11 January 2016

Abah jalani pembedahan Cyst di tekak

Semalam baru selesai abahku operate tekak. Punca di disahkan cyst sebab batuk dia lama sangat. pelbagai ubat dia dah makan. Jumpe pakar pun dah 2x. Semasa jumpe pakar masukan kamera tu tekak dia ok. Dia selalu mengadu yg suara dia tak lepas. Sudah galak kali setiap kali bercakap tak lepas. akhirnya tahun lepas jumpa pakar ENT yg memang selalu merawat kami anak beranak. Pakar tu la yg bedah hidung aku zaman bujang dulu. Pakar ENT Dato Dr Durhan Kanna fro Putra Spesialist. Dia la yg sahkan ada ketumbuhan kecik sgt di tekak abah. Terkejut juga patutla asik makan je batuk, masuk apa apa je batuk, suara pun tak lepas..so nak kata abah ni bebel or kuat cakap tak juga. sebab abah aku ni pendiam.

Disebabkan nasihat Dr tu suh pergi kerajaan kerana boleh guna kemudahan pencen, Dato Dr tu cakapla tak payah buang duit bayar 7K di pakar, baik pergi kerajaan. Bagus gak doktor tu sebab dia tahu yg kami selalu buat rawatan dgn dia..dia tak nak duit kami buang bergitu saja. Dia yg suruh ke govement hospital. Bila dgr kita pun takutla kan..tapi atas penjelasan dan keyakinan Dr pakar tu, kata hopsital melaka bagus ENT semua dokt dia kenal. 

Sblm pembedahan, mmg kami keluarga amat risau. 

Bila tiba waktunya semalam pagi, selesai pembedahan abah dah boleh sedar dan minum. so today abah dah boleh balik..

So menguatkan lagi keyakinan kami bahawa hospital kerajaan pun bagus dan kami yakin sbb pakar swsta pun positif dgn hospital melaka bahagian ENT..alahamdulilah pembedahan berjalan lancar dan abah boleh balik ke rumah..semoga sakit tekak batuk dan suara abah makin baik.amin amin

Aku memang tak dapat nak melawat sebab suami tiada. aku doakan dari jauh je..

Otw utk ke dewan bedah


selesai operation


Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Tahun Baru semua.. aku lama tak update blog kerana kesibukan melampau di opis dan di rumah!!hihih...

Tahun baru azam mesti baru...setiap org kene ada azam...sama ada jadi or tidak itu belakang kira!!org yg nak kejayaan perlu sentiasa istiqomah berazam dan melakukan azam itu..

Tahun ini Alis dan Afy sekolah. Alis masih tidak pandai untuk menyesuaikan diri. Setiap hari ke sekolah mesti menangis. Padahal sekolah tu dekat opis je. bukan jauh pun depan opis ku jer..

AKu ni curi curi taip blog masa kerja di cyberjaya ni..hihi..tiap hari alis nak itu ini untuk elak masuk sekolah..aku sebenarnya kalau umh dekat dgn umh pengasuh mmg aku tak sekolah kan dia..disebabkan umah pengasuh lama tu jauh untuk berpusing, mana mungkin aku nak suh duk situ.. lagipun aku yg uruskan kedua-dua anak. Suami aku kerja johor. Bagi aku la semua kerja yg susah aku dah rasai, bila bab anak ni takde hal la bagi aku..bezanya keadaan pagi akan lebih kelam kabut..bila pagi kelam kabut mestila akan ada rasa kepenatan di situ. Tetapi alah bisa tegal biasa so kenela hadap jugak. jika tak hadap mana mungkin kejayaan akan dtg tanpa cabaran! hihi..semasa alis di taksa kkm tiada sesi pembelajaran lagi. dia pun bosanla..tu yg nak balik ikut mummy jer...yg cikgu pun sengal, bagi la aktiviti apa apa walaupun tiada buku. cuba la kreatif pujuk budak, ajak main taman ke, ajak main kerusi beracun ker ajak color2 ker..tak payah la lama sangat..just nice jela!! asalkan budak happy nak dtg sekolah...

So far afy pula di sekolah baru belum ada aktiviti,dia pun kebosanan,tetapi dia takdela bosan sebab sekolah dia lawa dan bersih..ada aircond takdela masam macam dulu punya tadika..hihihi..afy dia dengan lasak diala..teacher cakap dini asik mundar mandir jer...aku ckp dia tak boleh takde aktiviti nnt dia jadi mundar mandir sorang2...

kedua dua anak aku dah besar dan pandai mengadu..so ada je cerita yg di bawa balik hahaha...comelkan!!

Tahun baru aktiviti umah makin sibuk, selepas balik kerja aku akan curi masa untuk zumba juga 3x seminggu dan akan masak seperti biasa serta akan suap semua. Selesai aku akan teruskan sidai baju serta mengemas umah..Setiap hari kene sapu umah..umh aku mesti sentiasa teratur dan akhir sekali aku akan susun jadual amway aku.

sabtu ahad masa aku beramway...temujanji dan demo mesti ada..

Bergaya malam hari

Beg tu pemberian pengasuh alis dan sandle tu alis yg pilih sendiri

sakan berposing alis tu

bila nak skoll cuakk

sekoalh afy..kabur sbb aku lupa nak snap elok2

testing masa bayar yuran
1st day at school!! alis di blkg tu poyo...

belum apa apa dah naik tangga!!huh


Stroller SCR

Selesai juga aku let go barang barang yg tak guna lagi. Tahun lepas aku buat jualan kat FB. So far semua yang aku jual telah selesai..1st time aku jual brg brg kesayangan aku ni. aku terpaksa kerana ruang rumah baru ni kecik,tak muat untuk simpan macam macam harta. so dengan hati yang berat aku buat juga iklan di FB. Memang mengalakan jualan aku. Sebab brg brg yg aku jual semua elok dan sgt baik lagi. aku mmg jaga baik baik brg aku beli event sampai sekarang aku masih simpan brg brg sekolah dulu. sesiapa yg bagi atau aku beli atas hasil titik peluh mmg aku simpan.

Aku jual Stroller ni sebab ia cantik lagi. Aku mengharapkan kawan kawan aku yg beli jaga baik baik.

Di pasaran stroller ni mahal. aku beli pun rm680 masa tu. Puas jugak aku mengumpul duit sikit2 beli,,lagipun aku beli cash. so bila jual pun rasa syg dan harap org yang mengunakan stroller ni jaga baik baik hahahha..suka hati la kan dia dah beli..aku lak sibuk hahhahah..

Ramai tanya tak nak tambah ke siap jual semua barang baby. Aku jawab no komen!! aku beranak bukan normal, so untuk kali ketiga aku kene czer..so bila dengar czer!!aku sgt takut!! kalau aku sakit czer pas bersalin, aku yg sakit..korang bukan sakit pun..nak jaga diri sendiri mmg seriau!!

Car seat tu mmg set bila beli. aku simpan baik..

cantik lagi!!sayang tau!!

skrg harga SCR set ni rm788 gitu la

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers