pickup..

Alis kalau batuk dia selalu salah makan, suka makan coklat dan air kotak..benda2 ni lah buat dia batuk..suka menangis ..ini buat dia berkahak..

Afy satu dia ke KAFA selalu beli air Tin..kuat minum air tin...Kafa tu pun satu hal..taruk peti air tu mmg buka beli air je lah..

At last kalau macamni baik tak yah g kafa..aku pun tak mampu nak hulu hilir asik g klinik je..

Memang kene terima masalahnya dia yg cari pasal..dia budak2 mana lah kita mampu tegah kalau bukan depan mata.

At last kita sebagai mak ayah yang kene hadap. Dah macam kilang ubat di rumah tu..stress tgk..kecik2 telan ubat bnyk..

Mummy kisahnya sentiasa busy dengan urusan seharian. Memang takde masa nak execise. berjalan lah 10000 langkah setiap hari,bak kata YB Khairy..aku lah suami, driver,pemimpin rumah, menteri kewangan dan macam2 semua aku..Dan ini aku pastikan hanya sementara saja. Bukan selamanya..No way!!Selain jaga anak2 dan rumahtangga, aku juga kene jaga downline2..segalanya terletak dibahu..patuttlah bahu aku sakit....

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers