21 June 2016

Bateri Kong

Inila saat yang aku tak nak hadap!! tapi kene hadap juga. Pagi pagi tengah sibuk nak hantar anak2 ke sekolah, tiba pula kereta tak boleh stat. Emosi aku terus terganggu. Buat buat relek,tarik nafas. Nasib baik kejadian ini berlaku di dalam parking kereta. Kalau kene semasa memandu di luar, memang kacau bilau hidup aku la masa tu. Aku memang sayang la dengan kau kereta oii. Ko memang tak banyak kerenah. Ko memang banyak membantu aku di dalam apa juga situasi!! Berlaku pun di dalam parking umah takde la mengelabah tak tentu arah!!

Masa ni aku terus call laki aku, ni mesti bateri kong, padahal tiap tahun ganti bateri baru. Tahan lama juga bateri kereta ni. Takde Isu sebenarnya memang dah tiba masa..memang kne ganti baru.

Apa lagi terus la wasup Prima Grop wssup..Mula mula takde feedback grop. Ialah pagi masing masing tengah busy sgt, sapa la nak bantu ni.

Syukur semasa minta tolong kawan opis, dalam masa sama en.nazri frop grop prima ada dan free. Diala bantu jumper kereta ni.

Lepas jamper terus hidup. Sambil tu tggu kwn opis dtg berdua, ikut aku ke bengkel dengkil. Aku bukan tak leh pergi sorang tapi aku takut kalau sorang2 nanti terbehenti sapa lak nak bantu

So mereka ikut dari blkg dan sampai bengkel aku sendiri sorang2 uruskan. Mereka balik ke pejabat.

Dalam masa kejadian ni aku kene kerja di Cyberjaya. So apa lagi wsup bos la..bagitau lambat sampai cyber sebab nak siapkan kereta dulu. Selesai di bengkel terus p kerja.

Alang2 sampai bengkel aku terus servis la tukar minyak hitam, minyak gear box dan bateri. Aku bawa duit ckup2 je..So total terbangla RM550 waaaaaaaa...

so suruh cina tu check apa lagi nak service nnt nak raya mmg kne servis kira selesai la hal kereta raya..tinggal satu je Break Pad.

Tengah taip ni aku batuk kuat..gatal di tekak..Sebab aku salah mkn dan minum ni kene semula batuk..stressnya la batuk ni..rasa macam nak garuk2 tekak jew!!semoga cepat sembuhla...aku telan vitan C dan Triple Garld Enchicha by Nutrilite



Bro Nazri tolong jump kereta

syukur dpt yg membantu


dah sampai bengkel. minta tlg apis dan abg salleh ekori



Porluck Ramadhan 2016

Bila idea itu datang dengan tiba tiba, kita tidak perlu tunggu lama untuk merialisasikan perkara yang baik. Asalkan ia memberi keselesaan dan tidak menyusahkan ia perlu disegerakan tanpa berfikir panjang. Ikutkan tahun ni kami bertiga nak buat potluck setiap minggu di rumah masing masing. Takpela rumah pertama biar aku la yang mulakan. Emm, tidak ada masalah sebab masak pun utk 3 family yg kecik, so noxxa kan ada..hahaha..mmg takde isu penat sgt or apa apa..sebab kalau tak mulakan macam mana nak teruskan plan ni sampai bila bila.


So potluck yang kami bawak ialah

ida: nasi daging,air asam,lauk daging kunyit,kuih apam dan kuih acar berlauk
Hafidz: masak asam pedas ikan tengiri , air koktail
Arbi: KFC baket dan kek bday 

Syukur semua makan abis dan ngamngam. Memang tidak membazir. Ada lebih sikit pastu masing masing bawak balik utk buat sahur

Dalam masa sama bday anak2 arbi, so terusla celebrate kecik2lan. okla bebudak happy..mrk pun makin rancak main. Mula2 masing2 tunjuk kehebatan game. lama kelamaan bateri abis sambung main dalam bilik..

So acara selesai 10.30 malam..

Aku siap kemas jam 11.15 mlm.

Tengah menaip ni angin kuat betul, memalam ni takut rasanya kalau bersendirian tanpa suami di sisi..

mula sblm nanyi bday song

lupa nak snap gambar makanan. Sibuk melayan


ni bertiga umur sama. Sekolah pun tahun depan darjah 1

semasa berbuka



16 June 2016

Salam Ramadhan Semua

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan ramdhan kali ini. Syukur dapat berpuasa lagi dan beribadat di dalam bulan yang penuh mulia barakah ini. Baru baru ini dikejutkan beberapa orang yang aku kenal meninggal dunia selepas berbuka dan ada yang semasa berpuasa. Semua ini memberikan kesan dan mematangkan aku serta mengingatkan aku betapa ajal maut tidak penah sesaat pun lewat. Ajal datang sesiapa pun tak dapat elak. Yang pergi akan tetap pergi cara dan bila saja kita tak tahu. Kepada ahli keluarga yang telah pergi di bulan mulia ni pasti akan terkejut dan semoga mereka redha atas pemergian ahli keluarga dia. Semoga diampunkan dosa serta ditempatkan di syurga kelak..Al Fatihah!! Amin.

Berbalik cerita aku di bulan ini...Pertama kali sambut ramdhan sendiri. Berbuka sendiri.. Awal Puasa adalah suami aku teman. Semasa itu Johor Cuti. KAmi sepakat untuk berjauhan semetara untuk mengejar impian dan cita cita masing2 hanya selama kurang setahun. Paling lama pun Setahun saja, Ikutkan berat tanggungjawab, jadi mummy,daddy,kerja, bisness dan uruskan umahanak2.. Tetapi aku cuba...mula mula sakit jiwa jugak la..lama kelamaan ada hikmahnya. Salah satunya aku tak perlu terkejar2 masak awal. Makan apa yg ada dulu. Bila suami balik je aku akan masak cepat. Puasa ni aku telan Vitamin Double X,protien,vitamin Kalsium,A,E,C. Lengkap ni kena makan sehari bulan puasa. Bukan apa faktor umur menyebabkan badan lesu dan langsung tak bertenaga di bulan puasa. Kalau uruskan sorang memang pengsan tau..aku jadikan badan aku testimoni. Memang betul semua wajb makan vitamin dan makanan seimbang. Mana mungkin duduk di bandar dengan stress dengan semua nak cepat kalau kita puasa kosong. Memang semua akan cakap Allah akan ada. Bulan Puasa Allah akan bantu..Dia memang akan bantu,tetapi Nasib seseorang berubah juga atas usaha yang berterusan. Korang sendiri faham kan..

Percaya la telan la Double X mesti korang bertenaga di bulan mulia ni utk terus lancar beribadat dan dapat fokus dalam kerja seharian.

Sambil berblog aku iklan kan juga supaya semua dapat manfaat. Ilmu yg ada perlu disebarkan. Betul ke idak??sendiri jawab..

Tahun ni kita kerajaan dapat balik awal..Alhamdulillah dapat balik awal. Dapat rehat dan masak dengan tenang..Syukur setiap tindakan kita diperhatikan dan dipermudahkan oleh Allah SAW. percayala yakin yang Allah akan bantu kita bersama usaha dan doa harian kita..

Afy ALis makin besar dan syukur mereka makin bertambah sihat. Keaktifan juga makin terserlah dan makin bijak mereka..Syukur dikurniakan anak sepasang dan cantik hsome..syukur mereka makin memahami keadaan mumy abi. KAmi lakukan utk menambahbaik kehidupan kita sekeluarga..

seminggu sebelum puasa semua persiapan raya utk baju raya pertama selesai..naju melayu,kurung,baju anak2.

Aku 1st time beli di butik Omar Ali. tercapai juga nak beli baju di butik tu. Reward diri setelah penat lelah..satu jer...suami dan anak2 semua di butik di alamanda juga...suami baju melayu beli di parkson jenama john master..okla semua ni utk reward diri..semoga kita makin rajin berusaha menambahbaik kehidupan..amin..semoga hidup makin diberkati..no point jadi kaya tetapi tak berkat...

lagi cerita puasa, balik kampung huby. Dapat beli gelang impian aku..gelang tu lama dah aku idamkan..usaha buat amway..dapat bonus labur ke gelang anak dan bangle emas sendiri..syukur!!

Seronok balik kg suami semua ada.. tetapi duit terbangla..

SEronok balik kg gemas ..takde apa..duk umh je..duit tak terbang..winwin situation!!hahahha

so ramadhan panjang lagi..

minguni aku ada demo seremban dan next week ke kuantan demo sana pula..

semua usaha ini utk menambahbaik kehidupan kami...gaji mmg ckup tetapi TAK SALAH LEBIH DUIT..YANG SALAH TAK CUKUP DUIT!!

Semoga bermanfaat!!cauu 


Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers