26 October 2015

Masih Mood Umah Baru!!

Sementara ada mood ni aku update la blog ni..Masih mood umah baru..so semua citer perasaan saja ok...alhamdulillah sejak duk umah baru ni perasaan tenang saja yg dapat aku bagitau di sini. Lega campur bersyukur dapat juga rumah dalam kawasan elit ini. wa elit ke..means kwns bandar lah!!bertuah sangat..kos memang tinggi tapi long term byk kemudahan dan kebaikan untuk keluarga dan pasti anak2 ada rumah di kwsn bandar jika aku tiada lagi. 

Walapun kecik tetapi aku sgt lega, dan aku rasa semua akan rasa perasaan ni..memiliki rumah sendiri tanpa sengaja di kwsn ni mmg masih rasa tak percaya..hihi..

Rutin harian macam biasa sampai ke dapur la dulu..dapur adalah ruang aku!!di dapurla tempat aku menyiapkan segalanya dan di dapurla tempat lepak aku..perempuan hanya perlukan dapur lengkap baru perasaan happy dan mood untuk masak ni makin rajin..kalau tak rajin pun akan rajin ke dapur!! hahahaha..pasti sejak aku stay umh sendiri aku sgt rajin memasakk...pagi pun aku rajin buat sarapan.
Kalau dulu cuti je aku ajak mBF kat luar..bosan la tgk dapur kuarters tu takde seri...design pun tak lawa..color tak membangkitkan mood ceria!!hahaha..dapur aku,aku cat sendiri color oren wakaka...mmg ceria..jubin dan table top pun color meriah!!pastilah boleh mengaummm kann!!!hihi..

Bahagian Ruang tamu adalah tempat suami aku..so dia la akan setting segalanya untuk ruang tamu..mmg kami punya idea bersama..untuk menzahirkan adalah dia..dia la tukang diala susun dan segalanya dia..hahaha...pasti untuk keselesaan dia..aku hnya perlukan ruang dapur dahulu...

Bilik jgn tanya,mmg aku takde bilik sementara ini..aku paln untuk buat bilik dan beli katil pun takde lagi...tido lantai lagi..guna tilam saja..duit dah elek..kene kumpul modal dulu. tahun depan rasanya baru boleh setting bilik..sekarang bilik masih penuh dengan kotak2...

kami berkongsi bilik dengan anak2 lagi..

Kebanyakan barang aku,beli guna Bonus Amway..semua cash...tiada pinjaman...itula kepuasan aku bila sampai umah...


dapur dalam untuk minum dan cuci tangan...espring dah ada tempatnya!!

Tetamu tetiba nak tengok konsep umah aku, tema ruang basah ni open!!hihi

Susunan yg senang dicapai semasa masak!!






15 October 2015

Demo


Pemindahan aircond ke rumah baru

Zam tengah servis aircond kami

rumah kuarters yang sudah clear!!tinggal TV dan langsir je belum cabut
Siap pasang aircond lama ke rumah baru

Pemasangan yang mudah senang kerana rumah bawah

Bilik anak2

Pemindahan aircond ni sudah lama kami nak buat. Cumanya kos pemindahan rata rata mahai. so terbantut la nak buat. akhirnya doa kami dimakbulkan. Kawan kepada adik aku nak buatkan. Ramai jugak la yg tanya dia semasa dia servis aircond rumah aku. Dia jawab tak buat hanya tolong aku je..hikhikhik..so kamu semua usaha la sendiri ye..memang ada di luar sana tetapi mahal...dengan dia harga kasih sayang je dia bagi pada kami..hihi

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah ketemu jua masa untuk update blog. Lamakan blog ni tak update..Sekarang kehidupan aku banyak sangat berubah. Apa yang berlaku adalah pilihanku. Aku sangat sibuk menguruskan bisnes amway aku. alhamdullilah telah nampak hasil atas usahaku selama ini.

Dalam masa sibuk bekerja,bisnes dan mummy serta isteri,aku juga mempersiapkan rumah baru kami. Kami curi curi masa untuk menyiapkan segalanya sebelum pindah. Memang memenatkan tapi puas hati. 3 in 1 kerja yang aku lakukan. Adakalanya flet jugak la...kuatkan semangat buat semua untuk pindah. Memang lambat ini saja yang mampu kami lakukan. Suami aku juga sibuk dengan kerja hakiki dia. Kami sama sama berkorban untuk capai satu matlamat. Laptop ini pun lama tak bukak.

Ok kita teruskan cerita pasal rumah. kami dapat kunci Mac 2015. Gaji pun dah tolak Febuari lepas. Memang aku 'supper' la sebab tolak umah dan kuarters. alahmdulillah selesai juga kerja2 ubahsuai yg simple dan puas hati. ikut budget kami berdua.Insyallah akan berpindah dalam masa terdekat ini. Kami tak buat house warming sebab tiada budget lagi. Jika ada rezki insyAllah boleh buat. Setiap final touch ni hasil tangan kami. Tidak berupah. Nak jimat punya pasal.
Brg2 yang sampai dari kedai

Lampu kipas siap pasang

Dapur Basah di ruang sidai baju

Siap setelah renovation. Dinding dapur aku cat sendiri.

Kichen Cabinet dapur kering. Tak ikut fesyen skrg..ini je yang mampu

Ruang Tamu. Dinding luar suami yang cat.

Ruang Makan


Sebelum
Selepas. Hasil gigih suami aku.


Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers